
Saturday, February 21, 2009

CHOCOLATE FOUNTAIN

Pernah tgk menda di atas?Sangat yummy kan?Picture ni saya ambil dari eedany.blogspot.com.Bila tengok pic ni rasa tak percaya menda ni ada pula di KK.Di Gaya Street pula tu...

Kalau di Kuching,menda ni kita panggil Chocolate fountain.Ia boleh didapati di The Spring.Dia ada serbuk khas 'choc fountain' yang dibancuh then diletak di mesin2 fountain ni.Rasanya mmg sgt ngetop!!!Kalau di Kuching ada perisa Choc ja..di KK siap ada perisa White Choc lagi tu...Harga di KK pun lebih murah..RM1 ja..kalau di Kuching,RM1.50 ok...

Utk order Choc Fountain ni anda boleh pilih daripada pelbagai varities..My fav is Buah kiwi n donat...biasanya satu cucuk dia akan letak 3 unit ja...misalnya kalo anda pilih donat,maka akan ada 3 donat sahaja satu cucuk...ni ada mashmellow n anggur..mula2 rupa dia mcm ni....then..

Tada!!!telah disaluti oleh chocolate!Pilihan anda tadi akan disaluti oleh chocolate di sekitar Chocolate fountain itu tadi..Mmg byk chocolate dia..tapi makan cepat..sebab choc tu cepat likat (keras)..so kalau makan bila choc tu bukan lagi dalam keadaan cair..mmg tak beslah..kurang umph!tapi menda ni mmg buat kotor baju n kotor muka..hehe..Sebab tu kalau dah abes shopping dan hendak balik..barulah kami beli choc fountain ni sebab gerenti muka jadi comot selepas itu..;-p
Labels: Foods

Posted @
[
2:09 AM]
