No right clicking here.Don’t want any rippers to be ripping.Want codes/pics/anything?Just ASK.
<body>
Life is a journey, not a destination...

ShimaPinkRibbon.Blogspot.Com
~

Saturday, November 28, 2009
DINNER TERAKHIR BERSAMA


ooo...did i mention kami dah tamat belajar??
Yippie!!

Bayangkan...

Tak ada assignment.No more exams.No more stay-up burning the oil ka apa ntah omputeh ckp. Takda lagi kelas tambahan.Takda lagi terpaksa pergi perhimpunan.Takda lagi berlari pakai high heels 8 inci pergi kelas sebab lewat (ok ini ak tipu gila apa pakai heels sampai 8 inci..haha)

Tapi masih perlu bangun awal...sob sob
Kecuali dapat shift sidang petang

So, last 23rd Nov kami makan dinner sama2, semua yang sudah last year di sini.



Ya. I know I know. Saya recycle baju dari gala night yg lepas.Shadap u (bukan sedap u, tapi shut up you tahu!)



See.see. Baju saya bukan satu kaler dengan lapik meja.Kalau ada orang cakap baju merah yg mahal tersebut (konon!) adalah lebihan lapik meja, saya tak akan ragu memfire dia menggunakan kuasa-bulan-akan-menghukumu (power ultraman tapi body baget ala sailormon..lala)



Kelas kami yang membuat persembahan malam itu.Lagu 'memori bahagia' original singer dia Sahri AF sambil tayang2 slaid



Jangan tertipu.Hujung sekali baju hijau itu lecturer kami.Masih single.Berminat?hehe


Meja Kami.

Malam itu kami makan nasi baryani.Sangat tidak kenyanglah sebab makan sikit sahaja kerana time turn tiba..nasi lauk semua hampir habis...sob. Nasib baik free.

p/s:Gud luck everyone, my classmates and semua KPLI. Kita datang dari seluruh Malaysia dan akan bertebaran ke seluruh Malaysia. Keep in touch!

Labels:


Posted @ [1:54 AM]

Thursday, November 19, 2009
Itulah..kurangkan FB ya!hehe


Tolong Baca ini:(Ini bukan paksaan tapi arahan..haha)



Taken from: Az Rye wall photos from Facebook

Nasib baiklah telah lepas segala exam. No more exam selepas ini..Yippie!!!boleh main FB puas-puas. Tapi for sure game dalam FB memang buat orang ketagih..bukan sebab dia best sangat pon tapi kerana kita compete online.. memang game dalam PC yg dimain syok sendiri tak ada fight , seronok sendiri2 naik level tidak dipandang langsung..so berpada-pada lah ber face-book-ing ya!! (nasihat utk diri sendiri sebenarnya..lala)

Labels:


Posted @ [8:19 AM]

Wednesday, November 18, 2009
Enjoy Sakan


Tempoh hari kan, telah diceritaTkan pengalaman bersama orang bunian...eh...bercanda ke rumah Santi. Kemudian, kami pergi lagi ke rumah santi untuk kali ke 2.Tapi this time..pakej pula..ke rumah Santi dan Mas. Banyak aktiviti yang kami lakukan. (skema gila la pula ayat gila nerd weh ak neh..haha)

O.K...Kita bermula dengan aktiviti di rumah mas terlebih dahulu;



1. Kami datang nak dekat waktu Maghrib, lalu Rosli pun sempat memberikan pose maut (sebab kempunan tak dapat jadi cover depan majalah playboy..ahaha) berdekatan kaki lima rumah mas dan berlatar belakangkan kebun bunga rumah tersebut..


2. Neh masa aku dengan kaka' sibuk curi..eh..kutip buah manggis rumet aku dok syok berak..eh..bukan..bukan..syok mencangkung memerhatikan kami (jadi mandur dia..amboi..amboi)...


3. Aku tak tahu bagaimana mereka ni terlepas dari Tanjung Rambutan..kesian..


4. Tidak sah kalau tidak bergambar..Pemandangan pangkin rumah mas



5. Aku sibuk kutip manggis epi pula sibuk makan..adui la..tapi rasa buah yg baru dipetik memang mantap..sedap yo...

Ni pula di rumah Santi...


