AVAILABLE IN : WHITE-LIGHT BLUE,PINK-SILVER, AND ORANGE-SILVER
(ALL SO ADORABLE!!)
CODE 6 : MEN SPORTY ADARA Market Price : RM129.00
Selling Price : RM 59.90 / PCS!!! AVAILABLE IN :BROWN-DARK BROWN (LIKE THE PIC ABOVE)
AND BLACK-DARK PINK
STEP 1 : E-mail me at shima.pink.ribbon@Gmail.com your
a) Name
b) Contact no.
c) Code of the shoe(s) and size
e) Address
STEP 2 : I will reply you back and confirm your order. I'll give out the details
(have to check the stocks tough :p)
Step 3: Payment via CIMB bank account ( money transfer ) or other accounts of your convenience should do. Just give out your the details..hehe
TERMS AND CONDITIONS :
1. No BACK OUTS once you CONFIRMED your order.
2. The item(s) will be SENT to you after you made your PAYMENT.
3. First come, first serve basis
4. Items are non-refundable, non-exchangeable and we do not responsible for any loss during delivery
5. Price EXCLUDE postage charges and C.O.D is available
Posted @
[5:04 AM]
Tuesday, August 25, 2009
BESTNYA JADI SENIOR
Semenjak cuti hari Jumaat yg lepas, krisis air selama 3 hari telah melanda...3 hari i tell u sampai tangki di bawah asrama kosong dah tak ada isinya lagi..sob..sob..sangat sedih oke..hendak mandi sepuasnya pun rasa terbatas..tapi syukurlah takda air berbanding kalau tak ada elektrik..itu lagi sadis kan?
Me likely2 la junior baru sekarang sebab tengok ak sebagai senior terus tolak ansur."kak mandi sinilah.Paip ni ja ada air" Fuiyooo....barulah tahun ni ak merasa sangat heavenly menjadi seorang senior..haha..sampai adik tu sanggup tak jadi cuci baju kasi laluan ak mandi..Tq dik..kamu semua mmg baik..hehe...
Oh ya..haritu kan ada seorang budak freshie junior ckp "kakak2 blok sini semua ok.. tapi kakak blok sebelah tu ok ka?Mcm garang ja..takut mau tegur..."
Ha...see..hehe...kepada adik2 junior (pika,oi lan,K,Pija,intan dan yg seangkatan dengannya yg maybe membaca blog ini)di blok sebelah...drg takut la nak tegur kamu..aisyeh..muka2 otai a korang..but ak jawablah "eh drg akak senior blok sebelah tu ok ja...kamu try la tegur drg dulu..ok tu..baik2 semua" (baik hatinya org yg berkata demikian..ehem)..then drg kata "yakah?ok la nanti kami try" (kemudian perbualan diteruskan tapi takkan la ak nak quote semua dekat sini kan?isk!)
Beralih kepada cerita kedua..(chewah mcm karangan nak ada kesinambungan la pulak!)..pernah dengar 'soft toys vending machine'?(ntah la apa nama menatang tu tapi ak panggil begitu la bapak punya panjang nama dia..)atau tu mesin 'tangkap patung?'..Have no idea?sila tgk gambar rujukan di bawah (belakang orang tu)..
Fokus kepada mesin nya ya...sesungguhnya ak tak kenal makhluk 2 orang dalam gambar ni..err..sekadar hiasan.Haha (credits to : au2a.blogspot.com).Eh..apa point ak cerita semua neh?ha..point nya adalah..jeng jeng jeng jeng jeng (berapa banyak jeng la..isk!)
