
Wednesday, November 18, 2009

Enjoy Sakan
Tempoh hari kan, telah diceritaTkan pengalaman bersama orang bunian...eh...bercanda ke rumah Santi. Kemudian, kami pergi lagi ke rumah santi untuk kali ke 2.Tapi this time..pakej pula..ke rumah Santi dan Mas. Banyak aktiviti yang kami lakukan. (skema gila la pula ayat gila nerd weh ak neh..haha)
O.K...Kita bermula dengan aktiviti di rumah mas terlebih dahulu;

1. Kami datang nak dekat waktu Maghrib, lalu Rosli pun sempat memberikan pose maut (sebab kempunan tak dapat jadi cover depan majalah playboy..ahaha) berdekatan kaki lima rumah mas dan berlatar belakangkan kebun bunga rumah tersebut..

2. Neh masa aku dengan kaka' sibuk curi..eh..kutip buah manggis rumet aku dok syok berak..eh..bukan..bukan..syok mencangkung memerhatikan kami (jadi mandur dia..amboi..amboi)...

3. Aku tak tahu bagaimana mereka ni terlepas dari Tanjung Rambutan..kesian..

4. Tidak sah kalau tidak bergambar..Pemandangan pangkin rumah mas

5. Aku sibuk kutip manggis epi pula sibuk makan..adui la..tapi rasa buah yg baru dipetik memang mantap..sedap yo...
Ni pula di rumah Santi...

Kesian budak ni..dia tidak pernah tgk basikal..ak harap ada pegawai di Tanjung Rambutan baca entry ni dengan pesanan : "bawalah pesakit anda ni balik"..haha

Aku paling suka pose maut santi yg duduk paling depan tu..mmg mengancam gila..kalau Kajol tgk ni gerenti menangis..sebab mengalahkan dia masa menari Kuch2 hota hei

Menyanyi satu aktiviti wajib di rumah santi..lagu tamil dusun suma siap diorang redah..

Percubaan Rosli untuk menangkap gambar kami yg tidur melentok sambil meleleh air liur yg tidak berjaya..haha..nasib baik kami tersedar..

Cumelnya kamben biri2 di rumah Santi..aku cadangkan tuan dia buat rebonding sikit dengan bulu biri2 neh..lepas tu kasi kaler pink bulu dia..gerenti mantop semua kamben jantan nak..haha

Menikmati pemandangan lembu pulang petang..

Makan soto yg sangat sedap emak santi buat sampai selamba buat muka tak tahu malu tambah sampai bermangkuk-mangkuk siap doa dalam hati semoga dapat tapau lebihan soto (isk..tidak malu betol la)..mmg sangat sedap!!

Aksi tidak sabar untuk mandi sungai

Neh satu lagi

Bergambar kenangan sebelum mandi..yg belakang tu tak sabar nak mandi sanggup hilang glemer tak mahu bergambar..hehe

Syoknya mandi sungai...tapi dalam sungai tu banyak buaya okeh..tapi buaya ni kita gelar buaya darat..ada 3 ekor semuanya..haha
Hari tersebut memang best.Thank u Mas dan Santi..ada masa jemput kami makan soto lagi..eheheh
Labels: My Memories

Posted @
[
6:17 PM]
