Wednesday, July 29, 2009
ALLAHYARHAMAH YASMIN AHMAD AND I
AL-Fatihah untuk allahyarhamah Yasmin Ahmad.May her soul rest in peace dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Amin.
Pada tahun 2007, my gang (chewah badget mafia) telah fly ke Terengganu sebagai wakil pesta pantun antara Institut2 Perguruan Malaysia.Semasa hendak pulang semula ke Kota Kinabalu,we all terserempak arwah Yasmin with her kids di Airpot.Credits to Rosli tauke Budu sebab cam beliau.Kalau ak mmg takda perasanlah (means takkan cam bukan perasan diri cantik ke hapa..isk..bad taught la u)Yup.She's a very beautiful lady and her kids lagilah buat ko melt.Dia pun very friendly dan tak jual mahal untuk bergambar bersama peminat.
Antara perbualan yang ak ingat dengan dia ialah, "Where are you from?Oooo..Sabah..ya..saya pernah pergi Sabah.Tempatnya sangat cantik.Actually,now I'm travelling around Malaysia..nak Tengok2..cari lokasi yang cantik dan sesuai untuk buat filem..."
Pastu ak pun tanya lagi ; "Tak mau datang Sabah lagi ke?"
Dia jawab ; "Eh,of course saya nak datang.Belum habis round Sabah..for sure saya akan datang sana lagi..hehe"
Allahyarham with the gang.Peringatan ; Ni gambar masa tahun 2007 oke..i agak chubby..tapi sekarang err..agak mantap...haha (ni barulah perasan tak sedar diri..lala)..sangat sweet and simple..Arwah hanya pakai baju kurung cotton bunga kecik ja
See..kalau i masuk Raja Lawak..boleh menang kot..baru usya sikit lawak dah berjaya buat Yasmin Ahmad tertawa...jeles tak? (adalah yang kena lempang lepas neh)
Masa ni beliau tengah offer jadi heroin sepet 2....i jual mahal kata i berlakon filem gred A sahaja..yang ala2 setaraf pelakon seperti Tom Cruise dan Angelina Jolie...heh (Oit..tak baik menipu..oke..oke..itu tipu belaka..kang tak semena-mena takot dipanah petir...dipanah anak panah arjuna bagus gak..eh...apa yg ak konpius neh?)
Lastly..hargailah orang tersayang sementara masih ada..lumrah manusia..bila dah hilang baru tercari2 dan hendak menghargai..betol tidak? (mutiara naga hari ini..eh..silap..mutiara kata hari ini)..Konpius ar..kenapa mesti sebut MUTIARA kata?Kenapa bukan SUASA kata,KRISTAL kata or CANDY kata ka apa2 lah..kenapa mesti MUTIARA?
Labels: My Memories
Posted @
[
3:45 PM]
Sunday, July 26, 2009
HORRAYY!
Aiseh...kenapa tiba2 Horrayy ni? Buang tabiat ka apa ntah dapat jackpot ka apa hepi bangat neh??
Dah ada wireless..Haha...lebih hepi...di hari Ahad (Biasa Sundays mmg tak ada oke).Ini memang di luar jangkaan dan jangkauan akal (peh ayat maut)...rugi selama 7 jam..sebab apa? Terbangun jam 5.20 (sebab lupa off alarm utk hari biasa ke sekolah..sob sob..takpa,at least sempat solat subuh)..then takda tido balik..buat aktiviti riadah menjemur kain,mendi,breakfast,kemas bilik dan buat RPH.
Nampak PC masih off.Tersadai dari jam 6 pagi.Dalam hati cakap "takda wireless pon so tak perlu on"..then jam 9 terkulai tido..baru sekejap lelap mata bunyi bising wiring (ask vujie about this..haha)..selepas beberapa percubaan dgn susah payahnya berjaya tido untill jam 1.Biar PC lagi sampai jam 1 lebih..bila on ada pula wireless...arghhh..kalau tahu awal2 lagi on..takda la boring bangat lalu melakukan aktiviti utk budak2 skema..lala (i'm NOT skema oke..berani nak kena penumbuk boleh lebel itu kepada diriku sekarang..aisyeh,badget garang)
Minggu lepas banyak perkara lucu jadi tapi takda sempat share dengan anda semua..adoi pening juga budak2 ni kadang2..sampaikan ada satu ketika ko kena tahan ketawa supaya takda terkantoi dgn budak2 ko ni sebenarnya gila2 jugak...imej oke..jaga imej..
