No right clicking here.Don’t want any rippers to be ripping.Want codes/pics/anything?Just ASK.
<body>
Life is a journey, not a destination...

ShimaPinkRibbon.Blogspot.Com
~

Wednesday, April 29, 2009
VIRUS & ANTIVIRUS


Fobia dgn Virus?Tahukah korang virus boleh menyerang komputer kita melalui internet, email, newsgroup dan sebagainya. Apabila virus memasuki sistem komputer kita maka virus tersebut akan tersebar kepada komputer lain melalui e-mail, fail atau folder yang dikongsi (hampeh..). Ini bergantung kepada jenis virus kerana terdapat virus yang akan merosakkan sistem operasi komputer dan terdapat juga virus yang hanya menyerang perisian dan fail tertentu sahaja.

Jadi bagaimanakah utk mencegah menatang virus ini daripada menyerang? Ini ada beberapa tips: (padahal ak pun selalu kena..apakah sedang berlaku situasi 'omak ketam ajo anaknya berjalan betul?hahaha)

1) PASTIKAN anda scan disket dan tumbdrive dengan menggunakan perisian antivirus sebelum membuka fail yang terdapat didalamnya.(Gunalah kerpasky walau kurang kick bg ak tapi paling kick antara byk2 antivirus komersial di pasaran)

2) JANGAN sesekali membuka e-mail attachments daripada orang yang anda tidak kenali kerana fail yang di hantar mungkin mempunyai virus
terutamanya fail .exe, .vbs dll.(org ni biasa letak nama/tajuk mengujakan spt 'klik sini utk ayam Kepsi sedap secara free')

3) PASTIKAN anda log off akaun email anda selepas menggunakannya.(Especially online payment)

4) JANGAN memberi respon atau reply kepada email spam. Jika terdapat email spam sila delete jer.Tak payah bersusah payah melayan.Semak!hehe

5) JANGAN sesekali menghantar maklumat penting seperti password, maklumat peribadi dan sebagainya walaupun kepada orang yang dikenali.(Especially spy EN HM..oOo)

6) Sila update antivirus.Ingat..antivirus pun bukan boleh jamin 100% computer kita free from virus.Nak lebih selamat..pc guna utk buat kerja ja..bukan surfing especially you..you n you (sambil tunjuk sorang2) yg suka tgk tutt tu..lala

Top 10 Antivirus of Year 2009 (Source : Toptenreviews.com)
1. Bit Defender (ntah camna dia dapat no 1.Not recomended)
2. Kaspersky (Antivirus ak sekarang)
3. Webroot
4. G Data
5. ESET Nod32(pernah try..boleh tahan la)
6. Peretologic Antivirus PLUS
7. AVG
8. Vipre Antivirus plus Antispyware
9. F-Secure
10.Trend Micro

Top 3 Viruses :( Source : Symanthic.com)
1. Trojan
2. Bloodhound
3. Win 32

(Virus Bulubebek tidak termasuk..sila cuba lagi tahun depan..HAHA)

Labels:


Posted @ [7:49 AM]

Tuesday, April 28, 2009
EYE PATCH


Minggu yg lepas kan..hari Ahad..saya dan en Sanim telah ke One Borneo..masa tu 1B dihujani artis2 yg not so faymes tapi teruja jugalah sebab bukan selalu nampak artis.Ada audition rancangan 'pilih kasih' utk mencari pelakon.Merasa jugalah nampak Rosyam Noor dan Erma fatima.Tapi takda sempat snap2 (ini bukan sound effect dibaham buaya tapi err... bunyi camera Benq Q murahan ak..haha) gambar sebab sesak dgn orang ramai.Lepas tu nampak pulak la bebudak AF..Ada Ebi.

Syima Kiut tahap Gaban : "eH..EBI AF laaaaa..."
En Sanim : Ha?Sapa tu?
Syima Kiut tahap Gaban :??..ebi..ebi AF tu..tak nampak ker?
En Sanim : YG mana satu?
Syima Kiut tahap Gaban : @##$$%$%%^^ "yg pakai rambut afro tu la (-_-)*sigh*

Ok.Diriku dihujani soalan en sanim seperti "Rosyam Noor?Mana?Ye ke dia tu";"Erma fatima??Sapa tu?Faymes ker??";"Ebi??Tak pernah dgr pun.."

Baiklah.Nampaknya keterujaan tidak difahami.Maybe kalau Bill Gates, Bush, Blair,Clinton dan yg seumpamanya En Sanim kenal.Maafkan dia yg tidak mengikuti perkembangan hiburan tanah air *sob*

Berbalik kepada tajuk (aisyeh..sudah jauh menyimpang baru teringat balik ke pangkal jalan..lala)..Pergi 1B sempat sambar Eye Patch (atau adakah gelaran lain?)..serius ak tidak tahu apa kebendanya nama binatang ini...panggil eye patch sudah..yg lama sudah agak lusuh..hehe..selalu guna ni utk tidur...baru rasa bes..org bukak lampu tetiba subuh2 (ketara liat la tu bangun subuh) takkan sedar punya..lala.



Yummy..yummy Eye Patch Strawberi!!! (Apa ko main2 Ryhme pulak ni syima?!@#$%@&^)

P/S : Congrats tu Mok Lina kerana dapat bebi girl last Sunday & to Ilyana sebab dapat adik baru (yay..bertambah mangsa utk di slam dunk ..haha)

Labels:


Posted @ [9:57 AM]

Monday, April 27, 2009
PREVIEW : TOO FAST TOO FURIOUS 4


Sudah lama mengidam menonton Too Fast too Furious 4.Hati macam tercabut2 keluar dan keinginan menonton sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi...haha..geli tidak dengan ayat ak?Mmg betul wei..Sanggup buat apa sahaja demi movie idaman (padahal sebelum ini tak sebok nak tgk muvie pun)

Tada!!Poster yg kalao ak dapat compom bawak sama tido menggantikan bantal busuk (syoh2 bantal busuk boleh buang sekarang..haha)



Pesanan ak sebelum menonton cerita ni adalah lebih baik anda menonton too fast too furious 1,2, dan 3. Sebabnya?susah nanti nak paham jalan cerita because you don't know who is who. Mind you filem ni takdalah macam ko persembah teater yang ada perkenalkan watak ; 'dalam filem ini saya akan melakonkan watak..bla3'..no..takda..jangan mimpi.Lepas tu mmg dia takda explain why satu event tu berlaku sebab dia ada kaitan dgn muvie yg lepas..see?pentingkan utk tgk squel dia dulu?

