
Sunday, June 19, 2011

Lama tidak update
Weh lama betul aku takda update.Hehe.Sibuk memanjang.Di sekolah ada 4 projek besar menunggu, antaranya perkhemahan peringkat zon (kami tuan tanah eh tuan rumah) dan larian 1 murid satu sukan. Pertengahan bulan 7 baru aku dijangka akan free.Duh!So good luck untuk aku (ini ayat sarkastik.harap maklum..lalala)
Quick update. Semalam aku dengan family keluar bersiar-siar (eh geli betul dengan penggunaan perkataan ini.skema.haha) Semalam juga diadakan sambutan hari bapa secara advance.Makan di thai food,The Spring (aku rekomen sana sgt sedap/murah)...kalau tidak murah aku takda pegi la kan (kedekot nak mampos)...bukan setakat murah la..berbaloi2.Tu yg penting.betol???
Semalam juga aku servis kereta di Perodua.Lama gila wei.2 jam aku tunggu sebab kereta banyak sgt.Lebih 20buah maybe.Aku ingat time belum gaji ni takdalah ramai yg hantar servis.Rupanya ramai juga (walaupun aku dah awal terpacak di sana.Org lain mungkin seawal selepas subuh dah camping tunggu di sana kot).Sabar jalah. Terbang duit aku 0.2 k servis (err maksudnya 200). Mahal lor.Lepas ni servis sendiri sahaja.Malas nak pi perodua.Harga barang dia ganti 2,3 kali ganda lebih mahal.Konon branded.Letak alat ganti jenama merz atau subaru ke nisaan skyline dalam kete aku takpalah.Tapi ni..ish ish (cek2 made in China jugak)
Oh semalam hunting table lamp dan bedside table berjaya!!!!Mission accomplished! Table lamp beli 2 bijik dengan harga yg sangat murah sebab lampu tu nampak jauh lebih mahal. Bedside table juga sangat murah beli di courts mammoth (sini ko beli cash ja murah.Plz jgn hutang.Dia riba ambek untung lebih)Kedua2 lampu and table pun last piece okek...memang rezeki..happy!!!
Lastly, aku ada order bendaalah di bawah ni.Ingat nak buat projek terbaru:

Tapi tapi agak kecewa sebab saiz dia lebih kecik dari jangkaan. Ntah la aku nak buat apa dengan benda tu nanti...apapun jenguk la blog tersebut nanti.Banyak benda best.Owner dia pun sangat friendly.Setakat ni aku rasa blog ni provide benda yg paling cute dengan harga paling berpatutan (Especially kain dia.Superb!!!).
Ok.Bye
Labels: My Recent Update

Posted @
[
7:19 AM]
