Sunday, June 26, 2011
Notebook???
Kadang-kadang aku rasapelik,kenapa laptop pun kita akan panggil notebook???? Kan ia akan jadi menyusahkan dan terjadinya kekeliruan andainya engkau taip dalam search engine 'notebook' lepas tu yang keluar segala macam laptop sedangkan yang ko cari ialah buku tulis cute???hehe.....Kekeliruan macam ni pernah berlaku dengan aku bila one day classmate aku tanya, 'eh harga kibod satu berapa???'
So dengan selamba aku menjawab ' aku dulu beli time sale kibod baru ja RM400' (Sebab dulu ada belajar muzik kena ada kibod la ala2 piano tu)
Terkejot beruk la dia....'eh awat mahal bebenor???' (ok ni aku tambah sendiri classmate aku tu bukan orang kedah pon..haha).So dipendekkan cerita rupanya dia nak beli keyboard yg ko guna untuk taip2 tu for PC.la ckp la papan kekunci (gila skema ayat) ni keyboard bunyi sama manalah aku tau.....
So tadi aku tgk entry
PIKA THE POLKA pasal notebook kiut dia...baru aku ingat aku ada notebook comey and gojes juga...
Tada....muka depan dia macam 'scrappy' look dah buat aku terpikat.Ala2 kolaj...cantik and vintage
Dalam dia rupa macam ni ha....kertas kosong tebal warna purple....ini adalah scrap book actually. So nanti nak letak la gambar2 berkenaan buat kenangan dalam buku neh.Kalau pakai album a bit boring lah kan??
Belakang sekai dia ada sertakan stiker yg memang cantik2. Ada banyak gambar bangunan berlatarbelakangkan London.Melaram la aku dengan buku ni nanti.Boleh didapati di Kaison Putatan, Kota Kinabalu sabah oke....Kaison cawangan lain macam tak ada ja...
Dulu aku ada cakap nak buat project guna pop out sticker ni kan???Well makin banyak aku beli.Dia jadi cantik bila kita guna untuk hias2 benda. For my case, aku hias lekat dalam buku ja
Buku pink.Harus!!!hehe (bought from Daiso,1 Borneo,Kota kinabalu,sabah)
Lepas tu every partition kita buat / hias macam ni.Baru berselera nak tulis..hahah
Ok lah itu sahaja.End
p/s: Aku ingat nak pegi tgk wayang transformers 3.Harap filem tu masih best tanpa kehadiran Meagan fox (aku adore dia sebab cantik gila)
Labels: My favorites, My Recent Update
Posted @
[
12:31 PM]
Wednesday, June 22, 2011
No Editing
Sometimes you don't need DSLR.Just pure skills.
100% pure.No editing.
Enjoy!hehe
Labels: My favorites
Posted @
[
5:35 PM]
Tuesday, June 21, 2011
Buat aku terfikir...
Ini adalah luahan perasaan...jika anda hendak mencari tips atau gossip terbaru..sila abaikan part ini..heheh
1. Emak sudah semakin berusia (bukan tua..hendak sedapkan hati dan indahkan bahasa..hahah).
Begini eh...nak cepat paham, lebih kurang beginilah dialog aku dgn mak aku:
Emak : Sini ada shopping kompleks ka?
Aku : Tu ada.Seberang jalan ja.Kenapa mak?
Emak : Mak nak pegi toilet.
(Selepas itu kami pun menyeberang jalan and it took just a FEW seconds ya kawan2)
Aku : (bila tiba di shopping kompleks itu) Bah mak pegilah toilet.
Emak : Eh siapa yang hendak pergi toilet?
Aku : Kan mak cakap mau pegi toilet?
Emak: Eh mana ada.Kamu bha tu kan mau pegi?
Ok Baiklah .Dalam masa hanya beberapa saat lepas seberang jalan, emak sudah lupa apa yg dia perkatakan.Sabau jelah...(dalam hati istighfar banyak2)
Buat aku terfikir : Emak sudah nyanyuk ka???Nauzubillah.Mintak2 mak aku cuma konpius.