Pendapat aku : Adalah lebih molek (aw...molek la pulak...)jika filem ini diletakkan sebagai too fast too furious 3 dan tokyo drift tu no 4.Baru nampak flow dia.Lagipun para pelakon tokyo drift tu sahaja muka2 baru yg lain semua muka2 lama (maksud ak pelakon yg lama lah..bukannya muka dia dah rusted berhabuk reject ka hapa..isk)My rating?4 la daripada 5 bintang. Prefer tokyo drift lagi. Kekurangan filem ini..hm..harus disesuaikan dengan tajuk la.Tidak banyak adengan lumba dan ko main betting tu mcm tokyo drift..so kurang 'kick' la...cuma filem kali ni lebih banyak bermain dengan emosi dan adengan suspens.



Ni adengan ak paling suka.Part mula2 lagi dia dah letak adengan stunt rasa sesak nafas ko tgk (hek eleh..mcm ak pula yg berlakon..anda tidak cukup seksi shima..lala).
Anyway filem ni berbaloi ditonton oleh peminat kereta..modified2 haram dan err..korang yg furious (garang)ahahaha...yg minat rancangan masak2,make up, gossips,duduk diam kerana filem ini takda part seumpama itu.Sekian

p/s: Lepas ni kepingin pula tgk Transformers 2:The salvation apa ntah.Movie tersebut menjadi idaman seterusnya..hehe...(harap ada squel Too fast too furious seterusnya)

Labels:


Posted @ [10:07 AM]

Friday, April 24, 2009
HAPPY BESDAY!!


Hari ni 24hb April 2009. Ya..ya..hari yang istimewa buat seseorang iaitu abang biological aku (abang kandung ak la tu...bukannya abang yg ko panggil husband or boipren or senior di kolej). Hepi besday ke-27 tahun.Ucapan ak:

1. Semoga panjang umur dan murah rezeki
2. Takyah sebok nak kawen..err..tunggu adikmu neh graduate dulu (padahal si penulis blog jeles nak kawen jugak..haha..mari BOO dia..lala)
3. Hmm...no presen..dah tua bangka manada presen..org buat kenduri kesyukuran je (alasan supaya tak kena pow abg sendiri)
4. Org umo 27 tahun mana ada main PSP lagi...tak malu kah?so,waris la kepada adek yg seterusnya (nak!nak!)

Patotlah hari ni awal pagi buta (ya pagi2 yg buta dan bukan cinta buta or buta hati)abg tepon ak.Nak mintak hadiah la tu..eee...tak malunya!!!Cubalah malu2 kucen sikit..takpun malu2 cipan ka...malu tu tandanya setuju (eh..termasuk bab lain lah pulak!)

Ni lah besday Boy Tersebut....TADA!!!!Dgn umo 27 tahun yg masih main PSP,PS2,dan flight stimulator (Geleng2 kepala)



Jangan salah paham.Ini bukan Dato K.Agaknya ak kena tebar jadi roti canai tak kalau abg ak tahu ak super-impose gambar dia??HAHAHA..Anyway,hepi besday...

Labels:


Posted @ [8:11 PM]

Thursday, April 23, 2009
KENAPA ??


Gigi sakit siot...What the @#$%^&*(+_)!
MQA lagi..what the @#$!$%^&*&&^!!!! (ko transelet sendiri oke?)

Tidak cukup dengan itu..hari ni ak betul2 rasa @#$%^&*!.Kalau sekiranya ak seorang (atau seekor kah?) mutant..sudah tentu ak sudah bertukar menjadi Incredible Hulk..takpun Godzilla..nak seksi sikit..err..maybe catwoman..kemudian ak mengamuk seluruh pelusuk asrama ini.

Tapi itu tidak berlaku.Ak masih di sini..kiut seperti biasa (anak sapalah yg perasan neh?! Sila lenyek dia sekarang!!!haha)

Begini..beberapa hari kampus mengalami krisis air (eh..eh..ko jangan mengada nak tambah krisis rumahtangga pulak..ni takda kaitan dgn org ketiga..bad mouth betol ko ye?)jadi dengan susah payah nya ak ke tangki mencuci pakaian yg banyak.Hasilnya?Kotor semula!!!sebab masa ak jemur kat bawah ada brother secara tidak berhemah potong rumput lalu menyebabkan baju ak bertanah semua...ok ak ulangi..SEMUA!!mmg ak bengang la..terpaksa cuci semua balik..dah semua kotor..jadi..

CADANGAN MENGATASI : Ak cadang lenkali pihak kampus kena ambik org potong rumput yg lebih reasonable.Maybe kelayakan sekurang-kurangnya PH.d utk bekerja sebagai pemotong rumput dengan gaji yang lumayan.Terima kasih

p/s mentang2 buat kajian semua penulisan nak ala2 proposal la?Poyo la anda shima!!haha



My cousin masa percutian ke Korea.Ak tak tau pun dia ada topi comel tu..tak kira!!balik ni ak mesti nak curik topi dia..haha..BTW miss to slam dunk u Ilyana:-(

Labels:


Posted @ [9:55 PM]

Wednesday, April 22, 2009
KALAU TAK TAHU..DIAM..SHH


Semalam kan..ak telah ke hospital..eh..eh apa kes ke hospital ni mau kasitau jugak? Isk ko dgr la dlu..ada smtin interesting berlaku..tu lah ak nak cerita di sini...mentang2 ak polite semenjank dua menjak ni ko nak unpolite pulak yeee??nanti tunggu kuasa bulan ak kembali ak bagi tumbukan bima sakti ak..baru padan muka ko..haha

Ok.Kembali ke cerita asal..terlebih dahulu..jeng..jeng..silalah open minded anda seluas Open University Malaysia,Open air dan Open Sasemee (utk buka gua..haha) sebab ak nak cerita ni ada lucah sikit..hm lucah ka?amboi2 yg ko tersengih2 tu suka ya bila ak ckp lucah?ko mmg kaki lucah la..eee..syoh2..main jauh2..tak malu betol la ko neh..kucing pun malu2 kucing dari kau tahu!

