No right clicking here.Don’t want any rippers to be ripping.Want codes/pics/anything?Just ASK.
<body>
Life is a journey, not a destination...

ShimaPinkRibbon.Blogspot.Com
~

Thursday, October 22, 2009
In Uniform


Obses dengan drama nur kasih. Satu penyakit. Bayangkan aku boleh balun tengok drama tu di catch up tv3 dengan 20 episod dengan hanya dua hari. Biarpun brodben lambat gila (i love you celcom..muah) sanggup tunggu lama untuk menonton drama tersebut. Lepas tu apa ke jadahnya tup..tiba-tiba no electricity (once again..i love my life..perfect!Tq SESB.)..lepas tu mula la pftt..pftt..$%^&*@# sana sini sebab dengan susah payah berlinangan air mata darah mendownload drama nur kasih..hasil usaha sia-sia..cet..paling favourite watak jalaluddin hassasn dalam drama tu walaupun sekejap tapi berjaya membuatkan mata ini bengkak-bengkak (uwuwuwuwu..sedih la..kalau ak dapat anak mcm Adam tu..lama dah sumpah jadi belacan..sedap juga makan dgn ulam..haha..)

Ok..tamat sesi mempromote drama Melayu.

We in Uniform...
Weh..sapa2 cakap ni uniform RELA ak sekeh dia..mahal oke..tak pernah aku beli uniform harga RM300.Kalau fikir balik..lagi best kot beli sweater ROXY..takpun beli kasut Jimmy Choo..dapat jugak berlagak..ni pun kira berlagak jugalah..tapi setakat melaram di kampus buat apa..kan?kan?hoho

Introducing..kami ahli Kami Remaja Sekolah
eh silap..Kadet Remaja Sekolah

(Excuse me..kami Remaja lagi ker??kwang..kwang...see the leg plz..haha)


Aku nampak slim di sini..jangan terpedaya..itu cuma ilusi..:p
Compliment : suka la kamera canggih sekarang boleh buat orang nampak chantek..lala





Sekali lagi jangan terpedaya..kami semua mmg nampak gedik di sini..hakikatnya..er..memang gedik pun..haha (kecuali ak la..muka nampak innocent..lala..<---- org yg menulis ini perasan lebey) Credits to : Adriana's Photo Gallery (peh..saja tulis gallery kasi gempak)

Ok..chow..moral untuk hari ini :

Aku nampak slim pakai uniform..hehe <-- sila sekeh org ini

Labels:


Posted @ [5:54 PM]

Tuesday, October 20, 2009
CORRUPTED


Try mixing no electricity and no water supply =

A PERFECT disaster

Yap..entah sejak bila (too long untill i can't remember) terdapat masalah elektrik di kampus. Now, tak ada air pula...hurm...just nice.

Then selalu blackout now and then sebab maybe ada something yang 'sot' (sot elektrik la..bukan sot wayar yang sia jadi macam crazy..isk). Terkejut-terkujat PC asyik on dan off..malas la..nanti PC ini rosak binasa..siapa hendak bertanggungjawab??(Peh..ckp mcm seorang yg ada bebi minta Bf dia jadi responsible..haha)..sudahlah dalam hati risau game Facebook tak ada orang yang tolong jenguk..sudahnya..tanaman di Farmville habis layu...Malas eh dah main Barn Buddy kerana asyik kena curi ja tanaman..dahla seed mahal nak mampos..so kita blah untuk sementara..haha

Exam minggu depan, so maybe blog terabai sementara. Wish me luck dan err..jum main FB.Obses sampai blog pandang sebalah mata sahaja (sebelah lagi simpan utk FB..hehe)

Labels:


Posted @ [12:18 AM]

Wednesday, October 14, 2009
MENGARUT..LAH!


Cuba Perhatikan...

Ini....


Dan Ini?


Serta lebih-lebih lagi yang ini?


sumber : Blog community Kampuk sesok, Mukah, Miri (seperti biasa lupa copy paste Url..sorry.Harap bersabar dengan perangai aku yg satu ni..lala)

Apa yang anda nampak?

