Thursday, January 27, 2011
Bekerja di ladang Strawberry
Semasa di Cameron, terjumpa pintu gerbang ajaib ke alam stoberi..haha...bila masuk boleh makan stoberi puas2...
Tada!!!!Bayangkan aku bawak sebijik buah stoberi di pintu gerbang neh...nescaya orang rumah pecah perut makan siap boleh buat jem setiap hari..lepas tu peti sejuk terpaksa dikosongkan sebab nak simpan stoberi neh (kan stoberi suka tempat sejuk ja...lala)
Tu...siap ada tumbuh melata lagi di luar pagar...Cuba ko pergi korea ka,US ka...ada tidak stoberi sebesar ini???Tak ada kan?Well, ni lah the 8th wonders of the world.Terdapat di Malaysia yo..haha
Selepas puas bergumbira...kita kembali semula ke tempat kerja okek...atau should i say i'm the tokey and the worker here di dunia Stoberi...?(ok melalut...skip this part)...Lihat..potong stoberi sangat mudah..tidak perlukan gunting khas,gunting rambut atau gunting corak.Cuma perlu gunting tajam sahaja dan pilih stoberi mana berkenan di hati...hehe
Sebagai tour guide hari itu,En Sanim dengan terernya memilih dan memotong buah stoberi dengan sekelip mata...errr...baiklah 10 kelip mata..haha...seolah olah ladang stoberi ini dia sorang yang punya...En Sanim kata pilih yg beso beso sebab rasanya manis yg kecik tu masam...Ala,aku takda kesah kecik ka besar,sebab aku siap curi2 makan masa ambek buah stoberi...kalau manis,aku ambek stoberi yg berdekatan buah itu tadi...haha.Bijak tak aku???
Kalau En Sanim dah penuh sebakul, aku sebijik stoberi pun takda kutip lagi sebab byk hilang ke dalam mulut..bukan berakhir di dalam bakul..lalala
Jeng-jeng!!!!Siap kutip Stoberi...hendak sejam lebih juga kami di sini....aku ckp kat En Sanim buang la daun2 stoberi tu supaya tak berat (sebab dia timbang apa ko ambek and charge accordingly)..dia ckp tak payah..berapa gram sgtlah daun tu..cet
Tgk betapa besarnya ladang stoberi ini...ni baru one part..part belakang tak tgk lagi
Yay....stoberi dah dibungkus dalam bekas cantik!!!!Manis dan sedap..yum!
Okek..jgn tamak..bagi Helo kitty siket.Kesian dia duduk lama dalam kereta tunggu kami...nah.Enjoy ya!
Labels: My favorites, My Love Ones, My Memories
Posted @
[
6:05 PM]
Wednesday, January 26, 2011
Holiday 2010
Melihatkan blog orang lain hati terasa gatal pula nak update... (gatal nak update okeh bukan ikhlas nak update..haha)...actually dah lama terniat untuk mengupdate tapi kamera tertinggal pula tak sempat naik kapalterbang bersama aku...
Masa hujung tahun lepas banyak berjalan2 sakan tapi consider ni sebagai part 1 journey aku..bersama miss Hello kitty on the way to Cameron Highlands..yay!
First time datang ke Cameron memang sangat teruja..ni siap jumpa sayur2 an gergasi..begitu suburnya tanah di Cameron ni ya....terlebih baja neh
Wah wah terasa macam di London pula pakai shawl macam ini.
Ok.Masa itu emas...tu la bergambar dgn jam la pulak..
Cantik betul bunga neh..hargaa pun murah2 ja,,tapi kalau bawa balik kompom layu..melainkan siap2 letak dalam peti sejuk..hehe
Bila lalu tepi rumah ni rasa wajib ambil gambar....cantik sungguh tempat ini..ada rezeki hendak buat rumah ada attic...baru best kan??
Okeh cukup.nanti kita sambung part 2 pula ya!
Labels: My Memories, My Recent Update
Posted @
[
7:40 PM]
Sunday, January 2, 2011
Cara Menghabiskan Cuti Sekolah
Secara jujurnya aku tidak pasti jika blog ku neh masih ada readers ka tidak memandangkan aku lama tidak mengupdate dan mengabaikan blog.Dulu, hari-hari bukan main terer aku mengupdate blog setiap hari untuk melepaskan tensen dan sekarang?hehe...sungguh tidak bertanggungjawab menjadikan blog untuk melepaskan tensen
Baiklah..azam tahun baru..menulis satu post at least seminggu sekali...okek????
Cuti sekolah ini merasa sungguh bahagia.Holiday siapa tidak suka kan???Ini pula kerja part time adik aku ngan aku sempena holiday neh:
Mencuba spek pelbagai jenis.Ini spek joker.Siap ada loceng di tepi bucu spek tapi tidak kelihatan pula di dalam gambar.
Patutkah aku menamakan ini spek rama-rama??Amat sesuai dipakai mengadap guru disiplin agar tidak dicam selepas buat kompelen macam-macam..hahah
Spek pening
Wow...spek Saloma hidup kembali
Semasa di shopping mall tersebut,mencuri-curi untuk snap gambar sebab terlalu banyak benda pelik dan cute.Untuk jamuan mata sahaja.Sin Chan dalam bikini pink.
OMG (OH MINAT GILA ) dengan benda macam neh.....fake cake nampak macam benda sebenar...dulu time di maktab selalu buat kek, biskut , candy dari kain tapi ni rasanya lebih elok dan lebih real...harga sangat berpatutan tapi dengan keimanan (cet) aku berjaya menahan diri dari membelinya...kena ada display rack baru mula nak serius beli benda2 macam ni la kan??
Ok adios..esok aku dah mula kerja..sob....mmg tak ada mud lah
Labels: My Recent Update
Posted @
[
6:19 PM]