
Wednesday, July 27, 2011

Review make up
Sebenarnya lama dah aku hendak tulis pasal review make up simply siti neh....oh ya, now simply siti dah ada dua make up line yang baru iaitu 'lovely' dan 'vouge' tak silap.Aku dah cek laman web nya tapi tak update lagi...hehe. Bukan sebab aku ni kroni Siti Nurhaliza ke apa promote benda ni tapi bagi aku,kalau benda tu memang ngam dan best, wajib untuk aku kongsikan...betul tidak? Macam aku kulit sangat sensetif.Susah aku nak cari make up yang bagus atau ngam untuk kulit aku...tapi sekarang ada simply siti senang, tak perlu aku risau nak beli make up jenama apa lagi..hehe

Pertama sekali,aku mesti nak beli 2 way cake simpy siti.Terpaksa beli yg refill sebab tone warna yg sesuai untuk kulit aku dah habis. Beli yang natural (bagi tona warna kulit macam aku, tak cerah and tak gelap) kalau beli yang light beige terlebih cerah pula.Kalau beli yang tan/honey lagi la gelap wei,tak sesuai..so pilih natural the best la k...

Rupa dia macam ni.Siap ada span.Ok la tu.Tak perlu casing pun ok sebab dia ada bekas sendiri.Buat masa ni warna ni banyak out of stock.Itu pun nasib baik aku jumpa refill ni di watson. Yang agen simply siti aku tu kata semua kaler ni out of stock. Order dah lama tapi new stock masih belum sampai lagi.

Step make up dia pun mudah sahaja. 1. Tempek bedak 2 way cake ke muka dahulu, 2. Lepas tu baru guna simply soft loose powder ni. Benda ni wajib oke. Nampak macam peranan dia tak penting tapi memang nampak jauh beza kalau tak pakai loose powder. Bedak ini menampakkan kulit kita lebih rata dan GLOWING. Untuk loose powder ni aku pilih light beige sebab kaler dia tak ketara sgt.Bedak ni juga wangi dan super lembut. Nampak kan span dia lekat terus ke bekas dia??memang mudah. Cuma dab ja ke muka...then siap!!

Satu lagi produk yang mesti ada ialah blusher simply siti. Tapi tunggu ada rezeki baru aku beli..beli yang asas la dulu kan??Paling last ialah simply siti auto eyeliner (brown) ni. Ia sama juga macam eyeliner yang lain, cuma lihat bahagian bawah dia ada mcm span eyeshadow tu...ha itulah kelebihan produk ini....lepas lukis guna eyeliner, boleh ratakan guna span brush di bawah tu. Pengalaman aku masa guna eyeliner ni, panas terik macam mana pun dia takkan cair. Kena peluh atau hujan pun tak cair.Tapi bila cuci senang pula.Tak perlu engkau sental pun, mudah saja tertanggal (dengan menggunakan pencuci muka) Very easy. Make up dia senang dibasuh. Oh ya, satu benda lagi aku perasan, make up ni semua made in Korea.Patutlah kualiti ada superb sikit..ngee

Aku actually tidak reti utk tunjuk muka sebelum dan selepas guna make up simply siti. Pernah cuba tapi nampak sama sahaja sebab al maklum pakai camera hp mana lah kita nampak sangat bezanya kan??Picture atas setelah sehari suntuk aku guna make up simply siti. Memang takda berminyak pon.FYI picture ni aku langsung tak ada edit okek. Paling best orang langsung tak perasan aku pakai make up. Masa jalan2 dengan encik sanim dan sis aku pon orang dok tanya 'you takda pakai make up kan?'....hehe...sebab fungsi make up tu utk meratakan warna kulit kita, bukannya hendak menampakkan kita ni ketara guna make up. So kesimpulannya, i'm so in love with this product. Ada rezeki aku akan beli full set nya pula...hehe
Labels: My favorites

Posted @
[
10:34 PM]
