
Monday, August 2, 2010

SARAWAK REGATTA
Pernah dengar Sarawak Regatta? Sebenarnya aku sudah lama mengidam nak tengok benda neh. First time dapat tahu pun melalui satu blog (tahun lepas) yang buat cover pasal Sarawak regatta. Punyalah exited aku nak pergi..al maklumlah memang bes kalau dapat lihat orang berlumba perahu..pada hari yang sama kebetulan ada pertandingan car drift di Sejingkat, eh eh kalau setakat drift tak hingin aku baik tengok orang lumba perahu di samping cuci mata tgk omputeh pakai bikini haha (untuk lelaki sahaja dengan pesanan taubatlah..isk )

Ni perahu penambang yang biasa bawak penumpang tak kerja weh hari tu sebab nak berlumba..teringin aku tengok pakcik2 pendayung sampan neh berlumba nak tgk dia fit ka tidak ada hati nak lumba meh lumba dengan aku gerenti jadi johan (weh poyo gila pompuan neh padahal dah gemok tak slim langsung apatah lagi fit utk berlumba)

Ni antara perahu naga yg sempat di capture..kurang jelas al maklumlah pakai kamera aku yg setakat cokia ni kan...tu pun sorok2 keluarkan kamera sebab malu kamera org lain canggih2 siap ada aksesori zoom segala panjang dia sedepa tahu..

Penaja hari tersebut..harian Metro..weh aku ingat naik perahu penambang haritu free..rupanya bayar jugak..isk nama je penaja tapi kedekot nak taja orang pegi seberang sungai.isk

Helikopter terbang rendah di udara..kejap2 nampak dia terbang buat liputan kot rasanya

Mak siap pakai topi..i macam biasa kena maintain glamer..spek hitam will do the trick..haha..perasan gila rasa macam Paris Hilton la pulak

Saja snap.Tak ada caption.

Dewan Undangan Negeri Sarawak...lihat dari kejauhan sahaja ye..jangan mimpi nak masuk..dilarang sama sekali..kecuali ko sanggup menyamar jadi tukang cuci tandas dia..takpun cakap ja dari Indah Water...
Ok lah.Yg penting hari tersebut best.Happening..!
p/s : Mesti kamu jeles kan tak dapat pergi..wahahaa (tiba2 bunyi nak cari pasal)

Posted @
[
7:50 PM]
