No right clicking here.Don’t want any rippers to be ripping.Want codes/pics/anything?Just ASK.
<body>
Life is a journey, not a destination...

ShimaPinkRibbon.Blogspot.Com
~

Sunday, January 17, 2010
Sedap dan murah


Masa di maktab dulu aku teringat yang makanan di sana kadang-kala sangatlah &^%$# dan harganya pula mahal...kadang-kadang tak ada selera weh nak makan dan hanya melantak megi saja most of the time..lepas tu mulalah rambut gugur secara banyak dan lepas tu boleh2 salahkan shampoo yang banyak chemical..hehe...tapi tu cerita dulu..sekarang dah sihat walafiat makan masakan ibu si rumah..hehe

Last time, terjumpa satu restoran/ gerai neh di area Satok...semua makanan dia berharga only RM3.50. DIULANGI...SEMUA MENU RM3.50!!!lepas tu minuman sejuk dia dengan gelas 'super giant' hanya RM1.50 manakala minuman panas , juga dengan cawan GIANT hanya rm 0.80!!!Neh kalau bagitahu makcik kafe yang makanan/minuman actually boleh jual dengan harga yang super murah macam ni..pasti dia enggak percaya kan (adui bahasa indon dah keluar)

Nama restoran / gerai tersebut ialah SUHAI.Agaknya ni gabungan nama dua orang, Suraya+Khai ke apa ntah...


Menu dia takda la banyak sangat pilihan...tapi sangat sedap dan service super duper cepat!!(sesuai untuk orang cepat kebulur macam aku neh..)


Kami berkumpul ramai2 masa makan di sana..hehe..bes makan sambil sembang..


See..gelas dia super duper besar kan??Rm1.50 only tu untuk semua minuman sejuk. Memang satu gelas terpaksa share 2 orang..Antara minuman best ialah seperti laici susu, dan laici-jagung susu


Malam tu order milo panas..cawan dia punyalah besar..memang tidak dapat habiskan..rm0.80 sen only.


Ni pula makanan yang diorder malam tersebut..Mee Hong kong..sangat banyak dan sedap!!!(oleh sebab sedap tu lah aku dapat habiskan walaupun banyak..hehe)


Satu lagi konsep gerai ini ialah 'romantic'. Sebabnya...dia akan tutup lampu dan nyalakan lilin..lepas tu dia akan pasang tv dan mainkan CD karaoke..memang santai...tapi walaupun gelap,dun worry sebab still boleh nampak makanan tu in case ada lipas ka hapa masuk dalam food/ drinks..hehe

Labels:


Posted @ [9:48 AM]

Thursday, January 14, 2010
Mini tea set


Bila dah di Kuching ni..kadang-kadang ambil kesempatan untuk round2 dan jalan2.Baru tahu rupanya di sini banyak kedai Cute items tapi letaknya memang jauh sangat dari rumah..bukannya yang dekat2 dan boleh selalu pergi singgah macam The Spring ataupun Boulevard.Harganya juga murah2 belaka, sama macam di Sabah. Paling best items yang comel2 dan rare pun boleh dapat dengan harga berpatutan berbanding secara online shop. Last time, terjumpa mini tea set ni berdekatan kawasan Wisma Wan di Tabuan Jaya...very cute!!


Tea Set No1: Teddy Bear



Tea Set No 2: Sweet Fruity


"Come and let us have tea together!!"


Tea Set no 3 : Blommy Flowery



Till then..see ya!!:-)

Labels:


Posted @ [8:50 PM]

Thursday, January 7, 2010
Selamat Bertugas Cikgu!!!


Pertama sekali, aku berasa sangat bertuah sebab dapat tempat sendiri di Kuching, Sarawak untuk posting...punyalah aku risau dapat tempat yang jauh-jauh sebab bukan ada banyak $ nak travel neh..tau-tau dapat dekat sahaja..nama sekolah aku ialah S.K P.a.s.e.r p.a.n.d.a.k, Kuching, Sarawak...baru ja 15 minit dari rumah..di bawah ni ialah pengamatan aku sepanjang 4 hari bertugas...zass...jom layan..(cet macam rancangan Melodi la pulak dah!!)

1. Masa : Oke..ada orang cakap aku beruntung dapat sekolah dekat rumah..sebenarnya takdalah untung sangat..sebabnya?Hari-hari aku terpaksa juga bangun seawal jam 5.Percaya tidak on the way aku pegi sekolah tu..jalan dah boleh jam seawal jam 5.45 pagi?Itupun selalu jam 6.30 pagi juga aku sampai sekolah (sekolah masuk jam 7.10). Bergerak dari rumah paling lewat la jam 6 pagi.

