
Friday, April 3, 2009

LETAK LA TAJUK SENDIRI..HAHA
Aloha!!!(Nanti tak pasal2 Aloha Ibin dari kelas KS jawab salam ak..hua3.err..maksud ak Hi!)
Sori ak lama x update.Kalau ak lama tak update apa maksudnya tu anak2?Ya..maksudnya ak tersangatlah bz tahap cipan yang tengah bersiap sedia untuk show atau road tour yang seterusnya lagaknya..haha..(kesian si cipan,selalu ak mengutuk dia,lenkali ak mengutuk si tenuk pula ya!)
Hari ini mmg ak semacam tak ada idea utk post entry..tapi entah kenapa jari jemariku ini secara magicalnya terus bernari-nari hip hop di atas keyboard ini..(sejak bila ak jadi penchenta sastera neh??)..ok..ak dah naik geli..lala..tapi betollah...jari ak pandai taip sendiri..kalau terus menari2 masa taip ximen kan bagus??ko ni syima asyik ckp ximen ja..nanti termuntah readers ko dgn hanya tgk word ximen tu...ok..balik kepada cerita tadi..di mana kita ya?O..err kita takda di mana2..apapun ak belum beli tiket lagi balik kampung meskipun harga sangat murah.BTW, sapa2 nak balik Kuching, (KK-KCH) silalah cek MAS Airlines.Harga sangat berpatutan dan lebih murah dari Air Asia..ada makan free lagi...(Mmg tu la matlamat utama)
Ckp pasal Air Asia ni..sereyis ak ckp, sejak mereka mula memberikan seat pada tiket, ak jadi semacam tak thrill lagi naik Air Asia..Korang tak rasa begitu kah?Ak suka suasana berebut,ko line up sejam lebih awal depan pintu dan bila masuk ja semua berlari2 anak ke kapal terbang..haha..now semacam semua org rilek ja..tak berkesempatan ak tgk aksi2 org tua berlari lagi..kwang2..
Dan korang2 tau ka kenapa MAS airlines tu bole menang best cabin crew, best flight semua?Sebab MAS satu-satunya airlines yang bagi makan free dalam flight.Flight lain mana ada..siap ko bole request mintak air, makanan,selimut,bantal dan segala-galanya yg lepas tu ditapau balik kan?kan?Flight lain semua amal sistem mcm Air Asia la, jual makanan tapi harga mahal nak mampos dalam fligt.Ak tak tau la kalau ada flight lain bagi makanan free mcm MAS,tapi setau ak mmg xada ok.
Wah!ak berciri informative pula pagi ni...jangan salahkan ak..salahkan jari jemariku secara magicalnya menaip di atas keyboard ini (pulak?)Nah, ak bagi ko cuci mata siket.satu gambar jalah ok..jangan nak tamak haloba pula mengada nak byk2 (haha)

Labels: News, Nice words, No category

Posted @
[
8:27 AM]


Thursday, March 12, 2009

Tak ada idea tulis Entry
Dari semalam saya rasa tak sihat..kerongkong pun rasa sangat perit..tiba2 tgh malam tadi terfikir utk cuci baju..barulah saya rasa bertenaga semula..hehe..sini sgt sejuk semalam..nasib baik tidak beku..sudahlah tiada air..terpaksa mandi dekat tangki di bawah..malang sungguh!!

Ok..fokus bukan kepada nonohonzoku,tapi kepada botol air kawaii yg baru dibeli itu..hehe..sesuailah time tiada air ni kita stok byk2 air dalam botol..nanti tidak pasal2 dihydration..lala (sory kalau salah eja)..semalam pun hujan lebat, tu la sebabnya kena hujan lalu demam..hm..

Ni pula door bell helo kitty..hehe...saudara Rosli memberitahu ada sale sebelum muflis (clearance store..bukan lagi clearance stock!)berlaku adalah di sebuah kedai ni..harga barangan dia mmg murah tahap cipan..bila sampai pekan,cepat2 pergi kedai tu..takut habis..nasib baik ada lagi..saja nak buat main2 lekat di luar bilik..hehe
Rasanya kita baru betemu dalam blog beberapa hari yg lalu selepas sy balik dari sarawak kan?Nampaknya kita akan berpisah lagi sebab dalam seminggu ni kami akan ke ladang sawit buat kajian..InsyaAllah kalau tak ada aral melintang..anda dilarang merindukan saya okeh?(cet..perasan)..
Pesanan Penaja : 'A friend is someone who walks in,when everybody walks out'
Labels: Nice words, No category

Posted @
[
11:30 AM]


Wednesday, January 21, 2009

OUTING!

Yay!Hari rabu hari
outing tiba akhirnya....dapatlah berjalan2 ke pekan, makan makanan yg bes sikit dari kafe dan membeli barang keperluan sendiri seperti stok makanan le....Hari2 menunggu kedatangan elaun menyebabkan diriku selalu bersantap
megi sahaja (itu pun mahal)..sangat boring, rambut byk yg gugur dan terasa hidupku kosong (chewah!)...jadi hari ini gagal lagi menahan diri daripada membeli makanan yg sedap...makan mengikut kesukaan....tu pic diatas adalah perolehan hasil meronda2 di pekan tadi. Ternampak
mum's bake cookies filled with choc.Harganya RM 2.00 sahaja.Then air soya Yeo's berharga RM 1.75 dan Kaya Bun Rm2.00.Semuanya di bawah RM 2...jimat kan?Ni la stok makanan utk seminggu..sob..(padahal malam ni juga berniat utk menghabiskan semuanya....yum2..terliur suda ni..hehe)