Kesian budak ni..dia tidak pernah tgk basikal..ak harap ada pegawai di Tanjung Rambutan baca entry ni dengan pesanan : "bawalah pesakit anda ni balik"..haha


Aku paling suka pose maut santi yg duduk paling depan tu..mmg mengancam gila..kalau Kajol tgk ni gerenti menangis..sebab mengalahkan dia masa menari Kuch2 hota hei



Menyanyi satu aktiviti wajib di rumah santi..lagu tamil dusun suma siap diorang redah..


Percubaan Rosli untuk menangkap gambar kami yg tidur melentok sambil meleleh air liur yg tidak berjaya..haha..nasib baik kami tersedar..


Cumelnya kamben biri2 di rumah Santi..aku cadangkan tuan dia buat rebonding sikit dengan bulu biri2 neh..lepas tu kasi kaler pink bulu dia..gerenti mantop semua kamben jantan nak..haha


Menikmati pemandangan lembu pulang petang..


Makan soto yg sangat sedap emak santi buat sampai selamba buat muka tak tahu malu tambah sampai bermangkuk-mangkuk siap doa dalam hati semoga dapat tapau lebihan soto (isk..tidak malu betol la)..mmg sangat sedap!!


Aksi tidak sabar untuk mandi sungai


Neh satu lagi


Bergambar kenangan sebelum mandi..yg belakang tu tak sabar nak mandi sanggup hilang glemer tak mahu bergambar..hehe


Syoknya mandi sungai...tapi dalam sungai tu banyak buaya okeh..tapi buaya ni kita gelar buaya darat..ada 3 ekor semuanya..haha

Hari tersebut memang best.Thank u Mas dan Santi..ada masa jemput kami makan soto lagi..eheheh



Labels:


Posted @ [6:17 PM]

Friday, November 13, 2009
Masa Untuk Melaram


Jam sekarang menunjukkan jam 12.55 tgahari..aik..apa kaitan masa dan entry kali ini?Maksudnya saya sanggup untuk mengorbankan waktu tidur siang (Ya ampun..buruknya perangai tido siang anak siapalah ni jangan pinang dia..haha) demi untuk mengupdate blog yang kesepian.Maybe cerita ini sudah lapuk tapi heh..hendak publish juga..jom terjah!

Memandangkan ini last year kami maka telah diadakan malam 'Gala Night' atau malam graduation untuk enjoy2 sebelum berpisah..seperti biasa let the pictures talk lah...nanti membebel di sini tak pasal2 ada readers yg tertido dalam berjihad (peh ayat meletop konon) menghabiskan bacaan entry ini..so yo yo check it out! (sila lafaz dalam nada hip hop)

Malam itu bertemakan 'malay dish dinner set' tapi kami yang Malay makan ni tak tahu lah tang mana la malay nya makanan tersebut...rasanya dia lebih kepada bayar-mahal-tapi tak sedap siot dish dinner set....eh..eh..ni bukan fitnah..tak percaya?

See...dalam gambar anda terliur sudah rasa memang akan menyesal rasa makan megi 5 minit tu 10 kali ganda lebih sedap (eh melampau ni megi pun boleh jadi lebih sedap) sebab rasanya agak pelik..hanya salad buah itu sahaja tip top..yg lain..hurm..jadi kesimpulannya, baik ambek aku jadi tukang masak dari bayar gaji chef mahal tapi masakan &%^$& (penulis ini perasan pandai masak padahal paling terer pun masak megi..ahaha)..eh..i seriyes okek..kalau jamin dapat gaji 10k..serta merta i tinggalkan dunia pendidikan (cey..mata duitan betol la)

Iklan sebentar. Make up super vouge ini ditaja oleh Grace Bridal & Beauty. (seperti biasa meng gempak kan nama sponsor malam tersebut dengan tambahan ayat2 belakang) Thank you very much to Grace Nekochan sebab jadikan diriku begitu berharga (iklan loreal la pulak dah). Grace memang pandai make up.Jika one day saya masuk tadau kaamatan ka,akan guna khidmat dia lagi (cey..perasan)..sumpah saya takda edit gambar ini photoshop ka hapa...just resize..make up adalah asli..lala
Dari kiri cepat jalan!!(eh,silap terbagi arahan kawad kaki la pulak...)ehem..dari kiri, Miss Vujie dengan gaya 'moulin rouge', shima, Yati 'dato siti' dan angelic kaka'. Malam tu hanya kami berdua (kaka/shima) pakai baju merah..oh..ya..our dinner ada colour code; mesti pakai black,white atau red..



