
Tuesday, March 3, 2009

Travel By Land to Swak
Sudah lama juga since the last time travel ke Sarawak guna kereta ni...paling last agaknya tahun lepas masa famili pindah (sebab nak bwk kereta ke sana)..Kami telah berkonvoi dalam 2 buah kereta..Ngam lah kami 6 org ja...jadi 3 org sebuah kereta..owh..jangan tak tau..sekalian kucing di keningau ni pun kami angkut sekali berkonvoi...tak sampai hati tinggalkan...nasib baiklah mereka semua ok (ada 9 semuanya) dan tak byk karenah...takpalah 2 hari ja tak tido jaga kucen2 ni dalam kereta..kejap2 cek...bagi makan sikit,minum dan pastikan mereka ok dan tak mabuk..Now sihat walafiat mereka di rumah baru...

Ok, mula2 kita start dari Keningau guna jalan Kimanis....

Ni lah jalan kimanis...sangat tinggi dan bukit2 dibuat benteng agar tidak runtuh....



Yay!Sudah Sampai Sipitang!!

Lepas tu kita kena naik feri...after Cop pasport..tambang feri satu kereta RM10 Ja



Tiba di Bintulu...Masuk dari Jalan Kidurong..







Malam baru sampai Sibu...Biasanya kami akan bermalam di Miri, then keesokkannya barulah sambung perjalanan ke Kuching...Travel sebegini mmg jimat dan menyeronokkan walaupun banyak masa dihabiskan dalam kereta dan zzzzzzzz....Yang kasihannya driver la..bayangkan drive dari Keningau - KK selama 2 jam tu pun penat, apatah lagi drive sampai belas2 jam....Kalau perjalanan dari Keningau-Miri, kami akan drive laju2 sebab kejar nak cop pasport dan lepas Boader (sempadan) sebab gate dia tutup jam 10mlm.Lepas tu drive lagi secara laju sebab di Miri nak kejar tol dia (ke jambatan tu)yang tutup jam 11mlm.
Kalau perjalanan ke Miri-Kuching pula boleh drive secara relax sebab tak perlu kejar tol, sempadan,feri (yg juga tamat operasi jam 10 malam) dan cop pasport.kalau jalan jam 10 pagi dari Miri pun boleh sampai jam 5 petang di Kuching...sekarang kerajaan tgh siapkan jalan coastal dari Sabah ke Sarawak agar kita tidak perlu lagi melalui Brunei dan maknanya tidak perlulah sebarang cop mengecop pasport...tapi entahlah bila jalan tu siap..
Perkhidmatan bas juga disediakan oleh syarikat pengangkutan bas Swak yg digelar BIARAMAS (tu ala2 Tung Ma sinilah..haha).Tambang RM 80 dari KCH-MIRI (bagus ak ikot air asia..lala..promote2).Ada juga bas sampai ke Lawas tapi ntahla brapa tambangnya..apapun kalau berkesempatan..silalah berkonvoi utk ke Sarawak..byk pengalaman kita dapat dan dapatlah travel tgk tempat2 sepanjang perjalanan tu..;-p
Labels: Travel

Posted @
[
1:06 PM]
