
Wednesday, August 3, 2011

You are invited!
Salam semua...hehehe.....finally kad kahwin aku sudah di ke udarakan di laman facebook...kalau ada yang tidak ter tag minta maaf la banyak2 sebab aku jadi tak sure sebab ada yg tak guna gambar/nama betol,so tidak tahu la kan siapa yg aku hendak tag tu...lalala

Ni semua adalah draft kad kahwen aku...so nanti sesiapa yang dapat betul2 kad tu lain sikit la rupanya...hehe...saja tak mahu buat yang sama untuk softcopy, kasi suspen sikit...aku pernah dapat kad yang softcopy dia tagged kat facebook sama dengan yang kad betul...so bila aku terima kad tu macam kecewa la...aku expect kad dia berbeza...oleh itu aku tak nak penerima kad aku mengalami perasaan / nasib yang sama..ececehhhh....

Mula-mula aku memang ingat hendak buat warna pink..tapi tak ada design yang aku berkenan pula...tambahan tak ada idea..Untuk yang ini tiba2 aku terfikirkan idea tersebut tapi kena buat warna hijau la...lepas tu aku bagitahu plan / idea aku macam mana dan kawan aku tolong design pula....hehe...sebenarnya aku hadapi beberapa kesusahan nak buat kad neh, mula2 tak ada yang hendak design...dah design pun cas mahal. Bila dah siap design pula, cari orang sanggup print..mahal juga..cas dia rm1.60 ke atas..masa tu mula susah hati...aku kan cerewet. Lagi pula aku hendak buat kad yang unik, kad yang akan orang simpan dan sayang hendak buang..hehe. Lepas tu jangan heran aku buat dwi bahasa bukan nak tunjuk aku terer speaking London ke hapa tapi disebabkan guest aku karang banyak chinese yang tak reti bahasa Melayu...ada juga kawan parents aku dari India so perlu lah buat dwi bahasa...mesti 1 Malaysia nanti majlis aku kan..ngeeee

Akhirnya, maybe memang sudah rezeki kami, aku baru dapat quotation dari sebuah kedai printing kad yang cas 80 sen sahaja untuk kad aku.yippie!!!!Lepas tu siap bagi guest book free!!!Alhamdullillah.Syukur sangat.So kawan2 yang baca neh, sila lah bagi alamat anda ye...terutama rakan-rakan aku yang dah posting entah ke mana..haha...inbox dalam facebook,msg di talipon aku atau hantar ke emai : shima.pink.ribbon@gmail.com dengan tajuk : WEDDING-ALAMAT (nama anda). So aku ingat InsyaAllah lepas kahwin nanti (minta dipermudahkan) aku akan kongsikan siapa vendors aku okek..till then babai!
Labels: My Recent Update

Posted @
[
8:49 PM]