Actually takdalah lucah sangat pon...ni la ak nak cerita kaitannya dgn hospital sebab semalam ak pi sana dptkan rawatan sebab demam...terus ak teringat la kata Jaq (ya..ya ak tau Jaquline victor ma Tiara Jaquline tu dua2 kawan ak tapi ni Jaq lain ok..)yg mengatakan 'better now than sorry'..ala dia menyarankan kita pi buat Pap Smear la..oit..ko segala kaum adam jangan mengada nak jumpa doktor pompuan kata nak buat pap smear...silap2 dia buat construction apa2 menda tah dimodified dekat badan ko baru ko tau..ni utk perempuan sahaja ok..nak kesan kenser rahim,breast cancer n whatsoever cancer err..tolak kenser prostat la.

Doktor yg cek ak tu pompuan so ak takdalah malu hendak bertanya.'Hmm..wahai doktor yang baik hati lagi budiman, bolehkah kiranya hamba nak buat appointment pap smear?'(sambil mata berkelip2 ayu)..Doktor pompuan ala hindustan rani Mukrejee tu pun tidak semena-mena tanpa angin dan ribut topan terkejot beruk. (Eh..eh..ak takda ckp dia beruk pun k..ko yg fikir begitu..)Mcm muka suspen pun ada..lalu dia ckp..adakah tuan puteri chantik jelita mengalahkan angelina Jolie ni dah kawen? AKU: Belum wahai doktor yg baik hati sebab nampak kekiutan ak ini... Err..dah pernah buat 'tu' ke? AKU: tu?apa 'tu'?adakah 'two'?atau 'too' atau..owh..tutt tu yer?Takda la..Lepas tu lama doktor tu terdiam n buat muka ala2 profesor klon pulak kali ni (curious gile i tell u..)sebelum apa2 ak ckp simple ja..'bukan apa wahai doktor yg baik hati dan baik ususnya..family hamba ada history cancer..takut jer"(sebab my grandpa died because of cancer)..pastu baru dia nampak lega..'oo..dun wury..awk masih muda,jelita,ayu lagi mengancam err..plus seksi..tak ada pernah buat 'tutt' tu pun..jadi takkan kena la..guaranteed 30 days! (apa lak jaminan sebulan neh?apa kes?)'AKU:tapi doktor..kan family hamba ada pernah kena cancer.bukankah cancer itu bawaan genetik?"Takpa.Dun wurry la geng..rilek la brother..lu tarak apa2 punyalah.Wa caya sama lu.Bule bah kalau ko"(ok..ayat mancho tersebut ak tambah sendiri..haha)

Pastu doktor tu explain la..kalau org masih virgin (dara) pihak hosp tak leh buat sebab ujian pap smear tu dia akan cucuk err..ur thingy pastu bukak n tgk rahim ko kat dalam.So,adalah dikira mencabul kalo pihak hosp buat pada org yg virgin sebab dara kan tak koyak lagi..camtulah dia xplain..masa tu baru ak faham...sebab sebelum ni yg ak tau pap smear tu dia cek2 breast ko je..tgk2.tak sangka prosesnya lebih rumit dari itu..mmg la ak pandai cek sendiri tp tidak yakin ja..nak juga doktor cek.Hehe..

End cerita agak lucah tapi educated utk hari ini.
TUNGGU!
err..apa?Gambar?ya..ya..ni hadiah utk korang..gambar bangunan pelik..tapi sory..ak lupa la letaknya di mana..lala



Bangunan Piano di china (Institusi Muzik)



Bangunan Library di Amerika Syarikat ..daerah mana ak lupa..hehe



Bangunan pelik belakang rumah ak..(ketara menipu sebab ak dah lupa tempatnya di mana..lala)

Labels:


Posted @ [12:32 PM]

Tuesday, April 21, 2009
LOST BUT FOUND FINALLY


Salam sayang semua!!!!

Amboi3....apa ke hal nya ak begitu polite sekali untuk mengucapkan selawat & salam neh?haha...pstt..korang ada rindu aku kah?It's so not me kan untuk tidak mengupdate blog? APA?Rindu?..aw..aw...padan muka ko...selalu ak update ko tiada baca pun kan?kan? Baru ko tau hidup ko tidak berseri dan non magical lagi tanpa senuthan ak...(aik?apa pula ko main sentuh2 ni shima?tak senonoh langsung ko sukati sentuh anak orang ya!!!nak kena chop slam ni!!)

Apapun terima kasih kepada en Yazid sebab membaik pulih wireless ni semula.sebab tu la ak takda update blog..Laptop pun dah kong.Berapa lama ah ak tak update?tapi seriyes ak rasa mcm dah tujuh tahun padahal baru tujuh hari..hahaha..ok ak tipu.Ak pun pandai kira hari Ok..

Sepanjang ak tidak blogging...ak sibuk dengan DIY foods ak..ala...makanan pura2 palsu yg dijahit sendiri tu.Hasilnya tidaklah begitu comel (secomel tuannya...ahaks..perasan la penulis blog ini..tak malu langsung dia!)tapi ak puas hatilah sebab berjaya jahit menda neh...semua ada..beskot,sushi dan sandwich...lepas ni nak buat murtabak, pau,mee goreng,laksa,steak dan bla..bla..bla (ertinya ak dah syok sendiri melalut seorang diri..jangan pedulikan ak)

Labels:


Posted @ [12:48 PM]

Tuesday, April 14, 2009
KARYA AGUNG


Aiskrim rasanya manis..tapi ak tak sangka ia dicampur garam!