The Gurlz....yg lebih banyak snap2 gambar dari makan sebab nak jaga badan..haha




Memperkanalkan rumet selama 4 tahun. Bergaduh dan bertarik rambut antara kami adalah perkara biasa...haha..no talipon dia 014-544 cuba engko dail pasti tak dapat2..hehe..kepunyaan seorang jejaka yg saya tak boleh post kan gambarnya di sini..biarlah rahsia..lala



The whole class, membuat tarian 'mencucuk bintang' , bukan mencucuk hidung atau apa2 yang tidak sopan oke...



Mereka yang tertewas...makan sampai licin lalu terebah di meja makan..haha.
Weh..penat edit2 gambar masukkan ke dalam entry ini..maybe ada siri 2.Penat woo...kalau rajin akan mengupdate lagi. Tata!


Labels:


Posted @ [12:55 PM]

Friday, November 6, 2009
Bercanda di Sungai Pagalan


Aiseh..mula-mula dalam dilema..adakah hendak publish entry ini atau tidak..tapi last-last fikir entry ni mesti dipublish demi menjeleskan orang ramai..haha (cet..punyalah memasang niat yg busuk lagi jahat..lala)..memang satu pengalaman paling best bila dapat bercanda di Sungai Pagalan.

O.k..sebelum itu mari kita check List beberapa fakta ini:

1. Saya tidak pernah mandi sungai di Sabah ini.Ever.Berkurun tinggal di sini..sumpah takda pernah..

2. Err..saya tidak pernah bermalam di rumah kawan

3. Saya tidak pernah rasa beras kampung @ beras yg ditanam sendiri

4. Saya tidak pernah la makan buah gila banyak sebab kewujudan dusun atau kebun buah-buahan sendiri...fresh woo segar dari ladang (pulak!)

Penjelasan untuk 4 fakta di atas :

1. Parents saya terlalu melindungi takot anak dia yg besar gedabak 48kg ni lemas sebab tidak pandai berenang

2. Emak tidak suka saya susahkan orang..takot menyusahkan orang pula bila bermalam di rumah mereka

3. Adui..beras kampung sangat enak..lebih2 lagi yg ditanam sendiri..maybe sebab ditanam penuh kasih sayang kot (haha..geli gila ayat kalau santi baca pasti bunuh diri)

4. Sukahati ja makan buah sebab ada berbakul-bakul..kalau habis ..akan ada stok baru menanti.Makan la sepuas hati sampai perut macam orang mengandung 5 minggu ja

(Kesimpulan : Nampak sangat saya budak NERD..aw..aw..meremang bulu roma kaki i dibuatnya..haha)

Walaupun cuma sehari bermalam di rumah classmate saya,Santi..tapi semua pengalaman ini saya dapat sekaligus..mmg best bangat!!

Ok..cukup..biar gambar pula berkata-kata (sekeh kang kepala ayat berbunga-bunga seh gila poyo dan jiwang..haha)

Sungai bawah jambatan inilah tempat kami berkuak rama-rama,kuak dada dan buat gaya renang bebas semua..tapi not exactly bwh jambatan ni la..kami cari tempat yang cetek2 ja

See?Ada buah berbakul2..tapi ini cuma sebahagiannya sahaja...masa picnic tu (cey..sebut picnic la pula)..bapa/emak santi siap buat kanvas ala2 canopy..letak tikar dan sedia makanan lain macam mee goreng mamak (oke..perkataan 'mamak' tu saya tambah sendiri supaya readers kecur liur sikit..haha) dan sosej goreng...plus ada sambal yo..(slrupp..sedap!)