2.Aku ada booking homestay.Awal oke.6 bulan sebelum aku nak check-in pon ke homestay itu.Boleh2 owner tu lupa.Dia boleh kasi booking aku dengan orang.Bukan aku takda re-confirm.Bulan 4/5 kami ada kontek2 semula. Lepas tu boleh salahkan aku sebab booking terlalu awal.Susahkah nak admit kesalahan sendiri?Cakap ja salah sendiri sebab lupa.Dasar manusia sekarang.Ego.
Buat aku terfikir: Nasib baik dia tu orang tua (tapi taklah tua sangat sampai boleh lupa) kalau tidak dah lama aku fire.Ni lah kalau orang Melayu buat bisnes.Maju sikit mula nak slack.Padan kalau dah kaya raya bisnes boleh lingkup. For the record, dia takda apologize pun dgn aku. Sabar ja..mungkin ada hikmahnya...so susah payah aku terpaksa cari tempat lain
3.Aku nak minta cuti.Tapi tak approved.Selama ni aku banyak sit in utk orang.Aku MC pun pergi sekolah juga.Aku sakit takda siapa yg tahu sebab aku tak mahu susahkan orang ganti kelas aku.Tahun lepas pun aku ambil cuti sebab konvo,ambil ujian memandu dan temuduga SPP.See??Itu terpaksa.Tak pernahnya aku ambil cuti untuk suka2. Paling aku bingit telinga bila kena cakap :
"Kita harus utamakan perkhidmatan"
Excuse me.Bagi aku apa2 hal family first.Betol?Paling cuak bila yg cakap begitu orang yg cakap tak serupa bikin.Faham kan maksud aku?Means, selalu la 'missing in action'.Aku malas nak ngumpat.Faham2 sendiri la kan.Banyak2 doa la dijauhkan dari situasi macam ini.
Buat aku terfikir: Ada rezeki InsyaAllah kalau aku jadi ketua,Guru Besar ke hapa,aku takkan ulang kesilapan ketua2 yg pernah aku alami dari praktikum hingga sekarang.Kepimpinan melalui tauladan.Kalau tak ckp serupa bikin org akan hilang respect,betul?
4. Aku memang panas beb bila orang curi 'theme colour' untuk majlis aku nanti.Kalau kebetulan aku tak kesah tapi ni aku dah siap bagitahu semua. Kalau orang lain ok la sikit ni sedara sendiri.Dia kawen dulu dari aku. I'm pissed off la kan???sebab tetamu kami nanti sure sama.Aku rasa macam kena sabotaj ja.Ya Ampun dugaan betul. Nak ubah warna ada orang dah siap jahit baju kaler tersebut.Tegoklah macam mana.Takda mood dah aku.
Buat aku terfikir : Nak 'ruin my day' kah atau aku dah mula jadi idol orang??? Katakan TIDAK kepada poser @ copycat!!!
OK.Setakat ini sahaja.Hati yg panas drained out all your energy.zzz
Labels: My Recent Update
Posted @
[
10:13 PM]
Sunday, June 19, 2011
Lama tidak update
Weh lama betul aku takda update.Hehe.Sibuk memanjang.Di sekolah ada 4 projek besar menunggu, antaranya perkhemahan peringkat zon (kami tuan tanah eh tuan rumah) dan larian 1 murid satu sukan. Pertengahan bulan 7 baru aku dijangka akan free.Duh!So good luck untuk aku (ini ayat sarkastik.harap maklum..lalala)
Quick update. Semalam aku dengan family keluar bersiar-siar (eh geli betul dengan penggunaan perkataan ini.skema.haha) Semalam juga diadakan sambutan hari bapa secara advance.Makan di thai food,The Spring (aku rekomen sana sgt sedap/murah)...kalau tidak murah aku takda pegi la kan (kedekot nak mampos)...bukan setakat murah la..berbaloi2.Tu yg penting.betol???
