No right clicking here.Don’t want any rippers to be ripping.Want codes/pics/anything?Just ASK.
<body>
Life is a journey, not a destination...

ShimaPinkRibbon.Blogspot.Com
~

Saturday, August 27, 2011
PHOTO EDITING CONTEST BY EIEN RAZAK & DAYAH JELITA


Hello semua!!!Hari ni hendak update tentang satu contest yang aku join. Ni PERTAMA kali join contest, harap-harap tuah kali pertama neh dapat menang hadiah...ngeee~

Contest yang sangat menarik.Photo editing.
Anjuran : DAYAH JELITA & EIEN RAZAK

Syarat-Syarat Contest

1) Terbuka kepada semua blogger tak kira lelaki ataw perempuan ataw kedua-duanya sekali

2) Digalakkan follow blog penganjur Dayah Jelita dan Eien Razak. Sape follow dapat samperit sorang sebijik..hik3

3) Tulis satu entri penyertaan untuk menyertai contest ini.

Tajuk Entri : Photo Editing Contest By Eien Razak & Dayah Jelita.

Letak banner contest ini.

Letak gambar pilihan anda sebelum edit dan selepas edit.**

Tulis sedikit penerangan tentang gambar tersebut.

Tag seorang rakan dan pastikan dia tahu dia ditag. Kalau rajin anda boleh tolong sebarkan contest ini.

Linkan entri penyertaan anda ke sini dengan cara meninggalkan komen kat bawah nie..jika tidak macam mana kami nak tahu anda join contest ini kan?

4) Syarat-syarat gambar yang hendak diedit.**

Gambar berseorangan atau ramai dibenarkan.]

Boleh juga jika anda nak edit selain dari gambar manusia contohnya permandangan atau haiwan.

Terpulang kepada anda samada nak guna adobe photoshop, picasa, piknik, photoscape, paint dan sebagainya.

Wajib meletak dua keping gambar iaitu sebelum edit dan selepas edit supaya kami dapat nilai perbezaannya.

5) Pemenang akan dinilai berdasarkan perbandingan gambar sebelum edit dan selepas edit. Faktor yang akan diambilkira adalah kreativiti, keunikan dan kekemasan.

6) Seramai 10 orang peserta akan dipilih sebagai pemenang. ( mungkin lebih )

7) Pelbagai hadiah ditawarkan untuk para pemenang. Berikut merupakan senarai sponsor dan hadiah yang bakal anda menangi.

8) Tarikh tutup penyertaan adalah pada pukul 11.59 pm 30 SEPTEMBER 2011

So Cik-cik Penganjur, Here It Goes......

SEBELUM

SELEPAS

Penerangan tentang gambar ini:

Mula-mula brainstorm. Tengok gambar time merisik haritu terfikir hendak buat tema ala karpet terbang.Ingat nak letak gambar sorang-sorang tapi tak meriah pula..lepas tu terfikir buat ala iklan.Gambar lain semuanya ditempek hasil usaha keras meng-Google gambar yang sesuai dan appropriate.Owner pictures sila ambek all the CREDITS. Maaf jika saya salah gunakan pictures anda. hehe.PERTAMA kali juga edit guna photoscape.Punyalah semangat nak join sanggup berhari-hari bertapa depan laptop explore photo editing photoscape (itu pun nyaris nak pengsan@menangis).Photo diedit hasil gabungan kuasa program paint,photoscape dan microsoft editor. Sebenarnya banyak lagi idea nak dibuat dalam picture ini tetapi al maklumlah kemahiran selama 2 hari baru discover photoscape hanya menyempat buat yang basic sahaja, tidak sama dengan yang berpengalaman selama 20 tahun kan???So, cik penganjur..hoplefully photo editing saya tidak memalukan contest ini yang penyertaannya hebat-hebat belaka.

SO, NAK TAG SIAPA NEH??

Orang yang bertuah ialah...jeng..jeng:

PIKA DA POLKA!!!

Sebab; Dia rajin join contest, suka edit-edit gambar, boleh bertahan terpacak depan laptop berbulan-bulan (kalau laptop boleh bercakap mesti kata dah cuak tgk muka tuan dia...haha), dia ada akses internet, dia ada belog, dia comey2 dan yang paling penting dia ialah kesayangan kita semua (huh?)hehehe...

So,kepada yang lain, JOM JOM join contest ini dan menangi hadiah hebat!!Manatau rezeki kan?
p/s: Tak tahu buat STICKY POST so harap Cik penganjur tidak kisah menggodek2 entri penyertaan ini dalam belog..terima kasih

Labels:


Posted @ [8:39 AM]

Friday, August 26, 2011
SALAM LEBARAN


Sempena Hari Raya yang bakal menjelang, diucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua yang sudi melawat dan mengikuti belog ini...hehe...kepada sesiapa yang berada di sekitar kuching,sarawak..sila datang ke open house kami di Petrajaya...ngee~

(picture googled and edited by me.Credits kepada yang berhak.TQ)

Labels:


Posted @ [6:36 PM]

Wednesday, August 24, 2011
GUBAHAN MAS KAHWIN


Salam...hehe....semalam dan hari ini tersangatlah penat.Sibuk di sekolah dan juga di rumah. Tapi dua hari lepas tiba2 ada mood hendak buat duit mas kahwin.....untuk tutorial bagaimana membuat kelopak bunga mawar tersebut sila godek entry2 sebelum ni okek..hehe (kes malas hendak link)

So inilah hasil gubahan mas kahwin aku yang tidak seberapa......

Hehe....sudah siap pon...ok tidak?mula-mula plan hendak buat dari duit RM5.Tapi sudahnya duit rm5 tu 'licin' tak boleh digulung...eh eh selama ni godek internet tak ada orang pernah cakap pun duit Rm 5 tersebut tak boleh digulung okek!(buat rugi ja tukar duit baru semua not rm5).So sekarang aku nak cakap la....DUIT RM 5 TAK BOLEH GUBAH BUAT MAS KAHWEN (eh emo nampak???haha)..so last-last aku gubah pakai duit LAMA jugak RM10.Tapi ok la kan tak berapa nampak sangat...

