
Thursday, July 15, 2010

MINGGU UNIT BERUNIFORM
Dah 2-3 hari ni aku rasa nak update blog...tapi banyak sungguh halangan..antaranya aku tak dapat menjumpai kabel kamera aku..dah la pula bila try kabel lain dia pandai memilih la pula..tak dapat detect..isk...sudah pula kerja aku minggu ni amat menimbun..antaranya aku kena bagi satu projek baru lagi untuk dilaksanakan di sekolah..projek apa..hehehe..tunggu dan lihat nanti ye..

Bekerja di sebuah sekolah kecik (er..walaupun bangunannya besar...), maksud aku pelajar/gurunya sedikit..plus satu sesi sahaja memang adakalanya mencabar juga..antaranya engko akan tak pasal-pasal dilantik jadi ketua..tapi takpa, jadi ketua pun bes apa sebab you're the boss..haha..mcm aku tiba2 dilantik sebagai penasihat T.K.R.S...sebelum ni cuma pembantu tapi cikgu tu dah pindah so aku jadi boss..mula2 rasa kurang yakin, tapi lama2 aku curi motto Nike 'just do it' bebeh! So segalanya pasti menjadi yg penting redah jee...

Eh aku redah2 bukan main hantam ja tahu...aku ikut sylibus juga...aktiviti kami semalam ialah memasang khemah...aku bangga dengan pelajar aku sebab bila aku nak ajar..diorang cakap dah tahu buat...sekejap ja dah berdiri khemah tu..wah.....platun TKRS mana yg pandai sangat neh??? Tengok cikgu dia la..hahaha <-------Perasan

Tada!!!Aku terpaksa sensored gambar 2 eko di depan tu sebab buat aksi tak senonoh..isk..aku suruh buat peace dengan dua jari dia buat satu jari ja..aku tak nampak tu..kalau aku nampak kompom aku gulung dia sekali dengan khemah..dah tengok gambar baru aku perasan

E..comelnya anak murid aku...tengok cikgu dia laaaa <------ nak kena hentak ni sekali lagi penulis blog ini perasantan..eh..eh bukan aku tapi penulis blog ini

Kalau En Pian tengok aku mesti kena pumping dah neh..dah la tudung aku tak masuk dalam baju..patot tudung itam..pastu aku takda pakai boot..pakai kasut ja..memang tak beretika berpakaian la..eh..eh..lantak la..kan i'm the boss??hehehehe

Suddenly ada surat suruh aku ambek barang kat pejabat pos..belum ambek lagi...aku exited ni nak pegi ambek sebab setahu aku, takdalah aku order barang apa2 atau tunggu gift dari somebody..Ntah2 ada pembaca aku bagi gift tak???ada??bagus mengaku nanti dapat flying kiss dari aku...lala..(uwek...nampaknya ada readers dah mula termuntah)..baik aku beredar sekarang..
Labels: My Recent Update

Posted @
[
4:46 PM]
