
Saturday, August 20, 2011

HANTARAN
Salam semua!!!!Wee~~~ hari in berasa sangat gembira sebab mendapat panggillan dari bridal...
HANTARAN KAMI HAMPIR SIAP!!!hehehe
Kalau orang lain, biasa hantaran buat sendiri...tapi kalau aku neh, takda masa nak buat.En sanim pula jauh, so aku cadang kami buat terus ja di bridal.So aku tak susah, dan tak pula nak menyusahkan En Sanim bawa hantaran nun jauh dari Pahang, kan?
So hasilnya.....jeng jeng jenggggggg
Mula-mula bridal call...pesan aku bawak hantaran ke kedai. So aku bawak la semua barang kami tapi aku tak expected dia dah siap2 buat semua dulang...tinggal letak barang ja.Ya Allah gembiranya aku bukan kepalang sebab hasil tangan bridal cukup cantik. Masalah aku seminggu dua ni berkaitan persiapan kahwin yang terkandas sana sini mula rasa hilang dek kerana terlalu happy.

So hantaran pink ni dari aku untuk En sanim.Ada salah faham sikit, mula2 aku mintak barang En sanim letak dalam dulang biru, dari aku untuk dia...tapi jadi terbalik pula...barang lelaki dalam dulang pink...nak tukar tak dapat sebab dia dah terbuat semua.Tak apalah..aku cukup puas hati dah neh...ngeee

Untuk cincin awal-awal aku nak letak dalam bekas pelita cam neh...besalah aku ni mudah terpengaruh dari majalah...pelita tu aku beli di KAISON kota kinabalu. So nanti cincin aku letak dalam tu.Dramatik sikit...lala

Ni sebahagian barang aku, dari En Sanim kepada bakal isteri...uhuk....mmg lawa gila lah...Actually, idea hantaran ni aku nampak dari salah satu majalah pengantin tempatan (lupa apa nama) So aku tunjuk lah theme biru ngan pink hantaran tu kepada wedding planner, boleh-boleh dia buat SEBIJIK macam dalam majalah tersebut.Happy sangat.Mesti glamer hantaran aku nanti..ngee...mmg 1st class la wedding planner aku neh. So isu barang hantaran...selesai!
Labels: My wedding

Posted @
[
5:38 PM]
