
Friday, February 26, 2010

Berita Gembira
Yipieee!!!!
Mulai 1 Mac ini kami akan berpindah ke sekolah baru..bangunan yang selama ini hanyalah merupakan bangunan sementara yang dibina sebelum sekolah baru siap didirikan...(sementara pun 2 tahun cikgu2 sekolah ini tunggu tahu!!)
O.k...kenapa aku teruja sangat neh??Pindah sekolah baru pun nak havoc..tau tidak kenapa??Ha ni ialah sebab-sebabnya:
1. Aku dengar ada wireless..besar ertinya tu meskipun aku tak ada laptop lagi (laptop lama dah hangkang)..lepas ni aku dapatlah ajar budak2 aku surfing atas ombak..eh..surf atas talian..hehe (kunun!)
2. Projector...lama sudah aku hendak guna benda ni..very pity budak2 aku banyak benda mereka tak paham dan tak tahu..dahlah aku explain memang tak terer..aku ckp sarawak pun masih slack bagi diorang sampai lepas tu mulalah tanya..cikgu ni org mana sebenarnya?? (nak ja aku jawab aku sebenarnya alien..kalau diaorang banyak tanya nanti aku makan)...eee...ak lantak bahasa Jawa nanti baru tau..
3. Keselamatan..bagunan sekarang 100% kayu/plywood. Jadi aku terpaksa kawal berat badan..terlebih berat takut menyebabkan kerobohan secara tiba-tiba
4. Aku nak padang yg luas untuk Pj..ni budak2 aku gila exited bila Pj bising2 tapi kadang2 ada org tegur ganggu pelajaran..aku harap dapat bawak anak2 murid aku main jauh2 supaya kami boleh bising sesuka hati tanpa mengganggu kelas lain.(Sebab now harap kawasan sekangkang kera di tengah sekolah)
5. Aku hendak bergaya okek...sekolah sekarang aku tak dapat pakai heels sebab takut tersadung kerana harus meniti jambatan sebelum sampai ke sekolah..mana vouge kalau tidak pakai heels kan?
Ha..cukup 5. Letih da aku taip banyak2...lately aku perasan jarang upload pictures..kali ni aku sesaja letak gambar untuk cuci mata okek..Enjoy!(Oleh kerana kamalasan yang tidak terhingga..gambar disusun secara rawak..terima kasih!)

Sekolahku syurgaku...ada kempen one Malaysia..di pentas inilah tempat cikgu duduk semasa perhimpunan..

Ini namanya tak ada kerja..saja letak gambar sebab tuan punya blog rasa sudah lama tidak menempek gambarnya sendiri dalam blog..hehe

Organisasi sekolah..takda muka aku tapi dun wury, nanti di sekolah baru pasti ada muka aku yg paling cun melecun ni..lala

Bilik guru..meja aku yang ada bekas oren jenama tuppurware atas meja(mau juga sebut jenama mentang2 tupperware mahal sekarang)..sapa tidak nampak pendek umur..haha

Cikgu2 yang gigih bergossip..;-p

Salah satu kerja anak murid aku tahun 3...sweet kan?
Oke..hingga jumpa lagi di entry akan datang...Hepi Maulidul Rasul!!
Labels: My Recent Update

Posted @
[
11:09 PM]