Last time aku hadapi masalah nak buat kain net ni untuk bungkus bunga...last-last dapat ilham juga membuatnya...err..susah nak explain step by step...tapi cara aku buat ialah mula2 lipatkan kain net (1 meter cukup dah) macam cara ko nak buat kipas tu....lepas tu pandai2 la bungkus sekeliling bunga bermula dari bawah tangkai bunga tersebut...(tangkainya kita balut sekali)..then 'spread' kan sampai membentuk bulatan..(paham tak explaination aku???teruk2...isk)..tapi macam itulah, senang actually...kena sabar ja

Oh bahagian paling kegemaran sudah tentu tangkai bunga / handle bunga tersebut....lepas balut dengan kain net, kita balut sekali lagi dengan ribbon satin..cantik jadinya selepas itu.Balut biar ketat2.Buatlah ribbon agar nampak comel..ngee....

p/s: Walaupun gubahan nampak tak kemas/buruk berbanding kalau tempah di bridal..tapi aku puas hati sangat sebab buat sendiri.Ada nilai sentimental

Labels:


Posted @ [8:44 PM]

Monday, August 22, 2011
Editing Is Fun!!!


Entry ini ada berbaur sedikit rasa taksub terhadap program paint...hehe....barulah aku tahu paint ini banyak kegunaannya....dulu aku anggap program ni macam takda makna...hanya bermakna bila kazen kecik aku datang rumah, nangis2 lepas tu kita buka program paint lalu dia diam syok main benda tuh...setakat itu sahajalah kegunaannya...hehe

So, sekarang aku tengah usya design untuk signage aku nanti. Dalam usya2 tu banyak berkenan dengan signage orang lain.Dulu aku main corp ja,pastu tampal dalam MS Word (oh sungguh memalukan!).Lepas tu En Sanim kata..."laa...gunalah paint....!"

Hasilnya:

SEBELUM

SELEPAS

Sungguh mudah...aku boleh sesuka suki eh...sesuka hati mengubah apa yang sedia ada kepada apa yang aku hendak....so ketinggallan zaman kan?wakakak.Credits kepada tuan punya picture yang aku cedok dari SINI

P/S: Masih seronok mengedit guna paint...sampai susah nak berhenti..ngee~

Labels:


Posted @ [7:35 PM]

Sunday, August 21, 2011
TIPS WEDDING #1


Baiklah....aku bukannya pakar dalam hal-hal kahwen neh, tapi aku akan menulis berdasarkan pengalaman aku...ngee....Sebabnya? Mesti bakal pengantin di luar sana menghadapi masalah dalam mengurus wedding mereka terutamanya persoalan; Where to START???? Ya.Aku faham.Sebagai anak yang 1st skali kahwin dalam family, memang rasa nak nangis aku urus wedding aku. Kalau boleh akad nikah pastu sah bergelar suami isteri, buat jamuan sikit2 ja kan senang???Tak merana hidup aku...haha

TAPI KAHWIN KAN SEKALI SEUMUR HIDUP?

So ni serba sedikit tips dari aku..

Apa perkara 1st skali nak buat?

1. SURVEY lah segala macam bridal,buat kad, katering, dan tempat nak buat wedding; hotel atau dewan.

2. IT IS NEVER TOO EARLY TO START. Jangan tangguh2, buat sikit-sikit lama2 jadi bukit (kan dah salah perumpamaan...haha). Macam kes aku kahwin orang jauh, homestay dan bas untuk rombongan dulu aku booking...hal lain belakang kira.

3. BAJET. Dah servay tempat paling sesuai/ berpatutan....buat anggaran kasar. Berapa bajet ko nak kahwin. Kena disiplin.Jangan exceed bajet tu. Fikir hidup lepas kahwin (cet bunyi macam orang tua..)

4. NOTE BOOK. Eh bukan laptop kecik tu.Ni buku.Tulis semua perancangan dalam tu dan segala-galanya tentang hal kahwin.Trust me, ini sangat PENTING dan banyak membantu.

So dah survey. 2nd step?

1. Dah puas hati, bolehlah confirm / booking / deposit dan buat tempahan di mana2 tempat yang berkenaan.

2. Untuk baju aku prefer sewa. Tapi terpulang lah sebab tu kenangan kita kan?.Tapi aku sewa jelah sebab aku tengok makcik2 aku beli pakaian pengantin mahal2, then simpan sampai lusuh dalam almari. Macam membazir pula kan ???hehe.

3. Oh, mintaklah borang nikah awal. Jangan jadi macam aku.Last2 minit, banyak masalah. Nanti tak kawen ko kang

Dah tu?Bila nak beli barang hantaran???

1. Macam aku tahun lepas dah start beli. Tahu je orang nak masuk meminang, dengan gigih dah beli barang hantaran.

2. Paling berbaloi beli time SALE.Lagi berbaloi beli time hujung tahun/musim nak sambutan krismas sebab harga gila murah siap packing cantik2 untuk buat gift.

3. Set target, 1 barang untuk sebulan ke...tak ko jenuh nak keluarkan duit banyak sekaligus.

4. Bagi aku yang pompuan, biar la dia pilih barang hantaran dia sendiri. Begitu juga dengan yang lelaki. Jangan nak mengada suprise2 nanti dia alergic ke, tak berkenan ke, tak muat ke ha ambek kan dah membazir.

Lepas tu?

1. Mulalah survey barang lain pula. Contohnya, bilik pengantin, wedding cake, bridesmaid, doorgift.

2. Bahagikan tugas, dalam kalangan ahli keluarga siapa patut urus apa.Mintak tolong la kan?Jenuh ko buat sorang.

3. Buatlah meeting dari semasa ke semasa untuk tahu pogress.

3 Bulan sebelum kahwin :

1. Masa ni bolehlah buat pinjaman bank kot. Aku tak galakkan awal sangat buat pinjaman nanti ko akan ter-tarik/gunakan duit itu untuk tujuan selain wedding...ingat.Pinjaman hanya untuk wedding dan PTPTN hanya untuk belajar (lari dari topik).

2. ASINGKAN siap-siap duit untuk bridal, ketering dan kad. Ini 3 perkara utama dalam wedding. Bila dah terguna duit untuk payment ni belum tentu ko boleh cover dengan duit gaji.