Ya..ya..inilah yg ak belajar dari discovery channel.Pertama kali ak tgk home made ais krim dibuat.Dia buat paste coklat+gula+susu+ais blend, isi dalam macam pembancuh adunan kek tu dan kemudian campur garam.Lama2 adunan yang agak cair tu jadi creamy dan lembut.Korang perasaan tak kalau ais krim melo dalam plastik kita buat tu letak ja dalam peti sejuk dia jadi keras gedabak?sebabnya ko takda campur garam..sudah campur garam baru dia jadi soft2 aw aw ala mak nyah (pulak?) sebab garam tu melambatkan proses pembekuan.Ada paham?Ko tak paham sudah..ak penat2 membebel sini yg ko tak paham tu kenapa?Get Lost u sekarang!Hahaha

Ak teringat dulu pernah tanya cikgu sek rendah ak..napa tu aiskrim kita buat tak soft2 ala2 ais krim kedai..ko nak tau apa jawapan incredible dia?dia kata.."ala..kita buat jadi ais batu..drg buat pakai ais kering"...ok..sebab ak budak ak tak tanya lebih lanjut..punyalah kelentong jawapan dia...kalau ak jumpa dia mmg compom ak lenyek2 dia jadi sardin roll sebab memberikan ajaran sesat kepada budak.Korang2 kalo jadi cikgu nanti, tak tau ckp ja...nak malu apa?Kita bukan LORD utk tau semua tau?Eh..eh..eh..yg ko melalut sampai kaitkan ma Lord of the rings tu PASAL?Ko nak cari PASAL dgn ak?Tak PASAL2 nanti ko masuk ICU.PASAL ko telah di chop slam oleh ak sebanyak 40 kali tanpa sempat meng karate ak balik...hua3...(tlg ketawa yg kejam sikit..)

Ok.Berbalik kepada tajuk.Sesungguhnya entry ini bukan pasal ais krim.Ni nak ckp pasal Ice man,ice age dan ice2 baby lak.Haha..kena tipu!Taklah.Ak telah berjaya hasilkan satu karya agung ak sendiri,walaupun tidak sehebat Monalisa,Kak Mona Rumet Ujie or Mona Fendy (Opss..cabul mulut ak)...ak sangat hepi dengan karya yg bagi pandangan pelukis profesional maybe..er..biasa?buruk?hampeh?gile hodoh? Amboi2 ko bukan artist jangan pandai2 nak bagi komen..silap haribulan ko merasa selipar so-often ke tandas bwk pi berak ak tu..hehe..diam..shh..shut up you..yes..yes..you!Tak dgr ak ckp you?Apapun ak namakan karya ni 'Pink With Envy'.Takkan lah ak nak letak nama 'karyaku yg cantik gile' atau 'ni kalo dapat markah rendah siap la ko lecturer'...nak kena tempeleng?Tu bukan nama karya..tu menyindir namanya..apapun...'kalo cantik,bagitau aku..kalo tak cantik simpan sendiri..silap2 dapat tendangan bima sakti ak..'..lala..



PERHATIAN :Aksi Gedik sambil melukis disengajakan untuk buat korang menyampah..haha



Aksi pelukis bermain sembunyi-sembunyi bersama karya agungnya yg not so agung itu



'Pink With Envy'

Labels: , ,


Posted @ [10:11 AM]

Monday, April 13, 2009
Ntah La Tajuk apa


Boring.Korang tidak boringkah?

Apa ni ckp pasal boring?Tidak ada apakah yang menghiburkan di sini?Err..Keningau mmg tiada apa2..hehe..ko asyik pegi tempat yang sama,jalan yang sama dan makan makanan yang sama...so kalau semua benda dah sama jawabnya ak bolehlah disamakan seperti status nerd dan skema.Hahaha...ok ok..dengar perkataan tu ja ak dah geli oke..Nerd?oh bukan ak..lala

Oh ya...rasanya belum terlambat lagi ak nak ucapkan Tahniah,Syabas Beti,Gambate dan Go Go Power Rangers untuk semua lantikan baru Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang baru.Nak tgk gambar2 nya nantilah ak posting kalo ak rajinlah..(sebab muka kami2 ni bukannya ada yg boleh dikomersilkan pon..hehe).Ak tidak tau nak buat apa sekarang..PC ak ni pun banyak buat hal..balik2 kuar 'u may a victim of software confenciating' ka apa menda tah pai buat ak bengang sebab pandai2 off sendiri padahal ak takda ckp pun suruh dia off ke menda sampai terkejot ak tgk skrin gelap neh..takpa2 barangan ciplak buatan Yahudi adalah digalakkan (windows tu kan jewish punya)haha..

Ok.ak mengantuk.Hendak beradu sekarang.Idea sangat terhad untuk berblogging..anyways..korang pernah jumpa ka org alergic dengan air..masa surfing tadi terjumpa berita pasal seorang remaja Australia (ak lupa nama dia) yg alergik dengan air.Beliau mmg tak pernah merasa mandi air panas,air sejuk,air mata,aircond dan sebagainya (pulak?)...berpeluh sekalipun dia akan merasa sakit yg amat sangat..kesian kan?Apapun bayangkan betapa busuknya bau dia..hehe

Labels:


Posted @ [12:49 PM]

Saturday, April 11, 2009
Teka Teki


Banyak2 Lubang, lubang apa yang sejuk?

Sekali dgr macam tak senonoh ja kan teka teki di atas kan?Aisy..ko yang duduk mengadap skrin tu jangan nak fikir yang tak senonoh dulu..otak kuning betol la..isk.. Korang nak tau ka apa jawapannya?

Jawapan: LUBANGUNpagi la beb, tarik selimut semula pastu tido..sebab sejuk..hahahaha...
punyalah ak ketawa sampai tercabut gigi palsu ak neh kerana kelucuannya (ok..ak belum tua sangat pon utk gigi palsu)....ak tanya soalan ni kepada en sanim..punyalah dia bengang dgr jawapan dia..tak logik langsung katanya..buat penat dia fikir..hahaha...tu la teka teki jawapan sure takda yg logik punya...

