No right clicking here.Don’t want any rippers to be ripping.Want codes/pics/anything?Just ASK.
<body>
Life is a journey, not a destination...

ShimaPinkRibbon.Blogspot.Com
~

Wednesday, July 27, 2011
Review make up


Sebenarnya lama dah aku hendak tulis pasal review make up simply siti neh....oh ya, now simply siti dah ada dua make up line yang baru iaitu 'lovely' dan 'vouge' tak silap.Aku dah cek laman web nya tapi tak update lagi...hehe. Bukan sebab aku ni kroni Siti Nurhaliza ke apa promote benda ni tapi bagi aku,kalau benda tu memang ngam dan best, wajib untuk aku kongsikan...betul tidak? Macam aku kulit sangat sensetif.Susah aku nak cari make up yang bagus atau ngam untuk kulit aku...tapi sekarang ada simply siti senang, tak perlu aku risau nak beli make up jenama apa lagi..hehe

Pertama sekali,aku mesti nak beli 2 way cake simpy siti.Terpaksa beli yg refill sebab tone warna yg sesuai untuk kulit aku dah habis. Beli yang natural (bagi tona warna kulit macam aku, tak cerah and tak gelap) kalau beli yang light beige terlebih cerah pula.Kalau beli yang tan/honey lagi la gelap wei,tak sesuai..so pilih natural the best la k...



Rupa dia macam ni.Siap ada span.Ok la tu.Tak perlu casing pun ok sebab dia ada bekas sendiri.Buat masa ni warna ni banyak out of stock.Itu pun nasib baik aku jumpa refill ni di watson. Yang agen simply siti aku tu kata semua kaler ni out of stock. Order dah lama tapi new stock masih belum sampai lagi.

Step make up dia pun mudah sahaja. 1. Tempek bedak 2 way cake ke muka dahulu, 2. Lepas tu baru guna simply soft loose powder ni. Benda ni wajib oke. Nampak macam peranan dia tak penting tapi memang nampak jauh beza kalau tak pakai loose powder. Bedak ini menampakkan kulit kita lebih rata dan GLOWING. Untuk loose powder ni aku pilih light beige sebab kaler dia tak ketara sgt.Bedak ni juga wangi dan super lembut. Nampak kan span dia lekat terus ke bekas dia??memang mudah. Cuma dab ja ke muka...then siap!!

Satu lagi produk yang mesti ada ialah blusher simply siti. Tapi tunggu ada rezeki baru aku beli..beli yang asas la dulu kan??Paling last ialah simply siti auto eyeliner (brown) ni. Ia sama juga macam eyeliner yang lain, cuma lihat bahagian bawah dia ada mcm span eyeshadow tu...ha itulah kelebihan produk ini....lepas lukis guna eyeliner, boleh ratakan guna span brush di bawah tu. Pengalaman aku masa guna eyeliner ni, panas terik macam mana pun dia takkan cair. Kena peluh atau hujan pun tak cair.Tapi bila cuci senang pula.Tak perlu engkau sental pun, mudah saja tertanggal (dengan menggunakan pencuci muka) Very easy. Make up dia senang dibasuh. Oh ya, satu benda lagi aku perasan, make up ni semua made in Korea.Patutlah kualiti ada superb sikit..ngee

Aku actually tidak reti utk tunjuk muka sebelum dan selepas guna make up simply siti. Pernah cuba tapi nampak sama sahaja sebab al maklum pakai camera hp mana lah kita nampak sangat bezanya kan??Picture atas setelah sehari suntuk aku guna make up simply siti. Memang takda berminyak pon.FYI picture ni aku langsung tak ada edit okek. Paling best orang langsung tak perasan aku pakai make up. Masa jalan2 dengan encik sanim dan sis aku pon orang dok tanya 'you takda pakai make up kan?'....hehe...sebab fungsi make up tu utk meratakan warna kulit kita, bukannya hendak menampakkan kita ni ketara guna make up. So kesimpulannya, i'm so in love with this product. Ada rezeki aku akan beli full set nya pula...hehe

Labels:


Posted @ [10:34 PM]

Tuesday, July 26, 2011
Samsung NX100


Salam 1 Malaysia (peh poyo bunyi..haha)..rasanya aku dah lama tidak update blog kesayangan ramai ini (perasan).Sebabnya minggu lepas menyempat aku fly ke KL dengan adik untuk bertemu ehem ehem en Sanim di sana sebab rinduuu wei (sila makan pil tahan muntah sekarang gila jiwang). I pergi dengan adik okek.I tak sumbang mahram (eh betol ka istilah ini?).Now aku tengah 'enjoy' berkursus selama 5 hari selepas balik dari KL.Bukan Kuala Lipis ye kawan-kawan tapi Kuala Lumpur.....

