No right clicking here.Don’t want any rippers to be ripping.Want codes/pics/anything?Just ASK.
<body>
Life is a journey, not a destination...

ShimaPinkRibbon.Blogspot.Com
~

Wednesday, June 30, 2010
HK MOUSE FROM HK


Heh baru aku persan aku telah mengabaikan tag aku sebelum ni..hehe...Sesungguhnya aku tak sengaja..internet aku lambat gila ciput semacam aku rasa la sebab banyak orang berjudi online neh sempena bola sepak..haha..(kan tak pasal2 aku fitnah orang kaki judi)

Tiba-tiba sedang asyik surfing kasi refresh ulang-ulang entah ke berapa juta kalinya encik posmen datang...biasanya hujung bulan neh encik posmen takda bawa berita gembira..tapi dia banyak kasi kita surat bil ja suruh bayar hutang...tiba-tiba aku perasan satu plastic..heh?

Owh..tengok2 rupanya benda ni aku ada order dari ebay..dah lebih sebulan dah pon..aku ingat dia dah gone with the wind tapi ada aku kesah? (merepek gila penulis ni tiba2 terdengar lagu tu dalam kepala..hehe)...benda ni aku beli RM9 ja..free postage dari Hong Kong..dah nama ko ketagih shopping online kan??kan??apa benda murah semua aku rembat..


Parcel tersebut..Plastik..dalam keadaan basah...masa ni aku gabra da..ingat barang dalam tu dah hancur lebur menjadi debu..cey


Tada..Hello Kitty Mouse..memang lama aku mengidam benda neh...kalau di sini harga menatang ni RM 40!Gila engkau aku nak beli mouse harga 40 baik aku makan KFC dapat 4 snek plate...(aku memang macam ni semua benda pon aku banding dengan kfc gila kedekot macam mak nenek)...Jeles tak?Aku beli RM9 ja, free postage dan dari Hong Kong pula tu..lala


Tapi aku geram la seller tu dia balut mouse HK comel aku guna SELAPIS bubble plastic ja..punya lah travel jauh tapi dia bungkus cikai2 ja..bila aku bukak actually left click mouse tu ada damage sikit..dia jadi keras tak boleh klik..lepas tu aku dengan memandai sepandai-pandai tupai melopmpatnya terus buka bahagian ribbon kitty tu dan pasang balik. Buka-pasang-balik. Langkah ini diulang dalam 4 kali kemudian bila test di komputer..yay!!!berjaya...memang Ce**** betol la orang tu..nasib baik mouse aku dapat pakai ..kalau tidak aku minta refund tahu..

Actually aku ada 2 berita gembira harini..pertama aku dapat mouse HK yg mati2 aku sangka takkan sampai dan yg kedua...errr..kita kongsi esok esok la oke..hehe..aku hepi sangat ni..nak rasa meloncat..haha..see you again!

Labels:


Posted @ [4:02 PM]

Saturday, June 26, 2010
YEY!!!Sudah Boleh Driving


Mesti pelawat blog aku agak menyampah sekarang kerana sudah lama aku tak update blog...alasan tipikal, aku akan katakan aku busy, kalau tak tipikal pula akan kata aku sedang sibuk menguruskan hal politik di luar negara dan baru pulang ke tanah air..heh

Sory ya..yang sebenarnya aku capek dong..(speaking indon la pula mentang2 dah jadi peminat drama Indon Jangan Bilang Cinta)...penat gila aku minggu ni...hari ni pun beru balik dari sekolah jam 3.30 petang tadi,lepas tu jadi wakil boling padang,perjumpaan di PPD, flexi dan eh tak payah cerita la boring ah asyik cerita sekolah mmg takkan habis..

O ya..balik kepada tajuk asal..aku dah dapat lesen P..YEY!Sila ucapkan tahniah kepada aku kerana hampir dapat markah penuh 19/20..haha (riak..riak..isk)..Lesen L di atas sementara sahaja dah..esok bakal ambik lesen ke tempat belajar memandu dahulu..tak sabar neh hendak drive sendiri ke sekolah...so pagi2 pergi sekolah ikot sukati masa aku ja nak jalan jam berapa sebab bila mak hantar dia akan pot pet pot pet nak jalan sebelum jam 6...sob..so lepas drive sendiri agak-agak jam 6.40 baru aku jalan..ahaha..

