Saturday, March 27, 2010
All the way to convocation..
Woo Hoo!!! I SURVIVED CAMPUS LIFE!!!
.
.
.
.
Konvokesyen buat julung kalinya untuk kohort PISMP telah berlangsung pada 18 Mac 2010 di PWTC, Kuala Lumpur. Tapi awal2 15 hb lagi kami sudah blah ke sana. Naik flight paling murah Air Asia beb..murah2 pun tapi tetap kelas!!!
Malam tersebut actually flight kami delay..dari asal jam 9.30malam ditangguhkan ke jam 1.30 pagi (pergh..baru tadi ckp flight Air Asia banyak kelasss..).Tapi nasib baik ada extra flight jam 9 malam..so kami shift flight. Nasib baik datang airpot awal..plus tak ada bayaran tambahan..
Masa dalam flight perut sudah krok..krok macam konsert da dalam perut tu kelentang kelentung..siap ada bunyi2 lagu dangdut Inul..haha. Lepas tu cari2 menu yg paling murah (bukan engkau tak tahu aku neh haji bakhil-kedekot sikit) so beli la donat krispy kreame + hot drinks = RM9.
Sedap gila woo...lebih sedap dari Big Apple..walaupun sudah sejuk dalam air cond, donat tersebut tetap krop krop rangup!!!Harga pasaran donat neh : RM2.70 sebijik.Setakat ni hanya terjumpa donat tersebut terjual di Berjaya Times Square sahaja.
Ha..banyak org ckp, donat J.Co ni sedap..sempatlah juga melepas gian terhadap donat tersebut..tapi tidak boleh lawan Krispy Kreame tadi oke...hehe
Sesampai sahaja di KL dalam jam 11..kami bermalam di rumah pakcik terlebih dahulu...the next day barulah kami tinggal di hotel..tempat ni dekat ja dengan PWTC...silap2 kalau kentut org kat PWTC boleh terbau kentut kita..haha (lawak tak senonoh betol la)
The Legend Hotel. Opposite the Pan Pacific Hotel. For Legend-ers only..lala
Wow..see?Grand kan konvokesyen kami??Jeles tak?hehe.Siap letak pada papan billboard lagi..
Baju purple inilah aku guna untuk konvo..cari2 warna kesukaan pink tak ada..purple pun jadilah..Emak daya cakap dari jauh baju aku nampak berkilat..ehm..besalah..konvo pun mesti vouge kan??
This is our moments of victory together.. (peh..cakap victory macam pergi perang ja)
<3>
.
.
.
.
hehe..likely likely this picture..so sweeeet!
Eh..ni bukan boyfriend..ni mutual friend..haha...bersama Rosli
(Eh, napa aku nampak macam sama beso je dengan ko neh seli??)
Okey..ada masa nanti kita share story di sini lagi orait!!Bubye!!
Labels: My Recent Update
Posted @
[
11:54 AM]
Tuesday, March 23, 2010
PERGI SUNWAY TAPI TAK MANDI MANDA
Sudah agak lama tidak ke KL. Selama ni hanya dengar dari En Sanim bahawa Sunway Piramid di KL Best..so apalagi..kami pun plan jalan2 di Sunway Piramid..agak jauh la jugak dari tempat tinggal kami tapi berbaloi2!!!(sila sebut ala iklan Celcom)
Bak kata pepatah 'sambil menyelam minum air oren'..(eh betol ka pepatah neh??).Sambil2 ke Sunway Piramid apa kata kita singgah Sunway Lagoon terus..hehe
Jamgan salah faham.Ini bukan gay..salah satu game di sunway lagoon nampak je macam permainan kanak2 tapi aku dah gayat naik benda neh..
Ni permainan paling menyenangkan..rasa bes ja naik relax2 ada angin sepoi2..sambil gelak2 tengok orang main roler coaster hanya di sebelah merry go round neh..
Ni surrender tak mau naik..ko bagi la 2 juta euro atau 20 juta pound sekalipun ak takkan naik!!Nak sakit jantong boleh la..aku nak saman creator permainan neh sebab boleh menyebabkan penyakit kronik
Ni satu lagi permainan superb yang aku takkan naik..ala..permainan 'revenge of the pirates' ke apatah..ngam lah tu nama dia..permainan thrill gila..kapal tu hayun2 sampai berpotensi sebabkan orang terberak atas tu
Ini scream park..memang terkeluar anak tekak menjerit di park tersebut
Posing..jangan tak posing...