Yuhu!!!Ak dapat 2 ekor menatang Hello Kitty ni hanya dengan main mesin tangkap patung ok..yg sebelah kiri dapat dgn 2 percubaan dan yg sebelah kanan dengan sekali percubaan sahaja..terer tak ak?lala...Pasti peminat Hello Kitty menangis air mata darah tgk ak dapat patung kiut ni kan?kan?kan? (bajet poyo seperti biasa..hehe) Apapun sejak kejayaan tempoh hari ak dah jadi ketagih main menda ni...tapi ak hanya akan main kalau ada patung yg ak berkenan..bukan for the sake asal dapat ja..nanti petang nak keluar main lagi..RM 1 only sekali main..ada juga aktiviti ak sementara tunggu berbuka puasa..hehe (see bukan nak berzikir apa ak neh..main menda ni pula..isk..isk..isk)
Kepada yg rasa cantik terima kasihlah..hehe dan kepada yg cakap tidak bersiap sedialah untuk merasa penangan kena sengkeh dengan Rosli sebab ini lukisan dia...aw aw...Cantikkan lukisan ni?Ntah tadi tengah ak kemas bilik asrama ak neh terjumpa lukisan Rosli...amboi2 you there depan skrin jangan hendak buat kontreversi pula... jangan ingat hanya dengan lukisan Rosli aku boleh bomoh-bomohkan dan santaukan dia..eee..bad brain betol la (ada pula guna istilah bad brain...isk)..
Actually dulu aku suka simpan lukisan classmate..ntah.Buang tabiat kot..Kadang-kadang tanpa segan silunya aku akan suruh (dalam erti kata lain mungkin paksa..haha) classmate ak melukis (walaupun lukisan Nauzubillah buruk..ehm..plz la shima jangan mengutuk..hehe) then simpan lukisan tu siap ada tarikh dan pelukisnya sekali..Eleh..mana la tau kan kot2 nanti ada dorang ni yang jadi PM atau YB..ada juga bukti aku yg sememangnya ak ni pernah sekelas dengan dorang...(Punyalah pelik punya perangai)
Apapun ak ada hobi baru sekarang..iaitu hobi menyakat kucing..dari jauh ak dah suka takutkan kucing di kampus..takpun ak menyorok dan buat bunyi kucing ala2 cari gaduh atau buat bunyi harimau...haha..terpinga2 kucen tu muka pucat semacam..ermmm..normal kah aku?
Tidak lama lagi kita semua akan berpuasa...jadi di kesempatan yg hanya beberapa hari ini sebelum puasa..marilah kita melantak makan!!!Hehehe....Biasanya jam 10 perut aku ni mesti diisi..macam manalah agaknya puasa tahun ni eyh?Konon hendak puasa sunat sempena bulan Syaaban tapi satu hari pun takda buat...isk3.
Apapun tahun ni aku takda lah rasa exited sangat hendak sambut Hari Raya (InsyaAllah) tapi ni first year and first time kami beraya tanpa datuk (Al-Fatihah).Biasanya dalam waktu begini mmg wajib aku dan adik beradik lain sudah bersiap sedia dengan 2-3 pasang baju raya.Tapi tahun ni takda la feel mcm itu lagi.Malah tahun ni kami buat ala kadar sahaja.Cukup sepasang...Aku dengan femili pun takda berebut2 hendak buat biskut atau kuih raya..mmg tak ada semangat...tahun ini pasti lain tanpa ada datuk..mmg sangat terasa kekurangannya...
Tapi semangat untuk balik tu tetap ada.Aku sangat hepi sebab tidak lama lagi dapat merasa masakan di rumah.Mak aku pun ada talipon kata rumah agak meriah dengan baby2 kitten sebab kucing aku dah beranak..lala..gemuk2 semuanya dan sangat nakal panjat langsir sana sini...tu salah satu sebab aku tak sabar balik rumah...yg paling best kucing aku warna oren putih tapi boleh dapat anak2 yg 3 colour...mesti kiut bangat neh!!!
