Wednesday, December 30, 2009
A New Chapter
A new chapter for the coming new year...Alhamdulillah..akhirnya dapat tahu penempatan posting..bermula 4 Januari nanti akan bertugas di SK Pasir Pandak, Kuching,Sarawak. Just 20 min. away from home..
Surat tawaran dari pihak JPN Sarawak..
Lepas dapat tahu sekolah, punyalah semangat nak tengok rupa sekolah tu pula...Then pergilah ke sana...sekolah tersebut sangat kecil..just dua block..lepas tu hanya sekolah satu sesi sahaja. Paling best sekolah tersebut tepi pantai..pemandangannya sangat cantik..kalau tensen dgn budak2 rasa nak bunuh diri ka hapa dapatlah ak melepas tensen tepi pantai tu nanti..haha
But actually, belakang sekolah tersebut sedang dibina sekolah yang baru..cantik gilaa woo seperti gambar yg sempat di snap di atas ni la..harap2 ada kuaters guru..gila engau ulang alik mak bpk aku hantar ambil (sebab aku tak ada lesen)...tu la rasa nak ambil lesen cepat2 ni..
Sebenarnya aku syukur sangat dapat tempat sendiri..sebenarnya dah mula susah hati tak ada duit kalau dapat posting tempat jauh..lepas tu risau lagi nak packing..adui la..TQ Tuhan..
Labels: My Recent Update
Posted @
[
10:56 PM]
Monday, December 28, 2009
Picnic at Santubong
Sempena cuti sekolah ini, we all telah pergi berpicnic di sebuah sungai di Santubong. Setelah berhempas pulas memujuk, akhirnya kami dapat teruskan niat berpicnic dekat sungai..Yippie!!
Pintu Gerbang untuk masuk ke tempat berpicnic. Bayar Rm1 untuk sewa tapak dan deposit RM10 sebagai jaminan kita menjaga kebersihan tempat tersebut.Kemudian boleh refund balik. Tapi untuk masuk tandas di sini sangat mahal..RM 2 sekali masuk! (Gile..aku masuk tumpang tandas hotel 5 bintang pun free ja ni pun kena bayar RM2..bukan salut emas pun mangkuk tandas dia..isk!)
'Green paradise Cafe'..cantik dan nature all the way..
Kena lalu restoran ini dahulu untuk masuk ke dalam..jum masuk!!
Sempat berposing dalam perjalanan masuk..jauh juga woo..rasanya dalam 5 minit tapi ak rasa macam jalan 30 minit ja...teringat zaman jungle trekking dulu..penat juga..nasib baik tak ada pacat (sebab time neh baru lepas hujan)
Baby Aliya pun ikot serta
Port ber-picnic..best!sejuk dan redup..siap bawak payung dengan khemah sekali..
Tidak sah tanpa aksi gedik blogger..haha
Baby Alia pun santai sahaja sepanjang kami picnic.Nasib baik emak tak mahu mandi..so ada orang jaga Aliya..lala (kalau tidak tentu aku jadi mangsa hanya tengok dorang mandi dari kejauhan..hehe)
The food..ala masakan rumah..ada nasi, sayur umbut, kari ayam, sosej masak sos, ikan goreng, sambal belacan, telur masak kurma, sandwich, bread roll dan eh malas ah ckp banyak sangat..
Mandi time!!Airnya jernih, sejuk dan tempat pun redup..best!!
See..sangat cantik ken tempat ini?? (ayat poyo gila weh)
Kasut crocs ini saya bawa mandi sekali..ternyata boleh lindungi kaki dari batu sungai..very MPV..eh..very Multi propose sandal..
Kami pun ada unggun api oke..macam masa mandi di sungai Pagalan dulu..bapak saya buat 2-3 port unggun api sebab kami ramai...bila naik sejuk2 duduk dekat sini..
