
Tuesday, May 10, 2011

Selamat Hari Guru
Eh tidak percaya aku dah jadi cikgu dalam temph 1 tahun 4 bulan. Mula-mula malu weh nak kata aku ni cikgu sebab aku rasa aku tak cukup bermoral/layak/otai untuk jadi cikgu.Cikgu kan kena skema dan aku anti segala ke-skemaan (nerd). Very cliche' la macam neh.
Adik aku kata bila dia tengok aku jadi cikgu, dia terus tak mau jadi cikgu.OK aku akui mmg kerja sibuk/berat gila sampai satu tahap aku rasa gaji cikgu patutnya 20k.Baru aku tak merungut atau jadi gila kerana bebanan kerja (aku tak hipokrit.mmg mata duitan).Tapi apa kes kalau cikgu yang makan 'gaji buta'?weh banyak oi terutamanya cikgu lelaki.Ini hakikat.Bukan diskriminasi.
Contoh (kisah benar): Aku praktikum dulu.Ada cikgu Lelaki KPLI.Keji gila.Dtg lambat.Mauk kelas bukak laptop.Bgtau budak "buka mukasurat bla..bla..ok jawab soalan tu". Belum loceng bunyi dah balik. Dari hari pertama sampai abes praktikum.Itu rutin dia.Keji gila.Rasa nak terajang.
Kedua, situasi sebenar: Cikgu lelaki juga.Dapat subjek teras.Masuk kelas bagi teka teki memanjang. Sembang dengan budak.Bagi budak main chess.Selalu bawak budak pi pusat sumber.Pasang LCD.Tayang video lawak dari You Tube.Mesyuarat asyik bagi alasan tak dapat datang.Selalu ambek MC/CRK. Aku tanya budak.Dorang belajar apa? Dari situlah aku tahu cerita ni semua.Bukan aku main tuduh.
So, kalau setiap sekolah ada cikgu macam ni..apa kesudahannya??
Aku bukanlah cikgu yang mulia sangat.Tak la terer sangat. Tapi hakikat cikgu macam ni memang ada.Aku harap orang macam akhirnya sedar. Kadang2 pelik juga gaji bapak besar tapi still kata tak cukup.Fikir2 lah , mungkin itu petanda rezeki tak halal.Bila kerja tak telus.

Syukurlah cikgu aku dulu semua tak ada yang begitu.Hakikat guru zaman dahulu dan sekarang berbeza.Dulu guru satu pekerjaan yang 'holy' lagi suci dan dimartabatkan.Aku harap tak terlambat untuk kita mengubah apa yang silap dan kekalkan tanggapan yang baik terhadap seorang guru.
Terima kasih cikgu.Selamat hari guru.
Labels: My Recent Update

Posted @
[
11:22 PM]
