Mula-mula dulu, aku ada search tentang 'tips kecantikan bakal pengantin'. Adoi nak nangis aku baca petua-petuanya, yalah, contoh 40 hari sebelum sanding kena makan kelopak bunga (kalau boleh tumis belacan ok jugak ni..haha), minum air kunyit la, makan benda ulam macam-macam...haiz....orang yg kenal aku tahu aku anti sayur.Kalau nanti untuk lepas bersalin boleh kot...dah terpaksa (eh eh dah fikir pasal anak pula ye....(^o^)*
So aku beralih kepada produk alternatif yang lain. Ni yang aku dah pakai sendiri dan ternyata berkesan.Tapi ikot individu kot.Kalau lepas ni ko try allergic ruam ka jgn salahkan aku pula...ngee..just nak rekomen...

Mula-mula aku punyalah pusing2 cari produk mustika ratu neh....nak cari butik dia betol2 kedai sebijik tak ada pula. Dalam hati aku nak cari produk lulur mandi mustika ratu atau takpun losyen badan mustika ratu. Last2 aku terjumpa pembersih sari mawar neh. Baunya sangat wangi. Dia satu set dengan toner. Oleh sebab kempunan tak dapat losyen, aku guna ja produk ni sapu ke badan (actually ni produk untuk muka)....caranya: toner tadi boleh diratakan ke badan guna kapas, atau letak sahaja ke tapak tangan dan sapulah ke seluruh badan. Then sapu pembersih/losyen sari mawar tu pula.Memang kulit jadi super lembut lepas itu dan wangi bau bunga...memang best!

Kedua, aku actually ada masalah sikit bahagian peha yg berlemak dan ada selulit. Biasa ko beli losyen produk kuruskan badan / bahagian badan takda collagen kan?ni siap ada collagen,vitamin c dan vitamin e. Menarik perhatian aku la.Baru 2 hari aku pakai selulit aku hilang serta merta! Betol aku takda tipu....memang superb la...dan bau dia pun best...wangi serai.Aku guna untuk bahagian perut and peha...memang nampak perbezaan, jadi makin kecik dan perut pun flat sikit...wee~~ jom baca beberapa info tentang khasiat produk ini :
Kelebihan Kollagen, Vitamin C dan E dapat membantu :
- menegangkan
- melembutkan
- menggebu
- mencerahkan kulit
- membantu mengurangkan parut
- selulit
- tanda rekahan diperut selepas bersalin.
Ketiga, takyah lah susah2 makan kelopak bunga selama 40 hari ye...sekarang kita dah ada produk yang telah diformulasi...ececeh......gila standard bahasa aku sekarang....ni untuk menaikkan seri wajah...untuk lebih info pergi ja site dia okek...aku baru try, tak tahu lagi hasilnya macam mana....tapi bau dia sangat wangi...ngeee...semua nak wangi2 dah now

Keempat, kecantikan itu bermula dari dalam ye kawan-kawan....aku amalkan minum produk collagen. Bagi aku la kan, benda macam ni korang jangan kedekut. Berbaloi tahu? Mesti awet muda...bayangkan korang nanti dah kerja orang masih tanya korang sekolah kat mana??? (awet muda la tu) mesti ko rasa bangga / yakin kan???hehhee.....dulu aku ada juga makan produk collagen.Lebih mahal dari ini...tapi kesan tak seberapa.Sudah aku tukar yang ini baru lah oke, kesan dia lebih umphhh...hahaha...kulit jadi makin licin....RM65 shj untuk sebulan (3 kotak)

CLICK
SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT!!!!
Selain itu,amalkanlah juga pemakaian bedak sejuk.Tapi belilah yang elok sikit ye..maksudnya packaging bagus dan dari kilang. If possible beli yang dari Mustika Ratu. Oleh sebab aku takda jumpa bedak sejuk Mustika Ratu, aku beli ja produk biasa2 tapi packing dia lawa lah.Tapi hati-hati sebab bedak sejuk ni ada dari susu kambing,Yang aku guna sekarang dari serbuk beras. Guna cukuplah 2 kali seminggu,kalau lebih nanti muka cepat sunburn.
Untuk produk lain, aku guna pencuci muka nutrogena.Yang bebas pewangi sebab kulit aku gila sensetif dah pakai produk ni baru ok.Masker gunakan bila perlu sahaja untuk hilangkan bintik hitam. Body wash pula aku suka dettol (untuk kulit sensetive) kalau tidak kulit aku mudah mengelupas. Sebagai tambahan, aku guna losyen pemutih jenama mcwell. Dia boleh bantu cerahkan parut-parut luka yang lama tapi err aku tak tahu mana nak dapatkan losyen tersebut. Dah lama aku beli (botol besar).Sekarang susah nak cari . Oh ya kalau muka tu mesti pakai pelembab ye. Keluar ja mesti pakai pelembab/sunblock. For my case, aku pilih oil of olay total effects..
Ok lah.Aku harap tips ni berguna jugalah untuk mereka yang membacanya.Selamat mencuba!!!
p/s : Because you worth it