No right clicking here.Don’t want any rippers to be ripping.Want codes/pics/anything?Just ASK.
<body>
Life is a journey, not a destination...

ShimaPinkRibbon.Blogspot.Com
~

Wednesday, May 25, 2011
Happy Holiday!


Beberapa hari lagi cuti sekolah!!!Yippie!!!Memang saat cuti sangat dinanti-nantikan.Aku dah memang perlu cuti dah kalau tidak memang aku akan tensen dan ia tidak bagus untuk kesihatan kulit aku yang akan menampakkan aku nampak 10 tahun lebih tua..hua hua (perasan awet muda)

So kali ini melancong ke mana??

S.A.B.A.H la di mana lagi bha???haha (aku pun tak paham kenapa orang perasan dia terer kunun cakap sabah dgn hanya tambah perkataan 'bah' di setiap hujung ayat...)

Peta sabah bagi yang tak tahu terletak dalam kawasan Malaysia ya kawan-kawan. So disini aku nak maklumkan blog aku akan sunyi dalam lebih kurang 10 hari...tapi tengok keadaan la, manatau aku ikot pertandingan karaoke lalu menang hadiah pertama berupa blackberry lalu aku pun tak semena-mena akan upload guna blackberry baru tersebut (ceh tinggi angan-angan).Yalah takkan aku nak bawak PC aku ke hulu ke hilir semata-mata hendak mengupdate blog kan?kan?? kalau beso setakat 5cm tak apa juga ni beso gedabak macam anak gajah.

All images were Googled.tq (dasar malas nak paste web..haha)

So aku akan cerita apa wishlist aku masa pergi ke Sabah.Ya ampun rindunya aku dengan tanah tumpah darah aku ni.So here goes the list :

1. Aku hendak menikmati pemandangan dan suasana di sabah.Meghirup udaranya dan aku hendak rakamkan setiap detik aku di sana (ceh gila jiwang ayat engko geli tak?)


2. Aku mesti nak main tangkap patung neh.Kat Kuching ni tak da.Rindu wei.Aku hendak menguji kemahiran aku samada aku masih terer seperti dulu atau tidak..haha....for the record aku siap pernah tangkap 2 patung dalam satu masa sampai en Sanim jeles dengan ke-otai-an aku bermain gem neh..lala.Aku cadangkan lenkali letaklah patung Blyte ka dalam tu..baru aku bersemangat tinggi nak tangkap..hehe


3.Bakso...oh nak makan benda ni..sampai aku lupa macam mana lazatnya bakso neh.Bukan takda di sini, tapi ia tak sesedap macam dekat sabah (maybe sebab orang Indon ori yg buat).Kalau di sini rasa bakso dia macam mee hoon sup ja.Tak best.


4.Sayap ayam panggang!Aduh rindunya aku.Harga cuma rm1.20 tapi sayap dia macam sayap Eagle gila besar (ok ok ni aku tipu).Sayap ayam seluruh Sarawak neh tak dapat menandingi kesedapan sayap ayam makcik pasar malam di Keningau itu.Terima Kasih.Kalau makcik jual sayap itu ada belog pasti aku anugerahkan 'Pembakar sayam ayam terbaek!!Kita bakor jeee!!!) - tiba-tiba keluar tag line Hantu kak limah balik rumah lah pulak

5. Kicai peng - oh kalau di mana2 tak ada benda ni..di sabah sahaja okek...maybe adalah dgn istilah lain....bila aku ckp 'kicai peng satu!!'..muka dia macam 'huh??'So part tu jadilah aku chef tanpa gaji ajar pelayan mcm mana nak buat air.Penat oke aku demo macam .."ala..mula2 masukkan gula, letak limau nipis/kasturi then bla..bla..."penat oke


6.Mangga Filipino.Ya ampun terliur aku.Sini tak ada.hanya ada mangga zimbabwe sahaja.hehe


7.Nasi ayam.Kalau di sabah, nasi ayam dia mesti letak sekali dengan gravy/kuah.Di sini, terkejut aku sekejap nasi ayam dia ialah nasi+ayam goreng.Aku macam eh mana gravy...??layan jelah


8.Last sekali nak makan taufu fa dengan gula melaka ni.Kadang2 dia letak gula pandan...Mantap yo..sini campo gula biasa ja..so aku akan cari benda ni..hehe..rindu nak makan!!!

