
Friday, May 20, 2011

Hari Kita Rasa Dihargai
Pada Hari Gurulah aku rasa paling dihargai. Dalam TV,Paper semua cakap pasal cikgu.Sampai Forum Perdana Ehwal Islam pun cakap pasal guru. Dan penguguman penting pun dibuat untuk guru sempena Hari guru.
Mungkin inilah perasaan mak aku masa diraikan pada Hari ibu..hehe

Oh..kenapa anak murid aku lukis ikan neh????Apa kaitan guru dengan ikan??Anak ikankah?Atau mengingat cikgu yg suka curi tulang...ikan???Haha

Kek dari bank Rakyat.Besar Gila.Siap bagi kad juga untuk setiap guru.Tak sempat rasa.Sebab sudah melantak makanan yg lain dengan lahap sebelum ke meja kek ini..Kenapakah kek itu tidak berciri funky??Letak patung sin chan di situ mungkin akan membuatkan kek tampak lebih menyelerakan..tu la beberapa hiris ja dimakan..kan kan??

Cupcake yg bukan sahaja comel..malah sedap gila (sedap gila= enak tahap cipan. Melampau puji lebih dengan harapan org yg buat cupcake baca belog aku lalu kembang dan bagi lagi secara FREE kepada kami..heh). Emak pelajar yg bagi utk semua guru.

Hadiah hari guru aku...wow ! (rasa taksub ingat masa praktikum ja banyak)

Dalam banyak2 hadiah..ni hadiah kegemaran aku.Mungkin sebab dia buat sendiri.

E..sungguh memahami murid aku neh ada yg bagi teddy bear dan HP charm yg kiut.Hadiah yg lain aku takda letak.Tak larat gambar satu2.Terharu betul sebab aku ajar sekolah kampung.Murid pun bukan dari kalangan orang senang, tapi masih boleh beri aku hadiah.Terima Kasih semua..hehe
Labels: My Recent Update

Posted @
[
11:02 PM]