3. Dah boleh mula buat payment untuk vendors. Buat / finalized kad.

4. Buatlah checklist. Sempat lagi kalau nak buat kalau ada tertinggal apa2. (Jurunikah, pembaca doa, pengacara, band...apa2 lah yang additional)

5.Dah boleh hantar borang kahwen!!!!(sebab dia sah laku dalam masa 3 bulan sahaja...jgn urus awal sangat nanti expired)

So bila semua di atas dah oke, nak buat apa?

1. Lepak...ahahaha...eh maksud aku yang pompuan, bolehlah pergi spa, cantik2 kan badan, relax dan buat menda kecik2.

2. Fitting baju, kasut, uruskan baju bridesmaid dan flower girl,menghias bilik, dan re-confirm dengan semua vendors.

3. Buat doorgift dan bunga telur....sebab berbentuk makanan kan....ko takleh buat awal sgt, nanti berkulat/basi/bersemut/buruk ke melainkan ia berbentuk barang.

4. Buat checklist sekali lagi dan pastikan semua dah ada.

5. Yang pengantin lelaki boleh survey tempat nak pegi honeymun lepas kahwin...lalala

Note: Nanti ada apa2 tips/tambahan aku akan update lagi....setakat ni, itu sahaja lah yang terlintas di fikiran aku...:-)

Labels:


Posted @ [7:01 AM]

Saturday, August 20, 2011
HANTARAN


Salam semua!!!!Wee~~~ hari in berasa sangat gembira sebab mendapat panggillan dari bridal...

HANTARAN KAMI HAMPIR SIAP!!!hehehe

Kalau orang lain, biasa hantaran buat sendiri...tapi kalau aku neh, takda masa nak buat.En sanim pula jauh, so aku cadang kami buat terus ja di bridal.So aku tak susah, dan tak pula nak menyusahkan En Sanim bawa hantaran nun jauh dari Pahang, kan?

So hasilnya.....jeng jeng jenggggggg


Mula-mula bridal call...pesan aku bawak hantaran ke kedai. So aku bawak la semua barang kami tapi aku tak expected dia dah siap2 buat semua dulang...tinggal letak barang ja.Ya Allah gembiranya aku bukan kepalang sebab hasil tangan bridal cukup cantik. Masalah aku seminggu dua ni berkaitan persiapan kahwin yang terkandas sana sini mula rasa hilang dek kerana terlalu happy.

So hantaran pink ni dari aku untuk En sanim.Ada salah faham sikit, mula2 aku mintak barang En sanim letak dalam dulang biru, dari aku untuk dia...tapi jadi terbalik pula...barang lelaki dalam dulang pink...nak tukar tak dapat sebab dia dah terbuat semua.Tak apalah..aku cukup puas hati dah neh...ngeee

Untuk cincin awal-awal aku nak letak dalam bekas pelita cam neh...besalah aku ni mudah terpengaruh dari majalah...pelita tu aku beli di KAISON kota kinabalu. So nanti cincin aku letak dalam tu.Dramatik sikit...lala

Ni sebahagian barang aku, dari En Sanim kepada bakal isteri...uhuk....mmg lawa gila lah...Actually, idea hantaran ni aku nampak dari salah satu majalah pengantin tempatan (lupa apa nama) So aku tunjuk lah theme biru ngan pink hantaran tu kepada wedding planner, boleh-boleh dia buat SEBIJIK macam dalam majalah tersebut.Happy sangat.Mesti glamer hantaran aku nanti..ngee...mmg 1st class la wedding planner aku neh. So isu barang hantaran...selesai!

Labels:


Posted @ [5:38 PM]

Friday, August 19, 2011
WEDDING CAKE


Harini nak cerita perihal wedding cake.Dahlah orang sebok pasal mentega TAK HALAL so aku pun tak semangat nak beli kek neh...hehe...tapi besalah bila kita tak beli orang tua pulak bising....aku nak minta kek tak payah letak mentega ada ka????ngeeee

Walau apapun kek aku mesti warna white dan pink.WAJIB!Aku hendak mesti ada pink.Barulah kek namanya (alasan). Contohnya:

Kek dengan fresh flowers.Biar simple tak payah la yang pelik pelik nak kek gajah la,cemperlai , cipan ka hapa....ni kek...nanti geli orang nak makan.Warna pun tak payah la yang pelik-pelik...biar white or PINK....hehe

Teringin nak cake bentuk present. Tapi tahulah orang tua kita hendak cake tradisional...ha nak tradisional sangat baik aku oder kek lapis...ha ha....tapi aku dah decide, kek aku nanti tak nak fondant atau royal icing...nampak cantik tapi bila dah potong buruk pula.And manissss gila tak begitu sedap.

Ha ambek ko kek tema deepavali (ini sekadar selingan, tak mahu yang ini...ngeee)


Most probably aku akan pilih kek design macam ni. Fresh cream. 3 tingkat tapi pilih lain-lain flavor (coklat,vanilla dan keladi).....hehe. (Minus the angel....tak mahu...ganti bentuk heart sudah)

Tapi yang paling aku idamkan cake secret recipie....aku tak peduli rupa tapi yang penting rasa okek...Secret Recipie pun ada buat wedding cake tapi engko agak-agak la harga dia boleh buat aku beli cincin belah rotan 2 bijik (kedekot!...haha).Aku actually dah nawaitu awal-awal nak beli 3 bijik kek kat secret recipie...perisa Choc indulgence, cheese oreo dan mud cake. Ala beli ja yg besa tu tak yah costom made. Tapi bila diberitahu kepada family, free2 aku kena marah : "eh ni wedding la nak buat macam biasa pula"..hurm susah pula kan kita ni mengikut kehendak orang..hehe

Labels:


Posted @ [2:01 PM]

Wednesday, August 17, 2011
Oh!Kreatifnya!!!!


Tadi godek-godek facebook, lalu terjumpa kad kahwin ini:

Wahhhhhh.....KREATIFNYA!!!!!AKU SANGAT JELESSSSS.......
(Mentang-mentang sebab yang design kad kawen ni cikgu sama cekgu ....aku and en sanim kan pasangan cikgu gak...apasal takda terfikir idea neh????)