Dalam masa 3 minggu lagi akan terbang ke sarawak..Yuhuuu...BTW ak juga nak ucapkan Hepi Ramadhan dan selamat hari raya maaf zahir dan batin kalau aku ada buat silap,terkasar bahasa ka, termakan, terminum, ter mengumpat apa ka (note: aku ada tulis 'ter' k..means perbuatan yg tidak disengajakan..haha). Semakin cepat masa berlalu dan tak lama lagi akan chow chin chow dari sini dan graduate (InsyaAllah)...Ak doakan yg terbaik untuk member-member sekohot se group , sekelas dengan aku semoga suksess all the way..yg mau kawen tu jagan lupa hulur kad jemputan ya!!hihiihi (*_*)
*Tema merah mu bara semangat waja, (layan lagu jalur gemilang jap) gagah berani, tampan dan poyo ar mcm tema chinese new year ja..hehe..theme untuk tahun lepas..tahun ni theme warna kuning diraja pulak..semua family kena pakai ala2 diraja siap ada karpet merah (red carpet ala femes mcm artis) di hadapan rumah siap ada bunga manggar sekali...lala
Credits : Gambar dari folder sendiri bersama cousin yg lupa disensored wajahnya kerana dikhuatiri disalah guna utk tujuan tak baik..peh..(adakah?)
Buat masa ini, beginilah pemandangan yg paling indah dalam hidup aku setakat ini..
Yup..hujan..hehe..rasanya kalau ikutkan hati mau ja ak menari tarian 'kuch-kuch hota hei' atau mungkin lagu background 'memori daun pisang' bersama Meris sebagai hero sambil berguling2 depan tanah lapang masjid..haha (apa kau mau dipanah petir shima?) urm..itu kalau ikutkan hatilah..lala
Pemandangan indah hujan dari luar tingkap bilik aku..suka bangat aku bau hujan di waktu siang...siap ada thunder2 (bukan thundercats oke) yang me'real' kan lagi suasana...peh..sudah2.Aku telah masuk ke bab jiwang yg terlarang..(plz jgn layan penulis ini)
Gambar 1 :
Gambar 2 :
Gambar yg diambil secara sembunyi2 dan malu-malu kuceng oleh si empunya kamera kerana ketakutan thunder yg akan merosakkan kamera anti-kilat/guruh nya itu..
Bangun pagi ini dengan rasa yg sungguh gembira...sebab sudah fully 100% sihat!!! Apapun, bersyukur sebab sakit (dan agak sengsara) demam selama 2 minggu sebab itu mengajar aku tentang nikmat KESIHATAN...
Ok.Stop.Mukadimah untuk hari ini...
Tada!!! Comel kan?
Sebenarnya sudah lama berniat utk post gambar ini tapi niat ditangguhkan kerana kurang sihat. Thak you banyak kepada Vujie yg menghadiahkan mendaalah ini sempena besday yang lalu..hehe...see..ada coin bank..bekas apple dan basikal kiut..lepas ni takdalah duit syiling duduk merempat sekitar bilik..haha (bajet kaya byk duit syiling la konon) kerana telah menanam niat utk menabung selepas mendapat hadiah tersebut..lala
Dan...apakah pula ini???
Ni semua adalah kenangan daripada pelajar semasa di sekolah praktikum yg baru berakhir minggu lepas...ada 6 hadiah kesemuanya tapi apa yg sempat di snap sahaja yg disiarkan..hehe...thank you very much...susah2 sahaja anak murid belikan hadiah..padahal telah dipesan agar bagi kad sahaja sebab most daripada mereka ni anak petani..hidup agak susah...jadi sgt terharu bila diberi hadiah..siap bungkus cantik2 lagi..
Oh ya...one more thing..marilah kita panjatkan kesyukuran kepadaNya (amboi ala ustazah la pula) sebab akhirnya semalam hujan lebat (yg selama ini ditunggu-tunggu).FYI di sini mmg panas gila dan berjerebu..waktu malamnya pun panas..tak ada angin..kadangkala takut juga sebab musim dan cuaca sekarang serba berubah..patutnya bulan Ogos kan musim tengkujuh..tapi ni jadi kemarau pula dan siap berjerebu..mmg sangat menakutkan...