Eh apa kaitan entry dengan tajuk????Sabarrrr dulu bah.....hehe...by the way ni masa di airport Kuching.Picture taken via Blackberry Bold. (nak juga cakap menyampah.menyampah.Lepas tu saja update status di FB utk buat kawan jeles; 'yo,engko dah ada bb ek??')

Ha ini barulah berkaitan tajuk. Baru2 ni sepeninggallan aku ke KL, menyempat rembat camera samsung NX100. Harga???Google sendiri.wahaha (ayat keji).Mula2 ingat hendak angkut DSLR tapi terpengaruh dengan promoter lalu dengan tidak semena-mena angkut yg ini. Gila best!Way berbaloi kot banding DSLR utk org mcm aku yg tak ada impian utk jadi photographer.Pic di atas warna hitam...aku angkut yg warna putih baek punya.....hehe...kalau ada pink,sah2 aku angkut pink....Ok pic di atas diambil guna kamera samsung nx100 tersebut.Begitu juga picture yang berikutnya....aku guna automatik ja sebab belum tahu function.Dia ada banyak mode gambar. Hendak lebih lanjut view sendiri komen dari internet ye...(taktik malas nak tulis panjang)

Baiklah,sambil-sambil itu kita ceritalah sikit apa pembelian/persiapan aku dengan encik sanim ye....pic atas: Experia arc by sony erricson. It should ends up atas dulang hantaran tapi en sanim tak sabar2 dia nak guna....kalau letak kotak sahaja rasa2nya ok tidak?..ngee~~

Oleh sebab en sanim ada hp baru, aku waris la hp dia...ntah bila lagi ek aku akan waris Sony xperia arc beliau eh?...(padahal baru beli dasar waris camni la)

Rehal atau tempat simpan quran.Warna silver.cantik gila.Penjual dia pun sangat friendly.Siap kongsi tips mana nak beli Quran murah.

Tapi dari dulu dah berkenan dengan Quran ni....sejak nampak di facebook husband Lisa Dearlova. Husband sis Lisa kata ada banyak colour....hehe...jadi awal2 sudah pasang niat hendak yang ini juga....Kalau di Kuching neh jangan harap...quran biasa sahaja pun dah harga cecah rm250.Tidak berbaloi.Pink for me and blue tu pilihan encik sanim (tafsir Al Quran)

Yay!!!!Kita dah ada cincin!!!!hehe...Ingat hendak beli dua2 di Habib Jewels tapi en sanim kata takut ring dia nanti hilang tak berbaloi beli mahal2 di Habib. So for him dari Diamoney la.Ngam ada sale.Tapi tak perlu tunjuk dulu la kan???Suprise! (cuak wei readers...haha).Masa dekat Habib kan cincin dia semua lawa2 tapi tak ada saiz pula....nak resize perlu masa 2 minggu.Kecewa tak dapat apa yg dihajati.However happy dengan pilihan cincin yg sudah dibeli.Jari aku neh kecik sangat.Hendak beli gelang mahal sangat pula.On that day, harga emas 1 gram ialah rm176.Naik pula. En sanim request hendak beli sama2.Ingat hendak tempah di kedai emas biasa sahaja..hehe..tapi enjoy la dapat pilih dgn org tersayang (ok mode cuak readers kembali...lalala)

Barangan lain pun ada...ala share sikit2 sudah la kan..ngee~

So picture berikutnya diambil dari kamera samsung nx100 tadi. No editing.Just pure/original picture.Kualiti sedikit kurang dari actual pic sebab aku dah resize...so enjoy!



Labels: , ,


Posted @ [10:58 PM]

Tuesday, July 19, 2011
Main princess princess!!!Wee~


Kadang-kadang setelah jadi cikgu neh, masih ada perasaan hendak jadi budak-budak semula....ngeee....Kalau kena observe memang fail sebab dalam jadi cikgu, masih ada hati nak menyakat budak2...kadang2 join dorang main sekali , lukis-lukis princess , buat rumah rumah dari kotak...lepas tu siap buat perabot kecik2 dari kotak. Ada kalanya sempat share/pesan budak di mana nak beli barang cute yang mereka miliki (like student like teacher suka kumpul barangan kiut miut)


So one day diorang cadang, "eh cikgu jom kita berlakon puteri santubong puteri sejinjang!!!" Cikgu pun on sahaja dan the next day, bersusah payah sediakan props dan crown segala sebab murid kata nak main princess princess...eee...seronok!

