No right clicking here.Don’t want any rippers to be ripping.Want codes/pics/anything?Just ASK.
<body>
Life is a journey, not a destination...

ShimaPinkRibbon.Blogspot.Com
~

Wednesday, July 1, 2009
KAYA JA LARI YE?


Dulu ak sangat suka minum air soya dan tofu soya seorang brother yg kami gelar 'abg soya'.Mmmg mantap soya dia..rasa mmg ada kick berbanding soya biasa..mmg laku gila brother tu punya bisnes sampai kami nampak rumah dia bapak punya besar dan dia pakai kereta besar jugak la..mula2 dia jarang2 jual soya dan kehadirannya mmg ditunggu2..amat jeles kalau org dapat beli soya dia ok,padahal ko takda nasib baik nak jumpa dia berniaga soya..lama2 dia dah langsung takda jual soya lagi..yalah dah kaya kan?Ak rasa dia dah bukak francais kot di UK ka,Uganda apa ntah menjual soyanya itu sehingga menembusi pasaran antarabangsa..haha. (Kempunan ak ok..takda soya sesedap itu lagi)

Namun,kerinduan itu terubat setelah ak mula taste coconut shake yg dijual di pasar malam..gila sedap yo..selama ni tak heran pun..tapi entah kenapa one day tu tergerak nak beli..sekali rasa mmg rasa sgt heavenly..ak rasa nak tapau makcik tu bawak balik maktab agar boleh buatkan ak coconut shake setiap hari..hahaha...harga pun murah..tapi malang bagi ak..hari ni tadi ke pasar malam..makcik tu tak ada pulak..mulalah ak rasa nak merajuk..siap mind set mau beli 2 cup konon..tup..tup..dia takda..(Mungkin ak akan buat solat hajat mlm neh agar makcik coconut tersebut tidak mengikut jejak abg soya) Weih..dah kaya raya jgn la berhenti berniaga pon..sob (aksi nangis sebab kempunan neh)Ak tak kira..esk jugak ak rasa nak ke pasar malam lagi..kali ni siap mintak resipi takpun bawak guni nak tapau makcik tu balik sekali..lalala

Selama ni juga kan..ak tahan hati ja nak merasa ais krim Haagen Daaz..(takda jumpa punya pasal)..namun hajat ak tercapai bila dpt merasa ais krim haagen 'cream & cookies'..tapi kecewa la..rasa takda berbaloi dengan harga..bukan taste ak maybe..mcm sedap lagi Mc Flurry Oreo di Mc Donald's tu atau aiskrim di Desserts.

Kesimpulan nya di sini : Haagen Daaz bukannya bes sgt pon!

Ni la coconut shake yg ak kempunan sgt tu..sob sob


Labels: ,


Posted @ [10:01 PM]

Thursday, May 28, 2009
I MADE IT ALIVE...



1. Cuci rambut guna syampu (gila hapak bau rambut ak)
2. Main dengan Shizuka
3. Buat havok dengan kawan2
4. Makan megi,keropok segala junk food
5. Makan piza
6. Blogging puas2 (Err..tgh buat la sekarang)

Itu dia wish list selepas tamat exam..mmg crazy i tell u straight 4 hari...ak rasa wayar2 dalam kepala hotak ak ni banyak yg longgar tunggu hendak tercabut ja..haha.Gila tough paper..kirim salam dengan si penggubal soalan tuh..(tak pasal2 panggubal soalan yg kena).Apa pasal la dia takda tanya pasal soalan mcm siapakah Prince William di hati anda?Sudah makan ka belum?Apa beza soto dan bakso dan sebagainya yg senang2 yg ko takyah nak stadi...lala..apapun semua telah selamat dijawab.Thak you kepada semua korang readers yg happening doa n wish luck utk ak k?(doa2 pun happening ka?)

Anyway, Hari Ahad ni akan balik ke Home Sweet Home!!Yippie!Rindu bangat dgn semua.Lepas tu hendak show off sikit kasih jeles Ilyana dengan doll Pullip baru si Shizuka..haha..