Ni la perkara yang melucukan ak tu..ak suruh dorang tulis pesanan atas kertas..adalah ni budak paling hyper dalam kelas ak boleh2 tulis pesanan begini :
Tidak jelas? tau dia tulis apa ?
"Saya ingin menjemput kamu ke perkahwinan saya.Saya harap kamu boleh datang bersama keluarga kamu.Sekian terima kasih"
Amboi3 anak murid ak ni..dah menggatal nak kawen la pulak..kalah2 cikgu dia..jangan risau,nanti ada masa budak ini akan disekeh dan di slam dunk juga apa2 yg patut oleh gurunya ..hahaha
Cerita lucu lain kita simpan dulu oke..jeng jeng (bajet horror..poyo ar syima neh)
Labels: My Recent Update
Posted @
[
2:01 PM]
Tuesday, July 21, 2009
MUNGKIN NANTI AKU AKAN OK
Menyesal jadi cikgu?..tiba2 soalan tu terpacul hari ini..
Praktikum kali ni mmg penat sampaikan ak rasa tensen dan tak ada masa untuk bermanja dengan diri sendiri...dapat pula lecturer yg suka buat 'suprise' datang tiba2 kang terkejut beruk anak murid aku nampak ada 'orang luar' masuk kelas..lala (padahal sendiri nervous takot buat perangai kurang sopan terkantoi dgn lecturer..haha)
Hari ni tidak ada apa2 yang menarik perhatian sangat..cuma terfikir..kalau cikgu hari2 menghadap pelajar..penat..tapi tu semua akan dilalui juga kan..tapi berdasarkan pengalaman,ak rasa ajar bebudak tadika lagi mencabar dan penat..cuma ajar budak2 sekolah ni mereka dah pandai menjawab dan melawan..budak tadika dia takdalah berani melawan sebab anggap ko org dewasa..ni bebudak sekolah dah banyak terpengaruh mmg la dia akan jadi berani sikit..(nasib baik sabar..kalau tidak sudah lama bertukar menjadi incredible hulk dan pasti keluar dalam suratkhabar 'guru bertukar menjadi monster-sungguh tidak sopan' ..sebab pakaian koyak rabak..haha)
Weih...apa aku merepek neh?ni punyalah semangat utk mengupdate blog utk readers yg budiman.. (ok..ni kes dah terjangkit budak2 sekolah yg selalu sebut "terima kasih cikgu yg budiman" neh..stop stop)
Apapun..kesimpulnnya bagi aku semua pekerjaan ada keboringannya yang tersendiri..kalau baker, ko akan menyampah pandang roti..tukang masak pula ko akan rasa nak termuntah hidu masakan sendiri (sebab hari2 dekat dapur),doktor boleh sakit sebab hari2 jumpa orang sakit dan engineer rasa tekanan bekerja bawah terik matahari setiap hari...cikgu pula hari2 ada isu dengan student.
Tapi satu yg ak bersyukur..budak2 ni la racun dan penawar...at least at the end of the day..ada juga cerita lucu utk di share..;-p
Shizuka Pun dah beli baju sekolah now..hehe
Labels: My Recent Update
Posted @
[
2:52 PM]
Monday, July 20, 2009
SUMPAH TAK MAHU LAGI
Barulah sekarang ak percaya bahawa guru yg garang itulah yg sebenarnya sayang anak muridnya...dulu time sekolah rendah,ak anggap cikgu macam neh tak lain tak bukan nak mendera anak orang ja...(dalam hati siap boleh benci cikgu tu)..tapi tengok fenomena di sekolah ak sekarang..kalau bukan sebab cikgu macam neh tak mungkin ak akan jadi pandai.
Fenomena apa tu ?
1. Cikgu masuk kelas,bukak laptop (ntah main gem,surfing blu ka apa ..eh ..eh ..opss ..sori.tu fitnah namanya shima..ko takda nampak pon!)pastu bagi pelajar bukak buku teks dan jawab latihan.