Apapun cuaca baik hari ini.Terima Kasih Tuhan...(^o^)
Sudah lama rasanya takda mengupdate blog...mmg readers menyampah2 dan rasa hendak lari dan tak mahu jenguk sini lagi dah..hehe...bukan malas dan tak ada wireless (alasan biasa la tu) tapi telah diserang demam yg dah mau masuk 2 minggu...(redha jalah)..ubat untuk kali pertama tu semua sudah habis dimakan then pegi hospital last monday dan sekarang ubat last monday tu pun semua sudah habis..tapi dun wurry..telah disahkan bukan H1N1.
Praktikum telah berjaya ditamatkan dengan jayanya.TQ kepada semua cikgu dan anak-anak murid yg bagi gift,surat dan tangisan (chewah..takda sangka ada anak murid nangis2 juga masa ak blah).Kami juga telah berjaya menyiapkan 2 mural oke.. (diulangi: bukan satu tapi 2!!!)..lepas ni kalau ada projek mural-memural di maktab..ak yakin boleh buat dengan hanya menutup sebelah mata..haha (badget terer)..yalah dah buat 2 mural..mmg rasa sudah cukup latihan jiwa dan raga.Ingatkan hendak kenakan si Boi dan Meris yg akan ke sekolah tersebut utk menyambung hasil kerja kami tapi...takpalah..kerana ketereran kami..kerja berjaya disiapkan..maybe korang bakal diminta mengecat tembok sekolah di hadapan yg tidak sempat kami siapkan..hehe (amaran: Meris,tidak payah susah2 pakai make up ke sekolah kerana akan dikhuathiri cair..haha)
Last-last week tempohari, telah singgah ke Centre Point KK dan di sana telah discover banyak laptop design baru.Now, HP,Dell dan Acer masing2 keluarkan laptop in various colours including pink!I heart with this Inspiron 1545 Dell laptop in Flamingo pink!
Surfing2 hanya jumpa picture yg colour black..but cuba bayangkan laptop tersebut sweet flamingo pink in colour...on sale now di centre point,KK.Very jatuh cintalah.The best part is the whole thing (laptop) is in metallic pink..harga juga sangat affordable..maybe akan lupakan impian bersama sony viao pink and go for this instead!!hehe
Hari ini telah menyambut harijadi bersama en Sanim di Secret Recipie,Kota Kinabalu.Malaysian home made recipie..chewah...kalau anda ke sana jangan lupa order chicken cordon bleu nya sebab mmg sangat sedap...semua pun sedap actually but this is our favourite meal...cake?Of course ada..dan semestinya lah order choc indulgence cake..sangat menjilat jari..kalau secret recipie ada di Keningau ni..pasti ketagih pergi hari2.Pada masa itu KFC sudah tidak dipandang lagi..haha (biasalah dapat madu sepah dibuang bersepah-sepah..lala)
Birthday kali ini rasa sangat seronok kerana dapat makan sesuka hati.Badan yg membulat tolak tepi..nanti akan jogging utk kurus semula..(konon la).Kalau zaman dulu2 teringat la kalau birthday tak ada hadiah pasti terasa sedih dan terus merajuk (kalau family atau org yg tersangat rapat tidak bagi present la)...tapi sekarang sangat berbeza..org wish birthday melalui sms,ym,chatbox,call,telegram (eh tak pasal2 urgent sangat pakai telegram..haha..apa kes neh?) pasti akan berasa sangat hepi kerana at least ada org ingat..selepas itu, mmg tidak LANGSUNG mengharapkan hadiah (eh pasal apa huruf besar semua l.a.n.g.s.u.n.g tu?)..betullah..ni bukan ada udang sebalik batu..(really?)tapi kepada yg berniat memberikan hadiah..jangan batalkan niat anda..hadiah dialu-alukan ...hehe..Bigger the better..kwang2..(zip up now penulis!)
