
Thursday, May 19, 2011

Lolipop Comel
Semalam ada seorang murid bagi lolipop towel sempena Hari Guru.Comel gila.Selepas itu, bila balik rumah rasa semangat hendak buat sendiri. (Biasalah dasar tamak tak cukup rasa ada satu..hehe). Nampak mudah.Kita guna sahaja apa2 yang ada di rumah.Redha dengan apa yang ada.

'Ter' semangat pula membuat sampai terskip langkah satu dan dua.Tiba-tiba telah terbentuk lolipop.Sebelum itu, cuma lipat sahaja saputangan.Untuk jadikan 'swirl' dia lebih ketara, kita boleh letak crepe paper diantaranya.Lepas tu, balut crepe paper di sekeliling lolipop.Secure dengan selotape di penghujungnya.

Untuk menambah kecomelan stick, boleh wrapped dengan deco selotape. Nice!

Lepas tu balut dengan plastic transparent. (Plastik recycle tu nampak buruk semacam)

Apalagi, letak stik belakang lolipop, selotape (supaya dia tak tanggal dari lolipop) dan ikatlah dengan reben. (Reben tak matching sebab guna apa sahaja yang ada..redha..redha pls)

Tada!!!!Hasil akhir...nak lebih jelas, just
KLIK SINI.Ada step by step buat benda ni.Selamat mencuba!!
Labels: Crafts

Posted @
[
9:31 PM]


Monday, May 16, 2011

Handmade Teachers' day Card
Pengakuan : Aku bukannya pandai sangat bab seni.Tapi kerana jeles melihat orang buat pop out card dari youtube,degil nak buat juga (memang dasar pendengki)

Mula-mula..sediakan lah apa2 bahan yg patut ye...

Kemudian..colour itu satu kewajipan.Pilih yang berkualiti tinggi dengan warna yg cantik (jgn la yg cokia beb). Aku guna Faber castell (sempat promote juga..isk).Lukislah apa gambar pilihan hati dan ikut kemampuan...jgn kail panjang sejengkal ko nak lukis karya ala picasso pulak kan..Oh ya..pen dakwat hitam basah satu kemestian..untuk buat outline..baru mantap!

Tada!!!sudah siap.sekejap sahaja.(Tolonglah jangan mengejek hasil kerja titik peluh aku neh..) Kecacatan warna disebabkan tangan aku gatal nak campur aduk warna la konon (sudah ku katakan kalau kail panjang sejengkal, laut pasifik jgn diduga...)

Dalamnya seperti ini.Percubaan pertama.Jadi kalau buruk boleh dimaafkan (untuk sedapkan hati)

Belum siap sepenuhnya..hendak tambah ucapan untuk hari guru

Kad ini adalah untuk diri sendiri.Selamat Hari guru untuk aku..lala (kes syok sendiri....)Padahal malu hendak kasi orang
Labels: Crafts

Posted @
[
9:39 PM]
