
Monday, May 16, 2011

Handmade Teachers' day Card
Pengakuan : Aku bukannya pandai sangat bab seni.Tapi kerana jeles melihat orang buat pop out card dari youtube,degil nak buat juga (memang dasar pendengki)

Mula-mula..sediakan lah apa2 bahan yg patut ye...

Kemudian..colour itu satu kewajipan.Pilih yang berkualiti tinggi dengan warna yg cantik (jgn la yg cokia beb). Aku guna Faber castell (sempat promote juga..isk).Lukislah apa gambar pilihan hati dan ikut kemampuan...jgn kail panjang sejengkal ko nak lukis karya ala picasso pulak kan..Oh ya..pen dakwat hitam basah satu kemestian..untuk buat outline..baru mantap!

Tada!!!sudah siap.sekejap sahaja.(Tolonglah jangan mengejek hasil kerja titik peluh aku neh..) Kecacatan warna disebabkan tangan aku gatal nak campur aduk warna la konon (sudah ku katakan kalau kail panjang sejengkal, laut pasifik jgn diduga...)

Dalamnya seperti ini.Percubaan pertama.Jadi kalau buruk boleh dimaafkan (untuk sedapkan hati)

Belum siap sepenuhnya..hendak tambah ucapan untuk hari guru

Kad ini adalah untuk diri sendiri.Selamat Hari guru untuk aku..lala (kes syok sendiri....)Padahal malu hendak kasi orang
Labels: Crafts

Posted @
[
9:39 PM]