Tapi bukan semua boleh jadi princess ye....mampos la cikgu nak borong semua crown mainan yang ada dekat kedai one stop tuh kalau semua nak jadi princess... picture atas: Muka merajuk tak dapat jadi puteri

Ini puteri Sarawak...amboi bukan main suka dia dapat jadi princess!!!1

Ni pula puteri santubong....uish sempat dia demand nak ada dayang jadi pengapit dia...
Ni lakonan bersama murid tahun 3 and ianya sgt fun!!!!hehe...mereka pandai juga berlakon dan tidak malu-malu gajah pon (eh betol ka perumpamaan ini)....

p/s: Demand lagi nak suruh buat pertandingan fashion show dalam kelas.Dorang ni memang suka melaram.Ehem, like teacher like students (perumpamaan yg dicipta sendiri)

Labels:


Posted @ [6:25 PM]

Monday, July 18, 2011
Apa yang pelajar suka


Sebagai seorang guru, kita mesti tahu apa yang pelajar kita suka...walaupun hadiah atau ganjaran yang kita beri itu murah, tapi kalau pelajar kita suka,memang mereka akan addicted setiap kali kita buat pertandingan atau bagi hadiah.....

Ni dapat di sekolah abang aku sempena hari guru kot (tak ingat).Very creative. Biskut oreo yang di'bungkus' dengan coklat dan buat hiasan sugar lukisan spider man. Sedap gila....ni kalau dapat buat sendiri bagi pelajar memang dia suka hingga menjilat dinding!!!muahaha

Ni khas untuk pelajar lelaki.Tak paham aku, dorang ni apa2 benda berkaitan spider man,spongebob atau Ben 10 mmg crazy tak ingat dunia.....now mereka gilakan upin dan ipin dan boboy boi pula.....Kalau engko bagi power rangers atau mickey mouse alamatnya kena boo lah ya. So amat penting untuk tahu karekter kartun yang diminati pelajar.Kena up to date


Ha untuk pelajar perempuan bagi ja aksesori rambut...memang dia suka dan semestinya warna pink!!!!sebab pink itu memang warna yang dicipta untuk perempuan...hehehe....biasanya untuk hadiah aku akan bagi satu sahaja...means untuk yang dapat no satu, dapat markah penuh/markah tertinggi atau yang terbaik sahaja.Bagi 2 3 hadiah mereka akan kurang usaha....so kalau bagi satu masing2 berebut nak buat yang terbaik....

Ni siap ada cermin...memang gerenti pelakar perempuan suka....untuk karekter kartun, bagi ja jenama 'barbie', tu semua perempuan suka... Hello kitty yang kiut pun mereka kurang berminat.Nak juga yang ala2 pakai baju pengantin macam barbie.

So itu sahaja tips membeli hadiah untuk pelajar.Tak perlu mahal tapi nampak mahal...faham tak maksud aku????Hehe.....Kalau boleh bel;i hadiah dalam saiz besar so pelajar akan lebih ada effect 'wow'....takpun barang yang murah2 tapi bila kumpul2 jadi banyak.

p/s :Suruh pelajar buka hadiah dalam kelas supaya rakan lain turut jeles dan lebih berusaha nak menang.

Labels:


Posted @ [3:38 PM]

Saturday, July 16, 2011
Pameran Perkahwinan 2011


Hari ni sempat menjenguk sekejap di pameran perkahwinan dan pelaminan Borneo yang berlangsung di Boleuvard , Kuching, Sarawak...jom layan some pictures...


Pakaian pengantin

Mini pelamin

Orang Ramai

Ucapan by errr...i don't know who...ehehe....kalau Aaron aziz or artis tahu kot..muahaha

Sekitar pameran tersebut yg menyertainya ialah:
1. Butik-butik bridal
2. Tempahan Cupcakes
3.Fotografi
4. Pelamin
5. Tempahan kad kahwin
6. Iklan (utk promosi bridal kot)
7. Various vendor kain
8.Khidmat katering
9. Khidmat make up

Overall, agak kecewa sebab macam tak banyak membantu lah kot sebab tidak banyak penyertaan, tempat yang agak tak sesuai (crowded), dan tak ada special promotion atau discount....macam ini pengenalan kepada bisnes/butik masing2 sahaja.

