
Wednesday, March 10, 2010

Dulu kempompong kini sudah rama-rama
Minggu ini sahaja telah menerima 3 jemputan kahwin...Kad yang dikirim oleh roomate semasa di kampus dulu telahpun sampai. Buat masa ini sememangnya agak kecewa kerana tidak dapat menghadiri perkahwinan cik Sanimah..(lepas neh tukar title kepada Puan la pula..hehe)..hati tumpang gembira kerana beliau telah bertemu jodoh dengan bakal suami...Alhamdullillah Anim..bertemu jodoh juga ko dengan orang yang baik hati dan betul2 sayang ko pula..chewah.. Ingatlah Tuhan itu Maha Adil sebab kalau kita taraf 'first class', Tuhan akan bagi yang first class juga melainkan kes-kes luar biasa yang Tuhan turunkan sebagai dugaan...
Untuk jemputan kedua, ialah pada 14 Mac yang mana pelajar ak akan Khatam Al Quran..hehe..ini mesti pergi sebab melibatkan anak murid..bukan main exited lagi diaorang sebab aku cakap aku mesti hadir untuk tengok mereka..lepas tu sambung dengan Majlis perkahwinan pakcik mereka di tempat yang sama...
Undangan ketiga pada 21 Mac..ha..ni aku tak dapat hadir sebab masa tu berada di tempat lain. Perkahwinan salah seorang anak lelaki cikgu sekolah aku juga..manatau hadir2 majlis perkahwinan ni boleh terus ambil berkat supaya cepat2 naik pelamin..hehe..kalau nenek aku dulu memang rajin suruh aku makan pinang dengan sirih junjung orang kahwin nak suruh terjangkit la kunun tapi sampai sekarang takda kawen pun..sob sob!
O.k tutup cerita
Weh, hari ni rakan-rakan KPLI sudah dapat surat sah lantikan tahu??Jelesnya..entah kenapa mata aku nampak $$$$ ja sekarang..hehe..
Dalam hidup aku selalu rasa aku ni terkejar kejar hendakkan sesuatu. Bukan apa, kadang-kadang aku terfikir panjang umurkah aku?Ada lagi ka aku tahun hadapan?Berapa lama lagi jangka hayat aku??Live life to the fullest rite?Dalam masa tu aku masih berusaha agar solat tepat pada masanya sebab selalu ter 'overtime'..isk isk
Beberapa hari lepas aku tengok gambar arwah atok aku dalam handphone.Tarikh dia 28 Mei 2006. Aku langsung tak sangka datuk akan pergi meninggalkan kami tahun lepas. Aku bayangkan...kalau aku jadi arwah atok..bila aku tengok gambar yang 2006 tu, pastinya aku akan terfikir..ada lagikah gambar aku tahun 2010 nanti??Macam itulah aku sekarang..bila tengok gambar2 tahun lepas aku akan terfikir..akan adakah lagi gambar aku tahun 2011 atau 2012??
Setiap kali aku lawat pusara atok aku mesti nangis..first, sebab aku ada banyak kenangan dengan atok. Second, aku takut...macam mana la hidup lepas ditimbus tanah??Macam mana la ak meninggal nanti??Adakah orang akan baca Yassin untuk aku?Lawat pusara aku setiap hari?
Itu hanya tuhan yang tahu.Tapi aku tetap gerun.
Buat masa ni ada dua ja wish aku...
Aku harap dapat bagi famili aku hidup senang, walaupun tak mewah..aku nak belikan rumah besar sikit dari sekarang dengan perabot baru
dan yang kedua...aku doa sangat2 agar...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku sempat menikmati alam rumahtangga..hehe
Sudah.Habis cerita
SPREAD THE LOVE YO!!Labels: My Recent Update

Posted @
[
9:36 PM]
