
Wednesday, August 24, 2011

GUBAHAN MAS KAHWIN
Salam...hehe....semalam dan hari ini tersangatlah penat.Sibuk di sekolah dan juga di rumah. Tapi dua hari lepas tiba2 ada mood hendak buat duit mas kahwin.....untuk tutorial bagaimana membuat kelopak bunga mawar tersebut sila godek entry2 sebelum ni okek..hehe (kes malas hendak link)
So inilah hasil gubahan mas kahwin aku yang tidak seberapa......

Hehe....sudah siap pon...ok tidak?mula-mula plan hendak buat dari duit RM5.Tapi sudahnya duit rm5 tu 'licin' tak boleh digulung...eh eh selama ni godek internet tak ada orang pernah cakap pun duit Rm 5 tersebut tak boleh digulung okek!(buat rugi ja tukar duit baru semua not rm5).So sekarang aku nak cakap la....DUIT RM 5 TAK BOLEH GUBAH BUAT MAS KAHWEN (eh emo nampak???haha)..so last-last aku gubah pakai duit LAMA jugak RM10.Tapi ok la kan tak berapa nampak sangat...

Last time aku hadapi masalah nak buat kain net ni untuk bungkus bunga...last-last dapat ilham juga membuatnya...err..susah nak explain step by step...tapi cara aku buat ialah mula2 lipatkan kain net (1 meter cukup dah) macam cara ko nak buat kipas tu....lepas tu pandai2 la bungkus sekeliling bunga bermula dari bawah tangkai bunga tersebut...(tangkainya kita balut sekali)..then 'spread' kan sampai membentuk bulatan..(paham tak explaination aku???teruk2...isk)..tapi macam itulah, senang actually...kena sabar ja

Oh bahagian paling kegemaran sudah tentu tangkai bunga / handle bunga tersebut....lepas balut dengan kain net, kita balut sekali lagi dengan ribbon satin..cantik jadinya selepas itu.Balut biar ketat2.Buatlah ribbon agar nampak comel..ngee....
p/s: Walaupun gubahan nampak tak kemas/buruk berbanding kalau tempah di bridal..tapi aku puas hati sangat sebab buat sendiri.Ada nilai sentimental
Labels: Weddings

Posted @
[
8:44 PM]