O.k time to go home..saja mem-post gambar kazen seksi yg hanya pakai singlet ni..hehe..(oit..istighfar sekarang..)...we had a really fun time!
Labels: My Love Ones, My Recent Update
Posted @
[
10:39 AM]
Thursday, December 24, 2009
The Spring
Just a quick update..hehe..malas eh kalau di rumah memang mengalami simptom 'malas melayan blog'...aktiviti banyak dicurahkan untuk masa bersantai bersama keluarga..
Yesterday, kami ke food court dekat The Spring...decoration sana sudah ala-ala winter sempena menyambut krismas yang akan datang..see...ni la contoh decoration nya..lampu warna warni sepanjang shopping mall tersebut..
Makanan di sini semua sedap2.Buktinya see makanan yg diorder di atas...sudah habis sepah dibuang (eh apa kes masuk pepatah ini?)hehe...sudah habis sedap melantak baru teringat nak tangkap picture. Makanan di atas ialah seasoned sauce beef noodle..sedap weh
My sis and i..just enjoying our last week of holidays!!
Ignore baju merah tersebut.Beliau ialah kazen i.Hobi membuat muka buruk..hehe...belakang tu ada Arab rice..sangat sedap tapi at the same time sangat banyak..kalau nak jadi obes silakan..this is the menu you looking for..;-p
Ok..chow..nama ja quick update kan??lala
Labels: My Recent Update
Posted @
[
10:23 AM]
Friday, December 18, 2009
Pullip Items
Sudah lama rasanya saya tidak snap gambar Shizuka, My pullip doll..hehe..no matter dari mana angle yang di snap..shizuka tetap nampak cantik..sangat fotogenik!
She having a cup of tea that evening..how she wish Y-na (Vujie's Blythe doll) is there to join her!
The crown she's wearing is just at Rm0.90!
See the umbrella??It is just for Rm 1.80
Ceramic Teapot set : Rm 2.80 only
See..u can afford Pullip items in such amazingly cheap prices!!
p/s : Sekarang Kuching banyak kedai 'cute items'.So, senanglah cari barang untuk my Pullip doll. Now tengah mengintai set furniture pink for Shizuka...have to collect some money to buy it..hehe
Labels: My favorites
Posted @
[
11:24 PM]
Thursday, December 17, 2009
Kenduri
Tiba-tiba harini teringat usikan teman semasa form 5 dulu tentang siapakah dulu kahwin..masa tu masing2 single and we don't talk about boys that much (nerd gila weh..).Lepas tu ak teringat ada 2 orang sahabat yg sangat pemalu tapi both very cute named colivia dan shirlen.Seriously, aku tak sangka dorang ni boleh kahwn dah dulu dan Colivia siap ada anak dah satu..hehe..bukan apa..time sekolah dulu, dorang ni agak anti-boys..kata takmau ada boypren la tapi tup2 kahwen dulu..hehe..see..masin mulut aku kata korang akan kahwen dulu...
Lepas form 5, semua sahabat di Labuan ter lost contact..that time aku belum ada handpon dan begitu juga mereka semua (tapi kazen aku sekarang baru darjah 1 dah ada hanpon..apa kes..lawan tokey nampak..hehe)..dapat berita pun baru2 ni..tu pun terjumpa trough friendster dan facebook..most of my friends memang dah banyak kahwen dan punya anak..paling best..most of them kahwen sesama classmate/schoolmate..padahal dulu selalu gaduh..teringat pula kata kawan aku, ;jangan gaduh2, nanti jadi jodoh..." kan dah masin mulut dia..
last Sunday kami pergi kenduri kahwen di BDC.Saja ambil berkat (ececeh...)The Groom seorang engineer dari swak dan the bride seorang doktor gigi dari hulu langat, selangor.Mereka ni pun classmate sejak form 4 di MRSM.Ni dah masing2 umor 26 Alhamdulillah dah naik pelamin..
The Crowd . Sederhana tapi meriah..makanan pun sodap!