Lastly, thank you banyak2 kepada (dari kiri) Nono, Naqi dan beloved En Sanim<3 sebab bawak aku jalan2. Korang memang la best dan happening..Lenkali kita jalan2 lagi okek?
Labels: My Memories
Posted @
[
10:58 PM]
Wednesday, March 10, 2010
Dulu kempompong kini sudah rama-rama
Minggu ini sahaja telah menerima 3 jemputan kahwin...Kad yang dikirim oleh roomate semasa di kampus dulu telahpun sampai. Buat masa ini sememangnya agak kecewa kerana tidak dapat menghadiri perkahwinan cik Sanimah..(lepas neh tukar title kepada Puan la pula..hehe)..hati tumpang gembira kerana beliau telah bertemu jodoh dengan bakal suami...Alhamdullillah Anim..bertemu jodoh juga ko dengan orang yang baik hati dan betul2 sayang ko pula..chewah.. Ingatlah Tuhan itu Maha Adil sebab kalau kita taraf 'first class', Tuhan akan bagi yang first class juga melainkan kes-kes luar biasa yang Tuhan turunkan sebagai dugaan...
Untuk jemputan kedua, ialah pada 14 Mac yang mana pelajar ak akan Khatam Al Quran..hehe..ini mesti pergi sebab melibatkan anak murid..bukan main exited lagi diaorang sebab aku cakap aku mesti hadir untuk tengok mereka..lepas tu sambung dengan Majlis perkahwinan pakcik mereka di tempat yang sama...
Undangan ketiga pada 21 Mac..ha..ni aku tak dapat hadir sebab masa tu berada di tempat lain. Perkahwinan salah seorang anak lelaki cikgu sekolah aku juga..manatau hadir2 majlis perkahwinan ni boleh terus ambil berkat supaya cepat2 naik pelamin..hehe..kalau nenek aku dulu memang rajin suruh aku makan pinang dengan sirih junjung orang kahwin nak suruh terjangkit la kunun tapi sampai sekarang takda kawen pun..sob sob!
O.k tutup cerita
Weh, hari ni rakan-rakan KPLI sudah dapat surat sah lantikan tahu??Jelesnya..entah kenapa mata aku nampak $$$$ ja sekarang..hehe..
Dalam hidup aku selalu rasa aku ni terkejar kejar hendakkan sesuatu. Bukan apa, kadang-kadang aku terfikir panjang umurkah aku?Ada lagi ka aku tahun hadapan?Berapa lama lagi jangka hayat aku??Live life to the fullest rite?Dalam masa tu aku masih berusaha agar solat tepat pada masanya sebab selalu ter 'overtime'..isk isk
Beberapa hari lepas aku tengok gambar arwah atok aku dalam handphone.Tarikh dia 28 Mei 2006. Aku langsung tak sangka datuk akan pergi meninggalkan kami tahun lepas. Aku bayangkan...kalau aku jadi arwah atok..bila aku tengok gambar yang 2006 tu, pastinya aku akan terfikir..ada lagikah gambar aku tahun 2010 nanti??Macam itulah aku sekarang..bila tengok gambar2 tahun lepas aku akan terfikir..akan adakah lagi gambar aku tahun 2011 atau 2012??
Setiap kali aku lawat pusara atok aku mesti nangis..first, sebab aku ada banyak kenangan dengan atok. Second, aku takut...macam mana la hidup lepas ditimbus tanah??Macam mana la ak meninggal nanti??Adakah orang akan baca Yassin untuk aku?Lawat pusara aku setiap hari?
Itu hanya tuhan yang tahu.Tapi aku tetap gerun.
Buat masa ni ada dua ja wish aku...
Aku harap dapat bagi famili aku hidup senang, walaupun tak mewah..aku nak belikan rumah besar sikit dari sekarang dengan perabot baru
dan yang kedua...aku doa sangat2 agar...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku sempat menikmati alam rumahtangga..hehe
Sudah.Habis cerita
SPREAD THE LOVE YO!! Labels: My Recent Update
Posted @
[
9:36 PM]