Actually takda idea hendak tulis apa..OK la..nak main dengan Sizuka dlu..lala



Lawa kan laptop ni?Lawa lagi kalau dia warna pink..hehe

Labels:


Posted @ [5:59 PM]

Tuesday, April 14, 2009
KARYA AGUNG


Aiskrim rasanya manis..tapi ak tak sangka ia dicampur garam!

Ya..ya..inilah yg ak belajar dari discovery channel.Pertama kali ak tgk home made ais krim dibuat.Dia buat paste coklat+gula+susu+ais blend, isi dalam macam pembancuh adunan kek tu dan kemudian campur garam.Lama2 adunan yang agak cair tu jadi creamy dan lembut.Korang perasaan tak kalau ais krim melo dalam plastik kita buat tu letak ja dalam peti sejuk dia jadi keras gedabak?sebabnya ko takda campur garam..sudah campur garam baru dia jadi soft2 aw aw ala mak nyah (pulak?) sebab garam tu melambatkan proses pembekuan.Ada paham?Ko tak paham sudah..ak penat2 membebel sini yg ko tak paham tu kenapa?Get Lost u sekarang!Hahaha

Ak teringat dulu pernah tanya cikgu sek rendah ak..napa tu aiskrim kita buat tak soft2 ala2 ais krim kedai..ko nak tau apa jawapan incredible dia?dia kata.."ala..kita buat jadi ais batu..drg buat pakai ais kering"...ok..sebab ak budak ak tak tanya lebih lanjut..punyalah kelentong jawapan dia...kalau ak jumpa dia mmg compom ak lenyek2 dia jadi sardin roll sebab memberikan ajaran sesat kepada budak.Korang2 kalo jadi cikgu nanti, tak tau ckp ja...nak malu apa?Kita bukan LORD utk tau semua tau?Eh..eh..eh..yg ko melalut sampai kaitkan ma Lord of the rings tu PASAL?Ko nak cari PASAL dgn ak?Tak PASAL2 nanti ko masuk ICU.PASAL ko telah di chop slam oleh ak sebanyak 40 kali tanpa sempat meng karate ak balik...hua3...(tlg ketawa yg kejam sikit..)

Ok.Berbalik kepada tajuk.Sesungguhnya entry ini bukan pasal ais krim.Ni nak ckp pasal Ice man,ice age dan ice2 baby lak.Haha..kena tipu!Taklah.Ak telah berjaya hasilkan satu karya agung ak sendiri,walaupun tidak sehebat Monalisa,Kak Mona Rumet Ujie or Mona Fendy (Opss..cabul mulut ak)...ak sangat hepi dengan karya yg bagi pandangan pelukis profesional maybe..er..biasa?buruk?hampeh?gile hodoh? Amboi2 ko bukan artist jangan pandai2 nak bagi komen..silap haribulan ko merasa selipar so-often ke tandas bwk pi berak ak tu..hehe..diam..shh..shut up you..yes..yes..you!Tak dgr ak ckp you?Apapun ak namakan karya ni 'Pink With Envy'.Takkan lah ak nak letak nama 'karyaku yg cantik gile' atau 'ni kalo dapat markah rendah siap la ko lecturer'...nak kena tempeleng?Tu bukan nama karya..tu menyindir namanya..apapun...'kalo cantik,bagitau aku..kalo tak cantik simpan sendiri..silap2 dapat tendangan bima sakti ak..'..lala..



PERHATIAN :Aksi Gedik sambil melukis disengajakan untuk buat korang menyampah..haha



Aksi pelukis bermain sembunyi-sembunyi bersama karya agungnya yg not so agung itu



'Pink With Envy'

Labels: , ,


Posted @ [10:11 AM]

Monday, April 13, 2009
Ntah La Tajuk apa


Boring.Korang tidak boringkah?

