
Friday, June 10, 2011

Bersedia untuk DIY seterusnya!!!!
Harini aku decide untuk kita skip dahulu pasal vacation aku..hehe..macam boring la pula kan???Masa cuti sekolah ni dalam aku relex2 banyak betul idea aku datang untuk buat handmade @ DIY bebenda. Shopping sakan lah aku untuk project aku yang seterusnya..lala
Aku paling suka lah ke kedai DAISO dan KAISON. Memang best gila..aku boleh duduk berjam-jam dalam kedai tu pilih benda..malangnya dua2 kedai ni tak ada buka cawangan di Kuching neh..tapi tak apa..aku dah borong apa yang patut di sana..hehe

Akhirnya aku dapat beli cutting board pink ya kawan-kawan dengan harga RM5 sahaja (kedai Daiso kan always RM5 ).Lama dah aku hendak beli tapi harga cutting board biasa mahal. Being the normal Hj Bakhil, memang aku kedekot nak keluarkan duit beli.Lagipun warna cutting board biasa hijau-gelap-boring itu sahaja. Kali ni dah dapat..senang hati. Siap beli kotak besar untuk letak semua peralatan aku beli.Nanti senang nak cari.

Jeng-jeng....lepas tu aku beli sticker. Ha ni ada guna dia..nanti aku akan tunjuk apa outcome nya. Sticer macam ni cantik.Kebelakangan ni aku memang so in love dgn popped out sticker. Stiker yg biasa tu agak boring dah la kan, no?

Buttons.Beli sikit dulu. Baru hendak eksperimen buat.Entah menjadi ka tidak.Kena testing power dulu..hehe

Antara benda kegemaran aku. Glue dalam botol butterfly. Boleh didapati di Daiso.Comel. Lagipun boleh refill kalau dah habis.Water glue rupanya mudah digunakan. Sesuai kalau nak buat handmade card sebab dia very light dan tipis.

Ni benda lain yg aku grab dekat Daiso. Paper cutter tu ingat nak grab banyak2 tapi hanya 3 design ni yang aku berkenan. Lepas tu ada colour pen tu sesuai untuk menulis nota sebab dia bukan dakwat basah. Then ada pencil cap aku beli supaya lepas ni taklah pencil box aku kotor terconteng dengan pensel...
So nanti kalau project aku dah siap aku akan post kan di sini..hehe
Labels: My Recent Update

Posted @
[
11:37 AM]
