
Saturday, February 13, 2010

Reunion
Tidak lama lagi majlis konvokesyen akan berlangsung..tidak sabarnya!!!!Harap-harap panjang umur dan murah rezeki dapatlah ke sana tanpa ada halangan. Tiba-tiba Zhafran menghantar sms menghulurkan bantuan untuk mem-booking hotel (Tq Zhafran)..memang banyak duit la mau pegi sana..gaji pun belum tentu cukup..hehe
Jumaat yang lepas pula sempat jumpa Nasiruddin di sini (Kuching)...rasa bersalah yang teramat dengan nasir kerana beliau datang secara ad-hoc sehingga tidak sempat bawa beliau jalan2 dan bertandang ke rumah makan2..ni lah masalah utamanya sebab aku tak pandai driving...sob..menyesal tidak ambil lesen di maktab dahulu..join kawan2..sekarang baru mau terhegeh2 ambil lesen..:-(.Last-last hanya sempat belanja nasir makan dan hantar beliau ke hotel...tujuan beliau ke sini pun untuk membeli printer...tidak sangka printer di sini sangat murah!Printer yang nasir beli baru rm160, jenama canon siap ada photostat, scan dan print...plus buat ink outank baru Rm260. Printer brothers 3 in 1 plus ada fax baru sahaja Rm 260 plus outank baru Rm360..murah kan??
Tidak cukup dengan itu...hari keesokannya, Sabtu telah dihubungi oleh Encik Kadir..gembira betul banyak tetamu datang..kali ni pun tak dapat lama kerana abang yang menjadi driver untuk hari tersebut agak busy...jadi hanya sempat chill out bersama En Kadir di Chilli Papers..tu pun tak lama..sejam ja..Sedih juga time mereka datang gaji bulan 2 belum masuk..(gaji bulan satu lesap dah macam magic..hehe)...Apapun sangat hepi la jumpa mereka..dapat cerita macam2 dan imbas kisah di maktab (chewah)
Hari Isnin atau selasa ni pula sudah buat appointment untuk jumpa Lee Lip Chaw..beliau telah meng sms mengatakan merayakan sambutan Gong Xi Fa Chai di sini!!Wah..bestnya perasaan apabila setiap kali kawan2 datang mesti call/sms cari..macam tu la kawan kan??
Sekarang ni saya berusaha untuk ambil lesen..cuma sekarang tiada masa sebab petang2 biasa sudah pengsan...(tidur kepenatan)...lepas tu kewangan belum stabil lagi...jangan sangka duit ribu2 gaji cikgu cukup oke..lebih2 lagi tinggal di bandar..duit minyak sebab terperangkap dalam jam pun cecah ratus2...belum lagi termasuk tanggungan terhadap famili dan adik2..
p/s : Aku mata duitan..dengar ja gaji polis naik basic ja sampai 2000++ mula dah rasa menyesal..kenapa tak jadi polis dulu??hehe
Labels: My Recent Update

Posted @
[
8:18 AM]
