
Tuesday, June 21, 2011

Buat aku terfikir...
Ini adalah luahan perasaan...jika anda hendak mencari tips atau gossip terbaru..sila abaikan part ini..heheh

1. Emak sudah semakin berusia (bukan tua..hendak sedapkan hati dan indahkan bahasa..hahah).
Begini eh...nak cepat paham, lebih kurang beginilah dialog aku dgn mak aku:
Emak : Sini ada shopping kompleks ka?
Aku : Tu ada.Seberang jalan ja.Kenapa mak?
Emak : Mak nak pegi toilet.
(Selepas itu kami pun menyeberang jalan and it took just a FEW seconds ya kawan2)
Aku : (bila tiba di shopping kompleks itu) Bah mak pegilah toilet.
Emak : Eh siapa yang hendak pergi toilet?
Aku : Kan mak cakap mau pegi toilet?
Emak: Eh mana ada.Kamu bha tu kan mau pegi?
Ok Baiklah .Dalam masa hanya beberapa saat lepas seberang jalan, emak sudah lupa apa yg dia perkatakan.Sabau jelah...(dalam hati istighfar banyak2)
Buat aku terfikir : Emak sudah nyanyuk ka???Nauzubillah.Mintak2 mak aku cuma konpius.
2.Aku ada booking homestay.Awal oke.6 bulan sebelum aku nak check-in pon ke homestay itu.Boleh2 owner tu lupa.Dia boleh kasi booking aku dengan orang.Bukan aku takda re-confirm.Bulan 4/5 kami ada kontek2 semula. Lepas tu boleh salahkan aku sebab booking terlalu awal.Susahkah nak admit kesalahan sendiri?Cakap ja salah sendiri sebab lupa.Dasar manusia sekarang.Ego.
Buat aku terfikir: Nasib baik dia tu orang tua (tapi taklah tua sangat sampai boleh lupa) kalau tidak dah lama aku fire.Ni lah kalau orang Melayu buat bisnes.Maju sikit mula nak slack.Padan kalau dah kaya raya bisnes boleh lingkup. For the record, dia takda apologize pun dgn aku. Sabar ja..mungkin ada hikmahnya...so susah payah aku terpaksa cari tempat lain
3.Aku nak minta cuti.Tapi tak approved.Selama ni aku banyak sit in utk orang.Aku MC pun pergi sekolah juga.Aku sakit takda siapa yg tahu sebab aku tak mahu susahkan orang ganti kelas aku.Tahun lepas pun aku ambil cuti sebab konvo,ambil ujian memandu dan temuduga SPP.See??Itu terpaksa.Tak pernahnya aku ambil cuti untuk suka2. Paling aku bingit telinga bila kena cakap :
"Kita harus utamakan perkhidmatan"
Excuse me.Bagi aku apa2 hal family first.Betol?Paling cuak bila yg cakap begitu orang yg cakap tak serupa bikin.Faham kan maksud aku?Means, selalu la 'missing in action'.Aku malas nak ngumpat.Faham2 sendiri la kan.Banyak2 doa la dijauhkan dari situasi macam ini.
Buat aku terfikir: Ada rezeki InsyaAllah kalau aku jadi ketua,Guru Besar ke hapa,aku takkan ulang kesilapan ketua2 yg pernah aku alami dari praktikum hingga sekarang.Kepimpinan melalui tauladan.Kalau tak ckp serupa bikin org akan hilang respect,betul?
4. Aku memang panas beb bila orang curi 'theme colour' untuk majlis aku nanti.Kalau kebetulan aku tak kesah tapi ni aku dah siap bagitahu semua. Kalau orang lain ok la sikit ni sedara sendiri.Dia kawen dulu dari aku. I'm pissed off la kan???sebab tetamu kami nanti sure sama.Aku rasa macam kena sabotaj ja.Ya Ampun dugaan betul. Nak ubah warna ada orang dah siap jahit baju kaler tersebut.Tegoklah macam mana.Takda mood dah aku.
Buat aku terfikir : Nak 'ruin my day' kah atau aku dah mula jadi idol orang??? Katakan TIDAK kepada poser @ copycat!!!
OK.Setakat ini sahaja.Hati yg panas drained out all your energy.zzz
Labels: My Recent Update

Posted @
[
10:13 PM]
