
Wednesday, May 25, 2011

Happy Holiday!
Beberapa hari lagi cuti sekolah!!!Yippie!!!Memang saat cuti sangat dinanti-nantikan.Aku dah memang perlu cuti dah kalau tidak memang aku akan tensen dan ia tidak bagus untuk kesihatan kulit aku yang akan menampakkan aku nampak 10 tahun lebih tua..hua hua (perasan awet muda)
So kali ini melancong ke mana??
S.A.B.A.H la di mana lagi bha???haha (aku pun tak paham kenapa orang perasan dia terer kunun cakap sabah dgn hanya tambah perkataan 'bah' di setiap hujung ayat...)

Peta sabah bagi yang tak tahu terletak dalam kawasan Malaysia ya kawan-kawan. So disini aku nak maklumkan blog aku akan sunyi dalam lebih kurang 10 hari...tapi tengok keadaan la, manatau aku ikot pertandingan karaoke lalu menang hadiah pertama berupa blackberry lalu aku pun tak semena-mena akan upload guna blackberry baru tersebut (ceh tinggi angan-angan).Yalah takkan aku nak bawak PC aku ke hulu ke hilir semata-mata hendak mengupdate blog kan?kan?? kalau beso setakat 5cm tak apa juga ni beso gedabak macam anak gajah.
All images were Googled.tq (dasar malas nak paste web..haha)
So aku akan cerita apa wishlist aku masa pergi ke Sabah.Ya ampun rindunya aku dengan tanah tumpah darah aku ni.So here goes the list :
1. Aku hendak menikmati pemandangan dan suasana di sabah.Meghirup udaranya dan aku hendak rakamkan setiap detik aku di sana (ceh gila jiwang ayat engko geli tak?)

2. Aku mesti nak main tangkap patung neh.Kat Kuching ni tak da.Rindu wei.Aku hendak menguji kemahiran aku samada aku masih terer seperti dulu atau tidak..haha....for the record aku siap pernah tangkap 2 patung dalam satu masa sampai en Sanim jeles dengan ke-otai-an aku bermain gem neh..lala.Aku cadangkan lenkali letaklah patung Blyte ka dalam tu..baru aku bersemangat tinggi nak tangkap..hehe

3.Bakso...oh nak makan benda ni..sampai aku lupa macam mana lazatnya bakso neh.Bukan takda di sini, tapi ia tak sesedap macam dekat sabah (maybe sebab orang Indon ori yg buat).Kalau di sini rasa bakso dia macam mee hoon sup ja.Tak best.

4.Sayap ayam panggang!Aduh rindunya aku.Harga cuma rm1.20 tapi sayap dia macam sayap Eagle gila besar (ok ok ni aku tipu).Sayap ayam seluruh Sarawak neh tak dapat menandingi kesedapan sayap ayam makcik pasar malam di Keningau itu.Terima Kasih.Kalau makcik jual sayap itu ada belog pasti aku anugerahkan 'Pembakar sayam ayam terbaek!!Kita bakor jeee!!!) - tiba-tiba keluar tag line Hantu kak limah balik rumah lah pulak

5. Kicai peng - oh kalau di mana2 tak ada benda ni..di sabah sahaja okek...maybe adalah dgn istilah lain....bila aku ckp 'kicai peng satu!!'..muka dia macam 'huh??'So part tu jadilah aku chef tanpa gaji ajar pelayan mcm mana nak buat air.Penat oke aku demo macam .."ala..mula2 masukkan gula, letak limau nipis/kasturi then bla..bla..."penat oke

6.Mangga Filipino.Ya ampun terliur aku.Sini tak ada.hanya ada mangga zimbabwe sahaja.hehe

7.Nasi ayam.Kalau di sabah, nasi ayam dia mesti letak sekali dengan gravy/kuah.Di sini, terkejut aku sekejap nasi ayam dia ialah nasi+ayam goreng.Aku macam eh mana gravy...??layan jelah

8.Last sekali nak makan taufu fa dengan gula melaka ni.Kadang2 dia letak gula pandan...Mantap yo..sini campo gula biasa ja..so aku akan cari benda ni..hehe..rindu nak makan!!!
Selain tu, aku mesti cari puding kelapa dia.Sedap!Seafood,shopping tu memang agenda wajib!Jadi jumpa selepas aku balik holiday ya!!jangan rindu aku...lalala
Labels: My Recent Update

Posted @
[
9:08 PM]