Semalam juga aku servis kereta di Perodua.Lama gila wei.2 jam aku tunggu sebab kereta banyak sgt.Lebih 20buah maybe.Aku ingat time belum gaji ni takdalah ramai yg hantar servis.Rupanya ramai juga (walaupun aku dah awal terpacak di sana.Org lain mungkin seawal selepas subuh dah camping tunggu di sana kot).Sabar jalah. Terbang duit aku 0.2 k servis (err maksudnya 200). Mahal lor.Lepas ni servis sendiri sahaja.Malas nak pi perodua.Harga barang dia ganti 2,3 kali ganda lebih mahal.Konon branded.Letak alat ganti jenama merz atau subaru ke nisaan skyline dalam kete aku takpalah.Tapi ni..ish ish (cek2 made in China jugak)
Oh semalam hunting table lamp dan bedside table berjaya!!!!Mission accomplished! Table lamp beli 2 bijik dengan harga yg sangat murah sebab lampu tu nampak jauh lebih mahal. Bedside table juga sangat murah beli di courts mammoth (sini ko beli cash ja murah.Plz jgn hutang.Dia riba ambek untung lebih)Kedua2 lampu and table pun last piece okek...memang rezeki..happy!!!
Lastly, aku ada order bendaalah di bawah ni.Ingat nak buat projek terbaru:
Tapi tapi agak kecewa sebab saiz dia lebih kecik dari jangkaan. Ntah la aku nak buat apa dengan benda tu nanti...apapun jenguk la blog tersebut nanti.Banyak benda best.Owner dia pun sangat friendly.Setakat ni aku rasa blog ni provide benda yg paling cute dengan harga paling berpatutan (Especially kain dia.Superb!!!).
Ok.Bye
Labels: My Recent Update
Posted @
[
7:19 AM]
Friday, June 10, 2011
Bersedia untuk DIY seterusnya!!!!
Harini aku decide untuk kita skip dahulu pasal vacation aku..hehe..macam boring la pula kan???Masa cuti sekolah ni dalam aku relex2 banyak betul idea aku datang untuk buat handmade @ DIY bebenda. Shopping sakan lah aku untuk project aku yang seterusnya..lala
Aku paling suka lah ke kedai DAISO dan KAISON. Memang best gila..aku boleh duduk berjam-jam dalam kedai tu pilih benda..malangnya dua2 kedai ni tak ada buka cawangan di Kuching neh..tapi tak apa..aku dah borong apa yang patut di sana..hehe
Akhirnya aku dapat beli cutting board pink ya kawan-kawan dengan harga RM5 sahaja (kedai Daiso kan always RM5 ).Lama dah aku hendak beli tapi harga cutting board biasa mahal. Being the normal Hj Bakhil, memang aku kedekot nak keluarkan duit beli.Lagipun warna cutting board biasa hijau-gelap-boring itu sahaja. Kali ni dah dapat..senang hati. Siap beli kotak besar untuk letak semua peralatan aku beli.Nanti senang nak cari.
Jeng-jeng....lepas tu aku beli sticker. Ha ni ada guna dia..nanti aku akan tunjuk apa outcome nya. Sticer macam ni cantik.Kebelakangan ni aku memang so in love dgn popped out sticker. Stiker yg biasa tu agak boring dah la kan, no?
Buttons.Beli sikit dulu. Baru hendak eksperimen buat.Entah menjadi ka tidak.Kena testing power dulu..hehe
Antara benda kegemaran aku. Glue dalam botol butterfly. Boleh didapati di Daiso.Comel. Lagipun boleh refill kalau dah habis.Water glue rupanya mudah digunakan. Sesuai kalau nak buat handmade card sebab dia very light dan tipis.
Ni benda lain yg aku grab dekat Daiso. Paper cutter tu ingat nak grab banyak2 tapi hanya 3 design ni yang aku berkenan. Lepas tu ada colour pen tu sesuai untuk menulis nota sebab dia bukan dakwat basah. Then ada pencil cap aku beli supaya lepas ni taklah pencil box aku kotor terconteng dengan pensel...