Selain tu, aku mesti cari puding kelapa dia.Sedap!Seafood,shopping tu memang agenda wajib!Jadi jumpa selepas aku balik holiday ya!!jangan rindu aku...lalala

Labels:


Posted @ [9:08 PM]

Friday, May 20, 2011
Hari Kita Rasa Dihargai


Pada Hari Gurulah aku rasa paling dihargai. Dalam TV,Paper semua cakap pasal cikgu.Sampai Forum Perdana Ehwal Islam pun cakap pasal guru. Dan penguguman penting pun dibuat untuk guru sempena Hari guru.

Mungkin inilah perasaan mak aku masa diraikan pada Hari ibu..hehe


Oh..kenapa anak murid aku lukis ikan neh????Apa kaitan guru dengan ikan??Anak ikankah?Atau mengingat cikgu yg suka curi tulang...ikan???Haha


Kek dari bank Rakyat.Besar Gila.Siap bagi kad juga untuk setiap guru.Tak sempat rasa.Sebab sudah melantak makanan yg lain dengan lahap sebelum ke meja kek ini..Kenapakah kek itu tidak berciri funky??Letak patung sin chan di situ mungkin akan membuatkan kek tampak lebih menyelerakan..tu la beberapa hiris ja dimakan..kan kan??

Cupcake yg bukan sahaja comel..malah sedap gila (sedap gila= enak tahap cipan. Melampau puji lebih dengan harapan org yg buat cupcake baca belog aku lalu kembang dan bagi lagi secara FREE kepada kami..heh). Emak pelajar yg bagi utk semua guru.


Hadiah hari guru aku...wow ! (rasa taksub ingat masa praktikum ja banyak)


Dalam banyak2 hadiah..ni hadiah kegemaran aku.Mungkin sebab dia buat sendiri.


E..sungguh memahami murid aku neh ada yg bagi teddy bear dan HP charm yg kiut.Hadiah yg lain aku takda letak.Tak larat gambar satu2.Terharu betul sebab aku ajar sekolah kampung.Murid pun bukan dari kalangan orang senang, tapi masih boleh beri aku hadiah.Terima Kasih semua..hehe

Labels:


Posted @ [11:02 PM]

Thursday, May 19, 2011
Lolipop Comel


Semalam ada seorang murid bagi lolipop towel sempena Hari Guru.Comel gila.Selepas itu, bila balik rumah rasa semangat hendak buat sendiri. (Biasalah dasar tamak tak cukup rasa ada satu..hehe). Nampak mudah.Kita guna sahaja apa2 yang ada di rumah.Redha dengan apa yang ada.


'Ter' semangat pula membuat sampai terskip langkah satu dan dua.Tiba-tiba telah terbentuk lolipop.Sebelum itu, cuma lipat sahaja saputangan.Untuk jadikan 'swirl' dia lebih ketara, kita boleh letak crepe paper diantaranya.Lepas tu, balut crepe paper di sekeliling lolipop.Secure dengan selotape di penghujungnya.


Untuk menambah kecomelan stick, boleh wrapped dengan deco selotape. Nice!


Lepas tu balut dengan plastic transparent. (Plastik recycle tu nampak buruk semacam)


Apalagi, letak stik belakang lolipop, selotape (supaya dia tak tanggal dari lolipop) dan ikatlah dengan reben. (Reben tak matching sebab guna apa sahaja yang ada..redha..redha pls)


Tada!!!!Hasil akhir...nak lebih jelas, just KLIK SINI.Ada step by step buat benda ni.Selamat mencuba!!

Labels:


Posted @ [9:31 PM]

Wednesday, May 18, 2011
Lagu untuk Guru



Ya ampun..first time dengar lagu terima kasih guruku ni memang terus jatuh cinta.Lagu Indon memang ngetop! Sesuai untuk persembahan hari guru...teringin nak dengar??? KLIK SINI

Terima Kasih Guruku
by AFI Junior

Pagiku cerahku matahari bersinar
Kugendong tas merahku di pundak

Slamat pagi semua
Kunantikan dirimu
di depan kelasmu menantikan kami

Guruku tersayang guru tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis mengerti banyak hal
Guruku terimakasihku

Nyatanya diriku kadang buatmu marah
Namun segala maaf kau berikan

Posted @ [10:06 PM]

Tuesday, May 17, 2011
Bila sit in, apa kita harus buat?