Kepada adik2 yg tengah ambil lesan..satu pesanan aku..jangan panik,gemuruh ke apa..kalau nak lulus..cool...ingat ja..kalau ko panik ko mungkin akan gagal..so buat biasa..(ceh padahal sendiri pun sama)..relax okeh?

Labels:


Posted @ [5:02 PM]

Tuesday, June 22, 2010
NEW BLOGSHOP ON THE BLOCK!!!


Hello fans (eceh...), family and friends...now kita dah ada blogshop tau..hehe (gediksnya!!)
Sila tunjukkan support dengan melawat :

shimasshop.blogspot.com

Semua barang murah-murah,budget gila,branded and gila cute kalau dipakai...baju-baju tersebut telah banyak meng-KAWAII kan aku, so now aku bagi can dia meng-KAWAII kan orang lain pula:-p


Source : Flickr

So jangan lupa klik..klik visit..orait!!!

Labels:


Posted @ [1:11 PM]

Thursday, June 17, 2010
Parcel


Sepanjang tiga minggu ni aku menunggu kedatangan en. posmen...setiap kali bunyi motosikal aku la yang terkinja-kinja keluar (heh), tapi biasa bukan posmen pun..tapi hari ini hepi sangat sebab barang yang dipesan sudah tiba!!!wee~~~~


Jeng..jeng..bukan pesan apa pun..tapi baju untuk anak-anak (lucu sebut dolls aku anak-anak..haha)..sebelum ni ada order juga tapi sayangnya dah sebulan aku tunggu tak sampai-sampai..rasanya dah 'gone with the wind' la tu..sob..sob...Lepas tu tak sabar-sabar pakaikan baju tersebut kepada Sophie dan Sasha..


Sophie with floral dress/ Quarter jeans..nice!!


Sasha nampak cute dengan overall neh..the outfit comes with a cute pink teddy bear


Owh...jangan lupa letak gambar Shizuka sekali nanti dia kecik ati adik2 lain pergi photoshoot dia tidak terlibat pula..hehe..nanti dia jadi macam patung Chucky pergi jerut leher tuan sendiri sebab marah tuan dia pilih kasih


My kids/models for today...semua cute2 belaka..lepas ni kita pergi auditon ANTM pula oke??

Labels: , ,


Posted @ [9:33 PM]

Another DIY Project


Malam tadi entah jam berapa aku tidur..sangat boring pula tiba-tiba rasa hendak buat satu lagi baju untuk pullip/blythe.Kali ni aku buat baju sahaja...hasilnya boleh tahan..haha..(bajet puji diri sendiri)...tapi lama gila weh aku menjahit sebab nak pastikan ia kemas...bestnya kalau ada mesin jahit..tapi mesin jahit bukan murah...lebih RM800/ ribu-rubu rasanya harganya...

Tada!!!!(Recently tag ini aku guna untuk mempersembahkan sesuatu..so L.A.M.E...hahah)


Meet my model Sasha..baju pink tersebutlah yang aku buat,tahu?Skirt tu guna barbie punya ja pun boleh muat..

Posted @ [10:35 AM]

Wednesday, June 16, 2010
Wee~~Deco of the Year!


Sejak melihat pelbagai wall sticker di internet, aku macam tak sabar2 nak buat wall sticker di bilik aku...tapi banyak corak yang tidak cantik atau aku tidak berkenan (eleh..padahal mahu yg warna pink sahaja tak mau warna lain..haha) Tada!!!!Wall sticker tersebut


Burung hantu pink tu comel gila..first time tengok seolah olah sticker tu menjerit-jerit minta dibeli..ahaha.. (o.k jgn percaya cakap aku..aku tipu sahaja..nanti jadi scary kalau sticker boleh bercakap)


Jeng!!!jeng!!!jeng!! Sudah siap!!!!Lepas lekat sticker ni kan..takda nampak macam sticker pun..ia lebih nampak seolah-olah macam kita buat mural pada dinding tu..bes gila...aku buat wall sticker ni menghadap katil..so tiap2 malam sebelum tidur boleh renung dinding cantik..ehehe

O.k...tutup cerita best untuk hari ini ...esok kita share cerita lain pulaa yee??