Buah apakah itu? Seriyes siapa dapat jawab betol ak bagi 100!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bukan 100 ringgit ya..100 markah!!hahaha...

Anda percaya dengan gambar-gambar ini?Sebuah pokok yang kononnya mengeluarkan buah berbentuk tubuh wanita yang nude..isk..kalau akulah mmg takda percaya..Kalau adapun, tentu takda siapa yang berani makan..hehe

Labels:


Posted @ [2:40 PM]

Monday, October 12, 2009
UDANG SEBALIK MAKSUD


Akhir-akhir ini memang agak malas berblog..hehe..busy macam-macam dalam usaha menghabiskan tempoh 7 minggu di kampus..Last-last minute, memang macam-macam hendak buat, maybe untuk buat kenangan sebelum balik nanti..entah bila akan kembali ke sini semula selepas ini. Macam lecturer aku cakap,

"Kita perlu ada ruang bagi membolehkan kita berpatah balik semula"

Beliau merujuk kepada hubungan yang dibina di sini, jadi rapat@attached, sehingga melahirkan rasa sedih bila berpisah kelak...

Susah bagi aku.

Macamana kita nak hilangkan rasa attach sekelip mata?Ada benda kita tidak boleh avoid. Entah apa keadaannya nanti di hari terakhir aku di sini...Sedih tentunya, terutamanya dengan orang yang aku sayang, aku care dan yang paling penting yang sentiasa ada untuk aku.Bukan untuk ketawa terbahak-bahak sahaja, tapi yg sanggup sama-sama tercekik,semput dan menangis bersama aku..hehe

SHIFT

Sumber: Devianart.com


Aku tertarik dengan gambar ini at the first sight.Pelukisnya melahirkan rasa kesengsaraan seorang wanita yang didera.Katil yang empuk adalah simbolik wanita tersebut ada segala-galanya, selesa,nyaman tapi bukan kebahagiaan.Wajah cantik tapi banyak lebam.


Satu lagi gambar yang jadi favourite aku
Sumber : Sorry, ak lupa..hehe
Maybe sebab Railway keretapi tu..
Melihat gambar ini melahirkan kepuasan kepada aku.Apatah lagi jurukamera nya. Padanlah bidang fotografi kadang-kadang memberi satu perasaan unik kepada yang menangkap moment tersebut

Labels:


Posted @ [11:26 PM]

Saturday, October 10, 2009
Rahsia Blog Faymes


I found out this one particular Blog and it says :

" Aku terbaca ada satu blog ni..takdalah best pun..biasa-biasa ja.Tapi tuan punya blog neh..boleh tahan la cun nya...scroll punya scroll punyalah banyak comment dia dapat. Aku pun tak pernah dapat comment sebanyak itu.
1362 comment!!!
Apa yang hebat sangat pasal topik tu??

Cek punya cek..lor..hanya ulas pasal penutup tin biskut!!!Bayangkan...
1362 commnet? sehari?


Dunia ini memang tidak adil.....


Kenapa?Hanya sebab wajahnya yang cun?"

FYI , penulis blog ini adalah seorang lelaki yang menyatakan rasa frust dalam dunia Blogging..blog dia boleh tahan juga..lawak, info..pelbagai elemen ada..tapi ak tertarik dengan post dia yang satu neh...dengan hanya tempek muka cantik dalam blog..boleh dapat komen beribu-ribu dari orang ramai..banyak followers pula tu (ulasan mamat ni la)

So, pendapat aku?
Benar atau tidak?Realiti?

Tepuk dada tanya selera..hehe





Sindiran atau Penghargaan???

Labels:


Posted @ [9:34 PM]

Thursday, October 8, 2009
Birthday Bash




H.A.P.P.Y B.I.R.T.H.D.A.Y !!!