Berbalik kepada soalan di atas: Bila diberi sit in/relief/ganti kelas cikgu lain apa harus kita lakukan?

A) Mengamuk / meroyan tidak tentu pasal
B) Pura-pura pengsan/ heart-attack/serangan ostoperosis
C) Ikut sahaja.Diam seribu bahasa

So, obviously kita tak boleh buat apa la kan.Itu arahan. Sesiapa yang kata dia SUKA bangat relief atau sit in damn hipokrit.Aku tak percaya ada orang yang suka sit in. Bila takda cikgu dia volunteer nak masuk kelas.All the time.Sekolah kamu ada guru macam ini???Memang Mulia.

Kalau di sekolah aku, nama ja sit in tapi ko memang tak boleh SIT langsung.Sebab murid akan bising dan rasa tak tenteram tanpa aktiviti. Kalau buat word puzzle memang mereka dah boring.So tiba2 terserempak dengan bendaalah ini:

PICTURE Googled.Just type 'MAZE'.Macam2 ada...hehe
Maze Dora the Explorer.Sesuai untuk tahun satu.Compom aman selepas diberi sit in lain kali.


Yang macam ini pun menarik juga. Lepas buat arahkan pelajar warna maze tersebut.Mesti dorang enjoy!

Ha ni sesuai diberi kepada tahun 2 atau 3.Tapi kalau lebih banyak picture seperti maze pertama dan kedua tadi adalah lebih baik.


Maze berbentuk motivasi.Macam mana katak itu hendak dapatkan lalat???Benda mencabar lagi best murid nak buat sebab nak menunjuk siapa paling terer/pandai...haha (macam itulah aku di sekolah dulu2)

Oh sangat kiut.Nemo.Untuk tahun 1.
Jadi selepas ini, sediakan bahan siap2 sebagai preparation andainya kita diberi sit in kelak.Tak pening kepala atau stress..hehe.

Labels:


Posted @ [6:11 PM]

Monday, May 16, 2011
Handmade Teachers' day Card


Pengakuan : Aku bukannya pandai sangat bab seni.Tapi kerana jeles melihat orang buat pop out card dari youtube,degil nak buat juga (memang dasar pendengki)


Mula-mula..sediakan lah apa2 bahan yg patut ye...


Kemudian..colour itu satu kewajipan.Pilih yang berkualiti tinggi dengan warna yg cantik (jgn la yg cokia beb). Aku guna Faber castell (sempat promote juga..isk).Lukislah apa gambar pilihan hati dan ikut kemampuan...jgn kail panjang sejengkal ko nak lukis karya ala picasso pulak kan..Oh ya..pen dakwat hitam basah satu kemestian..untuk buat outline..baru mantap!


Tada!!!sudah siap.sekejap sahaja.(Tolonglah jangan mengejek hasil kerja titik peluh aku neh..) Kecacatan warna disebabkan tangan aku gatal nak campur aduk warna la konon (sudah ku katakan kalau kail panjang sejengkal, laut pasifik jgn diduga...)


Dalamnya seperti ini.Percubaan pertama.Jadi kalau buruk boleh dimaafkan (untuk sedapkan hati)


Belum siap sepenuhnya..hendak tambah ucapan untuk hari guru


Kad ini adalah untuk diri sendiri.Selamat Hari guru untuk aku..lala (kes syok sendiri....)Padahal malu hendak kasi orang

Labels:


Posted @ [9:39 PM]

Sunday, May 15, 2011
Berlian kan teman baik setiap wanita...


Amaran : Gambar yang agak hampeh.Boleh menyebabkan rasa sakit hati ketika membaca belog kerana adanya picture tidak berkualiti tinggi..heh

Oh semangat aku nak update belog kalau bab bershopping sakan..haha..hari ni aktiviti jalan-jalan membuahkan hasil (kalau ada beli barang tu kira membuahkan hasil lah okek)

Cuba teka kami ke mana?? (ces macam la gempak sgt kot ala ke konsert justin bieber la konon nak tanya reders...)


Tada!!! Jawapannya : Kami ke Diamoney Jewelery... lalala (bajet kaya la tu)


Aku rembat bukan satu..tapi dua cincin berlian..hehe (mesti ko rasa pelik kan dgn sikap aku yg terkenal kedekot boleh rembat 2 berlian...mesti ada udang sebalik mee neh..)