Labels:


Posted @ [3:46 PM]

Sunday, June 13, 2010
RANDOMNESS


Masa neh aku tengah boring menunggu tutor aku sampai..bila tiba masa drive,memang aku suka bangat..macam hendak jumpa kekasih pula..haha (BTW tutor aku perempuan oke?)..peluang drive yang aku nantikan bukan tutornya..lala


Salahkan keboringan aku yang menyebabkan kegilaan ini..haha..tak pernahnya aku suka nak tempek gambar di blog sebanyak ini tapi aku mesti nak buat sesuatu untuk mengisi masa lapang aku kan?kan?Jadi kerajinan aku terserlah dalam edit mengedit gambar harini..haha

P/S: Aku sudah makin terer drive.Tutor aku tak panggil aku 'bad driver lagi'..wheee~~

Posted @ [11:56 PM]

ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS


My First Do-It-Yourself Blythe Dress!!!

Wee~~~~ berjaya siapkan sehelai baju doll menggunakan sewing patterns yang sedia ada..
Baju berjaya disiapkan dalam masa sehari ok..walaupun agak simple,tapi bangga gila woo
Rupa2 nya terselit sifat kewanitaan sebalik jari jemari ini..(uwek..nak termuntah aku..haha)

Thanks to my model Sophie ~~ You make the outfit look Superb!!

Labels: ,


Posted @ [11:27 AM]

Friday, June 11, 2010


WHATEVER TICKLES YOUR FANCY :

Semasa cuti sekolah ni memang aku boring gila duduk di rumah. Hati gatal hendak
menjahit baju untuk doll aku (aku dah boring tengok dia pakai baju itu itu ja..heh),
basic menjahit tak ada,mesin jahit pun takda..sudahnya kain aku gunting terbazir macam tu sahaja....tengok2 web etsy nampak baju2 comel gila untuk pullip/blythe aku tapi harga mengalahkan baju aku..cet..bagus jahit sendiri..kan?


Aku nak baju di atas..comel gila!!!!

Surfing punya surfing aku terjumpa sewing patterns untuk blythe di laman web Facebook.
Then, aku dapat banyak link untuk benda-benda macam ni.Dia main print ja, kemudian potong kain ikut pattern tersebut dan jahit!!!!Senang betol..nanti aku try buat..:-)


A FICTION BOOK:
Recently tengah baca buku ni: Dreamcatcher dari Stepen King.Telah diadaptasi ke dalam movie.
Buku ni dah lama beli tapi baca bila ada mood sahaja.Bahasa dia tinggi / susah gila. Macam la
aku ni lecturer bidang bahasa yang boleh paham kan???Selak satu page,dictionary ada ready di sebelah..


A NON-FICTION BOOK :
Recently baca buku bertajuk 'Palestina' yang berkaitan sejarah dan hidup orang Palastine dan bagaimana perebutan dengan orang Yahudi itu bermula...buku ni aku jumpa masa godek2 rak buku rumah nenek aku..Kisah palastine ni memang selalu tarik perhatian aku sebab kekuatan merekalah yg dapat jadi iktibar dan semangat untuk kita terus hidup..

Posted @ [11:20 AM]

Thursday, June 10, 2010
Hello


Actually aku diarah untuk mem-post kan gambar yang aku snap 10 tahun lalu..tapi aku tak larak untuk godek folder-folder lama dalam pc neh apatah lagi untuk mencari album-album lama..haha..jadi aku pass ja lah satu tag tu..tag seterusnya meminta aku post

A PICTURE OF ME THAT I TOOK RECENTLY


Yo..hahahahah aku dah pandai camwhore sekarang...;-p..
Now, aku tengah ambek lesen L..aku rasa tutor aku tu sudah jatuh chenta dengan si sang matahari sampai setiap kali belajar memandu, dia akan pilih waktu matahari paling terik menyinar...jadi aku macam sayur layu dalam kereta dan tan jadi makin gelap.Satu lagi aku terpaksa beli sunglasses.Dulu takda terfikir pun hendak beli tapi aku takot nanti tengah memandu dalam panas tutor aku salah paham aku tengah emo / sebak dalam kereta sebab mata berair-air..Wish aku pass ujian memandu nanti..hehe

Labels: ,


Posted @ [4:29 PM]

Wednesday, June 9, 2010
MALAS


O.k harini aku malas nak jawab Tag..hehe..macam takda nyawa blog kalau takda cerita tentang life..ahaha (perasan artis nak tulis pasal life la pula..you are not glemer ok??)