Classmate ak banyak yang balik kampung..mentang2 dah dapat pampasan buku sikit pegi KK la tu konon membeli buku..siap korang balik nanti ak cek satu2..jangan ko tunjuk buku lima atau buku lali ko tu dah la...nak kena silambam telapak tangan lima ak neh?haha..rumet ak pulak bakal ambik lesen kereta tahun ni..ya baguslah tu...lepas ni dia mungkin proceed untuk ambik lesen Bas sebab nak ganti pakcik Bas Express Tung Ma yg dah uzur n tunggu masa nak errr...tutt itu...Isk apa yg ko fikir bukan2 neh?Ak maksudkan tunggu masa nak berehat ngan anak bini dia dan bergurau senda bertepuk tampar ma cucu cucu dia...isk..cubalah positif sikit (ayat cover)

Aku?Bila ak nak ambik lesen kereta...jap jap ak fikir..napa ak tak ambik lesen kereta ya?Oh ya,,baru ak ingat..ak bukan ada kereta..so tiadalah nak rush ambik lesen kereta..yalah...dah ak high taste sangat nak Evo 7,Lencer,Skyline,Lemborgini Gallardo dan yang paling kurang pun GTO, bila masanya ak nak ada keta..kancil,rusa,kenari,cipan,lipan,kongkang,tenggiling,dugong semua i tak main oke..(amboi sombongnya ko shima)haha..angan2 mesti tinggi beb..bukan apa, ak kan bakal cikgu,kereta spot yg laju ni penting supaya sampai on time ke sekolah...takpun ada emergency budak sekolah berak berdarah ka..dapat ak hantar secepat mungkin ke hosp...tak payah tunggu ambulan...ada logik tidak permintaan ak ini?(Konon..haha)

Anyways...tgh surfing tadi ak jumpa gambar neh...anak2 YB Sami Vellu...cantik kan?Eh eh..jaga mata tu sikit..jangan tgk lama n tgk yg tak patut ok..cucuk bijik mata nanti jadikan ko Kassim Selamat Jr baru tau..

Labels:


Posted @ [8:00 PM]



"New Model.Original Parts"...

Wah..wah..ak suka motto baru ceta too fast n furious 4 ni.Cuba lihat perkataan new dan original tu...mmg mcm ironik tapi mantap beb!hehe..ak ingin sangat tgk muvie ni sebab dah tgk yg sebelum2 nya..mmg tidak mengecewakan!Next time buat cerita too fast n furious 5 jangan lupa jemput Edward Cullen Twilight berlakon ya!

Tadi ak tgk One In A Million di bilik TV asrama...er..guys..sila sediakan plastik sebelum ak ckp..u might vomit...ak..err...ak...ak rasa ak dah jadi peminat Tomok la...ok ok sila sekeh ak sekarang.Hatiku geli tapi mindaku kata teruskan..bukankah 'ikut hati itu mati kan?', jadi apa kata kita ikut minda...haha..isk ko neh..simpan segala telur busuk,pinggan mangkuk,mangkuk tandas,ikan masin,belacan,budu,tempoyak yang ko nak baling kat ak neh dulu...nak kena chop slam?jap..jap..jap..dgr ak ckp..tomok mmg telah bertukar jadi moron not so hot kepada something yang extreamly HOT sampai boleh melecur tangan kalo ko pegang muka dia kat skrin TV sekalipun..haha..Mlm ni pertama kali ak tgk dia.Dia bawak lagu ak Cinta padamu OS Shiela Majid(ya ya ak chenta padamu juga tomok!!!)Adalah yg kena booo lepas ni...mmg ngetop persembahan dia..takda lagi sengau2..Sumalah ak suka..lala..jom sama2 ikot ak suka Tomok!

Ayo,mlm ni ak tak dapat tido pula...nak kata mandi basah jugak,nak kata makan kenyang jugak, jadi tidonya ja tak lena..apa kes ni??Err..adakah kerana persembahan tomok tadi?Aw..aw...ya ya ak tau...korang dah geli..ya..ak keluar sekarang!(hehe)

jap..jap..sebelum korang naik angin lagi (bukan buang angin oke) silalah tgk gamba di bwh ni...nescaya korang akan ada ilusion bulatan tu bergerak kan?kan? APA?tak bergerak pon?Hm..kalo camtu byk2 la korang baca surah Yasin..nak dekat da kot..hehe.. (ak gurau ja bah)


Posted @ [1:03 AM]

Friday, April 10, 2009
SHINBEI?


Helo semuaa!!Rindu!

Amboi sebarangan ko ni shima ckp rindu2 a sama readers suma..apa mau kena pelangkung?Apa ko sudah buang tabiat?Nanti ada orang jeles abes muka ko yg not so hot tapi ada sikittttt kiut tu (perasan!) habis disimbah asid.Haha...sadis nya imaginasi ak..lala..rindu saja oke..jangan mengada nak lebih2.

Sori ak sudah lama tidak update.Mcm org hilang jet ski di tengah lautan rasanya,terapung dan tergapai-gapai tanpa arah tujuan dan tidak tau mau balik ke pantai..uwuwuwu..jangan salahkan ak.ak bukan malas..salahkan wireless yang hampeh ini.Betapa ak berharap wireless ini ialah seorang insan supaya senang ak tenyeh2 kepala dia sebab selow tahap cipan.

By the way..happy Good Friday ak ucapkan utk korang2 yang sambut gud friday lah.Yg tidak menyambutnya pula jangan nak mengada.Nak ucapan jugak?Ok..hepi GOOD night,GOOD very Good dan GOOD boy!(Macam haiwan peliharaan la pulak)hua3...padan muka ko..sapa suruh mengada nak ak wish jugak?lala...amboi laser bangat mulut ak sekarang..tolong tukarkan ak dengan mulut yang baru..(request:ak nak mulut Angelina Jolie Plz..nak..nak!)