Oit..dalam berjimat sempat lagi neh membeli
kad2 kiut disney Characters dengan harga Rm0.40 each. Bukan apa, teringat byk besday kawan2 yg mendatang seperti cik zaza,marin n Ujie.(Alasan..padahal mau simpan sendiri)..then ada
stiker kiut utk buat handmade card sendiri berharga RM 1.00 sahaja....dia terdiri daripada byk pilihan tapi rasanya ni lah antara yg paling kiut..sengaja membeli lebih sikit character Sleeping beauty tu sebab that's my fav disney tales.Lebih2 lagi warna pink..cuma character the little mermaid n jasmine ja tidak saya beli sebab kurang berkenan..
Oh ya, dalam kesempatan ini i want to say
Hepi holidays to Yana yg akan balik esok n to Jac Teo, i hope ur daddy will recover soon.All my prayers for u...
Labels: Nice words

Posted @
[
7:44 PM]


Monday, January 19, 2009

From an UGLY DUCKLING to a SWAN

Gambar di atas menunjukkan 9 orang finalist yg menyertai satu pertandingan kecantikan 'extreame makeover' di AS.Dalam pertandingan ini 9 orang daripada seluruh AS telah dipilih yg terdiri daripada 'mereka yg kurang menarik' kemudian pertandingan ini akan 'melakukan segala yang mungkin' utk menjadikan mereka cantik termasuklah pembedahan plastik,rawatan sedut lemak, botox, make up, fitness programme dan sebagainya.
Di akhir rancangan, seorang peserta yg mengalami perubahan yg 'paling super tahap cipan' akan dipilih sebagai pemenang..Akan tetapi rancangan ini dikecam hebat oleh sebilangan penonton terutamanya lelaki kerana mengganggap bahawa kecantikan yang dimiliki oleh para peserta adalah palsu dan rancangan ini juga tidak layak digelar sebagai memilih 'yg paling cantik' kerana mereka semua adalah disifatkan sebagai 'monster' yg mengalami perubahan melalui pembedahan.
Menurut pencetus idea kepada rancangan ini, beliau menyifatkan bahawa tidak ada seorang manusiapun di dunia ini hodoh selagi mempunyai wang...kerana dengan wang manusia boleh melakukan apa sahaja termasuklah menjadi cantik dan menarik. But, the downside of this programme is, selepas pertandingan ini selesai, para peserta mengalami 'kepayahan' utk kekal cantik kerana segala rawatan, pembedahan dan 'hair extension' yg dilakukan memerlukan kos 'maintainance' yang sangat tinggi ( Lebih2 lagi mereka ni bukan org kaya pon ). Ini juga termasuk perbelanjaan utk memiliki set penjagaan wajah dan make up mereka.
Mereke semua sememangnya cantik-cantik belaka - 'An Ugly duckling became a Swan'... Tapi there is always a price to pay for it..right?
*Sorry for the poor picture..Hanya itu yg mampu di dwnload..hehe*
Labels: Nice words

Posted @
[
1:18 PM]


Sunday, December 28, 2008

Pulang
Hmm..pejam celik sudah nak tamat holidays yg panjang ni dan tak lama lagi kita akan menyambut tahun baru 2009. Balik semula ke Kampus mmg bes tapi sedey juga sebab terpaksa tinggalkan rumah yg bes dengan makanan yg sedap2.Balik kampus?Hm...cuba ceritakan apa yg sedap di kafe itu?
Tak apalah.Hehe.bes juga dapat jumpa kawan2 dan encek Tutt.. yg dirindui.Rindu juga hendak ke pasar malam dan tidur di katil asrama yg bes itu....tidak lupa juga ingin bermain gem dan menonton muvie yg banyak di save dalam PC...Apalagi?Mungkinkah funfair di Keningau tu masih ada?kalau ada..dapatlah kita main2 gem lagi!!
Sepanjang berada di rumah ni mmg ligat la aktiviti.Asal cuti hujung minggu ja mesti pergi jalan.Bes juga tapi bila sudah balik mmg penat. Then, di sini saya perhatikan,byk yg guna printed jacket baby milo.Mmg cute.rasa ingin membelinya.Tapi di mana?Sob...sabar...manatau di KK ada. Di sini puas cari tapi tidak kejumpaan.Kalo sudah desparate,next time jumpa sapa2 yg pakai jaket itu maka saya akan menanyakan mereka lah di mana mereka beli.Mmg comel dan adore sangat2.
Di sebabkan selalu byk meronda2,hampir semua pasaraya telah dijelajahi.Lepas ni kita pergi India Street dan MJC pula ok?hehe.Banyak lah juga 'perolehan'semasa jalan2 tu. Antaranya adalah seperti barangan pink dan cute stuff hello kitty box,stiker,baju, kasut, dan banyak lagilah.

Besanya saya akan hadkan diri utk tidak membeli barangan yg mahal dan lebih rm5, melainkan benda tu saya berkenan sangat.Bukan apa,dalam berbelanja kita kena beringat juga kan?
Tap

i dalam hal beli baju..mahal sikit ok la. Aritu saya beli
baju polka dot pink di Everise.sangat cantik. Saya kempunan nak beli baju polka dot pink-yellow Yogi yg sangat kawaii sebab bila dah gaji..baju tu dah lesap.hehe.Tak apalah,yg ini pun ok what?Lepas tu saya telah dibelanja oleh nenek yg membelikan saya kasut yg sgt unik ni.Kalo tgk dari atas macam flat shoes.Tapi Actually dia ada heels...comelnya!Lepas tu dia ada printed bunga2 pada kasut..makes me feel like a lady la..hohoho


Adui..nampaknya usaha utk menabung tidak kesampaian lagi kali ini..tak apa,cuba lagi..kambate!!
Labels: Nice words

Posted @
[
8:24 PM]
