
Tuesday, August 25, 2009

BESTNYA JADI SENIOR

Semenjak cuti hari Jumaat yg lepas, krisis air selama 3 hari telah melanda...3 hari i tell u sampai tangki di bawah asrama kosong dah tak ada isinya lagi..sob..sob..sangat sedih oke..hendak mandi sepuasnya pun rasa terbatas..tapi syukurlah takda air berbanding kalau tak ada elektrik..itu lagi sadis kan?
Me likely2 la junior baru sekarang sebab tengok ak sebagai senior terus tolak ansur."kak mandi sinilah.Paip ni ja ada air" Fuiyooo....barulah tahun ni ak merasa sangat heavenly menjadi seorang senior..haha..sampai adik tu sanggup tak jadi cuci baju kasi laluan ak mandi..Tq dik..kamu semua mmg baik..hehe...
Oh ya..haritu kan ada seorang budak freshie junior ckp "kakak2 blok sini semua ok.. tapi kakak blok sebelah tu ok ka?Mcm garang ja..takut mau tegur..."
Ha...see..hehe...kepada adik2 junior (pika,oi lan,K,Pija,intan dan yg seangkatan dengannya yg maybe membaca blog ini)di blok sebelah...drg takut la nak tegur kamu..aisyeh..muka2 otai a korang..but ak jawablah "eh drg akak senior blok sebelah tu ok ja...kamu try la tegur drg dulu..ok tu..baik2 semua" (baik hatinya org yg berkata demikian..ehem)..then drg kata "yakah?ok la nanti kami try" (kemudian perbualan diteruskan tapi takkan la ak nak quote semua dekat sini kan?isk!)
Beralih kepada cerita kedua..(chewah mcm karangan nak ada kesinambungan la pulak!)..pernah dengar 'soft toys vending machine'?(ntah la apa nama menatang tu tapi ak panggil begitu la bapak punya panjang nama dia..)atau tu mesin 'tangkap patung?'..Have no idea?sila tgk gambar rujukan di bawah (belakang orang tu)..


Fokus kepada mesin nya ya...sesungguhnya ak tak kenal makhluk 2 orang dalam gambar ni..err..sekadar hiasan.Haha (credits to : au2a.blogspot.com).Eh..apa point ak cerita semua neh?ha..point nya adalah..jeng jeng jeng jeng jeng (berapa banyak jeng la..isk!)


Yuhu!!!Ak dapat 2 ekor menatang Hello Kitty ni hanya dengan main mesin tangkap patung ok..yg sebelah kiri dapat dgn 2 percubaan dan yg sebelah kanan dengan sekali percubaan sahaja..terer tak ak?lala...Pasti peminat Hello Kitty menangis air mata darah tgk ak dapat patung kiut ni kan?kan?kan? (bajet poyo seperti biasa..hehe)
Apapun sejak kejayaan tempoh hari ak dah jadi ketagih main menda ni...tapi ak hanya akan main kalau ada patung yg ak berkenan..bukan for the sake asal dapat ja..nanti petang nak keluar main lagi..RM 1 only sekali main..ada juga aktiviti ak sementara tunggu berbuka puasa..hehe (see bukan nak berzikir apa ak neh..main menda ni pula..isk..isk..isk)
Labels: My favorites, My Recent Update

Posted @
[
12:28 PM]