Hari ni actually hendak menyambut besday bersama adik di KK...itu plan ja..tapi Tuhan menentukan (ecewah...bunyi mcm ustazah ja)..tiba2 hp terhabis bateri padahal ada 2 bar lagi..sungguh hendak dibaling ke dalam laut HP ak neh..baru padan muka dia..(ada mukakah hp motorola L6 itu?-hendak juga sebut nama model hp utk tujuan berlagak..haha)..sudah tu no talipon famili semua takda ingat sebab mengharapkan phonebook hanpon ja selama ni (teknologi kadangkala memudaratkan..jadi malas nak ingat no pon org lain)..jadi anggap ja bukan rezeki kamu adikku..rasanya amat sesuai membeli hp baru sempena besday ni..tapi bila disuarakan hendak presen hp (hp merujuk kepada handpone ok bukan jenama printer HP ko tu..ingat..ingat!) HELLO KITTY terus di SMASH oleh en sanim..(-_-)* sob...yg memberi ceramah free tentang 'ciri-ciri handpone yg baik..bukan utk bergaya tapi tgk kepada jenamanya'..ok ok fine..selepas ini tak ada lagi tajuk Hello kitty HP menjadi topik perbualan..
Ok..cukup la pasal tu..ni early gift dari en sanim.Pencil case My Melody..sangat kiut..entah kenapa sejak akhir2 ini sanggat menggilai My Melody..rasa seperti menatang itu sangat comel pula..
Oh,BTW...kepada yg banyak bertanya berhubung entry 'kenapa nangis?'..the identity of the girl remain a mystery.(jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri---->iklan kejap).Tak usahlah kita siasat sampai lubang cacing or lubang hidung orang tu (ehmm..plz senonoh sikit-haha) utk tahu siapa..but the main point is..kita patut sama2 prihatin..sebab sebelum ni kami sangka hanya kami yg mendengar tangisan tersebut..but rupanya others yg sama block dengan dia heard it too but do nothing..(as far as i know la)...FYI,the girl dah stop crying..and kepada girl tersebut..u better listen to lagu 'hey ladies' by rossa...(and of coure listen to surah2 Al Quran la utk tenangkan jiwa)..antara lirik lagu tu ialah 'hey ladies..jagan mahu dibilang lemah,kita juga bisa menipu dan menduakan..'..so be strong ok..i hope ur friends are there for u to give u the strength and motivation..oke..(whoever u are)
Selama penularan selsema babi hati ak mula rasa ragu hendak outing pun rasa takot.... hehe..mungkin kurang pembacaan dan pengetahuan tentang penyakit tersebut menyebabkan kita agak tension,stress dan panik..so berkeputusan untuk cuba 'mengurungkan' diri dan meminimumkan aktiviti di luar demi menjaga kesihatan..ceh
Praktikum tinggal seminggu lagi..first of all tahniah ak ucapkan kepada rakan2 yg kena rentas..syabas beti..dalam minggu2 terakhir ni baru lah ak rasa ak boleh blend in dengan pelajar-pelajar ak..ak doa selepas ni semoga mereka akan terus berjaya dan cemerlang (aisyeh..ayat motivasi untuk hari ini)
Memandangkan minggu depan minggu terakhir praktikum..diharapkan anda dapat memberikan cadangan yang paling best sebagai hadiah kepada sekolah dan guru pembimbing kami...kerana ak betul2 tak ada idea now..jangan suruh ak bagi hadiah cipan siap pakai reben untuk sekolah sebagai projek ternakan daging cipan..no no tak boleh..haha..idea kena logik a..nanti ak sekeh kepala baru tau.
Last but not least..ni adalah passport cover terbaru yg telah dibeli beberapa minggu lalu...tada!!!(poyo ar dah cakap baru nak buat bunyi soundtrack intro apa benda ntah)..boleh didapati di bubbles.com.Harga sangat berpatutan,cuma RM4.90 sahaja.
Passport cover lama kepada baru..mula2 hitam..lepas tu tukar ceria sikit warna merah then now ada my melody yg cute!!mcm note book pula bila first time tgk..passport cover yg cute utk org yg cute..(ceh perasan..)