"Kusangka panas hingga ke malam, rupanya hujan lebat-syok-woo-tapi sejuk bangat di petang hari.." (eh, betulkah pepatah ini?)..cepat2 kami naik dari mandi sungai dan dengan baju yang basah mmg rasa sejuk..bapa santi menjadi hero @ ultraman @ power rangers kami pada petang itu dengan menyalakan api. Tidak pernah la seumur hidup rasa seronok jumpa api..dapat hangatkan badan..mmg best la..siap panggang2 tangan lagi..haha


Lastly, bergambar kenangan bersama orang bunian..emak saya cakap orang bunian neh kalau ambil picture dia automatik gambar tersebut akan jadi rosak seperti di atas..betul...tak percaya ka?Eh..mana ada saya gunakan paint untuk mengedit gambar tersebut..series!! (badjet readers boleh tertipu)

Anyway..terima kasih banyak kepada santi and famili..banyak gambar termasuk gambar santi sendiri tidak dapat di publish kan kerana khuathir tak pasal2 mereka tuntut royalti..eh..silap..kerana..er..eh..tak payah cakaplah..lala

Sekian aktiviti sehari bersama orang bunian

Labels:


Posted @ [2:41 PM]

Wednesday, November 4, 2009
Cincin Tunang


Amboi..amboi..gila kontreversi tajuk..hehe...actually fokusnya adalah untuk memperkatakan tentang cincin oke..bukan tuan empunya blog yang ingin menamatkan zaman bujang ka apa ntah..baiklah..mind set sekarang..we're talking about the ring..lala

Tempoh hari telah bercanda ke Kota Kinabalu sambil-sambil window shopping.Selepas itu, memang plan la untuk membeli cincin si dia (chewah geli gila ayat guna ayat power 'si dia'..hua hua.isk..malu2)..cari punya cari kami try la masuk ni kedai dimond DIMONEY di Wisma Merdeka,KK. Walaupun pakaian takdalah lagak mcm orang kaya, cukup sempoi dengan t-shirt, jeans dan selipar crocs (gila memamg selekeh) tetapi promoter tersebut sangatlah friendly dan layan kami dengan baik sekali hingga siap keluarkan semua design yang ada untuk kami pilih. Langsung tak ada muka poyo macam sesetengah kedai yang dari riak wajah dia anda boleh tau dia berkata dalam hati "cet..takda duit ada hati nak datang kedai mahal"..mcm itulah lebih kurang

Maybe it's our lucky day sebab kebetulan pada hari tersebut mereka tawarkan 25% untuk semua jenis barangan dan semua jenis couples' ring hanya pada RM398. Sangat berbaloi-baloi..(masuk iklan strymex jap)..padahal kan hendak beli cincin si dia..apa salahnya beli sekali kan?lalala

Set couples' ring dari Dimoney Jewlerry. Dua2 cincin tersebut sama.Identical Twins.

Promosi murah-gila-tahap-gaban kedai Jewlerry Dimoney ni entah la sampai bila..lupa tanya.Tapi offernya sangat mencairkan hati..dengan pembelian couples ring akan diberikan satu cleaning cloth special utk ring kita secara percuma dan mereka boleh ukir nama couple pada cincin for free!!Lepas tu boleh trade in semula jewlerry kita pada nilai 100%!Maksudnya di sini, jika anda beli cincin tersebut pada harga rm300, maka katakanlah dah boring pakai nak trade in semula dengan cincin lain maka nilainya akan tetap dianggap rm300..so trade in la dengan mana2 cincin dengan nilai yang sama tanpa perlu tambah satu sen pun..dan yang paling best warranty nya adalah untuk seumur hidup!plus..boleh cuci jewlerry anda beli di butik mereka pada bila2 masa for free!

Terpaksa gelapkan gambar ini..sebab setiap kali snap cincin tersebut menjadi silau. Shape cincin tersebut sangat simple..bulat,with a single line and a single dimond..we likely2!!

Malah, ada antara cincin-cincin yang terpilih akan diberikan free gift dimond viewer..ia adalah sejenis kanta khas yang boleh bagi kita gambaran sebenar dimond tersebut..macam cincin yang kami beli dimondnya macam snow flakes..berpusat di tengah dan berpecah seolah-olah membentuk bunga..memang cantik dimond ni apabila kita view guna dimond viewer dan setiap satu dimond tersebut mempunyai bentuknya yang tersendiri.Memang cair la kalau pergi dimoney ni sebab harga memang berpatutan..tambah2 lagi offer sekarang..ada rezeki nanti hendak tambah set Ruby (batu kristal/dimond merah) and Sapphire (batu dimond biru) mmg sangat cantik..