Yeah, We Should go our different ways..

Source

Apakah yang anda dapat lihat di atas???

*
*
*
*
*
*

Taaaaaaeeeet...(sila buat bunyi buzer) masa sudah tamat!!!!

Seorang lelaki muda ke Kiri

Seorang perempuan muda ke kanan...

What the...???

O.k...straight to the point...seseorang baru sahaja confess ada hati dengan aku.
Kalaulah kamu di tempat aku, apa kamu rasa...
Bayangkan....

Ko takdalah rasa diri ko hot, cantik ka apa macam Lisa Surihani
Body takat cikai ja takdalah tinggi lampai macam tahap Zirafah
Sopan santun??Mak ai...cakap ko..aku..gua..lu..beb..tu tahap cipan bapaknye sopan

DAN...

Lelaki itu lahir pada tahun 1989! (common' la anda jauh lebih muda dari aku oke?)
Aku tahu lelaki tidak suka kena REJECT...
Ni bukan soal dia budak hingusan ka,terlalu muda,tak hensem macam Hans Issac atau kaya bijak gila mcm Bill Gates@Einstien,since itulah standard aku..(hahah..apa aku merepek nih???)

Tapi aku rasa,aku TAK PERNAH berahsia bahawa aku sudah berpunya.
Aku cakap dekat adik aku:
"Kakak tak pernah flirting,nak lepak duduk dengan lelaki, apatah lagi gedik2,usya2 orang atau yang sewaktu dengannya,tapi kenapa yang lebih muda selalu ja tersangkut???"

Pengalaman yang sama juga aku lalui masa zaman study.3 kali.
Kawan sebaya adik lelaki aku pun (adik lelaki oke) pernah confess benda yang sama.


Mesti aku ada mewarisi ilmu pengasih neh..hahaah..
Aku kesian juga..lepas kata aku sudah berpunya,automaticly hubungan kawan itu jadi janggal..
Malah dia elak untuk bercakap dengan aku lagi..kan dah ckp lelaki tak suka kena reject..

Apalagi la kan yang dapat aku buat selain terus terang?

Labels:


Posted @ [11:11 PM]

Monday, June 7, 2010
THOUSAND WORDS


A PICTURE THAT MAKES ME SAD

She was our cat...very well behaved and cute. Her name is Michelle.
Actually kami ada 2 ekor kucing,satu Miko and satu lagi si comel ni,Michelle.
Bila Miko kena langgar kereta,Michelle jadi diam.Tak mahu makan.Then sakit,lastly menghilangkan diri. Now setelah hampir 2 tahun pun,everytime tengok gambar Miko dan Michelle,pasti akan nangis..

This was the last picture we took of her..


A PICTURE I TOOK RECENTLY



Gambar ni di'capture' just a few days ago..many people said i'm good at capturing people faces..at least with my owh camera..ala,u know lah my camera ni sangat murahan bukan anti shock punya lepas tu bila org ambik gambar mulalah nampak blur sebab tangan retarded tak stabil..haha


Posted @ [3:32 PM]

Sunday, June 6, 2010
A PHOTO THAT MAKES YOU HAPPY


Sebenarnya banyak picture yang buat aku happy...
But recently,gambar inilah yang without fail tetap buat aku tersenyum..


Aku suka bangat gambar ni sebab....

It is my convocation
I'm with my man..ehehe <3
It happened this year...so far my sweetest memory ever

Labels:


Posted @ [4:38 PM]

Saturday, June 5, 2010
Tickles My Fancy


Hohhh..mencabar jiwa dan raga juga aku menyelesaikan tagged neh..one post for one day..hehe..apapun fun jugalah...Nampaknya semakin lama aku mengadap PC dan surfing, semakin banyak benda menarik aku jumpa...dulu aku takda pun minat dengan benda neh tapi now rasa hendak beli pula...

