
Tuesday, August 16, 2011

Gubahan Mas Kahwin
Apa???Genap sebulan lagi???Sila PANIK sekarang...hehehe.....Alhamdullillah, tadi dah hantar borang nikah so satu perkara dah setel..Lepas tu dah ambek langsir bilik pengantin so lepas ni bleh start menghias bilik....Selain itu printing card dah mula beroperasi..biasa siap dalam 10 hari bekerja tapi kad aku insyaAllah siap hujung minggu neh....so nampak gayanya, untuk sahabat handai,saudara dan junior aku di Sabah, selepas raya lah kot baru aku pos.So tunggu ya!Aku akan kirim kad batch pertama asap ke Pahang dahulu.Sebab kalau aku kirim pun budak maktab dah cuti..so tak sempat...Takpun aku kirim kepada adik aku..so tuntut dari dia kalau dia lupa..hehe
Actually aku jeles gila tengok pasangan pengantin sama tarikh nikah dengan aku dah rilek2 time neh sebab aku banyak lagi nak dikejar...hehe...gubahan hantaran pun aku takda buat lagi serah bulat2 ja dengan bridal.Harap2 semuanya sempat.
So tadi sempat lah aku beli barang2 untuk buat gubahan mas kahwin...saja2 try testing power dulu. So bahan yang aku beli adalah seperti di bawah:

Bunga span,dawai bunga, kain net 2 colour, reben, polisterin untuk display dan sudah tentu wang kertas untuk mas kahwin ya.

Aku adore betul bunga span ni...kiut betul.Nak beli warna pink dah habis.Tinggal ni ja satu2nya mungkin dah rezeki aku kot.Aku ada nampak bunga sebijik macam ni di Daiso RM5 shj.Menyesal aku tidak beli sebab yang neh aku beli mahal tahu RM11.90!...tapi malas nak survey punya pasal aku redah ja beli.Lepas ni malas dah aku keluar rumah.Ntah dari mana datang gerombolan manusia punyalah sesak/jam teruk di bandar.Orang shopping raya kot.Heran juga aku..dah la aku keluar time hari orang bekerja, pagi2 buta pula tu jam 10.30am sesak juga kah??(owh pagi butakah itu?haha)...tapi serius lepas ni taubat aku bagus duduk di rumah sahaja.

So buatlah kelopak bunga mawar dahulu seperti ini.Lilitkan dengan dawai.Untuk tutorial atau cara membuat sila klik
SINI.

Tada!!!!Baru siap sekuntum. Lepas ni hendak try dengan duit RM10 dan RM5 pula...En sanim kata guna RM1 mcm buruk ja rupanya..hehehe

Jadi letakkan sahaja bunga span itu di tengah2 okek.....tak dapat teruskan buat kerana belum tukar duit kepada duit-duit kertas yang baru...:-)
Nanti kita preview hasilnya bila sudah siap ye!
Labels: My Recent Update, My wedding

Posted @
[
9:42 PM]
