
Saturday, May 30, 2009

PULANG

Selamat hujung minggu semua!Yippie..esk akan kembali ke Kuching..lala..gembiranya hati tidak terkata (mcm la sudah 10 tahun tidak balik sebab pergi planet mana ntah di luar kawasan bima sakti) dan lebih gembira dapat menjeleskan kengkawan kerana berjaya naik flight MAS dengan harga yang murah dari tiket air asia (huahuahua)- tolog ketawa kejam sikit..P/s:Pika,ak dapat makan free dlm flight dan tak payah bayar rm8 untuk merasa makan megi dalam penerbangan mcm kamu..(*_*)
Sekejap lagi akan menaiki bas ke Kota Kinabalu.Melampau la semua hotel sana sini telah full.(Menyesal lupa booking awal).Ni kaamatan punya pasallah org ramai hendai pergi aramaiti hepi2 berpesta..Kalau takda tempat tinggal nekad tinggal di Airpot..ok apa..ada aircond lagi...tu satu hal ni barang yg dibawak ni pun agak banyak hehehe (Biasalah syima balik 3 minggu mcm hendak stay 3 dekad)Baju yg dibawa hanya 2-3 helai tapi yg penuhnya sebab diisi modul2,buku dan barang2 utk dibawak balik dan barang yg dipesan (ni kena cas lebih neh dgn org yg order!!)Next last sem aku takda tau la mcm mana nak bawak barang yg menimbun neh.Mungkin akan minta pakcik pos laju ke kampus dan kata 'semua ni saya nak pos laju'..haha...mungkin lepas tu pakcik tersebut akan sawan sebab stress melihat barang yg banyak tahap gaban tu.Ah,nanti ja fikir..
Cuti 3 minggu ni planning bermalas-malasan di rumah sambil berfoya2 menternak badan.PLANNIG oke..takda disangka-sangka telah dibooking utk kerja di sekolah tadika lama dulu...(-_-)*sob.Patutnya gembira dapat $$$..ni kenapa takda hepi ah?Owh..mungking mengenangkan kawan2 lain hepi2 di rumah sementara ak masih juga terpaksa bangun pagi jam 6 seperti biasa masa kuliah.WAAAWAWAAWAWAAAA ..ini tidak adil..(mahu menolak tapi takda sampai hati-syima kan kiut dan berciri cinderella seperti biasa..haha)
Akan melaram utk blogging seperti biasa..ada masa dan kesempatan kita berjumpa dan bersembang dalam blog ini ok!Mungkin akan menyelitkan kisah seperti..eh..mana bole cakap nanti takda thrill utk ke sini lagi..apapun, u know what happen masa hari khamis?Eh,u sudah tentu la takda tau sebab ak tak kasitau..haha...Blog ak telah menjadi kucar kacir..post ilang,susunan mcm @##$%*(&^% yg memang kronik.Ni la padahnya si Syima (sapa tuh?) gatal tangan konon BAJET terer mengubah HTML dan skrip lepas tu blog sendiri jadi mangsa.Padan muka aku.Kalau betol2 la hilang..mmg akan menangis sambil meroyan macam org angau ('ANGAU' bukan stands for org bercinta ja kah-baiki vocab..baiki vocab)
Nasib baiklah dibantu superman en sanim (dilarang membayangkan dia berpakaian ala superman dgn seluar dalam di luar ok..Cannot!suci sikit.nanti ada org yg mengamuk..haha)yg membantu memperbaiki skrip yg boleh tahan rosaknya.(Kan da ckp syima bajet terer lalu save terus semua tanpa priview)..apapun..semua selamat n aku dapat jumpa anda semua dlm blog seperti biasa.
Till then..adios..ak nak kemas2 barang..tertekan tgk drg2 KPLI neh banyak simpan barang dah dalam stor..hehe

p/s:jangan takut hendak berubah..tapi kalau ko ubah muka dgn pembedahan plastik itu cannot oke..hehe

Posted @
[
7:02 AM]