Apa ni ckp pasal boring?Tidak ada apakah yang menghiburkan di sini?Err..Keningau mmg tiada apa2..hehe..ko asyik pegi tempat yang sama,jalan yang sama dan makan makanan yang sama...so kalau semua benda dah sama jawabnya ak bolehlah disamakan seperti status nerd dan skema.Hahaha...ok ok..dengar perkataan tu ja ak dah geli oke..Nerd?oh bukan ak..lala

Oh ya...rasanya belum terlambat lagi ak nak ucapkan Tahniah,Syabas Beti,Gambate dan Go Go Power Rangers untuk semua lantikan baru Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang baru.Nak tgk gambar2 nya nantilah ak posting kalo ak rajinlah..(sebab muka kami2 ni bukannya ada yg boleh dikomersilkan pon..hehe).Ak tidak tau nak buat apa sekarang..PC ak ni pun banyak buat hal..balik2 kuar 'u may a victim of software confenciating' ka apa menda tah pai buat ak bengang sebab pandai2 off sendiri padahal ak takda ckp pun suruh dia off ke menda sampai terkejot ak tgk skrin gelap neh..takpa2 barangan ciplak buatan Yahudi adalah digalakkan (windows tu kan jewish punya)haha..

Ok.ak mengantuk.Hendak beradu sekarang.Idea sangat terhad untuk berblogging..anyways..korang pernah jumpa ka org alergic dengan air..masa surfing tadi terjumpa berita pasal seorang remaja Australia (ak lupa nama dia) yg alergik dengan air.Beliau mmg tak pernah merasa mandi air panas,air sejuk,air mata,aircond dan sebagainya (pulak?)...berpeluh sekalipun dia akan merasa sakit yg amat sangat..kesian kan?Apapun bayangkan betapa busuknya bau dia..hehe

Labels:


Posted @ [12:49 PM]

Tuesday, April 7, 2009
BAD HAIR DAY


Bad Hair day.Kenapa?Cuba tgk fenomena ini :

1. Hari Ahad ada pekerja pasang roof ala2 roof balkoni di rumah warden.Bising sungguh bunyi dia welding n ada bunyi mcm 'piling' yg korang dgr di tapak pembinaan tuh.Ayo amma...hari Ahad patot tenang utk membolehkan tido siang.Terganggu mimpi ak jadi pengganti Queen Elezabeth..cet...

2. Taufan.Abes bilik berpasir.Ak ckp taufan bebetol la...ingat ak tipu?Bukanlah sehebat taufan katrina tp mampu menerbangkan ak yg 38kg ni (ye ke begitu slim???haha).Terpaksa mop bilik semula.Byk masuk pasir.Apa ko ingat makcik KAZA tu nak tlg mop,vacum,polish segala?.Byk chantek muka ko..Bayangkan selipar ak pun boleh terbang...seluar kecik P*** pun melayang (ok ak reka cerita),kalo ada duit beterbangan ok juga la..sukanya hati.Takpun, Kereta lecturer ka..dapat ak cekup sebijik dengan kuasa bulan ak neh (er..ak ex Sailarmoon dulu..da pencen)

3. Takda air.Tak payah cerita la.Biasa berlaku.Ak terasa tinggal di Tanah Savana Afrika yg sebelah selatan dekat Cape Town tu (eh,mcm ko tau...haha).Susah dapat air.Padahal sungai,oasis,sunway lagoon,the mines segala bawah tu ja (er..bohong sunat)...jangan sampai ak beli tangki..ha..isi lam bilik..mandi sorang2...padan muka kalo ak claim ma maktab.

4.Ak hampir tergelincir.Nasib baik tak terdedah body ak yg not so hot ini.Nasib baik ak sangat cemerlang bersilat lalu menyeimbagkan diri.Lambat bangun punya pasal lah ni sampai kalam kabut lepas mandi.Lepas tu bersilat lagi siap2 pegi kuliah.Hari2 mcm ni bole monopaus ak..hehe

O.k.cukup la 4.Blog ini bukan blog aduan pelanggan pun..(sedar diri)Hehe...apapun sgt gembira akan balik tidak lama lagi.Insyaallah.Tiket murah jangan jeles.KK-KCH Rm 172 shj (pergi & balik)Malaysia Airlines ok.Kalo nak murah lagi cuba ko try Garuda Airlines atau Indian Air..lagi murah rasanya..haha..ok.ak buat lawak cheap lagi.jangan peduli ak.Jom layan gambar candid kami..for sure buat ak tersengih ala kerang busuk sorang2 depan pc.