SOURCE : FREEWAY DESIGN

Kad tersebut adalah bentuk buku latihan pelajar...ee....bestnya!Dalam dia pun menarik juga....oh ya....by the way freeway design ialah vendor untuk kad kahwin kami...:-)

Sejak dar malam tadi aku sebok hendak cari idea tentang cara-cara hendak membungkus jambangan bunga tapi tak ada jumpa web/site nya.nak bungkus dari bawah memanglah senang tapi nak buat cantik2 bungkusan keliling bunga itu aku tak pandai.So ada sesiapa boleh tolong ajarkan???atau link kan site tutorial....help! Tadi cuba pergi bank untuk tukar duit baru untuk gubahan mas kahwen tapi katanya InsyaAllah esk baru sampai duit baru...hopefully la...ngee...tak sabar nak siapkan semua perkara...lepas ni tinggal nak relax pegi spa ke hapa ja..lala

Labels:


Posted @ [4:58 PM]

Tuesday, August 16, 2011
Gubahan Mas Kahwin


Apa???Genap sebulan lagi???Sila PANIK sekarang...hehehe.....Alhamdullillah, tadi dah hantar borang nikah so satu perkara dah setel..Lepas tu dah ambek langsir bilik pengantin so lepas ni bleh start menghias bilik....Selain itu printing card dah mula beroperasi..biasa siap dalam 10 hari bekerja tapi kad aku insyaAllah siap hujung minggu neh....so nampak gayanya, untuk sahabat handai,saudara dan junior aku di Sabah, selepas raya lah kot baru aku pos.So tunggu ya!Aku akan kirim kad batch pertama asap ke Pahang dahulu.Sebab kalau aku kirim pun budak maktab dah cuti..so tak sempat...Takpun aku kirim kepada adik aku..so tuntut dari dia kalau dia lupa..hehe

Actually aku jeles gila tengok pasangan pengantin sama tarikh nikah dengan aku dah rilek2 time neh sebab aku banyak lagi nak dikejar...hehe...gubahan hantaran pun aku takda buat lagi serah bulat2 ja dengan bridal.Harap2 semuanya sempat.

So tadi sempat lah aku beli barang2 untuk buat gubahan mas kahwin...saja2 try testing power dulu. So bahan yang aku beli adalah seperti di bawah:

Bunga span,dawai bunga, kain net 2 colour, reben, polisterin untuk display dan sudah tentu wang kertas untuk mas kahwin ya.

Aku adore betul bunga span ni...kiut betul.Nak beli warna pink dah habis.Tinggal ni ja satu2nya mungkin dah rezeki aku kot.Aku ada nampak bunga sebijik macam ni di Daiso RM5 shj.Menyesal aku tidak beli sebab yang neh aku beli mahal tahu RM11.90!...tapi malas nak survey punya pasal aku redah ja beli.Lepas ni malas dah aku keluar rumah.Ntah dari mana datang gerombolan manusia punyalah sesak/jam teruk di bandar.Orang shopping raya kot.Heran juga aku..dah la aku keluar time hari orang bekerja, pagi2 buta pula tu jam 10.30am sesak juga kah??(owh pagi butakah itu?haha)...tapi serius lepas ni taubat aku bagus duduk di rumah sahaja.

So buatlah kelopak bunga mawar dahulu seperti ini.Lilitkan dengan dawai.Untuk tutorial atau cara membuat sila klik SINI.

Tada!!!!Baru siap sekuntum. Lepas ni hendak try dengan duit RM10 dan RM5 pula...En sanim kata guna RM1 mcm buruk ja rupanya..hehehe

Jadi letakkan sahaja bunga span itu di tengah2 okek.....tak dapat teruskan buat kerana belum tukar duit kepada duit-duit kertas yang baru...:-)

Nanti kita preview hasilnya bila sudah siap ye!

Labels: ,


Posted @ [9:42 PM]

Sunday, August 14, 2011
DUGAAN BULAN RAMADHAN


Eh, ada sebulan 2 hari lagi sebelum the BIG day!!!Cepatnya masa berlalu...Daripada beratus-ratus hari, sekarang tinggal 32 hari ja...ngeee~

Saat-saat macam ni memang stress...Ni lah masanya aku kena 'pecut' semua perkara.Bukan itu sahaja, sibuk dengan budak UPSR lagi.Mak ai...tahun lepas tak pula aku busy macam neh...dah kita busy di sekolah pun busy gila jugak. Kadang-kadang mau nya aku nak buat muka kesian dan kata "bolehkah aku dikecualikan preparation UPSR sebab busy buat preparation kawen??" haha.Tapi macam selfish pula.

Berbalik kepada tajuk entry, dugaan betol la sejak kebelakangan ini.Sabar jalah...nanti hilang seri kalau asyik stress memanjang.Antaranya :

KAD KAHWIN DELAY LAGI :

Sebelum ni dah aku bagi design kad kepada pencetak kad tersebut.Seminggu tunggu quatation.Lepas tu dah bagi design, seminggu tunggu respon. Then another 3 days terpaksa tunggu sebab semua krew pencetak ke Kuala Lumpur ada project. Bila dapat sampel, pihak mereka kata ada buat 'adjustment' untuk kesesuaian. Takda kisah la. Tapi lepas tu tinggilah harapan aku untuk design baru tu...tahu2 aku tak berkenan. Design dia ok lawa juga tapi being the FUSSY me besalah...kalau aku dah nawaitu hendakkan yang design lama, design itulah juga aku hendak.So Sabtu lepas terus finalized. Mesti orang tu cuak gila atas permintaan aku. Dalam hati mesti dia kata "dahla aku bagi harga murah nak demand pula...haha"...Tak kisah okek asal aku puas hati.Now tunggu dia siapkan printing. ANOTHER WEEK.

P/S: Gabra aku wei orang nikah bulan 11 pun dah siap buat kad aku yang sebulan lagi tak siap2 kad.