2. Cikgu huhu haha hehe konon nak buat fun tapi student satu hapa tak belajar apa..
Cikgu yg selalu garang2 pulak ak nampak tu tiap kali masuk bilik guru mengeluh,merungut dan susah hati kalau budak dia tak ingat dan dan tak pandai..lepas tu mula cari cara mcm mana nak buat student ingat...betapa sayangnya cikgu ni dgn anak murid dia..hendak dia pandai..dia pula susah hati ja..ak mula respek cikgu yg garang dah..hehe
Dah.cukup cerita menyayat hati itu..hehe..iklan jap..perkara ni baru berlaku tadi..punyalah ak rasa lucu..tapi ketawa kontrol2 ayu lah..kang ko ketawa terbahak2 tak bersopan langsung nanti tak ada org masuk meminang (padan muka ak)
Situasi: Seorang pelajar lalu di hadaan cikgu tanpa beri salam / membongkokkan sedikit badan sbg tanda hormat
Cikgu (yg namanya dirahsiakan): Eh, apa kamu melimpas2 saja ni? (Limpas-maksudnya lalu di hadapan)
Pelajar Innocent : Ehehehe..
Cikgu (yg namanya dirahsiakan):Lain kali..kalau mau melimpas..kena cakap dulu bagus2..ok...ikut apa cikgu cakap ni..."Teacher...may i..."
(Pelajar pun patuh dan ikut apa cikgu tu cakap)
Pelajar Innocent : Teacher..may i...
Cikgu (yg namanya dirahsiakan): ...."Passed away...?" Ok..cuba ulang
Pelajar Innocent : "Teacher..may i passed away?"
Cikgu (yg namanya dirahsiakan):Ha!Begitulah..sekarang balik ke kelas kamu...
Bila ja pelajar tu balik cikgu tu ketawa terbahak2 sebab passed away kan maksudnya 'meninggal dunia'..hehe..lawak ar cikgu ni..hilang sikit tensen ak di sekolah dgn lawak tengahari tersebut..
Anyway,semalam birthday anak murid tuisyen ak, Irah.Happy Birthday Irah..today kak shima bagi present okek?
Ni semua untuk irah..hehe..hope u happy
Labels: My Recent Update
Posted @
[
4:02 PM]
Thursday, July 16, 2009
ANAK ANGKAT
Hari ini seperti biasa praktikum di sekolah...telah diberi tugasan melukis mural (dah la tak pandai melukis..mural ntah jadi lukisan agung ka hapa ntah nanti..haha)..lepas tu melukis bendera siap kena suruh kasi warna..mengecat semula tembok sekolah dan logo lencana serta mengecat/melukis semula l*ogo dekat rostrum (ni kalau korang tak tau apa sila rujuk kamus sendiri)
Ak mula rasa mcm buruh binaan..sob (-_-)*..tak apalah..inilah pengorbanan atau kata org tanda kenangan untuk sekolah tersebut...hehehe
"Terima kasih cikgu yang budiman"...eh eh eh ...sejak bila ak menjadi budiman ini..haha..mula2 dengar mmg lucu..tapi lama kelamaan sudah biasa...instead of "budiman" nanti ak nak tukar perkataan tu kepada terima kasih kepada cikgu yg comel,kiut,baik hati,jujur..ah..pendek kata masukkan semua sekali 16 nilai murni dalam ucapan terima kasih tersebut sebaik sahaja habis kelas...hahaha
Nenek kebayan...Anda takut nenek kebayan?Amboi3....ni kenapa tak pasal2 ckp pasal nenek kebayan?tu cerita lain kali..shhh...(alah..badget readers thrill la nak tau tu..perasan!)..ini sudah lari dari tema..
Ok..kembali kepada tajuk asal..saya telah menjadi mummy sebab telah mengambil anak angkat (mesti org tanya "oh why?why? u are soooo YOUNG but dah ambil anak angkat..aw..aw..sekali lagi perasan!tlg jangan saman saya..saya takda duit-ceh!badget ayat artis!).Ni cerita pasal anak angkat di sekolah la..budak2 darjah 6 to make sure drg dapat keputusan cemerlang...not yg still baby2 ko kena tukar lampin,kasi makan bangun pagi mlm2 buta kasi susu tu..no no no..not that..(you Shima!stop speaking London...readers dah bengang...haha)
Jadi esk saya nak bincang dengan anak angkat saya nak suruh panggil mummy,mothre,amma atau ibu..lala..jangan jeles...nak suruh dia panggil mummy la baru vouge sikit...(cet..padahal kena panggil cikgu pun)
Oooo...nak tau siapa anak angkat saya?