GAMBATE!!!Aik..apasal ko merapu x tentu pasal neh secara mendadak?hehe..ak sebenarnya memberikan semangat untuk diri sendiri berdiet..badan ak naik 1 kilo k..diulangi..1 kilo!Siapa yang mengada tambah 0 dibelakangnya dan menjadi angka 10 nescaya akan merasa makan periuk nasik elektrik untuk kesekian kalinya.I mean it!(dengan nada garang nak mampos).Sangat susah menahan diri dari makan nasik..tapi..tapi..melanggar pantang dengan makan shinbei (rice cracker yg diberi salmi n the gang).So,cuba fikir natijahnya...ak puasa nasik tapi makan rice cracker..sama ja kan?Baik tak payah diet..hehe..tapi kan..tapi kan..(adoi gediknya!!)shinbei tu sangat sedap...makan rasa nak makan dengan plastik dia sekali..sedap gile i tell u..mengalahkan kek secret resipi,big apple,KFC dan teh tarik mamak..jum beramai2 bagi ak shinbei..nescaya murah rezeki korang..lala

Apapun...gembira dapat blogging semula...



Tq Salmi n the gang...enjoyed ur science competition last time...;-p...it was fun!

Labels:


Posted @ [5:48 PM]

Wednesday, April 8, 2009
MATA ANDA TERER?





Cuba anda lihat gambar di atas.Apa yg sebenarnya anda nampak?Cuba bagitau ak..teka teki neh...(By the way,kredits to blog 'aku sempoi' utk gambar ini.TQ TQ

Labels:


Posted @ [10:59 AM]

Tuesday, April 7, 2009
BAD HAIR DAY


Bad Hair day.Kenapa?Cuba tgk fenomena ini :

1. Hari Ahad ada pekerja pasang roof ala2 roof balkoni di rumah warden.Bising sungguh bunyi dia welding n ada bunyi mcm 'piling' yg korang dgr di tapak pembinaan tuh.Ayo amma...hari Ahad patot tenang utk membolehkan tido siang.Terganggu mimpi ak jadi pengganti Queen Elezabeth..cet...

2. Taufan.Abes bilik berpasir.Ak ckp taufan bebetol la...ingat ak tipu?Bukanlah sehebat taufan katrina tp mampu menerbangkan ak yg 38kg ni (ye ke begitu slim???haha).Terpaksa mop bilik semula.Byk masuk pasir.Apa ko ingat makcik KAZA tu nak tlg mop,vacum,polish segala?.Byk chantek muka ko..Bayangkan selipar ak pun boleh terbang...seluar kecik P*** pun melayang (ok ak reka cerita),kalo ada duit beterbangan ok juga la..sukanya hati.Takpun, Kereta lecturer ka..dapat ak cekup sebijik dengan kuasa bulan ak neh (er..ak ex Sailarmoon dulu..da pencen)

3. Takda air.Tak payah cerita la.Biasa berlaku.Ak terasa tinggal di Tanah Savana Afrika yg sebelah selatan dekat Cape Town tu (eh,mcm ko tau...haha).Susah dapat air.Padahal sungai,oasis,sunway lagoon,the mines segala bawah tu ja (er..bohong sunat)...jangan sampai ak beli tangki..ha..isi lam bilik..mandi sorang2...padan muka kalo ak claim ma maktab.

4.Ak hampir tergelincir.Nasib baik tak terdedah body ak yg not so hot ini.Nasib baik ak sangat cemerlang bersilat lalu menyeimbagkan diri.Lambat bangun punya pasal lah ni sampai kalam kabut lepas mandi.Lepas tu bersilat lagi siap2 pegi kuliah.Hari2 mcm ni bole monopaus ak..hehe

O.k.cukup la 4.Blog ini bukan blog aduan pelanggan pun..(sedar diri)Hehe...apapun sgt gembira akan balik tidak lama lagi.Insyaallah.Tiket murah jangan jeles.KK-KCH Rm 172 shj (pergi & balik)Malaysia Airlines ok.Kalo nak murah lagi cuba ko try Garuda Airlines atau Indian Air..lagi murah rasanya..haha..ok.ak buat lawak cheap lagi.jangan peduli ak.Jom layan gambar candid kami..for sure buat ak tersengih ala kerang busuk sorang2 depan pc.









Labels:


Posted @ [1:48 PM]

Sunday, April 5, 2009
TRIMAS,TAHNIAH


Aik?Internet di hujung minggu?Ini sudah magic.Wireless tidak pernah di on pada hujung minggu...apa sudah buang tabiat?

First of all...ak nak ucapkan tahniah kepada My Uncle,Uncle Zul n bininya sebab dapat bebi laki semalam.Bebi tu cukup sifat dengan rambut afro, siap bermisai lentik dan berjanggut (oke..itu dongeng belaka..haha)..comel tu..Beratnya nak dekat 4kg.mak oi..bapak besarnya....Uncle zul,anda telah menjadi bapak.Jadi tinggalkan semua tu PS2,PSP,Roller Blade,Steet Hockey and err..suka pau duit org mintak belanja..ahahaaa...kantoi...dah jadi bapak ni rajin2 kan lah hulur duit dengan orang pulak..lala

U know what is kedondong?Sorilah ak mmg tak tau apa kebendanya kedondong ni dalam bahasa kebangsaan ,bahasa Inggeris dan bahasa arabnya.Apatah lagi nama saintifiknya.Silalah rujuk kamus atau google sendiri k.Kalo ko ada kamus besta lagi bagus..enter k.e.d.o.n.d.o.n.g dan carilah jawapannya!Mudah kan?Ok.Ak mula merepek.Point ak di sini..Oi Lan telah memberikan ak buah kedondong yg amat byk dan sedap sampai menjilat dinding segala dari rumahnya.TQ oi lan..lenkali tlg la bawak buah stoberi atau durian ka ya!(ehem).Buah dadu la paling kurang...buah lain tak payah..bahaya!(kwang3..suci hati,suci perkataan,suci perbuatan okeh?)Hahaha-ak nak ketawa jugak

Kepada yg besday bulan 4 neh ak nak tujukan lagu 'selamat ulangtahun sayang' dari Imran Ajmain utk korang.Hua3.Siriyes..first time ak dengar lagu nak terguling tergelak ak dalam bas...jiwang karat giler..kalo lagu ni la drg dendang masa besday ak nanti instead lagu 'hepi besday' original tuh..nescaya korang merasa makan kasut saiz 5 Jimmy Choo ak tuh...nak kena?ak geli geli geli...ya..aw..aw..(gecek hip hop two phat jap)

Last but not least...mesti ak kasi korang can cuci mata kan?Cuci mata sahaja oke..cuci lain tak boleh!(diulangi..suci hati,suci perkataan,suci perbuatan..lala).Tata!