PERIHAL KASUT NIKAH

Haritu aku harap2 kasut nikah aku dah siap.Dah tempah dan plan semua...tiba2 dapat call design aku hendak tak ada...adoi la...lepas tu siap request minta aku cari ja di kedai biasa asalkan heels nya lebih 3 inch. Last2 aku kata, buatlah apa design, heels berapa inch pun tak kisah...aku dah takda masa lagi la nak cari/usya. Lihatlah hasilnya nanti...aku redha ja apa yg aku dapat nanti...Malas nak sedih2..ini masa untuk kita tawakal ja..hehe


ADUHAI POS LAJU

Sejak sibuk tahap gaban ni aku banyak oder barang online. Malas lah nak keluar pergi survay2 bagus beli online ja. Ini termasuklah barang kahwen aku. Rasa berkenan ja beli...takda usya dah mana tempat murah ka, mahal ka.Malas hendak fikir banyak. Minggu lepas memang malang la nasib aku sebab barang yang guna CURIER SERVICE dan POS LAJU kedua-duanya sengal.Ingatkan boleh dapat cepat tapi lambat juga jadinya.Yang currier service tu suruh aku pick up (dahlah bayar mahal sumpah lepas ni tak nak pakai curier), lepas tu boleh pula dia lengah-lengahkan hantar barang aku. Macam2 alasan dia bagi, takda transport la,tak tau tempat la, takda org hantar la....last2 hari khamis juga aku dapat benda tu. Yang pos laju pula, boleh2 barang aku sesat ke sarikei. Tapi tak kisahlah pos laju memang cekap walaupun sesat tak tunggu lama untuk sampai. Cuma risau aku bungkusan tu macam dah renyuk.Nasib baik barang dalam tu elok lagi tak ada yang pecah.

BORANG NIKAH

Masa mula2 ambek borang, orang dekat kaunter tu siap tanda bahagian mana aku perlu isi guna pen. Dia kata, yang dia tanda tu ja aku perlu isi.Yang lain tak perlu. Aku ada baca juga keseluruhan borang, tapi dah dia kata tak perlu, aku takda isi la.Tapi dah pergi sana dengan penuh semangat hendak hantar borang, kena REJECT pula sebab banyak tak lengkap. Siap ada borang kena bagi pihak pengantin lelaki untuk isi. Jawabnya another 1-2 weeks kot selesaikan masalah ni.Adoi la....kesimpulan ....jangan percaya penjaga kaunter di Majlis Islam..isi ja kalau rasa boleh diisi....wei nak dekat tarikh da borang tak dapat pun lagi...sobs

So ni sekadar berkongsi cerita...STRESS STRESS ... ni saudara mara dah nak buat meeting pasal kahwen aku...alamak....boleh bagi masa tidak???

Labels:


Posted @ [8:35 PM]

BUKU NOTA TEMAN TERBAIK SETIAP WANITA


Apa???Buku nota teman terbaik setiap wanita??? Bukan buku bank ka??Hahaha....jangan percaya kepada motto yang baru aku create ini...hua hua sepatutnya Al Quran teman terbaik setiap wanita kan kan??? (insaf...insaf....)

So untuk hari ini aku semak semula note book checklist yang dah lama aku tak sentuh kerana kesibukan...buku yang hari2 aku 'terpaksa' sentuh itulah buku RPH sebab hari2 kena buat rancangan pengajaran...ngeee....

Eh eh ....esk lusa korang kawen mesti ada buku checklist tahu...baru ada rekod/ nampak apa yang dah dibuat dan perlu dibuat...

Buku note book checklist aku.... di 'create' 3 bulan lepas...seharusnya warna pink sebab errr...pink itu pink!!!(ala penyanyi pink yg selalu emo2 tu...lala)

Lepas tu buat la patisyen..jgn rojak sekali ye nanti jenuh nak cari kalau nak merujuk apa-apa

Contoh checklist....ha...macam kita buat assignment, mesti ada isi kandungan...masa ni brainstorm apa kita nak isi dalam buku tersebut...tulis di page paling hadapan ye!

Lepas tu mulalah buat patisyen. Macam dekat picture atas ialah kategori 'my wedding room', jadi senaraikan apa yang hendak dibeli / dibuat / dihias pada bilik anda....kena tulis.Nanti lupa.

Takpun, ambil sahaja contoh keratan gambar bilik yang kita suka.Tapi awas!!!jangan pula engkau gunting buku perpustakaan...no no tak elok nanti Tuhan marah ; plus penjaga perpustakaan marah..haha. Lepas tu buatlah apa-apa nota kaki untuk merealisasikan bilik tersebut mengikut kesesuaian bilik korang..okeh?

Ha, takpun google ja dari internet...gambar yang berkenan print / cucikan sahaja di kedai. Then walla!!! Senang hendak cakap dengan wedding planner "i nak bilik sebjik macam ini kalau tak i jentik2 telinga u" (contoh dialog gedik ala2 manja bakal pengantin)

Oh seharusnya notebook itu dihias rapi agar sentiasa comel...ngee....ini juga satu terapi untuk kurangkan stress....maksud aku, mana lagi stress, ko tengok buku lejar account ke buku comel macam ni?????hehee....so buat la molek-molek sikit....nanti ko tengok sejuk juga hati kan...takdalah serabut sangat....

p/s : Buku notebook ni nanti bolehlah dijadikan rujukan untuk adik-beradik kita yang lain bila mereka kahwin pula kan?

Labels:


Posted @ [8:31 AM]

Friday, August 12, 2011
TIPS KECANTIKAN BAKAL PENGANTIN


Salam semua...hehe....ni aku hendak berkongsi sedikit tentang tips kecantikan. Haip!Aku bukanlah cantik sangat tapi apa yang aku amalkan nampaknya membuahkan hasil dan aku hendak share la dengan kamu semua di luar sana....aisy, kalau bukan bakal pengantin pun harus cuba...yalah, kecantikan ni kena mula dari awal....kalau tunggu nanti2 takut terlambat lah jawabnya kan kan???

Mula-mula dulu, aku ada search tentang 'tips kecantikan bakal pengantin'. Adoi nak nangis aku baca petua-petuanya, yalah, contoh 40 hari sebelum sanding kena makan kelopak bunga (kalau boleh tumis belacan ok jugak ni..haha), minum air kunyit la, makan benda ulam macam-macam...haiz....orang yg kenal aku tahu aku anti sayur.Kalau nanti untuk lepas bersalin boleh kot...dah terpaksa (eh eh dah fikir pasal anak pula ye....(^o^)*

So aku beralih kepada produk alternatif yang lain. Ni yang aku dah pakai sendiri dan ternyata berkesan.Tapi ikot individu kot.Kalau lepas ni ko try allergic ruam ka jgn salahkan aku pula...ngee..just nak rekomen...

