
Thursday, January 27, 2011

Bekerja di ladang Strawberry
Semasa di Cameron, terjumpa pintu gerbang ajaib ke alam stoberi..haha...bila masuk boleh makan stoberi puas2...

Tada!!!!Bayangkan aku bawak sebijik buah stoberi di pintu gerbang neh...nescaya orang rumah pecah perut makan siap boleh buat jem setiap hari..lepas tu peti sejuk terpaksa dikosongkan sebab nak simpan stoberi neh (kan stoberi suka tempat sejuk ja...lala)

Tu...siap ada tumbuh melata lagi di luar pagar...Cuba ko pergi korea ka,US ka...ada tidak stoberi sebesar ini???Tak ada kan?Well, ni lah the 8th wonders of the world.Terdapat di Malaysia yo..haha

Selepas puas bergumbira...kita kembali semula ke tempat kerja okek...atau should i say i'm the tokey and the worker here di dunia Stoberi...?(ok melalut...skip this part)...Lihat..potong stoberi sangat mudah..tidak perlukan gunting khas,gunting rambut atau gunting corak.Cuma perlu gunting tajam sahaja dan pilih stoberi mana berkenan di hati...hehe

Sebagai tour guide hari itu,En Sanim dengan terernya memilih dan memotong buah stoberi dengan sekelip mata...errr...baiklah 10 kelip mata..haha...seolah olah ladang stoberi ini dia sorang yang punya...En Sanim kata pilih yg beso beso sebab rasanya manis yg kecik tu masam...Ala,aku takda kesah kecik ka besar,sebab aku siap curi2 makan masa ambek buah stoberi...kalau manis,aku ambek stoberi yg berdekatan buah itu tadi...haha.Bijak tak aku???

Kalau En Sanim dah penuh sebakul, aku sebijik stoberi pun takda kutip lagi sebab byk hilang ke dalam mulut..bukan berakhir di dalam bakul..lalala

Jeng-jeng!!!!Siap kutip Stoberi...hendak sejam lebih juga kami di sini....aku ckp kat En Sanim buang la daun2 stoberi tu supaya tak berat (sebab dia timbang apa ko ambek and charge accordingly)..dia ckp tak payah..berapa gram sgtlah daun tu..cet

Tgk betapa besarnya ladang stoberi ini...ni baru one part..part belakang tak tgk lagi

Yay....stoberi dah dibungkus dalam bekas cantik!!!!Manis dan sedap..yum!

Okek..jgn tamak..bagi Helo kitty siket.Kesian dia duduk lama dalam kereta tunggu kami...nah.Enjoy ya!
Labels: My favorites, My Love Ones, My Memories

Posted @
[
6:05 PM]