Labels:


Posted @ [1:48 PM]

Saturday, April 4, 2009
LAPAR RASA DI PAGI INI


Ak semacam addict dengan cerita Jepun.Selepas Honey & Clover,Nodame...ntah apa cerita ak nak tgk lepas ni.'Confession of a shopholic'..bes ka?Byk org kata bes..mungkin itu yg seterusnya..tapi ak looking foward sangat2 tgk cerita Too Fast Too Furious 4.Ada Van Disel Berlakon.Betapa ak harap dia tukar pelakon lain yg lebih ngetop gitu mcm pelakon Edward Cullen dalam filem Twilight (nama sebanar dia ak dah lupa)..barulah hensem siket..hm..ckp pasal twilight ni..bukan Edward Cullen lagi yg akan berlakon utk squel seterusnya..(New Moon)..Kecewa!

Actually ak baru bangun neh..ak terkejot ada bunyi org main gamelan di dewan.So entry kali ini agak hambar..hehe..korang takda kisah kan?Ak pun tak ada idea nak mengutuk en cipan,kongkang tenuk segala hari ni.Kalau tidak,nescaya diserang habis-habisan oleh ak yg tak berhati perut ini..lala..

Cukup.Shift.Aritu masa pegi lawatan di Swak ak dan en sanim mkn di sebuah restoran SCR Express.Kami order Black Paper Chiken yg letak dalam clapot tapi takda pun dia keep panas makanan kitaorg tuh..Apapun harganya cuma RM6.00.Lepas tu kami order Wheat Grass (minuman ijo tu).Apa kebendanya Wheat Grass tu?Engko bukak la kamus sendiri yea..Hua3(Berciri kejam pagi ini).Apapun semuanya sgt sedap.Dia ada mcm2 western pun ada dan dijual dgn harga yg bes.

Labels:


Posted @ [8:16 AM]

Tuesday, March 31, 2009


Hari yg tipikal..

Ya..itulah yg dapat ak katakan tentang hidup ak..walaupun tipikal tp quite interesting sebab hidup disamping org2 yg tersayang..hehe..sapa tu?ntah ak pun tak tau..secret..shhh..

Haha..padan muka ak tak mau kasitau...(pulak?)-Kes tak ada ilham menulis blog

Hari2 keja ak mengadap blog..demi korang readers la..walaupun tak banyak sampai juta2 tapi yg sedikit ni la ak hargai ak cherish mcm ko ingat2 penyanyi pujaan ko tu (ni penghargaan ok..nescaya ak tulis nama korang sebijik2 dalam penghargaan tiap ximen ak)..apapun, sori..entry suma buat suka hati ak ja dengan harapan korang2 enjoy dan dapat relese tensen macam ak yg tulis blog utk hilangkan tekanan.Sori entry ak taklah cantik n ada kaler2 emoticons apa menda tah mcm blog lain sebab ak tak reti nak buat..lagipun ak masih baru dalam dunia ni plus ak ada malas sikit..suka yg simple ja..nantilah ak merajinkan diri setelah semua kerja selesai..setelah ak kembali ke rumah dengan line stremex kesayangan dan PC laju Quad 2 Core tuh (ok..ak dah stat menyindir PC rumah yg agak err...mantap sikit itulah).And kpd bloggers yg kaki catfights..marilah berfikir secara open Minded..ala2 Open University Gitu..haha..stop la ckp pasal Copy cat ka Kucing kopi ka, padahal kita semua ambik layout dari blogskins..tak macho arr mcm ni..kalo mmg diedit 100% guna HTML,graphics,emoticons segala dengan hak cipta terpelihara yg mmg anda start from scratch nak buat..then u have the right to use the term 'copycat' ok..nak lagi bes..kasi private ja..then u have no fear of somebody who accidently use the same layout like u as we got it from Blogskins...(ak buat web shimaskins.com baru tau)..sporting okeh?Bukan apa,menda ni byk ak tgk masa blog walking..(padahal sendiri pun pernah kena)...sob..sedey pula ak..takda mud nak buat entry lawak2

Dah.Amboi3...speaking London pulak ak ni...malas ar nak syadu2 pepagi neh..(apa ko berjiwang ni shima?haha).Mcm ak ckp..life quite interesting...dia maybe bukan fairy tale yg sudah tentu hepi ending but u can still live it tu the fullest (see...ak gecek London lagi).Semalam ak hepi bangat dapat sometin2 special...dapat kain biru putih dari kak nab (Bukan Cik Nab HEP k)...Mula2 ak rasa nak posing gedik ma kain tu..tapi tak jadilah..nanti ak disamakan pula dengan model Gulati's ,Kamdar, BTC
Textile, Bunir Textile ka apa2 manda tah..haha..mind u..ak model kelas A okeh..lala..