WALL STICKER





Actually, benda neh masa di maktab dulu budak-budak junior banyak buat..tapi masa tu takda minat lagi...now teringin pula hendak buat benda ni di ruang tamu.Aku bagitahu emak raya ni nak tema hitam putih...so kalau letak wall sticker sebagai hiasan di ruang tamu memang mantap!!!Ngam la pula dengan warna dinding now ala-ala kuning pucat..lovely!!<3

Banyak blog yang jual benda ni tapi aku ragu-ragu pula takut dia rosak masa delivery

Labels:


Posted @ [2:44 PM]

Friday, June 4, 2010
Feed for today



Source

"When you are in Love you can't fall asleep because reality is better than your dreams."


Dr Seuss

Found all the quotes HERE


Always forgive your enemies - nothing annoys them so much.
Oscar Wilde

Forgive your enemies, but never forget their names.
John F. Kennedy

Forgiveness means letting go of the past.
Gerald Jampolsky

Suka semua Quotes di atas sebab agak funny heh?hehe...You can find more HERE

Actually, aku tak adalah favourite quotes ka apa...cuma quotes yang best biasanya aku akan ingat....tapi ada satu quote ni agak mencuit hati aku..eheheh..jiwang la pulak aku neh...


The hardest thing to do is watch the one you love, love someone else.

Anonymous


Tapi tidak boleh kata la quote ini apply kepada aku..hehe..just perasaan aku jadi confuse....
Question is :

APAKAH PERASAAN ANDA BILA YOUR CRUSH LOVE SOMEONE ELSE?

O.k..hal ini sudah lama berlaku..he is my first crush..masa aku form 4 lagi..aku pun tidak sangka setelah sekian lama masih boleh ada perasaan sebegini..Aku dapat tahu my 1st crush (org yg aku minat diam2) akan berkahwin tidak lama lagi...actually,kami sudah lama tidak berhubung but we always bumped into each other now and then...benar aku dah takda perasaan lagi dengan dia..but there is some kind of feeling (i don't know what) keep hanging on him....maybe aku sekadar mahu dia minta maaf..ask for his apology..that's all

Aku betul-betul confuse sekarang...

Ceritanya dulu..aku amat care dengan dia...mula2 dia dulu yang usya aku..call aku..kirim surat apa ntah..tapi aku tak layan..lagipun it is a set up..our moms adalah best friend..last-last jadi rapat...sedihnya bila dia pindah..tukar no phone..dia langsung takda bagitahu aku..aku jadi sakit hati sampai sekarang...aku bagi dia peluang explain tapi dia langsung takda cakap apa... at least dia kena layan aku as a human walaupun not as a friend or more than that..JANGAN BAGI ORANG HARAPAN JIKA TIDAK INGIN PERGI JAUH DARI ITU

Rasa sakit hati inilah yang mungkin masih aku tak dapat padam..aku rasa perasaan aku sekarang ialah :

Dulu dia boleh permainkan aku but sekarang dia boleh seriously in love dengan wanita lain..
What do you think i will wish???

HAPPINESS??

Aku takkan wish apa-apa sekarang.Just silence..all i want is your apology..you gave me that special feeling for the first time then you dumped me .Now you're with this girl that you treat well just like i deserves back then

I moved on for sure and he is maybe a zillion times much better and handsome than you..

I just want you to say 'SORRY',that's all and we're cool i guess

Labels:


Posted @ [8:15 AM]

Thursday, June 3, 2010
Day 3,4


What is your favorite television programme? Mine would be this:
KIMORA:LIFE IN THE FAB LANE

Sebenarnya banyak lagi rancangan kegemaran aku such as : NCIS:Los Angeles,Ghost Whisperer, Pimp My Ride USA(currently no new episodes,ganti dengan pimp my ride Europe gila boring dowh..), Top Gear (Rancangan ni pernah nobat kereta SAvy Malaysia one of the worst car on earth..dia siap demo sebab apa..no safety),The Kardashians, Restaurant Makeover and many many more aku sendiri tak ingat dah...:p

Dulu aku minat gila dengan cerita CSI.But currently korang perasan tidak yang setiap case boleh settle in one day??Bagi aku tak relevant.Everything dia tahu..fiber pelik2 ka, ada tanda bekas2 pelik or murder weapon semua boleh figure out in one day.Sebab tak berapa realistik la aku jadi bosan la nak tengok..should be kasi impak la sikit..tunjuk kesusahan nak solve case..baru happening..