Labels: ,


Posted @ [1:19 PM]

Saturday, April 4, 2009
F.I.T.N.A.


Korang pernah tgk tak video Fitna yang kontreversi itu?Nak tau di sini ada yg lebih hebat dari itu..Jangan buang masa lagi..jom Layan...(adoi boleh jadi calon pengacara harapan ak neh..kwang3)

Nak tau apa jadik?Kami dilabel dengan cop yang bukan2,kalo cop maharaja China tu tak apalah..laku jugak..ni cop murahan yang beli tiga RM 1..(Apa ak merepek neh?)Mari baca ulasan ak pulak...Simple ja

1.Jangan suka berburuk sangka,nanti padah la jua jawabnya (chewah..berbakat ak ni dalam sastera)

Maksud:Tak baik tau nilai org sekadar terpengaruh dgn epik cerita org lain bwk.siasat dulu oke..tak macho ar camni

2.Jangan suka Umpat mengumpat nanti ak sumpah ko jadi inti ketupat (pastu ak makan.Nyam..nyam..tamatlah riwayat si jahat tersebut..err..ak bukan kanibal ok?)

Maksud:Mengumpat tu berdosa

3.Kita semua bukan superstar,cubalah bwk runding cara org besar (org badan gemuk jagan terasa okeh..maksud ak org dewasa..isk ko pun nak buruk sangka jugak?)

Maksud:Jadilah Matang dan Profesional

4.Janganlah jaja cerita sana sini,apakah masih tak sedar diri?(Amboi mulut laser ak...mengalahkan Khairy masa kempen)

Maksud : Tak baik hebah cerita bukan2 kat Junior tau..tau..tau (Mcm emak nasihatkan anaknya)

5.Janganlah ada rasa menyampah, apa ke jadahnya ak ckp ni hah?(utk yg blur)

Maksud: Utk Cerita lanjut silalah ke SINI
I CAN'T ACCEPT CORRUPTION (pulak?!)

P/S: Kita bakal dan adapun yg sudah jadi guru..takkan la nak terapkan budaya burukkan org belakang2?Selesai cara profesional okeh?Steady2 la geng..Peace to the world!



Ramadhan nak dekat oi..marilah kita bermaaf-maafan..lala(sertakan duit raya sekali..hehe)

Labels:


Posted @ [5:34 PM]

LAPAR RASA DI PAGI INI


Ak semacam addict dengan cerita Jepun.Selepas Honey & Clover,Nodame...ntah apa cerita ak nak tgk lepas ni.'Confession of a shopholic'..bes ka?Byk org kata bes..mungkin itu yg seterusnya..tapi ak looking foward sangat2 tgk cerita Too Fast Too Furious 4.Ada Van Disel Berlakon.Betapa ak harap dia tukar pelakon lain yg lebih ngetop gitu mcm pelakon Edward Cullen dalam filem Twilight (nama sebanar dia ak dah lupa)..barulah hensem siket..hm..ckp pasal twilight ni..bukan Edward Cullen lagi yg akan berlakon utk squel seterusnya..(New Moon)..Kecewa!

Actually ak baru bangun neh..ak terkejot ada bunyi org main gamelan di dewan.So entry kali ini agak hambar..hehe..korang takda kisah kan?Ak pun tak ada idea nak mengutuk en cipan,kongkang tenuk segala hari ni.Kalau tidak,nescaya diserang habis-habisan oleh ak yg tak berhati perut ini..lala..

Cukup.Shift.Aritu masa pegi lawatan di Swak ak dan en sanim mkn di sebuah restoran SCR Express.Kami order Black Paper Chiken yg letak dalam clapot tapi takda pun dia keep panas makanan kitaorg tuh..Apapun harganya cuma RM6.00.Lepas tu kami order Wheat Grass (minuman ijo tu).Apa kebendanya Wheat Grass tu?Engko bukak la kamus sendiri yea..Hua3(Berciri kejam pagi ini).Apapun semuanya sgt sedap.Dia ada mcm2 western pun ada dan dijual dgn harga yg bes.

Labels:


Posted @ [8:16 AM]

Friday, April 3, 2009
SAKIT PINGGANG


Ak baru sahaja khatam cerita nodame.Syiok Gila cerita tu..sangat lucu..dia adalah drama 11 episod.Korang2 patut tgk sebab banyak moral value dalam tu..hohoho

Sudah 3 hari ak sakit pinggang.Terseliuh masa tido.Aik?macam mana terseliuh masa tido tu?Ntahlah ak pun tak tau..semuanya masih menjadi misteri..ak control ayu ja berjalan selama 3 hari ni padahal pinggang ak sakit nak mampos..mcm ada salah urat (bukan dalam konteks mengorat ok...tu utk ko yang suka usya2 ladies..kwang2)Ok sudah..ak nak cari tukang urut..haip..ak tau Rosli tu pandai mengurut tapi takkan la ak nak minta urut ngan dia kot?Ko nak mampos?Nanti puan mageret kejar ak pakai parang tak pasal2 (opss..kontreversi..)

Sememangnya menjadi satu cabaran utk mencari tukang urut di Keningau neh.Ya ak tau sebelah Tung Ma ada Blind Man yg urut2 tu kan?isk ko neh...camna tau dia buta kalo pakai spek itam memanjang..eeee...buta2 pun kena hati2 oke..Ak nak cari tukang urut perempuan..anda tau?Tapi ak tak mau la tukang urut pompuan yg urut kaki Lee aritu..makin bengkak ak tgk..n plz la jangan syorkan ak beli kerusi urut ogawa,osim,cap tenuk,cap cipan apa2 ntah..tunggu ak kawen dato K ka,dato M ka,dan dato sekalian alphabet lain ka baru ak nak beli menda tu..hehe

Adoi..mcm org tua lak ak tak leh duduk lelama depan pc ni.Chow dulu..Sebelum tu cuba tgk gambar ni.Ak dapat dari internet..korang percaya tak tu bahtera nabi nuh?(Noah's Ark?)

