
Wednesday, May 4, 2011

Do It Yourself!
Hello salam semua!!!Bersyukurlah anda sebab tiba2 aku ada mood untuk mengupdate blog hari ini (cey macam orang desperate bangat nak baca update )..hehe..sejak 2 hari ni aku bersemangat nak update tak tahu kenapa (buang tabiat kot ). Kalau boleh aku nak letak 10 entry at one go..boleh???larat engko baca???lala

(Ni bahan-bahan yg diperlukan.Sila tengok sendiri.)
Baiklah tanpa membuang masa (cey perasan dialog macam realiti TV ja) hari ini aku nak riak eh nak rias atau tunjuk cara buat fail watikah. Oleh sebab aku pernah buat benda ni dulu, jadi untuk kali kedua aku mula terer la. Memang jimat kalau buat sendiri (jimat duit engko lebih dari separuh tahu). Mula2 aku tak yakin utk buat sebab sedangkan kuih donat aku buat pun boleh bertukar jadi karipap, apatah lagi kalau kerja halus macam ni kan???

Tada!!!hasil yang telah siap. Takdalah aku guna magic hari potter ke nak buat cuma ko glue/hias benda tadi mengikut kesukaan.Mula2 try dlu ingat tak jadi tapi aku terpaksa buat la kan sebab benda ni jual di pasaran sangat mahal.Kalau cantik takpe.Ni huduh gila yg jual kat kedai....dah la salesgirl dia tak mesra alam langsung..muka mencuka ja.Engko tak ada pernah rasa nak tempeleng ja ka muka org masam tak nak layan customer???Ko paham kan perasaan aku???Aku pun ada PMS juga tapi takdalah aku masam semacam.So, aku buat keputusan bagus buat sendiri ja..puas hati....

Ha ni secara up close. Center dia aku letak reben dan rama2.Tema dia Purple.

Dalam dia pula rupa macam ni.Slot tu nanti untuk selit bucu sijil/watikah saiz A4 tu nanti.Eh lupa pula aku nak ckp.Kalau adat orang sarawak nak bertunang, kena ada watikah.Dia macam 'agreement' la / black n white yg ditandatangan oleh kedua2 belah pihak lelaki dan perempuan.

Hantaran dan hiasan watikah ni semua aku buatkan untuk saudara terdekat aku.Tema dia warna purple. Memandangkan aku sorang ja yang pernah ambek subjek seni di maktab dulu so rasanya (bagi mereka) aku paling layak buat hiasan ni semua (cey alasan ).

Kain hantaran yg aku pilih ni lawa gila tiba2 rasa sayang pula nak bagi..hehehe....cantik dan harga pun berpatutan...

Cantik sebab setiap bunga dia dijahit dengan manik...boleh tahan kan taste aku??hehe...setakat ni barang2 ni semua dah boleh aku katakan 70% siap....tiap hari lepas balik dari sekolah aku curi masa buat benda ni semua...mmg patut aku minta upah kan???hehe..tapi takpalah..aku buat ikhlas.Orang kata,kalau kerja tu mmg ada mood dan datang dari hati..semua benda jadi cantik...aku rasa betul jugak la tu..:-)
Labels: My favorites

Posted @
[
9:13 PM]