Ni la kain tu...agaknya nak buat fesyen apa ya? Buat jumper ok tak?hua3



Labels:


Posted @ [11:02 AM]

Tuesday, March 3, 2009
Hadiah Untuk Diri Sendiri


Shopping!!Satu perkataan yg sangat digemari oleh kaum wanita..haha..sebelum berangkat balik kampung,terfikir hendak beli menda2 utk 'touch up' bilik..so,end up with this stuff...









Baru tadi,secara tidak tersangka-sangka, kawan mak,DR.Manie datang..Brought some Goodies from India n Jakarta.Hati yg sedia berbunga bertambah gembira bila dapat byk keychains (My previous entry do describe how i'm really into collecting them)...She remember and brought lots of them for me..o..TQ!!

Feel like a family member visited me today.Dr.Manie n her Husband Dr.Rajan both working in Keningau Hospital are dear friends of my parents.They told me that i looked so pale (of course because i've lost a taste of home;my mother's cooking for quite a while now).They both remind me of my parents as they ask what i eat,how is my life here...n even offered me to eat at their home!Gosh..how i miss her indian delicacies..I'm looking foward for that..right after my trip to Kuching..;-p

So,this is what she brought for me..











Tidak sabar balik kampung...

Labels: ,


Posted @ [6:15 PM]

Sunday, February 1, 2009
Last Semester


Hari ni tadi saya kemas2 bilik..ternampaklah buku autograph lama yg masih saya simpan elok dalam kotak masa saya sekolah menengah dulu...byk gambar kawan2 lama yg saya dah 'lost contact'.Lagipun kebanyakannya sudah berkahwin. Yang menariknya ada antara classmates saya yg berkahwin sesama sendiri.Kalau mmg bercinta tu saya tak hairanlah, tapi ni yg kuat bergaduh time sekolah dulu..betol la kata org2 tua..jangan gaduh2, nanti jadi jodoh..nah..kan suda terkahwin!hehe

Memandangkan tahun ni saya last di IPKS...rasanya ingin meneruskan tradisi ini...mau suruh rakan2 saya isi autograph la...then ter belilah (diulangi..'ter' ok..maksudnya tidak sengaja) autograph kaler biru yg kainnya ala2 jeans ni. Yg palng saya suka ialah di dalamnya..sebab dah sedia ada ruang2 kosong yg hanya tinggal diisi oleh rakan2 saya nanti. Layout nya pun sangatlah kiut...jadi tunggu kedatangan autograph ini di bilik2/dorm rakan2 IP k?hehe..jangan lupa letak gambar sekali...Oh ya, autograph ni boleh dibeli di outlet Just For You dengan harga rm19.90.

Agak Childish...tapi tetap suka...!

Selain tu, saya juga ada simpan satu lagi buku autograph berwarna pink. Sebenarnya buku ni boleh digunakan utk diari/autograph tapi saya lebih prefer manjadikannya scrap book.Sebelum ni saya ada dua scrap book yg telah penuh diisi dengan birthday card, raya card, kad2 ucapan n mcm2 lagilah pemberian rakan2 n femili masa sekolah dan sampailah sekarang. Buku tu semua dah penuh. Nantilah kalau ada masa kita belek sama2 oke?Tapi rasanya buku autograph pink kali ni saya nak buat scrapbook juga...tapi kali ni lain sikit..nak isi gambar2 hepi moments dan gembira misalnya gamba hari first bebi kucen baru lahir ka...first time pandu kereta pas dapat lesen ka..hm..benda2 mcm tu lah.Hendak isi somethin' yg kita dapat belek2 bila2 masa sambil kenang masa lampau..mcm itulah...


Buku ni dah lama saya beli..tidak tau la kalau masih ada lagi sekarang.Harganya hanya Rm10!Murah kan?Saya rasa agak murah bagi buku mcm ni yg siap ada box, decorated pages dan sheet yg wangi2 lagi..hehe...Oh ya, harini baru saya tahu Tony Fernandes..CEO air asia tu ada blog...bolehlah layari blog beliau di Tonyfernandesblog.com.Selain membaca blog anda juga mungkn dapat info dari blog tu.Hepi surfing!