Semua orang suka sambut birthday...siapa la yang tidak suka kan?
Hari raya yang lalu mengambil kesempatan berkumpul untuk meraikan mereka yang birthday bulan September (nasib baik ak bulan Ogos...kalau tidak mesti tagih hadiah). Venue mestilah di rumah nenek..makan very simple but sedap2 (yalah apa makan free yang tidak sedap kan?kan?)



The birthday Boyz tengah menyakat the birthday Gurlz... (kata dia tak bole tiup lilin..haha..mmg macam peragai ak time kecik2)


Yey..dah senyum balik..mcm tu la pujuk adik....


One of the cake..this is the ice-cream vanila cake..yang satu lagi tu ice-cream chocolate cake..dua dua lesap selepas kena tiup lilin..hehe


The food..yummy!!!


Tempek sikit muka birthday gurl..eee comotnya...

Happy Birthday semua..

Posted @ [7:43 PM]

Sunday, October 4, 2009
BARBEKU LAGI (BBQ)



Akhir-akhir ini memang rasa sangat malas untuk mengupdate blog...hehe..maybe sebab busy sakan menyiapkan semua kerja sempena final year di kampus.Anyway, harini decide untuk curi masa sekejap tulis blog...

Last time kelas kami ada mengadakan BBQ di Bunsit yang pemandangannya sangatlah chantek menusuk kalbu dan terletak di tepian sungai. Masa tu takda dapat pergi jadi sampai terbawa-bawa kepingin hendak BBQ di lain masa

Bila balik kampung, my bro ajak pergi makan di D11. Katanya steamboat...(dalam hati takda teruja langsung) tapi sangat terkejut apabila steamboat tu ada hot plate untuk kita BBQ sekali....wah wah...very tempting i tell you..


Macam inilah rupanya..tengah2 ada mangkuk steambot dan tepi-tepi ada hot plate..bawahnya pula ada dapur gas kecik...

Harga?
Cuma RM19 SATU KEPALA...selain makan steamboat dan BBQ, anda juga dapat menikmati pakej makanan yg berikut ( amboi promote2 mcm agen pula)

Nasik putih boleh tambah sesuka hati sampai kembong perut pun takda kisah

Bahan mentah seperti daging,ayam dan sea food yg siap di marinate boleh ambik sesuka hati dari freezer besar gedabak dia

Enjoy makanan mahal di sini sebab segala jenis cendawan,seeweed, shark fin (ha ini aku tipu) dan semua benda alien yg aku tahu mahal la jugak boleh ambik,pilih sesuka mak bapak sendiri

Naget,sayur,telur burung puyuh, siap ada dessert ais krim dalam freezer (ada 8 perisa semua)..mcm yg si penjual aiskrim tu siap ada ais krim cone dan boleh isi ice cream sendiri..

Dan...mereka juga sediakan garam,ajinomoto,mentega,pelbagai jenis sos dan kicap,HP sause,BBQ sauce untuk kita marinate sendiri ikot citarasa...

Drinks pula kena bayar ikot harga ye...

Paling best tempat ni tak ada la maximum berapa lama kita boleh lepak...sukahati la lepak dari jam 6 ptg (sebab dia mula buka time ini) sampai subuh esk siap solat jamak di sini pun boleh..dialu-alukan..haha

Now...sajian gambar-gambar lain pula ye..




Tengah sibuk melantak..mmg bau dia sedap sehingga menusuk ke lobang hidung..hehe...kami panggang udang,ayam,daging time neh..dalam steambot tu ada berbakul2 cendawan dan kerang..Bes!!





Masa ni memang ramai sangat orang..full house..semua kaum pun ada..rasa macam one Malaysia pula..haha..semua pun sibuk masak dan makan ramai-ramai





See??ni bukan gambar sebelum tapi selepas..memang licin kami makan..semua pun habis..siap makan..nyam-nyam...(jangan membazir oke)...kalau anda hendak try boleh la ke D11, Kuching,Sarawak.Very Recommended..terletak di belakang Hornbill Restaurant sahaja..

Till then..babai!!

