
Sunday, October 3, 2010

Sambutan Hari Raya
Waduh..waduh sudah lama aku tak menjengah ke blog aku neh..bagaimana keadaan ko blog aku? seandainya blog ini teman lelaki sudah tentu sudah merajuk dua keturunan..haha..eh tak apalah, aku kan sudah menjengah siap mengupdate anda sekarang??weee~~~ mari bergembira sebab blog sudah update (mabuk apa ..isk isk)
Hari Raya akan berakhir tidak lama lagi..jadi masih tidak terlambat untuk kita story kisah hari raya kan?kan?Orang lain sibuk puasa 6 aku sibuk mengunyah makanan..sudahnya aku naik 2kg dalam sekelip mata (betol tak tipu aku kedim mata sekali lepas tu timbang dah naik 2kg)..oh ya BTW lepas puasa hanya berjaya capai 46kg (tidak seperti yg di aim 40kg) now dah jadi 48 kg..

Setiap tahun sudah menjadi kemestian setiap family mesti ada warna tema...dan untuk first day raya wajib ikut warna tema masing-masing dengan corak yang sama..untuk hari raya kedua, perlu ikot warna tema sahaja tapi corak baju tak perlu sama..untuk tahun ni kami satu family pilih warna hijau lumut..very nice...family lain ada yg pilih tema biru, pink, kuning..ini yg buatkan raya kami selalu unik dan happening..hehe

Kazen kesayangan yg memilih tema biru..masa ni tengah tunggu family lain datang...isi masa lapang dengan bergambar..ehehe

Baby omar mujahid & Ainaa Aliya

Bila dah berkumpul, penuh kawasan rumah nenek..haha..ini sudah lebey..macam kenduri pula

Kalau dah kereta penuh datang..penghuninya apatah lagi memang gila meriah...bila semua sampai akan bermula upacara bermaaf-maafan..ececey...bagi yg belum bekerja,seronok kumpul duit raya..yang sudah bekerja macam aku neh..bagi duit raya la apa lagi..sob sob

Kek cheese yang sangat sedap gila..terima kasih Am bank sebab sponsor..lenkali kami akan loan di bank anda lagi..haha..(aku awal2 siap dah curik buah stoberi dia..lala)

Hidangan untuk pagi hari raya..ada rendang, ayam, nasi minyak , tah apa lagi tak ingat...

Ooooo..harus posing tepi kereta kebanggaan...walaupun nampak genit sebelah nissan XTrail tersebut tak mengapa..tunggu i jadi guru besar then i join club toyota..kekekke(aim seterusnya toyota camry..i tak minat vios oke..hehe)
Labels: My Recent Update

Posted @
[
11:44 AM]