SOURCE : MUSTIKA RATU

Mula-mula aku punyalah pusing2 cari produk mustika ratu neh....nak cari butik dia betol2 kedai sebijik tak ada pula. Dalam hati aku nak cari produk lulur mandi mustika ratu atau takpun losyen badan mustika ratu. Last2 aku terjumpa pembersih sari mawar neh. Baunya sangat wangi. Dia satu set dengan toner. Oleh sebab kempunan tak dapat losyen, aku guna ja produk ni sapu ke badan (actually ni produk untuk muka)....caranya: toner tadi boleh diratakan ke badan guna kapas, atau letak sahaja ke tapak tangan dan sapulah ke seluruh badan. Then sapu pembersih/losyen sari mawar tu pula.Memang kulit jadi super lembut lepas itu dan wangi bau bunga...memang best!

SOURCE : MYCOMEL.COM

Kedua, aku actually ada masalah sikit bahagian peha yg berlemak dan ada selulit. Biasa ko beli losyen produk kuruskan badan / bahagian badan takda collagen kan?ni siap ada collagen,vitamin c dan vitamin e. Menarik perhatian aku la.Baru 2 hari aku pakai selulit aku hilang serta merta! Betol aku takda tipu....memang superb la...dan bau dia pun best...wangi serai.Aku guna untuk bahagian perut and peha...memang nampak perbezaan, jadi makin kecik dan perut pun flat sikit...wee~~ jom baca beberapa info tentang khasiat produk ini :

Kelebihan Kollagen, Vitamin C dan E dapat membantu :

  • menegangkan
  • melembutkan
  • menggebu
  • mencerahkan kulit
  • membantu mengurangkan parut
  • selulit
  • tanda rekahan diperut selepas bersalin.
Ketiga, takyah lah susah2 makan kelopak bunga selama 40 hari ye...sekarang kita dah ada produk yang telah diformulasi...ececeh......gila standard bahasa aku sekarang....ni untuk menaikkan seri wajah...untuk lebih info pergi ja site dia okek...aku baru try, tak tahu lagi hasilnya macam mana....tapi bau dia sangat wangi...ngeee...semua nak wangi2 dah now
CLIK HERE Auraseri.com

Keempat, kecantikan itu bermula dari dalam ye kawan-kawan....aku amalkan minum produk collagen. Bagi aku la kan, benda macam ni korang jangan kedekut. Berbaloi tahu? Mesti awet muda...bayangkan korang nanti dah kerja orang masih tanya korang sekolah kat mana??? (awet muda la tu) mesti ko rasa bangga / yakin kan???hehhee.....dulu aku ada juga makan produk collagen.Lebih mahal dari ini...tapi kesan tak seberapa.Sudah aku tukar yang ini baru lah oke, kesan dia lebih umphhh...hahaha...kulit jadi makin licin....RM65 shj untuk sebulan (3 kotak)
CLICK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT!!!!

Selain itu,amalkanlah juga pemakaian bedak sejuk.Tapi belilah yang elok sikit ye..maksudnya packaging bagus dan dari kilang. If possible beli yang dari Mustika Ratu. Oleh sebab aku takda jumpa bedak sejuk Mustika Ratu, aku beli ja produk biasa2 tapi packing dia lawa lah.Tapi hati-hati sebab bedak sejuk ni ada dari susu kambing,Yang aku guna sekarang dari serbuk beras. Guna cukuplah 2 kali seminggu,kalau lebih nanti muka cepat sunburn.

Untuk produk lain, aku guna pencuci muka nutrogena.Yang bebas pewangi sebab kulit aku gila sensetif dah pakai produk ni baru ok.Masker gunakan bila perlu sahaja untuk hilangkan bintik hitam. Body wash pula aku suka dettol (untuk kulit sensetive) kalau tidak kulit aku mudah mengelupas. Sebagai tambahan, aku guna losyen pemutih jenama mcwell. Dia boleh bantu cerahkan parut-parut luka yang lama tapi err aku tak tahu mana nak dapatkan losyen tersebut. Dah lama aku beli (botol besar).Sekarang susah nak cari . Oh ya kalau muka tu mesti pakai pelembab ye. Keluar ja mesti pakai pelembab/sunblock. For my case, aku pilih oil of olay total effects..

Ok lah.Aku harap tips ni berguna jugalah untuk mereka yang membacanya.Selamat mencuba!!!

p/s : Because you worth it

Posted @ [6:00 PM]

Thursday, August 11, 2011
Anak-anak ribena!


Helo!!!!Selalunya aku akan bercerita tentang persiapan kawen.Tapi kali ni nak cerita tentang anak-anak murid aku pula...hehe...baru tahun 1. Comel-comel belaka kecik2.Kadang-kadang rasa lucu pula aku bila ada junior aku yang tanya macam mana nak handle budak darjah satu.Pening kan???haha....itulah pasal....masa praktikum memang tak pernahnya aku kena handle darjah 1 sebab nak booking subject Sivik dengan kajian tempatan.Maka, aku dapat tahap 2 sahaja lah....esok2 kalau kamu praktikum, try mintak tahun 1.Taklah kalam kabut macam aku....

Aku mengajar seni tahun 1 untuk 2011. Masa ni kami buat mahkota. Murid tahun 1 aku ni cepat boring.Ko kena bagi aktiviti mencabar sikit atau buat benda baru , then dia akan duduk diam. Pastu ko cakap hasil seni nanti nak tunjuk kat emak ayah dorang,baru dia buat cantik-cantik (tapi lepas tu mesti tunjuk betul2 tak baik tipu budak nanti Tuhan marah )

Ko rasa pening2 nak pitam kepala kalau budak2 bising kan?Kalau bising ja takpa ni siap aksi macam monyet la, godzilla, mengkarung, kongkang ke hapa sampai ko rasa "eh aku ni dalam kelas ka dalam zoo" berhalunisasi kejap cikgu sebab dalam bulan pose la katakan..haha.Kalau terjadi macam itu, ko ajak dorang menyanyi sama2. Biarlah suara kita macam katak panggil hujan tapi ko redah je...yang penting nanyi! Ya ampun suka betol dorang nyanyi sampai tak buat bising dah.So keadaan terkawal di situ.