Labels:


Posted @ [12:14 PM]

Thursday, October 1, 2009
TAKOYAKI


Pandangan Dahulu :
Anything with 'wasabi' rasanya sangat ewww..yuck...dahla warna hijau kalau warna PINK, warna favourite ok juga..hehe

Pandangan sekarang:
Wow..wasabi rupanya sangat sedap..biarpun warna mcm lumut longkang, tapi seriously sangat sedap i tell you..nyam-nyam...rasanya lepas ni wasabi akan menggantikan sos cili di rumah!

*Wasabi= sejenis sos pedas jepun bewarna sehijau warna daun.Rasanya sangat pedas.Texture menyerupai sos cili.Sekali imbas, wasabi neh macam daun yg dilumat-lumat dan ditumbuk guna anak lesung batu (nak juga elaborate natijah prosesnya)

Dulu, pernah sekali kami makan buffet beramai-ramai. Adalah satu bahagian tu mmg khas makanan jepun. Ambil segala sushi semua, pandai-pandai letak wasabi. Bila makan..seriously wasabi itu mencacatkan rasa.Mmg seriyes gila tak sedap.Rasa hangat ja di mulut. Last-last membazir apapun yg diambil takda siapa sudi makan. Lepas tu fobia tengok wasabi. Sejak hari itu saya menggelarkan orang yg tidak disukai dengan timangan wasabi sebab tak suka!tak suka!tak suka..haha (ok ini gurauan sahaja)..ok what kalau letak nama anak Mohd Wasabi? Err..zhafran yg bakal menimang anak boleh consider nama ini..kihkih

Tak percaya wasabi itu NGETOP??Cubalah test makanan ini dahulu....




Maaf gambar agak blur sebab tangan da terketar-ketar dan air liur sudah banyak meleleh ke lantai kerana tidak tahan dengan temptation kesedapan makanan ini. Ia dinamakan tokoyaki boat japan atau bahasa melayunya bebola sotong bot jepun tokoyaki.haha...Jom skodeng isinya pula...


Description: Mula-mula dia letak 3 bebola sotong dalam kotak berbentuk boat, lepas tu sapu air gula warna coklat, letak wasabi, lada, mayonis dan last sekali mcm keruping ubi (i think). Last sekali, tutup kotak, then letak chopsticks kayu.

Harga bagi sekotak tokoyaki hanya RM2.80.Boleh didapati di wisma Merdeka, kota kinabalu. Try dulu, gerenti tidak menyesal..sangat sedap!

Labels:


Posted @ [11:19 PM]


♥AHLAN WAHSALAN
HELLO

Welcome!
Spy comel \(^-^)/ ke..



♥ Chats
Leave A Massage!;-)


♥ Sweet EsCape!
GOODBYE!

♦ Click Here <---Jom Skodeng SINI!♦

♥ Memories
my previous posts

December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013
April 2013

♥ Credits
clap!clap! :)

Designer : zahirah-
Basecode : Jas.miine-
Inspiration : Agnes
Materials : Lovecandied
Cursor : Dorischu
Hosters : Blogger,Photobucket,Blogskins


♥THE MRS. BLOGGER
SESI BERKENALAN DENGAN TUAN BELOG

S.H.I.M.A
Married.LEO.Kuching,Sarawak.Teacher.Pure Malaysian.
italic bold underline strikeout


♥ TIED THE KNOT!
THE COUPLE

Merisik :15 JANUARI 2011
Bertunang :17 SEPT 2011 @ 19 SHAWAL 1423H
Nikah :17 SEPT 2011 @ 19 SHAWAL 1423H
Lilypie Angel and 

Memorial tickers
Lilypie Angel and 

Memorial tickers
♥ WEDDING THEME
WEDDING BY COLOURS


AKAD NIKAH
GREY
16th SEPT 2011
PINK AND WHITE
AKAD NIKAH & BERLULUT
16th SEPT 2011
CREAM , GOLD AND IVORY
SANDING
17th SEPT 2011
RED
MAJLIS BERTANDANG
26th NOV 2011