2. Rakan sejawat : Chewah..aku dah ada rakaan sejawat sebab dah bergelar cikgu..yay!!!Ingat aku time praktikal dulu selalu orang cakap 'ingat kamu tu belum jadi cikgu lagi.." wow..sekarang aku tak percaya aku jadi cikgu weh..lebih best ada seorang KPLI dari maktab Gaya sama posting dengan aku sini..jadi takdalah aku gabra sorang-sorang...hehe

3. Suasana : Aku suka betul suasana sekolah ni..selalunya kita akan cari apa yang kurang dalam sesebuah sekolah/pentadbirannya tapi aku nampak sekolah ni 'kekurangan tapi tetap sempurna'. Sebabnya..sementara tunggu sekolah baru kami siap, sekolah ini hanya berdiri dalam 2 blok bangunan yang diperbuat dari playwood sahaja. Tapi setiap kelas semua bersih dan ini bukan jadi penghalang untuk pelajar belajar dalam suasana yang Selesa

4. Hari Pertama : Aku kira cukup beruntung sebab masa hari pertama, semua cikgu dan kakitangan yang jumpa dan bersalam dengan aku..bukan aku yang jumpa dorang...setiap cikgu datang beri tunjuk ajar tentang apa borang aku kena isi, budaya sekolah dan masa first day tu, siap ada cikgu nak tumpangkan aku balik sebab kami sama taman perumahan. First day lagi ada juga cikgu siap belanja bagi aku kuih untuk makan sebab sana tak ada kantin..Syukur sangat aku dikelilingi cikgu-cikgu macam ni..

5. Budaya : Ini jadi pengajaran untuk aku..sebabnya..cikgu sini tak pernah merungut walaupun diorang banyak kerja..malah siap boleh bergurau dan semuanya memang kaki lawak.Takda tensen langsung..dan aku perhatikan diorang ni ada semangat enthusiasm yang tinggi...tiap kali masuk kelas mereka begitu bersemangat..siap boleh cakap tak puas hati kalau cikgu lain 'terambil' masa mereka..hehe..mereka sangat motivated..tidak malas..enjoy kerja...padahal umur mereka bukan muda lagi tapi jiwa mereka tetap muda dan mereka jujur dalam tugas..memang ini aku jadikan contoh dan aku memang tabik mereka semua

Lastly, kadang-kadang aku segan sendiri sebab dari pengalaman aku praktikal dulu...ada cikgu malas betul..suka curi tulang..bila lihat budaya yang berbeza ini..betapa aku berharap agar budaya seumpama ini dapat diaplikasikan di tempat lahir aku, Sabah la mana lagi bah..haha..Sabah sudah 2 kali berada di tempat tercorot dalam peperiksaan jadi bila masa lagi untuk berubah kan?

P/S Aku rasa lucu sebab sekarang kena belajar pula lagu kebangsaan Sarawak iaitu 'Ibu Pertiwiku'...Mulut pura2 miming ja semasa lagu tersebut dimainkan..hehe

Labels:


Posted @ [4:19 PM]


♥AHLAN WAHSALAN
HELLO

Welcome!
Spy comel \(^-^)/ ke..



♥ Chats
Leave A Massage!;-)


♥ Sweet EsCape!
GOODBYE!

♦ Click Here <---Jom Skodeng SINI!♦

♥ Memories
my previous posts

December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013
April 2013

♥ Credits
clap!clap! :)

Designer : zahirah-
Basecode : Jas.miine-
Inspiration : Agnes
Materials : Lovecandied
Cursor : Dorischu
Hosters : Blogger,Photobucket,Blogskins


♥THE MRS. BLOGGER
SESI BERKENALAN DENGAN TUAN BELOG

S.H.I.M.A
Married.LEO.Kuching,Sarawak.Teacher.Pure Malaysian.
italic bold underline strikeout


♥ TIED THE KNOT!
THE COUPLE

Merisik :15 JANUARI 2011
Bertunang :17 SEPT 2011 @ 19 SHAWAL 1423H
Nikah :17 SEPT 2011 @ 19 SHAWAL 1423H
Lilypie Angel and 

Memorial tickers
Lilypie Angel and 

Memorial tickers
♥ WEDDING THEME
WEDDING BY COLOURS


AKAD NIKAH
GREY
16th SEPT 2011
PINK AND WHITE
AKAD NIKAH & BERLULUT
16th SEPT 2011
CREAM , GOLD AND IVORY
SANDING
17th SEPT 2011
RED
MAJLIS BERTANDANG
26th NOV 2011