Labels:


Posted @ [8:44 PM]

LETAK LA TAJUK SENDIRI..HAHA


Aloha!!!(Nanti tak pasal2 Aloha Ibin dari kelas KS jawab salam ak..hua3.err..maksud ak Hi!)

Sori ak lama x update.Kalau ak lama tak update apa maksudnya tu anak2?Ya..maksudnya ak tersangatlah bz tahap cipan yang tengah bersiap sedia untuk show atau road tour yang seterusnya lagaknya..haha..(kesian si cipan,selalu ak mengutuk dia,lenkali ak mengutuk si tenuk pula ya!)

Hari ini mmg ak semacam tak ada idea utk post entry..tapi entah kenapa jari jemariku ini secara magicalnya terus bernari-nari hip hop di atas keyboard ini..(sejak bila ak jadi penchenta sastera neh??)..ok..ak dah naik geli..lala..tapi betollah...jari ak pandai taip sendiri..kalau terus menari2 masa taip ximen kan bagus??ko ni syima asyik ckp ximen ja..nanti termuntah readers ko dgn hanya tgk word ximen tu...ok..balik kepada cerita tadi..di mana kita ya?O..err kita takda di mana2..apapun ak belum beli tiket lagi balik kampung meskipun harga sangat murah.BTW, sapa2 nak balik Kuching, (KK-KCH) silalah cek MAS Airlines.Harga sangat berpatutan dan lebih murah dari Air Asia..ada makan free lagi...(Mmg tu la matlamat utama)

Ckp pasal Air Asia ni..sereyis ak ckp, sejak mereka mula memberikan seat pada tiket, ak jadi semacam tak thrill lagi naik Air Asia..Korang tak rasa begitu kah?Ak suka suasana berebut,ko line up sejam lebih awal depan pintu dan bila masuk ja semua berlari2 anak ke kapal terbang..haha..now semacam semua org rilek ja..tak berkesempatan ak tgk aksi2 org tua berlari lagi..kwang2..

Dan korang2 tau ka kenapa MAS airlines tu bole menang best cabin crew, best flight semua?Sebab MAS satu-satunya airlines yang bagi makan free dalam flight.Flight lain mana ada..siap ko bole request mintak air, makanan,selimut,bantal dan segala-galanya yg lepas tu ditapau balik kan?kan?Flight lain semua amal sistem mcm Air Asia la, jual makanan tapi harga mahal nak mampos dalam fligt.Ak tak tau la kalau ada flight lain bagi makanan free mcm MAS,tapi setau ak mmg xada ok.

Wah!ak berciri informative pula pagi ni...jangan salahkan ak..salahkan jari jemariku secara magicalnya menaip di atas keyboard ini (pulak?)Nah, ak bagi ko cuci mata siket.satu gambar jalah ok..jangan nak tamak haloba pula mengada nak byk2 (haha)

Labels: , ,


Posted @ [8:27 AM]

Wednesday, April 1, 2009
FOR UR EYES ONLY


Tada!!!Dipersembahkan lagi beberapa gambar pelik tapi lucu2 di bawah.Actually ak dapat semua gambar ni dari internet..tapi lupalah pula web nya..lenkali ak try cari lagi utk memberi CREDITS kepada web tersebut...Paling bes T shit n kereta yg ala2 ada beteri di belakangnya tu..hehe...

Hari ni kami buat ujian kecergasan untuk ximen En Sallehudin...tgk la kalo ak rajin ak post lah gambar2 tu di sini...muka ak mahal oke (perasan!)lala..ak nak mandi neh..dahla takda air apa ntah Maktab ak (IPGM) ni takda bayar bil Maybe..isk..ak nak cadangkan buat ja swimming pool di tengah2 asrama ni..teda air kami mandi ja sana jadi takdalah org berebut lagi nak mandi di tangki bawah..di samping itu dapatlah meng show off kan diri pakai swimming suit ka, pakai diving suit ko tu ka sambil membawa tangki oksigen,pakai bikini walau body not so hot (lantaklah kan?hehe) silap haribulan pengarah suka dengan idea ak jadi dia buat ala2 Sunway Lagoon la pulak..terbeliak mata IP lain kalau tau..haha..sudah....Apa ko ingat IP ko Generous sgt?Ko tau la maktab ko kedekut nak mampos tahap cipan sarkis bermulut manis kemudian dah bagi janji semua boleh tarik balik lagi nak berangan yg bukan2..(ko sindir sapa ni shima?Nak terima surat chenta yg not so wangi but pinky tuh ka?)shh..err..end of the story..









Labels:


Posted @ [5:18 PM]


♥AHLAN WAHSALAN
HELLO

Welcome!
Spy comel \(^-^)/ ke..



♥ Chats
Leave A Massage!;-)


♥ Sweet EsCape!
GOODBYE!

♦ Click Here <---Jom Skodeng SINI!♦

♥ Memories
my previous posts

December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013
April 2013

♥ Credits
clap!clap! :)

Designer : zahirah-
Basecode : Jas.miine-
Inspiration : Agnes
Materials : Lovecandied
Cursor : Dorischu
Hosters : Blogger,Photobucket,Blogskins


♥THE MRS. BLOGGER
SESI BERKENALAN DENGAN TUAN BELOG

S.H.I.M.A
Married.LEO.Kuching,Sarawak.Teacher.Pure Malaysian.
italic bold underline strikeout


♥ TIED THE KNOT!
THE COUPLE

Merisik :15 JANUARI 2011
Bertunang :17 SEPT 2011 @ 19 SHAWAL 1423H
Nikah :17 SEPT 2011 @ 19 SHAWAL 1423H
Lilypie Angel and 

Memorial tickers
Lilypie Angel and 

Memorial tickers
♥ WEDDING THEME
WEDDING BY COLOURS


AKAD NIKAH
GREY
16th SEPT 2011
PINK AND WHITE
AKAD NIKAH & BERLULUT
16th SEPT 2011
CREAM , GOLD AND IVORY
SANDING
17th SEPT 2011
RED
MAJLIS BERTANDANG
26th NOV 2011