Rasanya ini first time benda seumpama ini dianjurkan di sarawak...so tak apalah kan...always ada 1st time for everything...hopefully in the future lebih grand..hehe

Labels:


Posted @ [8:43 PM]

Friday, July 15, 2011
Semua Orang Pun nak cantik


Pernah tidak anda mencuba produk keluaran tempatan??Mungkin make up berjenama Malaysia atau seumpamanya???Hehe...Kalau kita boleh sokong produk Mustika Ratu dari Indonesia..why don't give it a try dengan produk Malaysia pula?

Secara peribadi, i do have BAD EXPERIENCES dengan produk tempatan neh. Bukannya sombong, tapi kadang2 kulit jadi allergic dengan produk tempatan...memang tak ngam

Aku pasti kamu semua mesti tahu kan produk simply siti???First time tahu paswal jenama neh dan usya di watson, dalam hati ckp 'ah, bagus beli make up Maybelinne, harga lebih kurang ja'

But one day, seorang agen produk Simply Siti telah bawa test produk atau sampel ke sekolah. Apalagi, kami pun beramai ramai aramaiti menempek sempel tersebut ke muka....

Sebelum tu cuci mata dulu dengan sampel make up Simply Siti ye...hehehe

Blusher, loose powder,two way cake powder, compact powder dan eyeshadow

Various lip gloss,lipstick, mascara,eyeliner, eyebrow liner and 2 in one lipgloss+lipstick

Hasilnya, sepanjang hari (bayangkan berpeluh2 mengajar, ulang alik, siap bawak pegi PJ), make up tersebut langsung tak cair dan muka nampak sangat fresh!!!!Makin lama pakai make up tersebut, macam dia makin blend up dengan kulit kita....Seriously, bagi aku yang tak pandai make up ni pon make up tersebut membuatkan aku nampak pro dalam make up.As easy as 1 2 3!Paling penting , it makes me feel beautiful!!!! (perasan..haha)

Good news....it's AFFORDABLE too!!!!
So, aku sarankan kamu pergilah cari AGEN make up Simply Siti yang berhampiran.Harganya jauh lebih murah berbanding di watson. My favorite, sudah tentu two way cake powder,loose powder, eye liner,brow liner dan blusher!!!!Benda ni mesti ada dalam handbag setiap pompuan...lala

Bila masa lagi kan kita nak support barang buatan Malaysia???

p/s: Kalau Meris promote produk Mary Kay nya, i pula nak promote simply siti....memang best!Saya sendiri menggunakannya

Labels:


Posted @ [6:35 PM]

Wednesday, July 13, 2011
Sila Panik Sekarang


Kalau bercerita tentang bab kahwin, mestilah perihal kad kahwin yang kita akan fikir kan???
Ni antara kad kahwin yang menarik perhatian:

Kad kahwin macam ni memang best!!!!Aku suka yang unik dan lari dari kebiasaan macam neh. Paling jeles orang ni buat kad tersebut hanya pada harga rm0.79 sen!!!Memang berbaloi!
Source: http://zekryila.blogspot.com



Wow ni memang kad kahwin idaman hati.Siap ada rhinestones.Warna pun memang mantap!!! Kad macam ni aku dah usya.Gila mahal sebab dia pakai hot printing / emboss ke apa benda tah...sob...memang dari mula fikir memang suka yang sebijik ini.Depan kad guna initial nama pasangan sahaja

Source : http://kadkahwinstore.blogspot.com/
Di sini , kad kahwin dia gojes gila....walaupun ada yang readymade, tapi memang superb! Aku dapat tengok pengusaha kad ni dia teliti orangnya dan mementingkan qualiti. Nak kad kahwin???Usya dahulu di sini oke...