Charlene anjis...adik kepada angie anjis...my collage mate..ni pasti seronok! (udang sebalik batu neh..)
P/s : Ni lukisan budak darjah satu..sangat comel..tu la saya sayang dorang..hehe
Labels: My Recent Update
Posted @
[
1:55 PM]
Sunday, July 12, 2009
Anda Di Mana??
Haha..poyo la tajuk anda shima...sekarang ni sebenarnya tidak ada idea..kosong..selalu tidak seperti ini..kenapa ya?Hendak membuat entry pasal praktikum..no.no..so lame..hehe..takkanlah hendak merungut di dalam blog (sebab penat sgt praktikum sampai rasa nak patah pinggang keluar segala penyakit os-to-pe-ro-sis semua)..
Kenapa ak tak sabar nak habis praktikum ar?(oh..sungguh sarkastik ayat itu)Note: Mentang2 tgh mengajar sekarang ayat pun kena powweer beb!lala
Pelajar baru akan mendaftar esk..ada sebab untuk kami dibuli (sebab dorang akan paksa2 minta autograph ko sebab kena kumpul 100 tandatangan..ceh..).Masa ni la nama ak akan bertukar dari Shima..menjadi shirley,shila,dayang,arvil lavine,erra fazira dan M.Daud Kilau (ha nama ni kalau buat gerenti kantoi!) dan apa2 nama ko sukalah sebab hati dah rasa keterpaksaan sain byk beratus2..juga strategi utk membuli balik pelajar baru..haha sebab nanti urusetia cek tau2 nama tu tidak wujud lalu meminta mereka cari semula tandatangan..hua3...kejamkan?(ala..bukan selalu pon)
Org buat wiring ini menyeksa jiwa dan ragaku...pagi2 jam 8 dah ketuk2 buat kerja..sob..sudahla lepas tu ko tak boleh kuar nak makan,pi tandas ke mandi takot kena sekodeng..yalah pekerja lelaki yg buat kerja mana ko tau kan dia nak buat apa..kerja pula dalam asrama..now betol2 sebelah bilik ak..gila tensen..dahla minggu praktikum..mmg penat.. (ok ok ni dah masuk bab yg mengandungi unsur2 complain..stop..stop!)
O.k Chow dlu.
Shizuka and her brand new Chair..One reserved for Yna..hehe
Labels: My Recent Update
Posted @
[
8:35 AM]
Wednesday, July 8, 2009
A DAY WITH Y-NA
Urm..u really need the makeover Yna!This is so a fashion Don'ts!
Hm..let's see...the firs't outfit...no no..too matured
Yna: How about this one?Me likely likely!
Shizuka : Nope..too sexy..later your mommy marah2 coz' u too menjolok mata..this is Malaysia oke?
Yna: (-_-)*sigh
Aah..finally a look fit for a princess!!
Ooo..Yna..you look absolutely adorable in whatever outfit you wear!
Candid of both of them while choosing a dress for Yna..
Labels: Pullip
Posted @
[
7:19 PM]
Monday, July 6, 2009
GARAGE SALES!
Ak ni baru balik dari praktikum...dapat di SK Jaya Baru..Adoi..punyalah kami terpsyco sebab org ckp sekolah tu jauh gila,jalan grabble,lalu 3 batang anak sungai tapi tup..tup..dekat ja...org takutkan kami lagi kata sekolah tu SKM (sekolah kurang murid) jadi ak dah mind set sekolah tu yg mungkin hanya ada satu blok bangunan sahaja..tau2 besar lak sekolah tu..muridnya pun ramai tak macam ak kat St Pius dulu..haha..poyo poyo
Apapun ak selamat melalui 1st day praktikum di sekolah..dah mula fikir bila nak habis..padahal baru ja mula (ni kalau dah posting..ambek la..takda nak tunggu bila nak abes oke)..penat bangat..ak tak tau la jika dpt bahagi masa ni dgn elok antara praktikum dah stadi ak yg ada exam tu nanti...
Ok..dah baca tajuk entry kan?lebih kepada Room sale sebenarnya sebab takda buat di garage pun!TQ pika bagi harga bes dan masyuk yg ak rasa sgt murah dan baju2 tu buat wardrobe ak lebih adorable.dari dulu mmg ak suka baju pika ni..comel2 semuanya..nak tau apa ak beli?Jom kita check!
