
Sunday, August 14, 2011

DUGAAN BULAN RAMADHAN
Eh, ada sebulan 2 hari lagi sebelum the BIG day!!!Cepatnya masa berlalu...Daripada beratus-ratus hari, sekarang tinggal 32 hari ja...ngeee~
Saat-saat macam ni memang stress...Ni lah masanya aku kena 'pecut' semua perkara.Bukan itu sahaja, sibuk dengan budak UPSR lagi.Mak ai...tahun lepas tak pula aku busy macam neh...dah kita busy di sekolah pun busy gila jugak. Kadang-kadang mau nya aku nak buat muka kesian dan kata "bolehkah aku dikecualikan preparation UPSR sebab busy buat preparation kawen??" haha.Tapi macam selfish pula.
Berbalik kepada tajuk entry, dugaan betol la sejak kebelakangan ini.Sabar jalah...nanti hilang seri kalau asyik stress memanjang.Antaranya :
KAD KAHWIN DELAY LAGI :
Sebelum ni dah aku bagi design kad kepada pencetak kad tersebut.Seminggu tunggu quatation.Lepas tu dah bagi design, seminggu tunggu respon. Then another 3 days terpaksa tunggu sebab semua krew pencetak ke Kuala Lumpur ada project. Bila dapat sampel, pihak mereka kata ada buat 'adjustment' untuk kesesuaian. Takda kisah la. Tapi lepas tu tinggilah harapan aku untuk design baru tu...tahu2 aku tak berkenan. Design dia ok lawa juga tapi being the FUSSY me besalah...kalau aku dah nawaitu hendakkan yang design lama, design itulah juga aku hendak.So Sabtu lepas terus finalized. Mesti orang tu cuak gila atas permintaan aku. Dalam hati mesti dia kata "dahla aku bagi harga murah nak demand pula...haha"...Tak kisah okek asal aku puas hati.Now tunggu dia siapkan printing. ANOTHER WEEK.
P/S: Gabra aku wei orang nikah bulan 11 pun dah siap buat kad aku yang sebulan lagi tak siap2 kad.
PERIHAL KASUT NIKAH
Haritu aku harap2 kasut nikah aku dah siap.Dah tempah dan plan semua...tiba2 dapat call design aku hendak tak ada...adoi la...lepas tu siap request minta aku cari ja di kedai biasa asalkan heels nya lebih 3 inch. Last2 aku kata, buatlah apa design, heels berapa inch pun tak kisah...aku dah takda masa lagi la nak cari/usya. Lihatlah hasilnya nanti...aku redha ja apa yg aku dapat nanti...Malas nak sedih2..ini masa untuk kita tawakal ja..hehe
ADUHAI POS LAJU
Sejak sibuk tahap gaban ni aku banyak oder barang online. Malas lah nak keluar pergi survay2 bagus beli online ja. Ini termasuklah barang kahwen aku. Rasa berkenan ja beli...takda usya dah mana tempat murah ka, mahal ka.Malas hendak fikir banyak. Minggu lepas memang malang la nasib aku sebab barang yang guna CURIER SERVICE dan POS LAJU kedua-duanya sengal.Ingatkan boleh dapat cepat tapi lambat juga jadinya.Yang currier service tu suruh aku pick up (dahlah bayar mahal sumpah lepas ni tak nak pakai curier), lepas tu boleh pula dia lengah-lengahkan hantar barang aku. Macam2 alasan dia bagi, takda transport la,tak tau tempat la, takda org hantar la....last2 hari khamis juga aku dapat benda tu. Yang pos laju pula, boleh2 barang aku sesat ke sarikei. Tapi tak kisahlah pos laju memang cekap walaupun sesat tak tunggu lama untuk sampai. Cuma risau aku bungkusan tu macam dah renyuk.Nasib baik barang dalam tu elok lagi tak ada yang pecah.
BORANG NIKAH
Masa mula2 ambek borang, orang dekat kaunter tu siap tanda bahagian mana aku perlu isi guna pen. Dia kata, yang dia tanda tu ja aku perlu isi.Yang lain tak perlu. Aku ada baca juga keseluruhan borang, tapi dah dia kata tak perlu, aku takda isi la.Tapi dah pergi sana dengan penuh semangat hendak hantar borang, kena REJECT pula sebab banyak tak lengkap. Siap ada borang kena bagi pihak pengantin lelaki untuk isi. Jawabnya another 1-2 weeks kot selesaikan masalah ni.Adoi la....kesimpulan ....jangan percaya penjaga kaunter di Majlis Islam..isi ja kalau rasa boleh diisi....wei nak dekat tarikh da borang tak dapat pun lagi...sobs
So ni sekadar berkongsi cerita...STRESS STRESS ... ni saudara mara dah nak buat meeting pasal kahwen aku...alamak....boleh bagi masa tidak???
Labels: My wedding

Posted @
[
8:35 PM]