BOOKS???
Owh aku so in love with books....selain apabila korang dapat kurangkan cukai
bila beli buku...aku siap dah tanam azam...start next month aku akan beli buku at least dua bulan sekali..bila masuk bookstore memang rambang mata..lagi pula sekarang buku sales sana sini...lebih2 lagi kalau jadi member ada banyak discount!! \(^0^)/


Aku paling suka novel english genre true2 story neh...My favourite setakat ni ialah buku novel A MAN CALLED DAVE-Based on a true story writer tersebut yang didera oleh ibu kandungnya sendiri.Menangis sakan aku baca buku ni maybe sebab aku tahu ia kisah benar.Sedih dan buat kita rasa insaf...Kalau novel fiction pula aku suka RL STINE fear street series atau Cristhoper Pike.Besty Haynes pun bes juga..semua cerita thriller..but currently aku suka cari 2nd hand book..dapat murah dan boleh borong banyak...for next month aku aim nak beli novel PS I LOVE YOU by Cecelia Ahern dan MARLEY AND ME...

Labels:


Posted @ [9:15 AM]

Wednesday, June 2, 2010
PLEASURE IN LEISURE TIME


Ingat tidak haritu ada list satu senarai panjang tentang apa post yg aku kena buat??(scroll post2 lama untuk maklumat lanjut)Ni pun dah ter miss dua hari..hehe

Lagu kegemaran??Oho...so boring aku neh..jarang dengar lagu..untuk masa
ni dengar lagu biasa2 ja...

WONDERGIRLS..I WANT NOBODY BUT U BEBEH!
(Gila eh apa so jiwang ckp mcm ni..haha)


Dari awal kemunculan dia mmg aku minat minah neh..LADY GAGA..
Maybe sebab aku suka la dia ada personaliti sendiri..gila2 pun best juga suara dia..
Walaupun lagu dia yg Ra..ra..ra..ma Ramu ke apa tu kontreversi sebab dikatakan memuja matahari sebagai tuhan ke apa ntah tapi who cares la kan??Kalau penyanyi muslim dari Malaysia baru la kita patut kecoh beb..

MOVIE?


Aku tetap suka yang ini..tak boleh lawan punya..mmg best gila
HOW TO TRAIN YOUR DRAGON

Filem ni perfecto.Sempurna.Dari awal sampai akhir.Semua element ada..last2 aku ingat
dragon tu mati..membazir air mata bengkak mata semua eh buruk gila rupa aku time tu sangat menghayati story..tiba2 dragon tu tak mati pula..isk isk..director filem ini sengaja bermain dengan perasaan penonton (ha kan tak pasal2 aku dah marah director):-p

O.k tamat.Esok kita cerita hal lain pula ye?

Labels:


Posted @ [4:45 PM]


♥AHLAN WAHSALAN
HELLO

Welcome!
Spy comel \(^-^)/ ke..



♥ Chats
Leave A Massage!;-)


♥ Sweet EsCape!
GOODBYE!

♦ Click Here <---Jom Skodeng SINI!♦

♥ Memories
my previous posts

December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013
April 2013

♥ Credits
clap!clap! :)

Designer : zahirah-
Basecode : Jas.miine-
Inspiration : Agnes
Materials : Lovecandied
Cursor : Dorischu
Hosters : Blogger,Photobucket,Blogskins


♥THE MRS. BLOGGER
SESI BERKENALAN DENGAN TUAN BELOG

S.H.I.M.A
Married.LEO.Kuching,Sarawak.Teacher.Pure Malaysian.
italic bold underline strikeout


♥ TIED THE KNOT!
THE COUPLE

Merisik :15 JANUARI 2011
Bertunang :17 SEPT 2011 @ 19 SHAWAL 1423H
Nikah :17 SEPT 2011 @ 19 SHAWAL 1423H
Lilypie Angel and 

Memorial tickers
Lilypie Angel and 

Memorial tickers
♥ WEDDING THEME
WEDDING BY COLOURS


AKAD NIKAH
GREY
16th SEPT 2011
PINK AND WHITE
AKAD NIKAH & BERLULUT
16th SEPT 2011
CREAM , GOLD AND IVORY
SANDING
17th SEPT 2011
RED
MAJLIS BERTANDANG
26th NOV 2011