So nanti kalau project aku dah siap aku akan post kan di sini..hehe
Labels: My Recent Update
Posted @
[
11:37 AM]
Thursday, June 9, 2011
Make A wish
Ok sebelum pergi Sabah haritu aku ada buat list atau senarai yang aku hendak buat bila tiba di sana.Ini List tersebut :
1. Menikmati pemandangan di Sabah
2. Main tangkap patung
3. Bakso
4. Ayam panggang
5. Ki Cai Peng
6. Mangga Filipino
7. Nasi Ayam
8. Tau Hu Fa + Sirap gula Melaka
9. Puding Kelapa
10. Seafood
So uintuk nasi ayam dan bakso tu aku tak sempat makan.Sebab dua2 benda ni hanya ada dekat Keningau.Eh maksud aku paling best la superb sedap tahap cipan yg pernah aku rasa time zaman study dulu.Bakso tu ada di pasar malam ja.Tak menyempat la aku kan?Sobs..
Kami makan di Seafood Gayang,Tuaran.Sedap gila dan harga amat berpatutan.Don't Worry.Halal okek...aku pun takdanya nak makan kalau tak halal..isk
Tegok..semua licin!!!Sedap woo..ada kesempatan pasti ke sini lagi.Pemandangan restoran pun sangat cantik..terletak dekat teluk2 menghadap laut..
Ki cai peng..hanya ada di sabah...rindunya nak minum benda ni..sedap gila
Ha ambek ko 4 bekas sekali beli...tau hu fa bersama sirap gula Melaka.Paling sedap beli di pasar tamu,Papar.
Ok lah...aku upload gambar sikit2 ja dulu...hehe..kalau nak upload semua memang tidak terkira banyaknya..don't worry, lepas ni akan lebih banyak series pasal percutian aku.Nak tahu apa aku recommend dekat Sabah pun boleh..hehe..oh ya harini dah hari Khamis.Cepatnya masa berlalu.Tak lama lagi akan mula bertugas..argh..malas..:-(
Labels: Holiday
Posted @
[
9:35 PM]
Wednesday, June 8, 2011
Shopping Sakan
Hello semua!!!Rindu aku tidak???haha....Akhirnya aku kembali semula lepas bercuti panjang di sabah.Terlebih dahulu aku nak minta maaf banyak2 buat member2 di Sabah sebab aku tak ada roger2 pun ajak reunion ke hapa sebab jadual sangat padat (eh eh berlagak artis..peh)..bukan apa,sebab aku datang dengan family,agak susah nak adjust masa..lebih2 lagi sedara mara mmg tidak putus2 datang berkunjung..so maybe lain kalilah ye..hehe..
Semasa bercuti,biasalah..aktiviti utama orang pompuan tentulah bershopping..aku pun apa lagi..sibuk sakan aku shopping untuk anak2 blythe aku...rembat semua baju yang terjual di Daiso,1 Borneo,Kota Kinabalu,Sabah.
Wow Sasha bermandikan baju baru..yippie!!!
Ni semua koleksi dia aku rembat..yelah..nak tunggu aku menjahit baju untuk Blythe aku takkan dapatlah kan..itu namanya tak ada bakat..sedangkan karipap pun jadi donat,apatah lagi menjahit baju..sob
Dari kiri ke kanan : Hi Tea party dress, Beach dress, Shibuya Girls dress (wei lama gila aku mengidam cari baju ni untuk para blyte/pullip aku) dan kimono.
Sekali lagi dari Kiri ke kanan (bukan komand kawad kaki okek..hahah) : Party dress, Cute outfit, Shopping outfit and maid outfit..
Lastly, layan gambo sasha yg gembira mendapat baju baru (untuk dikongsi bersama sophie dan Shizuka juga..hehe).Nanti akan datang aku akan update pasal percutian aku pula..buat masa sekarang still letih lagi..hehe...adios!
Labels: Blythe
Posted @
[
9:22 PM]