Kalau ditakdirkan ko kena ajar tahun 1, siap2 mintak masa terakhir. Masa ni paling best sebab ko boleh ugut budak siapa bising tak boleh balik/ balik lambat. Tengoklah macam mana mereka diam. Siap boleh nangis kalau ko tahan kejap ja tak bagi balik.Tapi buat betul2.Yang senyap bagilah 3-4 minit balik lebih awal. Dia akan rasa bangga and kembang hidung tu dalam hati kata 'eh aku balik paling awal'...ngeee. Ugutan ini paling berjaya setiap kali.Murid takkan berani nak bising.

Amboi kecik2 dah pandai posing.Siapa ajar neh???? (padahal tgk idola dari cikgu suka camwhore dalam kelas..boo...hahah...)

Memang terbaik!Suruh buat mahkota semua suka.Siap buat cantik2.


Ya ampun comel sungguh anak murid cikgu neh... (tengoklah siapa cikgunya...tak ada kaitan..hehe). Tapi peringkat ni aku tak galakkan cikgu bagi hadiah.Cukuplah janji manis nak pamerkan hasil karya dekat papan kenyataan.Sebab sekali ko bagi hadiah, dia akan ingat setiap sesi ko bagi hadiah.Macam tu muflislah cikgu dan anak murid jadi materialistik.Kalau takda hadiah taknak buat cantik2 konon...hehe

So cukupkah tips aku???Semoga berjaya handle tahun 1 ye!

Labels:


Posted @ [5:44 AM]

Tuesday, August 9, 2011
PRE WEDDING PHOTOSHOOT??


Pre wedding shoot??? Eh memang teringin.Siapa yang tidak teringin untuk buat pre wedding cantik-cantik lepas tu tayang dalam slide masa persandingan...hehe.Tapi En Sanim kata :"Eh belum kahwin mana boleh pre wedding.Lepas kahwin bolehla...." so punah harapan di situ. Tapi lepas kahwin En Sanim kata boleh....yey.Katanya sebelum kahwin mana boleh gambar pegang-pegang...ya tak ya juga, tak syok pula lah kan mcm tak mesra pula picture...ngee

Tapi...kalau diberikan peluang, aku dah berangan dah macam mana bentuk pre wedding shoot aku...heheh...mula2 ingat hendak buat pre wedding shoot ala vintage...dalam bangunan lama, pakai gaun pengantin dan siap ada vespa...tapi idea tu terlalu ramai orang yang buat...being me aku memang sukakan kelainan.So terfikir untuk buat di......


FUNFAIR!!!!!!

So contoh gambar yang menghampiri impian pre wedding shoot aku adalah seumpama ini:

Source : HERE

Atau lebih tepat lagi seperti ini:


Source : HERE

Kalau ditakdirkan ada peluang, memang nak buat...hehe.Masa tu mesti hendak pakai baju pengantin untuk pre wedding...nak yang gaun kembang-kembang, tak mahu baju biasa macam orang selalu buat.Then hendak ambil shoot siang dan malam...mesti hendak capture kemeriahan lampu di fun fair...

Kesimpulannya, actually aku teringin sangat nak hire PROFESSIONAL PHOTOGRAPHER untuk pre wedding,wedding dan post wedding. Kalau boleh honeymoon pun nak masuk pakej sekali...haha....sebab gambar yang diaorang ambek memang superb!Sesuai la dengan equipment yang sedia lengkap....

So dalam kesempatan ini, kepada bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan dalam area Kuching, aku sarankan korang untuk hire photographer dari :

One Borneo Bridal
CLICK HERE!!!

Selaku official wedding palnner / bridal aku
(you can also find them in facebook)

SEBAB ????

PAKEJ PHOTOGRAPHY MEREKA HANYA RM450.00!!!!

YA SUNGGUH

RM450.00!!!!

Pernah jumpa tak harga gila murah seperti ini???Tak pernah kan???FYI, pakej ni termasuk untuk akad nikah dan sanding (pada hari yang sama) plus outdoor photoshoot.

Memang berbaloi....rasa kempunan tak hire mereka (sebab en Sanim malu lalu minta kazen sendiri menggambar kami nanti....(@_@)*.So ada rezeki lebih, sesuai la nak hire photographer...aku dah tengok gambar yang mereka ambek..memang superb!Tapi tak dapatlah post ke sini sebab tak ada dalam simpanan (my own cousin hire them). Selain photographer yang lawak dan mesra, anda pasti rasa pakej ni memang worth it...hehehe

Labels:


Posted @ [4:04 PM]

Sunday, August 7, 2011
WORDLESS SUNDAY


Rasanya sudah lebih seminggu tidak mengupdate blog...hehe.Bulan puasa ni lemah aku rasa tak bermaya hendak buat apa2.Malas hendak bergerak pun ada.Jadi cikgu di bulan puasa memang mencabar.Aku ingat murid lebih pasif kalau puasa, ni makin aktif adalah...hadoi...sabar jalah aku. Kalau tak marah lain pula jadinya.Makin menjadi-jadi perangai...

Oh sudah seminggu kita berpuasa.Cepatnya masa berlalu.Whew! Last2 minit ni berfikir dengan gigih apa lagi persiapan yang aku perlu buat dan lakukan.

List persiapan yang dilakukan minggu ini:

1. Katering ( CONFIRMED!)
2. Kad kahwin (Hari Jumaat dapat sampel then printing time!)
3.Kasut nikah/sanding ( On the way / Paid / Testing ke kaki )
4.Baju pengapit ( DONE!on the way/readymade)
5. Dewan (CONFIRMED!)
6. Bas rombongan Pahang (CONFIRMED!)
7. Bas rombongan Sabah ( Masih survey harga murah )

Lepas tu 2 hari lepas aku google gubahan mas kahwin. Teringin buat jambangan mas kahwin seperti gambar di atas (picture googled). Tapi tidak menjadi.Buruk aku buat.So perlu latihan kot.Mas kahwin mesti buat sendiri. Baru ada feel...ececeh.....aku buat kemput ja tak kembang macam picture di atas...sobs...

So nanti ada masa aku akan update lagi ya...ngeee...
Selamat berpuasa!


Posted @ [4:20 PM]

Wednesday, August 3, 2011
You are invited!


