
Sunday, May 15, 2011

Berlian kan teman baik setiap wanita...
Amaran : Gambar yang agak hampeh.Boleh menyebabkan rasa sakit hati ketika membaca belog kerana adanya picture tidak berkualiti tinggi..heh
Oh semangat aku nak update belog kalau bab bershopping sakan..haha..hari ni aktiviti jalan-jalan membuahkan hasil (kalau ada beli barang tu kira membuahkan hasil lah okek)
Cuba teka kami ke mana?? (ces macam la gempak sgt kot ala ke konsert justin bieber la konon nak tanya reders...)

Tada!!! Jawapannya : Kami ke Diamoney Jewelery... lalala (bajet kaya la tu)

Aku rembat bukan satu..tapi dua cincin berlian..hehe (mesti ko rasa pelik kan dgn sikap aku yg terkenal kedekot boleh rembat 2 berlian...mesti ada udang sebalik mee neh..)

Actually, satu untuk emak aku sempena Hari Ibu. Jadi sempena hari bapa kang terpaksa aku beli cincin berlian untuk bapak aku juga supaya nampak adil kan??kan?? Memang lama niat nak beli kasi emak aku cantik pakai berlian (dia tak pernah ada cincin berlian watsoever berlian) tapi tak kesampaian sebab harga berlian sama dengan seekor lembu (yakah??)..gila mahal..hehe. So design cincin mak lebih kurang macam kat atas (sanggup Google beb).Bayangkan batu kuning tu semua warna kristal clear...memang agak hampir sama la...

Sudah aku warning.Gambar memang tak mantap.
Sumber : camera Handphone sony erricson

Pakai di jari memang mengancam. Jangan bagi pencuri tengok nanti dia tetak jari. Bling2 dia boleh nampak sepanjang 2 batu jauhnya.Terima kasih. (tak sah kalau tak menipu bajet ring super kilat)

Ring aku pula macam ni..bulaat...hehe... (kata nak beli untuk emak,last2 aku mesti rembat sekali..hua hua )

Aku cuba sedaya upaya.Tapi inilah hasil terbaik camera handpon aku..sob..(memalukan)

Bila pakai kat jari..macam kalah pula ring kate Middleton..hehehe

Hoyeh...sebenarnya aku dah lama admire cincin jenis bulat macam neh sejak tengok wedding ring Ayu Raudhah..mmg terbayang2 okek...jadi bila dah tengok yg hampir sebijik sama terus aku rembat..hehe...merasa juga aku pakai ring macam Ayu Raudhah...
Oh ya sekarang diamoney ada sale sampai 70%!!!!Memang agak gila aku fikir harga dia yg jatuh menjunam dan murah...so apa lagi, belilah untuk ibu anda..bukan selalu pun beli..lagipun time dia murah ni la berbaloi2 beli...sale nya entah sampai bila..cuba cek cawangan Diamoney negeri masing2. Pasal kualiti aku tak sure sangat samada 4c ke 3c ke berapa carat ke..yg penting cantik dan emak aku suka...hehe...rezeki jumpa sale macam ni.Rasa rugi pula kalau tidak beli untuk emak.
Labels: My favorites, My Love Ones, My Recent Update

Posted @
[
6:31 PM]
