Pertama sekali, aku berasa sangat bertuah sebab dapat tempat sendiri di Kuching, Sarawak untuk posting...punyalah aku risau dapat tempat yang jauh-jauh sebab bukan ada banyak $ nak travel neh..tau-tau dapat dekat sahaja..nama sekolah aku ialah S.K P.a.s.e.r p.a.n.d.a.k, Kuching, Sarawak...baru ja 15 minit dari rumah..di bawah ni ialah pengamatan aku sepanjang 4 hari bertugas...zass...jom layan..(cet macam rancangan Melodi la pulak dah!!)
1. Masa : Oke..ada orang cakap aku beruntung dapat sekolah dekat rumah..sebenarnya takdalah untung sangat..sebabnya?Hari-hari aku terpaksa juga bangun seawal jam 5.Percaya tidak on the way aku pegi sekolah tu..jalan dah boleh jam seawal jam 5.45 pagi?Itupun selalu jam 6.30 pagi juga aku sampai sekolah (sekolah masuk jam 7.10). Bergerak dari rumah paling lewat la jam 6 pagi.
2. Rakan sejawat : Chewah..aku dah ada rakaan sejawat sebab dah bergelar cikgu..yay!!!Ingat aku time praktikal dulu selalu orang cakap 'ingat kamu tu belum jadi cikgu lagi.." wow..sekarang aku tak percaya aku jadi cikgu weh..lebih best ada seorang KPLI dari maktab Gaya sama posting dengan aku sini..jadi takdalah aku gabra sorang-sorang...hehe
3. Suasana : Aku suka betul suasana sekolah ni..selalunya kita akan cari apa yang kurang dalam sesebuah sekolah/pentadbirannya tapi aku nampak sekolah ni 'kekurangan tapi tetap sempurna'. Sebabnya..sementara tunggu sekolah baru kami siap, sekolah ini hanya berdiri dalam 2 blok bangunan yang diperbuat dari playwood sahaja. Tapi setiap kelas semua bersih dan ini bukan jadi penghalang untuk pelajar belajar dalam suasana yang Selesa
4. Hari Pertama : Aku kira cukup beruntung sebab masa hari pertama, semua cikgu dan kakitangan yang jumpa dan bersalam dengan aku..bukan aku yang jumpa dorang...setiap cikgu datang beri tunjuk ajar tentang apa borang aku kena isi, budaya sekolah dan masa first day tu, siap ada cikgu nak tumpangkan aku balik sebab kami sama taman perumahan. First day lagi ada juga cikgu siap belanja bagi aku kuih untuk makan sebab sana tak ada kantin..Syukur sangat aku dikelilingi cikgu-cikgu macam ni..
5. Budaya : Ini jadi pengajaran untuk aku..sebabnya..cikgu sini tak pernah merungut walaupun diorang banyak kerja..malah siap boleh bergurau dan semuanya memang kaki lawak.Takda tensen langsung..dan aku perhatikan diorang ni ada semangat enthusiasm yang tinggi...tiap kali masuk kelas mereka begitu bersemangat..siap boleh cakap tak puas hati kalau cikgu lain 'terambil' masa mereka..hehe..mereka sangat motivated..tidak malas..enjoy kerja...padahal umur mereka bukan muda lagi tapi jiwa mereka tetap muda dan mereka jujur dalam tugas..memang ini aku jadikan contoh dan aku memang tabik mereka semua
Lastly, kadang-kadang aku segan sendiri sebab dari pengalaman aku praktikal dulu...ada cikgu malas betul..suka curi tulang..bila lihat budaya yang berbeza ini..betapa aku berharap agar budaya seumpama ini dapat diaplikasikan di tempat lahir aku, Sabah la mana lagi bah..haha..Sabah sudah 2 kali berada di tempat tercorot dalam peperiksaan jadi bila masa lagi untuk berubah kan?
P/S Aku rasa lucu sebab sekarang kena belajar pula lagu kebangsaan Sarawak iaitu 'Ibu Pertiwiku'...Mulut pura2 miming ja semasa lagu tersebut dimainkan..hehe