Actually, satu untuk emak aku sempena Hari Ibu. Jadi sempena hari bapa kang terpaksa aku beli cincin berlian untuk bapak aku juga supaya nampak adil kan??kan?? Memang lama niat nak beli kasi emak aku cantik pakai berlian (dia tak pernah ada cincin berlian watsoever berlian) tapi tak kesampaian sebab harga berlian sama dengan seekor lembu (yakah??)..gila mahal..hehe. So design cincin mak lebih kurang macam kat atas (sanggup Google beb).Bayangkan batu kuning tu semua warna kristal clear...memang agak hampir sama la...


Sudah aku warning.Gambar memang tak mantap.
Sumber : camera Handphone sony erricson


Pakai di jari memang mengancam. Jangan bagi pencuri tengok nanti dia tetak jari. Bling2 dia boleh nampak sepanjang 2 batu jauhnya.Terima kasih. (tak sah kalau tak menipu bajet ring super kilat)


Ring aku pula macam ni..bulaat...hehe... (kata nak beli untuk emak,last2 aku mesti rembat sekali..hua hua )


Aku cuba sedaya upaya.Tapi inilah hasil terbaik camera handpon aku..sob..(memalukan)


Bila pakai kat jari..macam kalah pula ring kate Middleton..hehehe


Hoyeh...sebenarnya aku dah lama admire cincin jenis bulat macam neh sejak tengok wedding ring Ayu Raudhah..mmg terbayang2 okek...jadi bila dah tengok yg hampir sebijik sama terus aku rembat..hehe...merasa juga aku pakai ring macam Ayu Raudhah...

Oh ya sekarang diamoney ada sale sampai 70%!!!!Memang agak gila aku fikir harga dia yg jatuh menjunam dan murah...so apa lagi, belilah untuk ibu anda..bukan selalu pun beli..lagipun time dia murah ni la berbaloi2 beli...sale nya entah sampai bila..cuba cek cawangan Diamoney negeri masing2. Pasal kualiti aku tak sure sangat samada 4c ke 3c ke berapa carat ke..yg penting cantik dan emak aku suka...hehe...rezeki jumpa sale macam ni.Rasa rugi pula kalau tidak beli untuk emak.

Labels: , ,


Posted @ [6:31 PM]

Tuesday, May 10, 2011
Selamat Hari Guru


Eh tidak percaya aku dah jadi cikgu dalam temph 1 tahun 4 bulan. Mula-mula malu weh nak kata aku ni cikgu sebab aku rasa aku tak cukup bermoral/layak/otai untuk jadi cikgu.Cikgu kan kena skema dan aku anti segala ke-skemaan (nerd). Very cliche' la macam neh.

Adik aku kata bila dia tengok aku jadi cikgu, dia terus tak mau jadi cikgu.OK aku akui mmg kerja sibuk/berat gila sampai satu tahap aku rasa gaji cikgu patutnya 20k.Baru aku tak merungut atau jadi gila kerana bebanan kerja (aku tak hipokrit.mmg mata duitan).Tapi apa kes kalau cikgu yang makan 'gaji buta'?weh banyak oi terutamanya cikgu lelaki.Ini hakikat.Bukan diskriminasi.

Contoh (kisah benar): Aku praktikum dulu.Ada cikgu Lelaki KPLI.Keji gila.Dtg lambat.Mauk kelas bukak laptop.Bgtau budak "buka mukasurat bla..bla..ok jawab soalan tu". Belum loceng bunyi dah balik. Dari hari pertama sampai abes praktikum.Itu rutin dia.Keji gila.Rasa nak terajang.

Kedua, situasi sebenar: Cikgu lelaki juga.Dapat subjek teras.Masuk kelas bagi teka teki memanjang. Sembang dengan budak.Bagi budak main chess.Selalu bawak budak pi pusat sumber.Pasang LCD.Tayang video lawak dari You Tube.Mesyuarat asyik bagi alasan tak dapat datang.Selalu ambek MC/CRK. Aku tanya budak.Dorang belajar apa? Dari situlah aku tahu cerita ni semua.Bukan aku main tuduh.

So, kalau setiap sekolah ada cikgu macam ni..apa kesudahannya??
Aku bukanlah cikgu yang mulia sangat.Tak la terer sangat. Tapi hakikat cikgu macam ni memang ada.Aku harap orang macam akhirnya sedar. Kadang2 pelik juga gaji bapak besar tapi still kata tak cukup.Fikir2 lah , mungkin itu petanda rezeki tak halal.Bila kerja tak telus.

