
Wednesday, April 29, 2009

VIRUS & ANTIVIRUS
Fobia dgn Virus?Tahukah korang virus boleh menyerang komputer kita melalui internet, email, newsgroup dan sebagainya. Apabila virus memasuki sistem komputer kita maka virus tersebut akan tersebar kepada komputer lain melalui e-mail, fail atau folder yang dikongsi (hampeh..). Ini bergantung kepada jenis virus kerana terdapat virus yang akan merosakkan sistem operasi komputer dan terdapat juga virus yang hanya menyerang perisian dan fail tertentu sahaja.
Jadi bagaimanakah utk mencegah menatang virus ini daripada menyerang? Ini ada beberapa tips: (padahal ak pun selalu kena..apakah sedang berlaku situasi 'omak ketam ajo anaknya berjalan betul?hahaha)
1) PASTIKAN anda scan disket dan tumbdrive dengan menggunakan perisian antivirus sebelum membuka fail yang terdapat didalamnya.(Gunalah kerpasky walau kurang kick bg ak tapi paling kick antara byk2 antivirus komersial di pasaran)
2) JANGAN sesekali membuka e-mail attachments daripada orang yang anda tidak kenali kerana fail yang di hantar mungkin mempunyai virus
terutamanya fail .exe, .vbs dll.(org ni biasa letak nama/tajuk mengujakan spt 'klik sini utk ayam Kepsi sedap secara free')
3) PASTIKAN anda log off akaun email anda selepas menggunakannya.(Especially online payment)
4) JANGAN memberi respon atau reply kepada email spam. Jika terdapat email spam sila delete jer.Tak payah bersusah payah melayan.Semak!hehe
5) JANGAN sesekali menghantar maklumat penting seperti password, maklumat peribadi dan sebagainya walaupun kepada orang yang dikenali.(Especially spy EN HM..oOo)
6) Sila update antivirus.Ingat..antivirus pun bukan boleh jamin 100% computer kita free from virus.Nak lebih selamat..pc guna utk buat kerja ja..bukan surfing especially you..you n you (sambil tunjuk sorang2) yg suka tgk tutt tu..lala
Top 10 Antivirus of Year 2009 (Source : Toptenreviews.com)
1. Bit Defender (ntah camna dia dapat no 1.Not recomended)
2. Kaspersky (Antivirus ak sekarang)
3. Webroot
4. G Data
5. ESET Nod32(pernah try..boleh tahan la)
6. Peretologic Antivirus PLUS
7. AVG
8. Vipre Antivirus plus Antispyware
9. F-Secure
10.Trend Micro
Top 3 Viruses :( Source : Symanthic.com)
1. Trojan
2. Bloodhound
3. Win 32
(Virus Bulubebek tidak termasuk..sila cuba lagi tahun depan..HAHA)

Labels: Info

Posted @
[
7:49 AM]