Labels:


Posted @ [11:02 PM]

Tuesday, January 6, 2009
Kembali ke sekolah!


Hello kawaii!!!

Eh, apa pula ni?hehe.Ni mesti tgh senang ati..teda ximent,teda stress mau stadi n seronok maybe sebab last year..cuma mau urus pelajar baru masuk next week..hm..kurang tidolah lagi jawabnya..

Ingat tak lagi saya pernah ckp pasal semangat ke sekolah yg inginkan semua peralatan sekolah baru?hehe.Biasalah..saya pun tidak terkecuali.Habis borong peralatan menulis serba pink..kalo dulu serba biru.sekarang mau pink lah pulak..baru rasa lengkap kuliah dan dapat pergi ke kelas dengan hati yg berbunga2..lalala..

Tahun ni kami ada 5 subjek.semua mcm berat ja..takpa...2 exam tu go n i'm done here.Lepas tu InsyaAllah posting..tidak sabar memiliki aset sendiri..My Cravings>?Itu nanti2 la..kita penuhi dulu impian ibu bapa k.belikan rumah,kereta baru then hantar pegi bercuti..main snow di korea..atau tidakpun pergi Umrah...Harap2 murahlah rezeki masa itu..


Mm...hari tu masa cuti recieved jemputan doa selamat...org balik haji x silap..yg besnya..kadnya sgtlah kreatif n smart..ni mesti buat sendiri..ada nama org yg diraikan di hadapan.very petit walau in black.sikit lagi ingin membuangnya,mujurlah sempat membelek lalu kad itu disimpan sebaiknya.hehe.


Ckp pasal warna hitam..percaya tidak ada perkahwinan di Kuching ni dekat kampung kami guna tema warna hitam?dari kad,pelamin,pakaian..semua warna hitam.Saya tidak pergilah tapi nenek saya yg pergi.It's freaky k..she said..mcm org nak arwah ja katanya...maybe pengantinnya ni dua2 ghotic kot..haha..tapi nenek saya ckp chantek.Baguslah kedua2 pengantin tu ada inisiatif buat pembaharuan.MM..macam2.Kazen saya dulu kahwin pula warna pink.Cantek juga rupanya kalo lelaki pakai pakaian pengantin warna pink..tapi kulit kena cerahlah..hehe
I think that's all for now...oh ya..pesanan penaja:MY blog BEST viewed with internet explorer..ok?don use mozila.Jelek rupanya..ok..adios amigos!

Labels:


Posted @ [11:44 PM]


♥AHLAN WAHSALAN
HELLO

Welcome!
Spy comel \(^-^)/ ke..



♥ Chats
Leave A Massage!;-)


♥ Sweet EsCape!
GOODBYE!

♦ Click Here <---Jom Skodeng SINI!♦

♥ Memories
my previous posts

December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013
April 2013

♥ Credits
clap!clap! :)

Designer : zahirah-
Basecode : Jas.miine-
Inspiration : Agnes
Materials : Lovecandied
Cursor : Dorischu
Hosters : Blogger,Photobucket,Blogskins


♥THE MRS. BLOGGER
SESI BERKENALAN DENGAN TUAN BELOG

S.H.I.M.A
Married.LEO.Kuching,Sarawak.Teacher.Pure Malaysian.
italic bold underline strikeout


♥ TIED THE KNOT!
THE COUPLE

Merisik :15 JANUARI 2011
Bertunang :17 SEPT 2011 @ 19 SHAWAL 1423H
Nikah :17 SEPT 2011 @ 19 SHAWAL 1423H
Lilypie Angel and 

Memorial tickers
Lilypie Angel and 

Memorial tickers
♥ WEDDING THEME
WEDDING BY COLOURS


AKAD NIKAH
GREY
16th SEPT 2011
PINK AND WHITE
AKAD NIKAH & BERLULUT
16th SEPT 2011
CREAM , GOLD AND IVORY
SANDING
17th SEPT 2011
RED
MAJLIS BERTANDANG
26th NOV 2011