Syukurlah cikgu aku dulu semua tak ada yang begitu.Hakikat guru zaman dahulu dan sekarang berbeza.Dulu guru satu pekerjaan yang 'holy' lagi suci dan dimartabatkan.Aku harap tak terlambat untuk kita mengubah apa yang silap dan kekalkan tanggapan yang baik terhadap seorang guru.

Terima kasih cikgu.Selamat hari guru.

Labels:


Posted @ [11:22 PM]

Friday, May 6, 2011
Benda cute di sekeliling kita


Memang sah la aku ni kinestatik. Sejak akhir-akhir ni aku jadi hyper semacam.Tak boleh duduk diam. Mesti tangan aku nak merayap buat sesuatu (eh eh ko jangan fikir bukan2 okek..isk).Kalau tidak aku jadi stress gila..ntah apa buang tabiat ka aku ni,tak paham.Macam hari ni, lepas ja balik kursus, tangan aku gatal hias buku rekod pengajaran sehari suntuk sampai senja...boleh ko terangkan tak apa ke simptom aneh aku neh??

Sebab tu aku rasa nak update blog..hehe..rasanya dah lama aku tak share pasal benda2 kiut yg menjadi kegilaan kita semua kan??eh ko tak ngaku ka ko suka benda kiut sebab setahu aku semua suka baby yg CUTE, awek CUTE, kucen CUTE dan perasan diri sendiri CUTE.Heh


Kertas tulis surat dan sampul.Kiut gila.Sampul dia polka dot dan kertas tu pula head dia macam watak my melody.Serius terus jatuh cinta.Harga pula rm1.90 ja.Boleh beli di spring,Kuching.(The last 2 set paling cute aku dah rembat.Yang lain kurang cute dan bewarna biru..lallaala)


Ni pula gambar kucing.Comel.Terfikir aku nak tulis surat dekat siapa hah???Sekarang ni semua serba canggih.Aku pun pelik kalau dah takda orang tulis surat, kenapa pos Malaysia boleh untung lebih 1 juta ek??


Lepas tu ada satu kedai ice cream baru bukak dekat the Spring.Bekas ice cream dia sangat comel, 4 segi dan ada gambar Hello kitty.Kalau lelaki macho yg beli ice cream ni mesti nampak gay kan???haha


Ui ice cream dia heavenly sedap!satu scoop rm3 dan free 2 toppings..


Kan dah cakap ice cream ni sedap..


Malam tadi jam 1 pagi baru aku tido...tiba2 ada mood nak buat bendaalah ni lagi...


Dapat ilham buat bentuk love dan hias dengan butterfly...


Bahagian dalam..buat simple ja


Fuh!dah siap kerja aku...lepas ni tak ada kerja berat2/remeh lagi dah..tinggal touch up apa yg patut..hehehe

Labels:


Posted @ [9:04 PM]


♥AHLAN WAHSALAN
HELLO

Welcome!
Spy comel \(^-^)/ ke..



♥ Chats
Leave A Massage!;-)


♥ Sweet EsCape!
GOODBYE!

♦ Click Here <---Jom Skodeng SINI!♦

♥ Memories
my previous posts

December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013
April 2013

♥ Credits
clap!clap! :)

Designer : zahirah-
Basecode : Jas.miine-
Inspiration : Agnes
Materials : Lovecandied
Cursor : Dorischu
Hosters : Blogger,Photobucket,Blogskins


♥THE MRS. BLOGGER
SESI BERKENALAN DENGAN TUAN BELOG

S.H.I.M.A
Married.LEO.Kuching,Sarawak.Teacher.Pure Malaysian.
italic bold underline strikeout


♥ TIED THE KNOT!
THE COUPLE

Merisik :15 JANUARI 2011
Bertunang :17 SEPT 2011 @ 19 SHAWAL 1423H
Nikah :17 SEPT 2011 @ 19 SHAWAL 1423H
Lilypie Angel and 

Memorial tickers
Lilypie Angel and 

Memorial tickers
♥ WEDDING THEME
WEDDING BY COLOURS


AKAD NIKAH
GREY
16th SEPT 2011
PINK AND WHITE
AKAD NIKAH & BERLULUT
16th SEPT 2011
CREAM , GOLD AND IVORY
SANDING
17th SEPT 2011
RED
MAJLIS BERTANDANG
26th NOV 2011