
Friday, November 6, 2009

Bercanda di Sungai Pagalan
Aiseh..mula-mula dalam dilema..adakah hendak publish entry ini atau tidak..tapi last-last fikir entry ni mesti dipublish demi menjeleskan orang ramai..haha (cet..punyalah memasang niat yg busuk lagi jahat..lala)..memang satu pengalaman paling best bila dapat bercanda di Sungai Pagalan.
O.k..sebelum itu mari kita check List beberapa fakta ini:
1. Saya tidak pernah mandi sungai di Sabah ini.Ever.Berkurun tinggal di sini..sumpah takda pernah..
2. Err..saya tidak pernah bermalam di rumah kawan
3. Saya tidak pernah rasa beras kampung @ beras yg ditanam sendiri
4. Saya tidak pernah la makan buah gila banyak sebab kewujudan dusun atau kebun buah-buahan sendiri...fresh woo segar dari ladang (pulak!)
Penjelasan untuk 4 fakta di atas :
1. Parents saya terlalu melindungi takot anak dia yg besar gedabak 48kg ni lemas sebab tidak pandai berenang
2. Emak tidak suka saya susahkan orang..takot menyusahkan orang pula bila bermalam di rumah mereka
3. Adui..beras kampung sangat enak..lebih2 lagi yg ditanam sendiri..maybe sebab ditanam penuh kasih sayang kot (haha..geli gila ayat kalau santi baca pasti bunuh diri)
4. Sukahati ja makan buah sebab ada berbakul-bakul..kalau habis ..akan ada stok baru menanti.Makan la sepuas hati sampai perut macam orang mengandung 5 minggu ja
(Kesimpulan : Nampak sangat saya budak NERD..aw..aw..meremang bulu roma kaki i dibuatnya..haha)
Walaupun cuma sehari bermalam di rumah classmate saya,Santi..tapi semua pengalaman ini saya dapat sekaligus..mmg best bangat!!
Ok..cukup..biar gambar pula berkata-kata (sekeh kang kepala ayat berbunga-bunga seh gila poyo dan jiwang..haha)

Sungai bawah jambatan inilah tempat kami berkuak rama-rama,kuak dada dan buat gaya renang bebas semua..tapi not exactly bwh jambatan ni la..kami cari tempat yang cetek2 ja

See?Ada buah berbakul2..tapi ini cuma sebahagiannya sahaja...masa picnic tu (cey..sebut picnic la pula)..bapa/emak santi siap buat kanvas ala2 canopy..letak tikar dan sedia makanan lain macam mee goreng mamak (oke..perkataan 'mamak' tu saya tambah sendiri supaya readers kecur liur sikit..haha) dan sosej goreng...plus ada sambal yo..(slrupp..sedap!)

"Kusangka panas hingga ke malam, rupanya hujan lebat-syok-woo-tapi sejuk bangat di petang hari.." (eh, betulkah pepatah ini?)..cepat2 kami naik dari mandi sungai dan dengan baju yang basah mmg rasa sejuk..bapa santi menjadi hero @ ultraman @ power rangers kami pada petang itu dengan menyalakan api. Tidak pernah la seumur hidup rasa seronok jumpa api..dapat hangatkan badan..mmg best la..siap panggang2 tangan lagi..haha

Lastly, bergambar kenangan bersama orang bunian..emak saya cakap orang bunian neh kalau ambil picture dia automatik gambar tersebut akan jadi rosak seperti di atas..betul...tak percaya ka?Eh..mana ada saya gunakan paint untuk mengedit gambar tersebut..series!! (badjet readers boleh tertipu)
Anyway..terima kasih banyak kepada santi and famili..banyak gambar termasuk gambar santi sendiri tidak dapat di publish kan kerana khuathir tak pasal2 mereka tuntut royalti..eh..silap..kerana..er..eh..tak payah cakaplah..lala
Sekian aktiviti sehari bersama orang bunian
Labels: My Memories

Posted @
[
2:41 PM]