Salam semua...hehehe.....finally kad kahwin aku sudah di ke udarakan di laman facebook...kalau ada yang tidak ter tag minta maaf la banyak2 sebab aku jadi tak sure sebab ada yg tak guna gambar/nama betol,so tidak tahu la kan siapa yg aku hendak tag tu...lalala
Ni semua adalah draft kad kahwen aku...so nanti sesiapa yang dapat betul2 kad tu lain sikit la rupanya...hehe...saja tak mahu buat yang sama untuk softcopy, kasi suspen sikit...aku pernah dapat kad yang softcopy dia tagged kat facebook sama dengan yang kad betul...so bila aku terima kad tu macam kecewa la...aku expect kad dia berbeza...oleh itu aku tak nak penerima kad aku mengalami perasaan / nasib yang sama..ececehhhh....
Mula-mula aku memang ingat hendak buat warna pink..tapi tak ada design yang aku berkenan pula...tambahan tak ada idea..Untuk yang ini tiba2 aku terfikirkan idea tersebut tapi kena buat warna hijau la...lepas tu aku bagitahu plan / idea aku macam mana dan kawan aku tolong design pula....hehe...sebenarnya aku hadapi beberapa kesusahan nak buat kad neh, mula2 tak ada yang hendak design...dah design pun cas mahal. Bila dah siap design pula, cari orang sanggup print..mahal juga..cas dia rm1.60 ke atas..masa tu mula susah hati...aku kan cerewet. Lagi pula aku hendak buat kad yang unik, kad yang akan orang simpan dan sayang hendak buang..hehe. Lepas tu jangan heran aku buat dwi bahasa bukan nak tunjuk aku terer speaking London ke hapa tapi disebabkan guest aku karang banyak chinese yang tak reti bahasa Melayu...ada juga kawan parents aku dari India so perlu lah buat dwi bahasa...mesti 1 Malaysia nanti majlis aku kan..ngeeee
Akhirnya, maybe memang sudah rezeki kami, aku baru dapat quotation dari sebuah kedai printing kad yang cas 80 sen sahaja untuk kad aku.yippie!!!!Lepas tu siap bagi guest book free!!!Alhamdullillah.Syukur sangat.So kawan2 yang baca neh, sila lah bagi alamat anda ye...terutama rakan-rakan aku yang dah posting entah ke mana..haha...inbox dalam facebook,msg di talipon aku atau hantar ke emai : shima.pink.ribbon@gmail.com dengan tajuk : WEDDING-ALAMAT (nama anda). So aku ingat InsyaAllah lepas kahwin nanti (minta dipermudahkan) aku akan kongsikan siapa vendors aku okek..till then babai!

Labels:


Posted @ [8:49 PM]

Tuesday, August 2, 2011
THE REVEAL


Whew!!!!Setelah sekian lama aku 'merahsiakan' (chewaaaah) tentang persiapan wedding aku, akhirnya i can spill it out!!Hehe..lega tahu. Bukan apa, emak aku cakap benda yang lama lagi akan berlaku tak baik heboh2 dengan orang ramai..takut tak menjadi (nauzubillah)...so bila tarikh dah dekat then dah dapat izin parents dan En Sanim, akhirnya aku dapat hebohkan...doa-doalah semoga semuanya dipermudahkan sehingga ke hari bersejarah aku kelak...ngeee

My cousins and i and the hantarans

Actually,rombongan en Sanim dah datang ke kediaman kami pada 15 Januari 2011.Masa tu hati aku dup dap dup dap nervous sebab pihak lelaki maklumkan in a very short notice...hehe..berdebar aku masa neh tapi alhamdullillah semuanya berjalan lancar...Masa ni aku rasa nak kongsikan semua kebahagiaan ketika itu dengan dunia...hehe...siapa yang tak hepi kan orang dah masuk meminang?Bayangkan seksanya aku tak dapat share dengan orang happy moments tersebut....bak kata ustat aku dulu "bab tunang2 tak payah bising,dah nak kahwin nanti baru heboh2"...so sabar jalah time tu...ngee


The ring...cincin ni aku pilih sama2 dengan En Sanim semasa kami singgah di Johor.Seperti biasa tak berapa banyak pilihan sebab saiz jari aku yang sangat kecik...tapi yang ini ok lah...aku suka sangat. Maafkan jari aku yang tak begitu beautiful...haha

Ingatkan masa tu aku nak pilih baju colour white...memang dah mind set pun.Lagipun acara macam ni memang macam wajib pakai white...hehe..tapi design baju putih semua aku tak berkenan so ambil ja lah yang pink neh....bila dah pakai nampak cute pula...ngee (tengoklah siapa yang pakai..uhuk)...Encik sanim pun ada masa ni tapi tak payahlah post gambar beliau ye....nanti dia jenguk blog i habisla sebab dia tak gemar gambarnya dipaparkan...hehe

Doakan semoga semuanya berjalan lancar nanti ya...:-)

p/s: All pictures taken using sony cyber shot.Without editing.

Labels:


Posted @ [3:05 PM]


♥AHLAN WAHSALAN
HELLO

Welcome!
Spy comel \(^-^)/ ke..



♥ Chats
Leave A Massage!;-)


♥ Sweet EsCape!
GOODBYE!

♦ Click Here <---Jom Skodeng SINI!♦

♥ Memories
my previous posts

December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013
April 2013

♥ Credits
clap!clap! :)

Designer : zahirah-
Basecode : Jas.miine-
Inspiration : Agnes
Materials : Lovecandied
Cursor : Dorischu
Hosters : Blogger,Photobucket,Blogskins


♥THE MRS. BLOGGER
SESI BERKENALAN DENGAN TUAN BELOG

S.H.I.M.A
Married.LEO.Kuching,Sarawak.Teacher.Pure Malaysian.
italic bold underline strikeout


♥ TIED THE KNOT!
THE COUPLE

Merisik :15 JANUARI 2011
Bertunang :17 SEPT 2011 @ 19 SHAWAL 1423H
Nikah :17 SEPT 2011 @ 19 SHAWAL 1423H
Lilypie Angel and 

Memorial tickers
Lilypie Angel and 

Memorial tickers
♥ WEDDING THEME
WEDDING BY COLOURS


AKAD NIKAH
GREY
16th SEPT 2011
PINK AND WHITE
AKAD NIKAH & BERLULUT
16th SEPT 2011
CREAM , GOLD AND IVORY
SANDING
17th SEPT 2011
RED
MAJLIS BERTANDANG
26th NOV 2011