
Sunday, August 21, 2011

TIPS WEDDING #1
Baiklah....aku bukannya pakar dalam hal-hal kahwen neh, tapi aku akan menulis berdasarkan pengalaman aku...ngee....Sebabnya? Mesti bakal pengantin di luar sana menghadapi masalah dalam mengurus wedding mereka terutamanya persoalan; Where to START???? Ya.Aku faham.Sebagai anak yang 1st skali kahwin dalam family, memang rasa nak nangis aku urus wedding aku. Kalau boleh akad nikah pastu sah bergelar suami isteri, buat jamuan sikit2 ja kan senang???Tak merana hidup aku...haha
TAPI KAHWIN KAN SEKALI SEUMUR HIDUP?

So ni serba sedikit tips dari aku..
Apa perkara 1st skali nak buat?
1. SURVEY lah segala macam bridal,buat kad, katering, dan tempat nak buat wedding; hotel atau dewan.
2. IT IS NEVER TOO EARLY TO START. Jangan tangguh2, buat sikit-sikit lama2 jadi bukit (kan dah salah perumpamaan...haha). Macam kes aku kahwin orang jauh, homestay dan bas untuk rombongan dulu aku booking...hal lain belakang kira.
3. BAJET. Dah servay tempat paling sesuai/ berpatutan....buat anggaran kasar. Berapa bajet ko nak kahwin. Kena disiplin.Jangan exceed bajet tu. Fikir hidup lepas kahwin (cet bunyi macam orang tua..)
4. NOTE BOOK. Eh bukan laptop kecik tu.Ni buku.Tulis semua perancangan dalam tu dan segala-galanya tentang hal kahwin.Trust me, ini sangat PENTING dan banyak membantu.
So dah survey. 2nd step?
1. Dah puas hati, bolehlah confirm / booking / deposit dan buat tempahan di mana2 tempat yang berkenaan.
2. Untuk baju aku prefer sewa. Tapi terpulang lah sebab tu kenangan kita kan?.Tapi aku sewa jelah sebab aku tengok makcik2 aku beli pakaian pengantin mahal2, then simpan sampai lusuh dalam almari. Macam membazir pula kan ???hehe.
3. Oh, mintaklah borang nikah awal. Jangan jadi macam aku.Last2 minit, banyak masalah. Nanti tak kawen ko kang
Dah tu?Bila nak beli barang hantaran???
1. Macam aku tahun lepas dah start beli. Tahu je orang nak masuk meminang, dengan gigih dah beli barang hantaran.
2. Paling berbaloi beli time SALE.Lagi berbaloi beli time hujung tahun/musim nak sambutan krismas sebab harga gila murah siap packing cantik2 untuk buat gift.
3. Set target, 1 barang untuk sebulan ke...tak ko jenuh nak keluarkan duit banyak sekaligus.
4. Bagi aku yang pompuan, biar la dia pilih barang hantaran dia sendiri. Begitu juga dengan yang lelaki. Jangan nak mengada suprise2 nanti dia alergic ke, tak berkenan ke, tak muat ke ha ambek kan dah membazir.
Lepas tu?
1. Mulalah survey barang lain pula. Contohnya, bilik pengantin, wedding cake, bridesmaid, doorgift.
2. Bahagikan tugas, dalam kalangan ahli keluarga siapa patut urus apa.Mintak tolong la kan?Jenuh ko buat sorang.
3. Buatlah meeting dari semasa ke semasa untuk tahu pogress.
3 Bulan sebelum kahwin :
1. Masa ni bolehlah buat pinjaman bank kot. Aku tak galakkan awal sangat buat pinjaman nanti ko akan ter-tarik/gunakan duit itu untuk tujuan selain wedding...ingat.Pinjaman hanya untuk wedding dan PTPTN hanya untuk belajar (lari dari topik).
2. ASINGKAN siap-siap duit untuk bridal, ketering dan kad. Ini 3 perkara utama dalam wedding. Bila dah terguna duit untuk payment ni belum tentu ko boleh cover dengan duit gaji.
3. Dah boleh mula buat payment untuk vendors. Buat / finalized kad.
4. Buatlah checklist. Sempat lagi kalau nak buat kalau ada tertinggal apa2. (Jurunikah, pembaca doa, pengacara, band...apa2 lah yang additional)
5.Dah boleh hantar borang kahwen!!!!(sebab dia sah laku dalam masa 3 bulan sahaja...jgn urus awal sangat nanti expired)
So bila semua di atas dah oke, nak buat apa?
1. Lepak...ahahaha...eh maksud aku yang pompuan, bolehlah pergi spa, cantik2 kan badan, relax dan buat menda kecik2.
2. Fitting baju, kasut, uruskan baju bridesmaid dan flower girl,menghias bilik, dan re-confirm dengan semua vendors.
3. Buat doorgift dan bunga telur....sebab berbentuk makanan kan....ko takleh buat awal sgt, nanti berkulat/basi/bersemut/buruk ke melainkan ia berbentuk barang.
4. Buat checklist sekali lagi dan pastikan semua dah ada.
5. Yang pengantin lelaki boleh survey tempat nak pegi honeymun lepas kahwin...lalala
Note: Nanti ada apa2 tips/tambahan aku akan update lagi....setakat ni, itu sahaja lah yang terlintas di fikiran aku...:-)
Labels: TIPS

Posted @
[
7:01 AM]