The Pelamin
The Pengantin.Sama Cantik sama padan..
Tepung Tawar Pengantin..bukan tepung jagung atau tepung kanji..oke?Just tepung tawar..haha
The Hadrah..yang main kompang sambil gurindam2,sajak dan sebagainya...
Kami terlepas acara makan nasi temuan..tu part paling best dalam perkahwinan Melayu Sarawak...nak tahu lebih lanjut google it la oke..ak malas nak explain..:p
Sumber : Her Profile in FBHa..ni salah seorang rakan aku yang dah kawen..lama dah kami lost contact..you look very beautiful gurl in that red stunning baju pengantin..wish i were there at your wedding..
I missed the old times
Labels: My Recent Update
Posted @
[
11:41 PM]
Sunday, December 13, 2009
Just for RM50!
Percaya atau tidak, sekarang kucing parsi (persian cats) dijual pada harga RM50 sahaja di sini...hehe..memang sangat murah...kalau tidak fikirkan maintanace menjaga kucen ini, pasti sudah diangkat 2-3 ekor...
Kami hanya dapat merakamkan ke-kiut-an kucing-kucing parsi ini dari luar kedai sahaja..
Ibu kucen dan anak-anaknya...
Ini kucen Garfield..montel!
Okey..ini bukan for sale dan ini bukan kucen..hehe.This is my cousin..Ainaa Aliya.cute kan?(see the kakak sepupu owner of this blog la..haha...<--sila sekeh dia sekarang)
Tugas menjaga si montel ini menjadikan masa2 holiday sangat berharga dan priceless..kerana dirimu begitu beharga (cet..masok iklan Loreal la pulak)...
Masa cuti2 ni banyak luangkan masa bersama cousin-cousin kecil..sometimes jadi babysitter mereka...kadang2 menjadi babysitter kucing di rumah kerana sekarang banyak kittens yang baru lahir..sangat comel dan geram tengok!!
Ok,,chow dulu...hepi Holidays!
Labels: My Recent Update
Posted @
[
8:11 PM]
Wednesday, December 9, 2009
Makan!!
Lama tidak mengupdate blog.Kalau balik rumah cuti sekolah ini biasalah...semuanya akan dilupakan.tengok status FB orang lain yg cakap boring time cuti ini..haha..maybe aku takda terasa sangat sebab jarang balik rumah gile-engkau tiket harga ratus2 mcm mana nak selalu balik?Jeles oke orang lain selalu balik kampung time di maktab dulu..
Seperti biasa, kalau balik Kuching, memang takda aktiviti lain melainkan kegiatan membesarkan perut sebab semua berebut hendak membelanja makan luar dan berkumpul ramai2.Hari Isnin yg lalu, aktiviti diteruskan dengan menjamu selera di Top Spot.All you can eat seafood..
Tempat ini agak luas. Boleh pilih2 mangsa hidupan laut sendiri utk dimasak menjadi masakan kesukaan anda..
Jurukamera yg buruk tangan...*(-_-) sigh...
Aha...much better
The menu..steamed fish, ikan panggang, lemon chicken, sup sayur, and other sayur i don't know the name since i don't eat sayur a lot..hehe
Some people that eat the food...gila sedap takda tengok kiri kanan dah...
Sempat beli ladybug ini daripada penjual jalanan..cute is it?
Then..my sis came out with this crazy idea..'photoshoping' our own picture using our wildest imagination!! Some of the pictures may be disturbing..haha
Korek hidung pulak da...
Arghhhh!.....
More crazy pictures of us...
Memang pakar buat muka buruk!!
There are more pictures tapi banyak yang blur sebab kami tak tahan ketawa lalu kamera dan orang semuanya goyang saja..haha
p/s:Enjoy your holidays and Merry Xmas!!!
Labels: My Love Ones, My Memories, No category
Posted @
[
10:13 AM]