Bila cakap pasal bab kad kahwin ni, aku rasa aku tak nak membazir la...sebab hakikatnya, lepas orang baca kad kahwin, dia akan letak merata, silap2 dia akan buang kan???Setakat ni tak ada satu kad kahwin pun yang memorable la buat aku kecuali satu kad sekeping yang sangat simple dari kawan aku tapi baunya amat wangi. Sayang aku nak buang kad tu lalu aku simpan. Aku juga dapat simpulkan, kad kahwin yang aku terima semua nampak mahal.Tapi tapi kalau akhirnya ke tong sampah macam membazir la pula kan? Tu terpulang pada selera masing2..hehe

Dari mula lagi aku dah set, kad aku nanti mestilah idea/design aku sendiri.Tapi seperti yang aku cakap, tak mahulah yang mahal2.So, semuanya back to the cost la...kalau mahal, aku tak buat.Cukup sekadar kad biasa2 sahaja..hehe.

P/S: Now aku dah ready design/idea kad aku....harap2 ada yg sanggup print murah2..ngeee...(Fingers crossed)

Labels:


Posted @ [7:09 PM]

Monday, July 11, 2011
Quick Update


Ok quick update...oleh sebab aku masih berkeras tak mahu buat acc twitter, so baik aku tulis di sini sahaja...ngeeeee

1. Aku demam. Menahan sakit. Hendak MC berfikir seribu kali hendak seribu daya tak hendak seribu dalih (pula??). Jadi cikgu susah tahu.Kita takda orang lain perlu ganti kelas yg berlambak tu. Nak cuti pun susah.Jeles aku tgk orang kerja pejabat selamba ja ambil cuti 15 hari sedangkan aku cuti sehari pun perlu merayu kot...sebab susah takda guru ganti.

2. Aku emo. Suma hati kena jaga.So hati aku???? Bukan apa, bila aku cuba buat pembaharuan, orang tak setuju. Anyway la kan, itu majlis aku,should be all about me.Apa aku nak apa aku suka kan?kan? Merajok karang aku buat ala koboi ja.... org patut buat aku rasa hepi la...tapi tapi.. malas nak ckp

3. Yes.Aku masih berteka teki..haha...ala sabarlah ko akan tahu..or ko sudah tahu atau pura2 tak tahu????Hehehe...orang low profile selalu macam neh (konon)

4. Kerja makin berlambak. Sobs. Tolong2....surat sah jawatan aku belum dapat. So aku patut panik sekarang. Err... kerani aku ada 'ramalan cuaca' nya sendiri. Now cuaca 'ribut taufan' kerana masalah wanita, period. Jgn berani2 tanya khabar surat sah jawatan itu, tak pasal2 ko nampak incredible hulk mengganas di sekolah.

5. Ok cukup 5. Aku banyak email orang.Satu pun tak respon lagi. Benda urgent ok.Reply lah cepat (mcm la dia baca belog aku). Nanti kerja aku makin melonggok padan muka dia bila tunggu reply dari aku pula...haha..

6. Eh dah kata sampai 5 ja tadi. Sori Enty ni telah membuang masa anda.

Labels:


Posted @ [10:27 PM]

Saturday, July 9, 2011
Cinta Baru


Assallammualaikum..(wah bunyi macam budak baik ja..hehehe)

Adoi la minggu ni aku demam.Stress sebab banyak kerja maybe.Ada orang kata bila demam maksudnya badan kita perlu rehat sebab overload kerja.So kena duduk diam2 dan tidur la maksudnya....(alasan padahal pemalas hendak buat kerja)

Sudahlah bulan ni aku ada banyak kerja nak disiapkan atau ada menda nak aku kejar (eh eh main polis sentri nampak) ... banyak benda lah. Aku stress neh tak tahu hendak luahkan kepada siapa dan akhirnya belog ini menjadi mangsa..haha....oh ya aku akan ada kursus selama 5 hari di salah sebuah sekolah rendah di Kuching.Ni memang taktik 'dorang' nak habiskan duit so suggestion aku kenapa tak habiskan buat kat otel grand sikit, biar dapat habiskan duit tu sekali dalam masa sehari tak perlulah buat sampai 5 hari kan?kan? (emo neh sebab tengah demam masa taip entry neh)...Lagi pula kursus KSSR. Kan awal tahun dah buat? Tak paham aku..

Maafkan aku sebab merepek.Org demam memang macam neh..haha.Berbalik kepada tajuk entry, aku temui cinta baru.

Siapakah itu???


Jeng jeng!!!!Rezeki kucing parsi datang rumah aku. Ntah sapa punya.Dia tak mahu pulang.Rezeki kot. Sebelum neh ramai orang offer aku nak bagi kucing parsi secara percuma sebab drg tak sanggup nak jaga lagi,tapi aku tolak...sebab kucing di rumah pun boleh tahan ramainya.....

