
Wednesday, July 13, 2011

Sila Panik Sekarang
Kalau bercerita tentang bab kahwin, mestilah perihal kad kahwin yang kita akan fikir kan???
Ni antara kad kahwin yang menarik perhatian:

Kad kahwin macam ni memang best!!!!Aku suka yang unik dan lari dari kebiasaan macam neh. Paling jeles orang ni buat kad tersebut hanya pada harga rm0.79 sen!!!Memang berbaloi!

Wow ni memang kad kahwin idaman hati.Siap ada rhinestones.Warna pun memang mantap!!! Kad macam ni aku dah usya.Gila mahal sebab dia pakai hot printing / emboss ke apa benda tah...sob...memang dari mula fikir memang suka yang sebijik ini.Depan kad guna initial nama pasangan sahaja

Di sini , kad kahwin dia gojes gila....walaupun ada yang readymade, tapi memang superb! Aku dapat tengok pengusaha kad ni dia teliti orangnya dan mementingkan qualiti. Nak kad kahwin???Usya dahulu di sini oke...
Bila cakap pasal bab kad kahwin ni, aku rasa aku tak nak membazir la...sebab hakikatnya, lepas orang baca kad kahwin, dia akan letak merata, silap2 dia akan buang kan???Setakat ni tak ada satu kad kahwin pun yang memorable la buat aku kecuali satu kad sekeping yang sangat simple dari kawan aku tapi baunya amat wangi. Sayang aku nak buang kad tu lalu aku simpan. Aku juga dapat simpulkan, kad kahwin yang aku terima semua nampak mahal.Tapi tapi kalau akhirnya ke tong sampah macam membazir la pula kan? Tu terpulang pada selera masing2..hehe
Dari mula lagi aku dah set, kad aku nanti mestilah idea/design aku sendiri.Tapi seperti yang aku cakap, tak mahulah yang mahal2.So, semuanya back to the cost la...kalau mahal, aku tak buat.Cukup sekadar kad biasa2 sahaja..hehe.
P/S: Now aku dah ready design/idea kad aku....harap2 ada yg sanggup print murah2..ngeee...(Fingers crossed)
Labels: My Recent Update

Posted @
[
7:09 PM]