1. Baju
2.Dan baju lagi
3.Beg dan keychain zirafah (yg dijual berasingan)
Nanti ak selongkar almari ak pula..napa tak terfikir nak jual dari dulu a??
Labels: My favorites, Pika
Posted @
[
4:20 PM]
Saturday, July 4, 2009
GIFT FROM THE HEART PART 2
Hari ni ak tolong cat koperasi Kampus.Tu la 'gift from the heart' dari aku..elele..riaknya..(tu pun nak cakap..bajet rajin la konon)..ak malas mengecat ni sebab gerenti baju seluar,tudung,selipar,kaki,tangan aku semua akan dikotori cat..last time ak buang ja tudung ak yg kena cat (masa cat masjid)..weih malas ak nak main sental2 kalau dia taknak tanggal tuh..ala tudung murah ja pon..
Mlm tadi ak tak dapat tidur..teringat cerita susie pekerja kafe 'tangan kuku panjang melambai dari tandas'..weih dah la rumet ak takda..dah jam 2 pagi ak terbangun teringat lak..kalau la dia lambai2 ak gerenti seram woo...jadi mlm tadi ak bukak ja lampu..risau betol ak kalau ada 'something' tido kat katil rumet ak kalau ak tutup lampu..gerun ak tiba2..tu sebabnya ak dah allergic cerita hantu..tau kawasan kampus yg agak 'keras' ni tak berani ak nak tonton benda tu semua lagi..
Kembali kepada tajuk Entry..haha (guna tajuk sama hilang idea punya pasal)telah mendapat gift berupa sejadah dan tasbih dari en Sanim sempena kepulangan parents nya dari umrah..sejadah tu warna golden (ntah napa kat sini nampak coklat)..yg kalau kena cahaya akan nampak sparkly2 sampai silau nak tunaikan solat..haha..
Then sempena hari raya neh telah membelikan rantai kawaii for my sis and my cousin berupa necklace high heels dan bear..sangat cantik (tapi sori di sini kualiti gambar agak hampeh)..sesuai utk teenagers..dan utk ibu dan lainnya akan fikir hadiah mereka kemudian..
Ok..hendak zzzz...ngantuk bangat diganggu oleh imaginasi wild pasal ghosts tak tentu pasal mlm tadi (jgn jadi mcm saya..hehe)adios!
Labels: My Recent Update
Posted @
[
1:10 PM]
Friday, July 3, 2009
GIFT FROM THE HEART
Hari ni hari Jumaat.Friday je org ramai mula blah balik kampung..jeles weih, mentang2 rumah ak dah jauh beribu batu..sob sob..tak mengapa..tinggal beberapa bulan sahaja lagi kan?Go Go power rangers!!(pulak da)..Dlm kepala otak (yg maybe agak genius itu..perasan!) hanya fikir coconut shake..semalam hujan lebat woo sampai petang..niat membeli coconut shake terpaksa dibatalkan (kan bagus kalau dapat order 1-800-8878 cam piza tuh..cet)
Musim sejuk telah melanda kampus (chewah..kasi jeles yg musim 'summer' sekarang yg panas tahap gaban now)...ak rasa dlm 2-3 tahun lagi ada snow kot di kampus ini..maka..winter line fashion boleh masuk sekali..org takkan ejek ko lagi kalau pakai kot berbulu-bulu (oit..apa ko fikir tu?haha) di kampus sebab mmg cuaca sejuk..dan HEP tidak akan menyaman anda lagi kerana pakai boots tinggi kerana takut kaki beku..haha..err tu 2-3 tahun akan dtg punya cerita okek..
Rumet ak balik kampung harini..tinggallah ak sorang2 bersama toyo..(eh mulut jgn cabul kang ada kantoi nampak dia main pullip memalam)Baru semalam ak bagi dia Birthday present..Heppy belated besday rumet..Ak bagi gelas hello kitty..mmg comel gila gelas tu..yg paling last pulak da..mula2 nak bagi bedroom item sebab rumet ak ni dah pindah rumah baru..hehe..tapi takda yg berkenan..semoga panjang umur and happy always ya!(doa ak utk dia)
Ni la gelas kitty tersebut...
Tapi digunakan secara terbalik seperti ini :
DARI KIRI : Waheeda merangkap rumetku(OPsssss..)dan Puteri Rania (Perasan bangat weih..haha)
Labels: My Recent Update
Posted @
[
11:21 AM]