Dia datang siap ada loceng.Mesti tuan dia risau. Tapi dia tak mahu pulang.....maybe satu hari nanti dia akan balik la tu kan????Apapun aku tak kesah aku tetap nak namakan dia Chibi. So aku tuan Chibi yg baru sekarang...muahahaha (ketawa yg jahat). Kucing parsi memang slow.Dia tak tangkas macam kucen aku di rumah..

Ok doakan aku cepat sembuh....tak best demam neh....

Labels: ,


Posted @ [5:10 PM]

Monday, July 4, 2011
Majlis Resepsi


Tadi baru selesai majlis resepsi kazen aku.Penat hoi hoi ya hoi (dah lagu dalam P Ramlee la pula..haha).Sambung menyambung kerja. Dari selasa hingga khamis camping.Jumaat belajar seperti biasa/mesyuarat.Sabtu larian satu murid satu sukan; then terus aku rush buat gift/bunga telur/persediaan kawen kazen aku dan Ahad, the wedding.

The pelamin.Guna galerry di Library. So dalam menyahut cabaran Cik Meris (hahahah) yg menyeru aku supaya buat entry2 berfaedah.....so aku akan bagi apa pengajaran (lesson) yg aku pelajari sepanjang majlis tersebut..hehehehe

1. MC selalu missing in action.Geram aku.Ntah dari mana drg hire.Lepas tu pandai2 ubah tentatif tanpa IZIN keluarga (telah disiasat).Padahal dah diberitahu. Kejap2 hilang pula tu.Memang nak kena karate neh

2. Budaya orang Malaysia.Datang LAMBAT!.Dalam aturcara dah tertulis 10.30 ketibaan pengantin.By 10.45pg separuh dewan masih kosong.Cuak wei.Sebaik beberapa minit sebelum jam 11, semua datang secara pukal.So pengajaran, lenkali letak ja janm 6 pagi jemputan.Kompom datang sebelum jam 10.

3. So kalau anda menghadiri wedding terutama di dewan, tunggulah pengantin siap makan atau turun pelamin ye.Ni tidak.Habis makan ja and pengantin masih bersanding dah berpusu2 keluar....oho...tak ambek subjek sivik neh.

4. Pastikan semua persiapan ready sebelum majlis.Emo aku wei ulang alik dari point A ke B sebab ada je barang lupa. Nasib baik kekurangan itu tidak kelihatan.

Tema merah+hitam.Ketibaan pengantin.

Semua kazen gak yg bersilat neh.

Setting meja yg mantop and makanan pun best!

The sisters.Bukan twins ye

Kazen aku juga ni.Jadi pengapit las minit.

Pasangan pengantin.(Salin baju barat lak)


The cake yg nampak cantik tapi dah potong terus nampak hampeh.hehe

The pengantin and i.Ambek berkat,lalala.

so itu la entry aku.Tq

Labels:


Posted @ [12:27 AM]


♥AHLAN WAHSALAN
HELLO

Welcome!
Spy comel \(^-^)/ ke..



♥ Chats
Leave A Massage!;-)


♥ Sweet EsCape!
GOODBYE!

♦ Click Here <---Jom Skodeng SINI!♦

♥ Memories
my previous posts

December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013
April 2013

♥ Credits
clap!clap! :)

Designer : zahirah-
Basecode : Jas.miine-
Inspiration : Agnes
Materials : Lovecandied
Cursor : Dorischu
Hosters : Blogger,Photobucket,Blogskins


♥THE MRS. BLOGGER
SESI BERKENALAN DENGAN TUAN BELOG

S.H.I.M.A
Married.LEO.Kuching,Sarawak.Teacher.Pure Malaysian.
italic bold underline strikeout


♥ TIED THE KNOT!
THE COUPLE

Merisik :15 JANUARI 2011
Bertunang :17 SEPT 2011 @ 19 SHAWAL 1423H
Nikah :17 SEPT 2011 @ 19 SHAWAL 1423H
Lilypie Angel and 

Memorial tickers
Lilypie Angel and 

Memorial tickers
♥ WEDDING THEME
WEDDING BY COLOURS


AKAD NIKAH
GREY
16th SEPT 2011
PINK AND WHITE
AKAD NIKAH & BERLULUT
16th SEPT 2011
CREAM , GOLD AND IVORY
SANDING
17th SEPT 2011
RED
MAJLIS BERTANDANG
26th NOV 2011