Ni la cloth free tersebut

"Centre of attraction" motto untuk Dimoney Jewlerry

Actually, memang sejak remaja lagi (cey..ketara la sekarang bukan remaja lagi..hoho) berangan hendak kan emas putih tapi emak saya langsung tak mahu dan tak kasi beli kerana katanya bagus beli emas sebab harga lebih kurang sama dan lagipun emas putih takda nilai berbanding emas yang makin mahal.Sekrang sudah ada emas putih rasa puas hati..;-p

Labels:


Posted @ [2:33 PM]

Sunday, November 1, 2009
Masa Gembira


Yippie..exam final telahpun tamat...to tell the truth, lepas exam tu memang rasa sangat happy sehingga hendak membakar semua moduls yang ada..haha..tapi itu semua cuma dalam hati..module semua selamat dalam simpanan dan menunggu masa untuk kembali ke pangkal jalan ke rumah.

Ya..saya tahu telah lama tidak update..hehe...busy enjoy final year la katakan..hehe..no more exams lagi selepas ini...tidak perlu susah payah study, stay up malam2 sebab study last minute punya pasal..;-p..rasa macam satu beban telah terangkat dari bahu..

Abadikan sikit slip peperiksaan terakhir..hehe..gambar sengaja di'blur'kan khuathir di black list, di black mail atau di black magic kan oleh orang yang tidak dikenali..hehe (apa kes banyak warna 'black' di situ??hmm)


Cet..nama penuh lupa untuk di 'blur' kan..takpa2..

Lepas tu, last Thursday mendapat parcel yang dibalut indah siap diprint dan ditaip nama..gerangan siapakah yang menghantar parcel ini?Chewah...adakah orang yang baik hati menghadiahkan doll Blythe? atau mungkin....





Cey..hehe..saja membuat suspen..parcel dari mak @ bapak dari Kuching....jeng-jeng...dalamnya ada baju untuk dinner hari sabtu nanti..mcm la VVIP kan siap main pos2 macam la baju tu chantek sangat ditempah khas dari Vera Wang ka apa-apa ntah..apapun...isi kandungan parcel tersebut akan di publish kan kemudian k..baju glamour tersebut biarlah rahsia buat masa ini..hehe

BTW, saya ingin ucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya untuk semua juniorssss yang baru duduk peperiksaan (Ya ampun...gila skema ayat anak siapalah ni??) sedangkan kami da haha huhu hihi merdeka sesuka hati tgk movie di bilik..lala..dengan pesanan:

"ooo..masa kami bertungkus lumus study bukan main kamu di block sebelah bising ya?Kami makan hati berulam jantung tahu?sob..sob...takpa2 kasi can"

Sekian.

Labels:


Posted @ [9:41 PM]


♥AHLAN WAHSALAN
HELLO

Welcome!
Spy comel \(^-^)/ ke..



♥ Chats
Leave A Massage!;-)


♥ Sweet EsCape!
GOODBYE!

♦ Click Here <---Jom Skodeng SINI!♦

♥ Memories
my previous posts

December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013
April 2013

♥ Credits
clap!clap! :)

Designer : zahirah-
Basecode : Jas.miine-
Inspiration : Agnes
Materials : Lovecandied
Cursor : Dorischu
Hosters : Blogger,Photobucket,Blogskins


♥THE MRS. BLOGGER
SESI BERKENALAN DENGAN TUAN BELOG

S.H.I.M.A
Married.LEO.Kuching,Sarawak.Teacher.Pure Malaysian.
italic bold underline strikeout


♥ TIED THE KNOT!
THE COUPLE

Merisik :15 JANUARI 2011
Bertunang :17 SEPT 2011 @ 19 SHAWAL 1423H
Nikah :17 SEPT 2011 @ 19 SHAWAL 1423H
Lilypie Angel and 

Memorial tickers
Lilypie Angel and 

Memorial tickers
♥ WEDDING THEME
WEDDING BY COLOURS


AKAD NIKAH
GREY
16th SEPT 2011
PINK AND WHITE
AKAD NIKAH & BERLULUT
16th SEPT 2011
CREAM , GOLD AND IVORY
SANDING
17th SEPT 2011
RED
MAJLIS BERTANDANG
26th NOV 2011